Ahad, Jun 20, 2010

Akankah?

18Jun2010

Hari ini aku keluar bersama keluargaku. Nasiblah keluargaku datang sekurang2nya lepas juga rinduku pada mereka sekian 2 bulan semester pendek ini. Tambahan pula kepulanganku ke rumah nanti agak lambat. Ada urusan yang harus diselesaikan disini. Seharian kami meluangkan masa bersama. Ayah membawa kami ke rumah Datuk Dahlan, sahabatnya. Memandangkan walimah anak Datuk Dahlan pada hari Sabtu, ayah pergi lebih awal kerana di Pantai Timur Ahad itu sudah mula persekolahan.

Yang ada bersama - emak, adikku Sarah dan Dina juga abangku Fakhari. Datuk Dahlan tanya ayah, ‘Ni anak2 mu belajar kat mana?’

‘Yang ni Muna yang keempat. Belajar kat UIA, Fakhari UiTM. Yang besar sikit ni Sarah tingkatan 5. Yang tu Dina. Bongsu Tingkatan 2.’ Bagitahu ayah sambil tunjuk2 ke arah kami. Kami hanya sengih2 menampakkan gigi. Konon2 malu.

Datuk Dahlan tanya lagi, memandang ke arahku. Maksudnya soalan itu tertuju kepadaku, ‘yang UIA ni ambik apa?’

‘Owh… Architecture.’ Jawabku. Suka juga aku dengan Datuk Dahlan ni. Peramah orangnya.

‘Bagus2. Architecture. Pastu abang ni?’

‘Landscape Architecture.’ Ayah tolong jawabkan.

‘Laa…lebih kurang. Bolehlah kamu berdua ni buka firm sama.’ Sengih lagi. Aku dan abang saling berpandangan. Rasa lucu pula, semua pasti akan cakap begitu. Bolehlah buka firm sama2. Tapi, siapa tahu aku nak jadi apa?

***

Di rumah Datuk Dahlan selain keluargaku, ada juga sepupu Datin Rusni (isteri Datuk Dahlan)bersama. Sehingga maghrib aku meminta izin untuk solat. Sepupu Datin Rusni menunjukkan arah bilik tamu. Dan, beliau juga turut serta bersamaku. ‘Yang lain tak solat?’ tanyanya.

‘Owh, yang lain musafir. Jama’ nanti.’ Sekadar senyum.

Usai aku berwudhu, sepupu datin Rusni bertanya, ‘ Kamu belajar kat UIA kan?’ soalnya. Aku sekadar mengangguk. ‘Bidang apa?’

‘Senibina.’

‘Auntie teringat, kamu belajar senibina Islam ke? Ye la UIA, mesti ada belajar2 ni semua kan?’

Alamak, soalan cepumas. Aku cuba mengingat2 kembali pelajaran dalam kelas Bro Spahic Omer, Quran Sunnah in Built Environment. Terngiang2 gelagat Spahic Omer mengajar. Pernah kawanku berbisik padaku, ‘Aku suka Spahic ajar. Semangat sikit. Sebab muka dia macam Tom Cruise.’ ‘Ish, ada2 sajalah kamu ni!’ Bro Spahic pandai berbahasa melayu. Tak silap aku isterinya orang melayu. Melayu Timur lagi-Terengganu. Dalam kelasnya tidak boleh tidur, nanti dia akan panggil, ‘Hey the girl at the back, what is your name? Why are you sleeping?’ Sambil tangannya menandakan sesuatu di atas kertas. Pasti ditranda x pada nama orang yang tidur tersebut, atau bercakap, atau telefon berbunyi. Dia strict tapi, aku suka caranya.

‘Emmm, adalah belajar sikit2. Tapi, walaupun UIA tetap banyak belajar senibina orang putih. Sebab orang Islam tak ramai yang naik namanya dalam bidang ni.’ Bagitahuku. Risau juga ditanya lagi soalan2 yang susah. Rendahlah markahku tanpa ulangkaji!

‘Macam mana ye kedudukan tandas yang sepatutnya? Boleh ke tempat ngadap qiblat tu kea rah tandas?’

‘Emmm…’ Berfikir lagi? Aku rasa macam Dr Asiah ada cerita pasal ni sewaktu belajar ‘building services’ dulu. Apa ya jawapan yang tepat?

‘Setahu saya… kalau dulu orang memang selalu cakap tandas memang kena di belakang kiblat. maksudnya tak elok tandas berada menghadap kiblat. tapi, hari tu lecturer ada bagitahu. in case memang tak dapat nak elak. takpe je tandas di mana2. lagipun, senibina hari ini dah advance. Dulu tandas berdinding tak penuh. Sekarang dah penuh. Kira tertutup tandasnya...’

