Ahad, Jun 20, 2010

Yang Istimewa

‘Apa ada di UIA sampai suka sangat balik lambat ke rumah?’ Soal ibuku. Hmmmm…Kenapa ya?

'Sebab sayang UIA.' Jawapan yang dibuat2. Benarkah sayang UIA?

***

Seusai solat, aku memandang ke sebelah kiri. Dari tadi aku terdengar sayup2 suara kanak2 sedang berceloteh. Aku tersenyum padanya apabila aku terdengar dia bertanya, ‘what is your favourite team in world cup?’, belum sempat orang lain menjawab, dia menjawab dahulu, ‘I love Brazil. You know that, Brazil always won in World Cup. So, I want Brazil to win again and again.’ Kanak2 petah itu menjawab. Usianya kira2 4,5 tahun. Aku rasa mungkin dari guinea atau sekitar Negara afrika. Aku memandangnya lama. Terhibur dengan telatah dan gelagatnya. Kemudian tiba2 dia menunjukkan jari telunjuknya ke arahku, ‘Look! She’s also laughing at me!’ Terhibur juga dengan gelagat kanak2 lelaki tersebut. Begitu mencuit hati. Ibunya dan dua lagi foreigners (kukira seorang China dan seorang Yaman) memandang kearahku, tersenyum dan mengangguk sedikit tanda hormat. Gerak mulutnya, ‘Sorry he is disturbing you!’ Dan aku sekadar tersenyum dan mengangguk sahaja. Jarak agak jauh juga. Jadi, aku sekadar menggerakkan bibir, ‘It’s Ok.’

***

Sebenarnya hari itu pagi2 lagi aku sudah keluar bilik untuk ke perpustakaan UIA, sampai di perkarangan masjid, aku mula mencari2 kad matrik, tapi, tidak kutemui. Pasti tertinggal di bilik. Jadi aku terus masuk ke masjid bahagian muslimat. Aku duduk di bahagian belakang sekali dan mengambil rehal menjadi meja mini untuk aku menelaah. Lebih kurang 30-40minit aku belajar, datang seorang wanita berniqab dengan seorang anak kecil yang sangat comel. Umurnya kukira dalam setahun setengah ke dua tahun. Ingin kukatakan Arab, tidak juga, wajah si comel bukan arab sepenuhnya, rambutnya perang keemasan. apabila wanita berniqab membuka niqabnya, aku lihat, wanita itu pasti bukan ibunya kerana kulitnya agak gelap kontra daripada anak kecil tersebut.

Ralit aku memerhati gelagat si kecil. Aku menghampiri wanita dan anak kecil tersebut. Sekadar ingin mencubit pipi si kecil. Tapi tidak kusangka pula si kecil itu begitu ramah. Aku ambil, aku cuit2, aku pegang… Dia sekadar membiarkan, tidak takut, dan tidak menangis seperti kanak2 seusianya. ‘What’s her name?’ Tanyaku. ‘She? Ameena.’

‘I guess, she is not Arabs, doesn’t she?’ Wanita itu sekadar menjawab sepatah, ‘Mother-Germany, Father-Arab.’ Aku mengangguk dan sekadar senyum. Patutla. German, ala2 Aisya Ayat2 Cinta. =)

‘You-Where?’ Soal wanita tersebut sedang aku ralit bermain dengan Ameena.

‘Me? Malaysia… East of Malaysia. You don’t speak English?’ Jawabku.

‘La. I Arab. No study.’ Owh, aku sekadar mengangguk tanda faham. Susah betul apabila aku bercakap tidak difahami. Mungkin wanita tersebut faham apa yang aku tanya dan soalkan, cuma, dia tidak tahu untuk menjawabnya. Kadang2 dijawabnya persoalanku dalam Bahasa Arab. Aku walaupun belajar di UIA juga tidak tahu berbahasa Arab. Apatah lagi apabila kos senibina sekadar belajar Bahasa Arab setakat level 1. ‘Ana-enti’ sahajalah yang aku tahu. Tapi, dari bahasa badan wanita tersebut dapat aku terjemahkan sedikit2 apa yang cuba disampaikannya.

‘Her mother… teaching. There. IRK.’ Walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris, wanita tersebut cuba juga berbual denganku. Sambil menunjukkan isyarat tangan dan mata dan muka. Dan aku masih ralit melayan Ameena sambil mengangguk2 tanda faham.

