Isnin, Jun 28, 2010

Dakwah Pertama



‘Siapalah aku nak berdakwah. Ilmu pun tak cukup… Gaya pun takde…’ Kadang2 selalu saja mendengar ayat2 begini. Semua pun sukar untuk merasakan dirinya dai’e. Begitu juga aku. Kadang2 aku malu untuk menyatakan aku ini dai’e sedang ilmu tidak melebihi ilmu siapapun. Akhlak tak sebaik siapapun. Betulkah aku dai’e?

‘Balighu anni walau ayah. Sampaikan walau satu ayat.’

DAKWAH PERTAMA

Malam tu aku berdua. Tapi, aku terlupa siapa bersamaku tika itu. Tak silapku rakan studioku Yaya. Jarum pendek jam menunjukkan ke nombor 3. Malam hampir menganjak ke pagi. Aku sudah penat bekerja dan mengambil keputusan untuk pulang ke mahallah. Seperti biasa, pulangku di waktu2 begini dari studio ke mahallah. Kadang berteman, kadang tidak. Tapi malam itu aku bertemankan seorang sahabat-seingat aku.

Aku suka berjalan di waktu begini, jam 3-4 pagi. Suasana pagi berembun menyebabkan udaranya segar dan dingin. Apabila mendongak ke langit kelihatan seolah2 bulan dan bintang sedang tersenyum melegakan tekanan projek yang dihadapi. Aku berjalan lambat dan longlai. Penat campur pening. Dan, dengan sahabat aku lebih banyak membisu menyaksikan alam yang gelap gelita, hanya disimbahi cahaya bulan malap dan lampu neon yang menyuluh jalan.

Sampai di tangga ‘spiral’ Kuliyyah of Engineering, terdengar sayup2 suara dua orang sedang berbual. Kadang terdengar semacam esak tangis seorang perempuan. Aku dan temanku saling berpandangan. Dari jauh, kami terlihat kelibat manusia berdekatan dengan tangga ‘spiral’ kedua di seberang jalan. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berduaan. Tiada suluhan cahaya kearah mereka melainkan gelap gelita. Aku tidak nampak wajah mereka tapi, aku sangat pasti seorang adalah lelaki, dan seorang adalah perempuan. Sedang berbual2.

Terdetik di hatiku, ‘Jam 3pagi, apa yang mereka buat di sini.’ Tidak sedap hati lalu aku tanya sahabatku, ‘Patut tak kita dekati dan tegur? Mana boleh berdua macam tu…’ Sahabatku hanya cakap, ‘Takut… Yan berani ke?’

‘emmm…takut juga…’ Aku berfikir lama, sambil kakiku melangkah perlahan berlalu meninggalkan keduanya. Dalam langkahku, aku masih tidak sedap hati andai tidak menegur. Banyak ilmu yang aku belum aku tahu, tetapi, tentang berduaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, aku tahu hukumnya haram.

Aku melangkah dalam serba salah. Sahabatku takut aku juga takut. Tapi, apabila agak jauh daripada pasangan tersebut. Aku berpaling. Mereka masih rancak berbual. Dan, yang perempuan masih menangis. Aku dengar esak tangis yang cuba ditahan2. ‘Sesi meluah perasaan.’ Jangkaku. ‘Ya Allah, bantu aku…bagi aku kekuatan.’ Aku pegang tangan sahabatku menghentikan langkahnya. Aku juga berhenti.

‘Yan kena tegur. Kalau tak, sampai bilapun takkan rasa tenang!’ Sekali lagi aku ditanya, ‘Yan berani?’ Aku geleng. ‘Tapi, berani atau tak…ni tanggungjawab kita!’ Bagitahu hatiku. Tapi, mulut tetap terkunci diam.

Kaki melangkah dalam kegusaran. Sahabatku mengikutiku. Aku semakin menghampiri pasangan tersebut…Dan, semakin hampir, dan hampir. Dan, sekarang aku sedang berhadapan dengan mereka. ‘Bismillahirrahmanirrahim.’

‘Assalamu’alaikum.’

‘Wa’alaikummusalam.’Jawab keduanya. Lega sedikit.

‘Maaf mengganggu. Dah lewat ni. Buat apa ya di sini?’ Soalku cuba mengumpul keberanian.

‘Borak2…’ yang lelaki menjawab.

‘Owh… awak berdua adik beradik ya.’ Aku sekadar bertanya. Seakan sinis, tapi, semoga aku tidak mengguris hatinya.

‘Tak…’ Jawab yang lelaki lagi. Yang perempuan kelihatan seperti mengesat2 air matanya.

‘Emmm… suami isteri?’ Dugaku. Ye la.. Budak UIA ramai juga yang sudah berkahwin awal.

‘Tak2…kami kawan baik…’ Jawab yang lelaki lagi.