Aku sebenarnya tidak pasti dengan jawapanku, tapi aku sekadar menjawab ikut 'seingat aku'. Tu la masa guru mengajar tak fokus betul2.

'Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjemaah juga agar aktiviti2 dalam bilik air dapat dilakukan dengan menghormati kiblat.' - sumber

‘Lagi satu…macam mana dengan tempat ambil wudhu? Auntie dengar radio IKIM haritu, dia ada cerita bahawa ambik wudhu ni sebenarnya dengan cara duduk. Sebab, nak ratakan air pada celah2 jari kaki. Macam mana Arkitek nak buat ni?’

Alahai, persoalan demi persoalan. Siapa tahu aku ambil bidang ini tapi aku tidak berniat untuk ‘master’ bidang ni. Siapa tahu, aku tidak berniat juga untuk menjadi arkitek. Aku nak cakap tak tahukah atau cakap sekadar yang aku tahu, lalu aku jawab, 'Owh...Pasal tu, rasanya dah banyak kot di masjid2 yang buat tempat ambik wudhu boleh duduk. Cuma antara orang praktik dengan tidak je. Even, di UIA pun ada...Tapi auntie, saya banyak lagi tak tahu. Sekadar ingat2 lupa je.’ Aku sekadar tersengih2 malukan diri sendiri. Ni la orang kata belajar sekadar nak jawab exam. lepas exam, semua yang diingat dah hilang entah ke mana.Ish3~

‘Auntie saja je tanya. A bit curious. Sebabnya, auntie kagum kalau ada orang2 macam kamu ambik bidang macam ni. Semoga adalah wujud arkitek yang betul2 faham hukum hakam dalam islam. Takde la, ini asyik orang barat saja conquer bidang ni. Nanti tugas kamu la pulak. Cuba naikkan martabat senibina Islam. Kan dulu senibina Islam memang tersohor. Tu je.’

‘InsyaAllah auntie. Doakanlah saya ya.’ Sekadar tu. Aku tidak tahu nak katakan apa lagi. Lalu minta izin untuk solat terlebih dahulu. Aku tidak kenal dirinya tapi, dibahasakannya auntie. Aku tahu auntie seorang yang sangat berpelajaran. Kalau tidak masakan dia boleh bertanya aku persoalan2 sebegitu. Alahai tidak mampu ku menjawab dengan baik~ Tapi, bila mendengar harapan auntie. Aku jadi sedikit teruja dan terdetik, ‘Haruskah aku kekal dalam bidang ni?’

***

Apabila auntie bertanya dan memberi harapan dalam bidang ini. Aku teringat seorang sahabat yang baru akukenali. Namanya Asifah. Berkenalan secara tidak sengaja. Aku lihat dia berseorangan di Café HS, lalu kuhulurkan salam perkenalan.

‘Asifah kos apa?’

‘Saya Bahasa Arab. Izyan?’

‘Cuba teka.’ Saja aku menduga.

‘Saya tengok izyan macam ambik psikologi.’

‘Aik kenapa pulak? Nampak macam budak psiko ke?’ Aku tersenyum.

‘Hehe. Cara izyan tegur saya. Dan cara izyan tegur sahabat tadi.’

‘Owh tidak sama sekali. Tapi yan memang minat psikologi. Dulu pernah jugak bercita2 untuk jadi psychologist. Tapi, cikgu kaunseling dulu tak bagi. Die suh yan ambik bidang berkaitan sains.’

‘Bukan ekonomi?’

‘Bukan juga. Dulu pernah juga bercita2 untuk jadi akauntan. Tapi, juga tak jadi. Sebab ayah nak yan jadi doktor.’ Aku tersenyum. Tak tipu. Betul. Dulu masa dalam biodata sekolah rendah darjah 5 , aku tulis cita2 : 1)Akauntan, 2)Doktor, 3)Polis, pastu ayah pernah cakap, ‘Muna, jadilah doktor. Doktor kaya.’ Jadi, naik darjah 6 aku tukar cita2 : 1) doktor, 2)akauntan 3)kaunselor. Maksudnya dulu pernah lah aku bercita2 untuk jadi doktor dan akauntan. Betul kan…tak tipu. =)

‘Jadi apa?’

‘Yan ambik architecture.Nun di KAED sana.’

‘Waah. Saya selama dua sem ni kelas di Engineering. Saya sangat kagum dengan muslimat yang ambik kos2 macam engineering dan architecture.’ Aku senyum.

