25 Jun 2010-Hari Pertama
Aku tiba di Kem Rimba Ria Sg. Congkak kira2 jam 5 petang. Debaran yang amat. Maklumlah datangku seorang tidak berteman. Kebetulan ibu saudaraku juga ada kem di Rimba Ria, jadi, aku mengambil keputusan untuk menumpangnya sedangkan pada awalnya bercadang untuk menaiki bas. Alhamdulillah, kebetulan juga sampai saja di
Aku duduk dalam dewan dan diam sedang yang lain sibuk berborak2 bersama rakan2 mereka. Aku jadi kekok. ‘Semua berteman.’ Bisik hatiku. Timbul pula perasaan segan. ‘Muna, mana boleh macam ni. Kena tegur semua. Sejak bila malu nak menegur orang?’ Soal diriku. Dalam keadaan begini aku sentiasa saja bermonolog sendiri. ‘Muna tegur orang belakang ni…senyum.’ Lagi diriku bermonolog.
‘Sis, tolong bagi tu…’ Aku terdengar orang di belakangku bercakap sesuatu dengan seseorang yang juga tidak kukenali. ‘Sis?’ selalunyaa di UIA saja menggunakan ‘sis’ bila nak menegur orang. Hatiku sedikit berbunga, pasti dia dari UIA.
‘Assalamualaikum, dah lama ke korang sampai?’ Soalku pada orang di sebelahku.
‘Eh,tak…kitorang baru je sampai…ni kawan Adah
‘A’ah…Kak Adah ICT ke?’ Soalku. Rasa teruja sedikit apabila ada yang menegurku begitu.
‘Yan
‘A’ah…Dari UIA ya? Sebab panggil orang ‘sis’ tadi…’ Soalku. Sahabat di sebelahku itu mengangguk.
‘A’ah…kami kawan Kak Adah.’ Dalam hatiku Alhamdulillah, ada pun dari UIA. Senang sikit.
Ok, bila dah mula menegur orang, hati tak takut lagi. Aku
BIN YOUR THOUGHT
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Seperti biasa, bila datang ke program, peserta pasti disuruh tulis perkara yang negatif dalam minda untuk dibuang jauh2. Aku kira aktiviti seperti ini adalah sama seperti memperbaharui niat (tajdid niat). Lama aku berfikir, aku harus tulis apa? Sebab datangku ke DIA adalah memang atas kehendakku, dan aku tidak memikirkan sebarang keselesaan yang aku perlu. Tempat sudah cukup selesa apabila masih dapat tidur di atas tilam yang empuk. AJK DIA sudah berusaha yang terbaik apabila sedaya upaya
Bin your thought… Apa yang harus aku buang? Kertas masih kosong, pen masih penuh berdakwat. Mungkin…’Rasa takut…’ Masa aku datang, aku punya sedikit kegusaran apabila datang seorang.
Jadi, aku tulis dalam kertas… ‘Rasa takut, gusar.’ Di bawahnya aku tulis…’semuanya akan baik2 saja insyaAllah. Allahuma’ana.’ Aish, pengaruh 3 idiots terbawa2 sampai ke kem. ;p
Kredit kepada fasilitatorku Kak Ain dan Adnin(Ain) yang banyak membantu kami dalam kumpulan. Dan kredit juga kepada ahli kumpulanku yang sangat mengambil berat akan sahabat2 walaupun baru dikenali : Nadia, Amy, Farzana, dan Adik Yana. =) Kalian banyak membantu, kalian memng terbaik! Terima kasih. =) Setakat ini dahulu, insyaAllah, akan kutulis tentang perkongsian ilmu dalam DIA.
Dakwah Is Amazing!
1 ulasan:
salam...kak yan:)) the memory remains in my mind until forever..knowing u n others is da nice n unforgetable moment! in DIA... i'l miss u n da past days memory with da talk n laugh...really hpe to c u again..
Catat Ulasan