Setelah puas, aku kembali ke tempatku. Tapi, Ameena mengikut. Sampai di tempatku aku duduk, Ameena turut serta. Aku membiarkannya. Tapi kemudian, baru sahaja aku ingin mula study, Ameena tiba2 mengambil notaku. Dipegang gaya membaca. Dibelek2. Terhibur dengan gelagatnya jadi aku membiarkan. Aku ambil pen dari dalam begku, aku buka penutupnya untuk menulis sesuatu atas kertas kosong. Tiba2 Ameena meminta2 pen tersebut. Memang jenis aku hanya akan membawa sebatang pen dalam beg. Jadi, kuberikan pada Ameena. Aku meminta nota. ‘Akak nak buku.’ Bagitahu ku…Macamlah budak kacukan German-Arab itu faham. Tapi, aku tidak tahu harus bercakap dengannya dalam bahasa apa. German? Arab? Bahasa Inggeris? BM kan senang.

Lama juga Ameena berada bersamaku. Aku berikan kertas kosong. Dan, keluarkan Al-Quran dari dalam beg. Ameena merengek2. Dia tidak mahukan kertas kosong, tapi, dia mahukan Al-Quran. Apa yang aku perasan, kanak2 Arab walaupun usianya masih kecil, tapi mereka seakan2 sudah biasa dengan kalamullah Al-Quran. Tarbiyah dari masa janin mungkin. Teringat aku pada seorang bayi Palestin dengan ibunya. Sedang ibunya membaca Al-Quran, diberikan senaskhah kecil al Quran buat anaknya yang usianya 8bulan. Cuma tahu meniarap, mungkin sebab Amar (nama anak wanita Palestin) agak berisi dan besar berbanding usianya menyebabkan dia lambat merangkak atau berjalan. Wanita Palestin itu juga tidak tahu berbahasa Inggeris, tapi, sekurang2nya Bahasa Arabnya lebih jelas dan aku masih mampu faham sedikit2.

Amar juga seperti Ameena, apabila kakaknya merampas al-Quran dari tangan Amar, terus dia menangis kuat. Lalu ibunya mengambil senaskhah lagi al-Quran, diberikan pada Amar. Terus senyap. Aku berasa kagum dengan situasi tersebut. Seronok melihat cara mereka mendidik anak2. Mengajar anak mengenal alQuran sejak bayi lagi~

Ingatan aku terhadap Amar padam tiba2 apabila aku tersedar Ameena sudah berada dia atas meja mini(rehal-aku tidak pasti nama sebenarnya rehal yang seperti meja) di hadapanku. Entah bila masa dipanjatnya. Aku membiarkan dia merasakan dirinya tinggi. Dipanjat rehal kemudian ketawa. Seronok betul aku melihat gelagatnya. Aku ambil al-Quran takut2 dia terpijak, tapi, diminta2. Sekali lagi tidak tahu harus bertutur dalam bahasa apa. ‘Tak boleh. Cannot2~’ Bagitahuku. Tiba2, wanita penjaganya panggil, ‘Ameena!’ Bercakap Arab. Aku sekadar mendengar tanpa faham, tapi dari isyarat tangan dan mimik wajahnya seolah2 dia bagitahu, ‘Ameena, jangan duduk atas meja tu. Bahaya!’ Ameena patuh. Turun dari meja kecil. Dan kembali mengambil al-Quran. Dibelek. Apabila aku membuka notaku, diminta pula nota. Aduhai. Dugaan dengan si kecil. Seharian aku tidak dapat study gara2 Ameena. Tapi…seronok. =)

‘UIA…sangat istimewa…dapat mengenal budaya dan bangsa…’

Firman Allah SWT bermaksud :

‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptkan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamun saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha Teliti.’ (Al-Hujurat : 13)

***

Hari ini, rasa rindu pula pada Ameena. Telatahnya begitu mencuit hati. Begitu juga dengan kanak2 yang petah bercakap tentang piala dunia, begitu juga dengan Amar dan kakaknya. Teringat aku pada kakak Amar yang kira2 berusia 3tahun, dari atas memanggil babanya di tingkat 2 masjid. ‘Baba!Baba!’ Dengan tocang dan rambut ikalnya yang comel juga menyebabkan aku hilang fokus pada bacaanku. Dan teringat juga aku pada seorang bayi Uyghur yang sangat comel tidak mahu melepaskan telefon bimbitku. Juga seorang kanak2 cina-Guangzhou yang ramah. Inilah sebabnya aku sayangkan UIA, selalu berat hati untuk pulang ke rumah. ;P Kerana di sini aku tidak perlu merantau untuk mengenali dunia~

***

Lagi keistimewaan UIA adalah kerana Ramadhannya. Rasanya tidak sabar menunggu Ramadhan. Masa Ramadhan aku rindu suasana di masjid. Di UIA susasananya sangat meriah. Teringat aku, waktu sahur, aku tidak membawa makanan kerana aku datang dari studio selepas bertungkus lumus dengan projek. Jadi sehelai sepinggang aku bermalam di masjid. Pertama kalinya aku terpegun dengan kemeriahan sambutan Ramadhan. Kebanyakannya orang Arab berada di sana dalam kelompok2 kecil. Pagi itu aku bangkit tidak berniat untuk bersahur kerana memang aku tidak membawa sebarang bekalan. Jadi, aku sekadar mengaji untuk menghabiskan masa senggang sebelum subuh. Tiba2 datang seorang wanita Arab. Menghulurkan makanan. Aku terharu. ‘It’s Ok.’ Aku cuba menolak.