‘Tapi, bukannya nak jadi architect sangat. Dulu ya kot…sekarang dah tawar hati.’

‘Kenapa pulak?’

‘Entah. Macam untuk perempuan agak tough jugak. Kalau fikir masa depan. Takut kesian kat anak2.’

‘Tapi, sekarang kalau masih boleh teruskan bidang ni. Maksudnya yan sangat kuat kan. Ye la. Saya selalu tengok budak2 kaed balik bilik time saya nak pergi kelas. Rasa kagum plak.’

‘Ish. Ada pulak kagum. Balik lewat2 cam gitukan tak elok.’

‘Takdelah… jadi budak kaed kena kuat la kan. Dengan tak tidurnya.Nak2 orang macam yan. Mesti kena lebih kuat. Saya kagum tengok macam mana nak bergaul dengan budak2 kaed?’

‘Tak tidur bukan bermakna hebatpun sifah.Kadang penat2 kami, jaga2 kami bermalam2. Hasilnya, C juga.Tapi, xpelah. Dah nak sampai penghujung pun. Jadi untuk setahun ni kena kuat juga la kot. Macam mana nak bergaul?Emm…’ Aku berfikir sejenak.

Teringat pula kenangan bersama sahabat2 ku di KAED. Banyak juga kenangan tercipta antara aku dan mereka. Ada masalahkah dalam pergaulan? Aku senang saja dengan mereka. Kadang2 aku lebih senang bersama mereka. Aku teringat Hajar yang suka mengenakanku tapi, dia sangatlah paling banyak membantuku. Waktu PC aku rosak, waktu aku susah, waktu aku tidak tahu buat model, waktu aku tidak tahu menggunakan sketchup dan selalu saja dia menghulurkan bantuan. Mardhiah yang sentiasa menjadi ‘back up’ku atas banyak perkara. Setiap kali aku tidak boleh menghadirkan diri dalam apa2 event KAED, dialah sentiasa mencipta alasan untukku. Nadia yang sentiasa bertanya untuk menghulur bantuan dan selalu ajak aku berenang, ‘Nik, jom berenang. Asyik sibuk je. Berenang dapat melegakan masalah.’ Dan Bella, kembarku yang paling kalut. Tapi, aku selalu terhibur dengan gelagatnya. Tidak lupa rakan2 yang lain, Bo, Mai, Ya, Yaya, Lissa, Zaf, Skem, dan semua2lah budak studioku. Semuanya banyak menceriakan hidupku sebenarnya. =)

‘Emm. Seronok sebenarnya dapat kawan2 macam budak2 kaed. Diorang ceria je sentiasa. Kita janganlah pulak menjauhkan diri daripada mereka. Lagipun yan berasal sekolah biasa2 je dulu. Macam diorang juga. Cuma, yan letakkanlah juga batas dalam bergaul. Diorang pernah juga cakap. Kadang2 diorang segan dengan orang yang pakai tudung labuh. Bila diorang selalu cakap macam tu, yan selalu cakap. Orang pakai tudung labuh bukannya malaikat, manusia juga.betulkan?’

Asifah masih setia mendengar. Nasiblah, kalau aku sudah mula bercakap. Panjang lebarlah jawabnya.

‘Yan, yan cakap tadi taknak sambung bidang ni…kenapa ya?’ Emmm…aku rasa sudah ramai yang bertanya aku soalan yang sama baik daripada keluargaku sendiri, saudara2, sahabat2, dan lain2. Apa jawapanku selama ini? Pelbagai juga, mengikut situasi aku tika itu. Dan hari ini boleh jadi aku akan jawab, ‘Siapa kata aku tidak mahu teruskan bidang ni?’ Dan pasti segenap manusia akan pelik, ‘Laa, hari tu awak sendiri yang kata taknak sambung.’ Aku akan kata, ‘Itu dulu…dulu dan sekarang tidak sama. Manusia boleh berubah.’ Dan, sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa jawapan paling tepat untuk persoalan ini. ‘Adakah aku akan teruskan bidang ini?’

‘Emmm. insyaAllah, kita tunggu dan lihat~’

***

Apabila Auntie bertanya persoalan berkaitan senibina, aku berfikir ribuan kali. ‘betulkah aku boleh dan mampu teruskan bidang ni? Jadi mengapa semuapun harus memberi harapan yang tinggi padaku? Tidak tahu samada benar harapan itu yang boleh dicapai atau harapan sekadar anganan kosong semata.