‘Owh… kenapa? Kawan ada masalah ya?’ Kelihatan yang lelaki mengangguk. Dalam hatiku mengucap syukur sekurang2nya yang lelaki kelihatan boleh memberikan kerjasama dan tak menunjukkan rasa marah. Cuma mungkinlah dia merasakan aku menganggu sedikit.

‘Owh… macam ni. Sekarang dah pukul 3. Dah lambat sangat ni. Tak elok juga duduk berduaan macam ni.’ Keduanya hanya mendengar begitu juga sahabat di belakangku. Aku menyambung apabila tiada sebarang reaksi.

‘Bukan apa. Walaupun awak berdua tak buat apa2, sekadar berbual… bahaya juga… tahukan, bila kita berdua ni, sebenarnya kita bukan berdua… ada yang ketiganya.’ Keduanya berpandangan dan lantas tertunduk. Debaran dalam dadaku masih dapat kurasa. Perlukah aku meneruskan atau cukup setakat ini?

‘Macam nilah… saya tahu awak berdua kawan baik. Dan dari gaya kawan awak ni mesti dia ada masalahkan… Tapi, kalau boleh jangan duduk macam ni. Tempat gelap, berdua, laki perempuan. Tak manis… Emm… hari sikit je lagi nak siang… Kalau boleh kalau nak berkongsi masalah, biarlah di waktu siang, atau di tempat cerah dan seboleh2nya berteman.’ Ok, aku rasa cukup setakat ni. Aku takut keduanya terguris hati.

‘Maaf sekali lagi mengganggu. Tapi, kalau pak guard nampak, mesti dia marah. Minta maaf ya… saya minta diri dulu. Assalamualaikum.’ Bagitahuku untuk akhirnya. Dan terdengar juga jawapan salam walaupun perlahan. Alhamdulillah, bisik hatiku. Kemas aku genggam tangan sahabatku berlalu dari situ. Sejuk tanganku. ‘Kalau Pak Guard nampak mesti marah. Tapi, Allah sentiasa nampak, Allah pasti lebih marah.’

‘Yan, macam mana boleh tegur macam tu.’ Aku diam, tidak menjawab. Masih dalam debaran… ‘sampai tak maksudku?’ Sampai di selekoh untuk melintas jalan, aku berpaling. Keduanya sudah bangkit, yang perempuan segera menghidupkan ‘scooter’ nya begitu juga yang lelaki menuju ke motorsikalnya. ‘Alhamdulillah.’

***

‘Hari tu masa Rafest, Kak Yani ada tegur sorang laki ni. Peniaga. Tegur suruh solat jumaat. Pada mulanya Kak Yani pergi kedai dia sebab masa orang tengah solat jumaat diorang sibuk meniaga lagi. Kak Yani tanya, Islam kan? Diorang jawab ya… Kak Yani tanya tak solat jumaat?.....’ Dan kak Yani pergi menegur orang yang sama untuk beberapa kali sehingga orang tersebut malu dan terus berlalu pergi ke masjid. Alhamdulillah.

Di situ lah aku peroleh kekuatan untuk menegur. Sebaik aku sampai ke selekoh. Hatiku tidak sedap hati membiarkan kedua pasangan tersebut berdua2an. Tapi, pada masa yang sama aku takut. Sangat2 takut, Takut diapa2kan. Sehingga aku teringat kata2 Kak Yani dan cerita Kak Yani tentang teguran kita mesti berhikmah. Dalam berfikir itulah aku kembali ke tempat pasangan tersebut berada. Alhamdulillah. Allah pasti bersama kebaikan.

***

Dan, hari ini aku menceritakan ini semua. Sekadar berkongsi, kejadian ni berlaku di awal kemasukanku ke Gombak. Maksudnya, lebih2 la ilmu ku ini sangat cetek. Tapi, selagimana kita tahu sesuatu perkara itu kita kena sampaikan. Tiada lagi kata2, ‘Siapa aku untuk berdakwah?’ Sedang kita semualah yang harus berdakwah. ‘Amar ma’ruf nahi munkar insyaAllah.’ Semoga kita semua terus diberikan kekuatan dalam hal2 amar maruf nahi munkar ini.amiin.

Sekadar perkongsian. Wallahualam. (kem DIA benar2 mengajar dan mengingatkanku banyak perkara. =) Alhamdulillah~)

3 ulasan:

NaQiah berkata...

assalamualaikum muna . =)
seronok baby bce muna pnye nih .
baby bgga dpt spupu mcm muna .
muna sorg yg berani .
baby nk jd berani mcm muna .
insyaAlla . dgn bce sume muna pnye blog , baby rse semangat untk dakwah . syukran ! luv u . =)

a.j. berkata...

“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

munadhia berkata...

naqiah >> arigatou! bi, muna stat dakwah mse masuk u, bi stat dakwah masuk skoloh. maksdnya bebi lebih advance...insyaAllah,smoga kite semua terus brada ats jalan ni. =) sentiasa tabah dan sabar hendaknya.insyaAllah. =)

a.j >> syukran.