'No2, It’s Ok, just take it. I know you’re not eating yet.’

‘Thank you!’ Aku menyambut huluran sekeping pizza daripadanya.

‘If you don’t mind, join us, eat together.’ Wanita tersebut menunjukkan kearah sekumpulan wanita dan kanak2 Arab. Semuanya seolah2 sedang mengadakan ‘gathering’ sebuah keluarga yang besar.

‘InsyaAllah.’ Sepatah aku menjawab. Segan sebenarnya.

‘No2, just join us. It’s OK. Anyway, you are Malaysian?’

Aku mengangguk, ‘Yes.Terengganu-Kelantan. You know?’

‘Ya, saya tahu.I’ve been there. Melawat Kelantan.’ Now she speaks Malay. Aku teruja.

‘You speak Malay?’

‘Saya boleh. Sikit2. I am almost 15years here.’

‘So,you could understand me if I speak Malay?’

Wanita kukira awal 40-an itu ketawa. ‘Ya, saya faham. insyaAllah. Now, jom ikut saya.’ Aku tersenyum. Bingkas bangun dan bersama2 kelompok keluarga Arab tersebut. Mereka sangat ramah. Ada yang tidak tahu berbahasa Inggeris tapi tetap melayanku dengan baik. Mungkin ni usrah mereka. Fikirku.

‘So, what’s your name?’

‘Izyan.And you?’

‘Just call me Makcik, saya sudah tua.’ Aku tersenyum. ‘Auntie perhaps.’

‘Well, anything. Jangan panggil nenek saja.’ Senyum lagi. Kagum. Bahasa Inggeris fasih, Bahasa Melayu fasih, Bahasa Arab apatah lagi.

‘Auntie, thank you so much. Saya sangat terharu. I never expected this. Just come here to join the jemaah and this is my first Ramadhan here.What a beautiful Ramadhan I had.’

‘Ya… datang selalu. Jumpa selalu.’

‘InsyaAllah.’ Kemudian azan berkumandang. Anak2 Arab bingkas bangun. Cepat betul mereka masuk saff solat. Usia hanya 2-3tahun tapi sudah pandai. Tarbiatulaulad~ biarlah bermula dari rebungnya. Dan, selepas pada itu, aku jarang ada kesempatan merasai beritikaf di masjid lagi. Sepanjang hari berada di KAED. Rasa sayang, sayang sangat. Berharap agar Ramadhan yang akan datang dapat melalui hari2 begitu lagi.

***

‘Jadi, kenapa sayang sangat UIA?’ Kenapa ramai suka tanya soalan ni?

‘Ada boyfriend la tu…’

‘Owh sudah semestinya.’ Gurauku.

‘Ish3. Tak sangka muna.’

‘Suka sangat UIA...sebab UIA… tempat aku mengenal Islam. Sudah aku kenal Islam sebelumnya, tapi, aku kenal Islam dalam kelompok melayu sahaja. Di UIA, aku mula kenal Islam itu untuk semua. Tidak mengira bangsa.Dan di UIA ada nilai yang mungkin tak terdapat di luar UIA. Pelajaran tentang tarbiyah manusia dari janin hingga bercerai nyawa. ’

‘Emmm.faham~’

‘Dan kerana aku mengenali perjuangan di sini~’

***

Promosi : Adik2 yang nak SPM, sila pilih UIA masa isi borang UPU. InsyaAllah takkan menyesal. ;P

3 ulasan:

Unknown berkata...

seronok!post ni sgt best...=)
mcm tu jugak la apa yg ftn rasa bile masuk uia...alhamdulillah...uia sgt best!klu kita dpt singkap hikmah dis ebaliknya...bukan sekadar belajar dan xm,tp banyk lg "emas" di dalamnya yg boleh kita gali..inshaAllah..

munadhia berkata...

fatin!! hehe~ memang uia sgt best. =) nk2 bile jmpa ramai budk2 comel kan. ;P alhamdulillah. ;p neway, trima kasih ats komennya. =)

Unknown berkata...

huhu..sma2.lg2 bile tym bulan ramadhan..ya Allah,kat masjid tu,rmi sgt bdk chumel2..geram..tn pnah tgk org arab ni solat smbil dukung anak dia..bile sujud die letak n dukung blik..subhanallah...
betul izyan ckp,mcm2 budaya org kita dpt lihat..sbb tu,kita kne snetiasa lihat dgn "mata" hati...^_~