‘Muna, nanti Muna sambung la dekat UK atau Australia. Boleh mak tumpang2 gi sana. Sambung 2 tahun lagi, pastu jadi arkitek…’ Aduhai. Andai doa seorang ibu bisa membawaku terbang ke sana. Maka, aku mungkin lebih gembira lagi. Tapi, dalam bidang ini? Mungkinkah?

***

‘InsyaAllah, kita tunggu dan lihat…’

Projek CAD3D Sem3 =)

5 ulasan:

Unknown berkata...

huhu..minat psychology jugak?ftn pn minat...tp amek tahu sket2 je..huhu..persoalan yg sma pernah ditanya..ftn bukanlah sebaik yan,tp dlm klgn org2 keliling ftn,mahupun org2 awam kat luar sna,asal tny kos je,mcm x percaya kita amek bdg ni..diorg kata.."laa...igtkan amek syariah?"..haha...sgt kelakar..ye lah berbeza dgn yan,ftn mmg minat bdg ni..lebih cenderung minat ke arah landscape..^_^tp kan yan,apa yg ftn fikir,biar kita jadi lain dr yg lain.."special".maksudnya kat sini,kita amek bdg yg agak 'sosial' maaf klu ade yg x berapa setuju,tp biarlah kita pelihara akhlak kita,muamalat dan sebagainya..biar akhlak kita menghiasa diri kita.dekat situ,kita akan jd lain drpd yg lain..mana tahu,kita akan berdakwah dlm klgn org2 kita nt...lebih2 lagi yan..lebih banyk ilmu..pasti dikagumi n dihormati org sekkliling..

sbnrnya,first tym ftn amek bdg ni.agak culture shock jgk.kebanyakannya 'agak' sosial.mungkin bground ftn smka,so agak x biasa dgn surrounding ni.but then,seorang kenalan bg nasihat..dia kata,"Allah Maha Tahu,kenapa die letakkan kita kat 'situ'..."^_^..huhu...sekadar perkongsian ntuk yan.gambarimashoune!!yan antara yg terpilih...=)percayalah~

salam rindu,
nadia rusli

donad berkata...

cantik layout baru nik! =)

hehe..tanx tu yu tu nikky for being my fren.hehe.kene la offer2 jgk kat nik..nik slalu tertinggal ketapi -__-' hehe..pastu nanti mesti kate 'tak ajak saya pun' hahaha..dh hafal dah~ ^^

haa,cane nak buat gmba artlantis tu tarul dlm blog kecik2 je?kite nak taruk jgk..tapi besar la plak.segan..x cantik mane pun~ -__-

munadhia berkata...

fatin>> terima kasih. =) sgt terharu. fatin juga antara org terpilih(special).kita semua istimewa sbenarnya sejak kita mula lahir ke dunia lagi...sebab kitalah pemenang. =) insyaAllah. maka kita semua yang terpilih, yang teristimewa.=)

bukan yan sorg, tapi, semua antara kita dlm bidang apa juga harus kuat. sebab setiap bidang tu kan ada cabaran2nya.;p tggl minat dan x je.

baru tengok '3 idiot' (x thiqah lgsg)huhu~ dlm tu byk sgt pengajarannya walau some part citenya sgt nonsense dan memang idiot. rancho kata 'kita kena cari kecemerlangan barulah kejayaan akan kejar kita'. 2different thing actually...kejayaan dn kecemerlangan. =)cuba fikirkn~ ;p (selingan~)

dan, betul kata fatin, 'pasti ada sebab Allah pilih kita berada di kaed.' =)

kak dee>> waah~ kite truja nad komen. =) arigatou!haha~ nad ajak kite tapi nad kna byk bsabar tyme kite ikut...kalu x maunya lemas kan.;p

utk gambar tu, mase kita nk masukkan dlm blog kt boleh pilih saiz kan? kecik, besar, sederhana. jadi, pilihlah ikut saiz yg nad nak. tp, kalu kata pilih small pn msh besau, mybe gmbr nad 2 trlalu besar kot saiznya. jadi kecikkan saiz gmbr dulu...kt kecikkan gna power point je...jadi, ce try~ =) (takut plak resultnya cad...huhu~)

All d best nad! =)

a.j. berkata...

salam munadhia, =) great friendships comes with a great blessing =) bes pulak dgr study di KAED...

Oh ye, jgn risau ttg menjadi seorang archi, insyaAllah berjaya =) usahakan dgn seikhlas hati ....

hmph bella, ape crite ye die... hu hu hu lame tak jumpe die

syibiehoney berkata...

teruskan perjuanagn yan.naek turun smgt tu ujian...jom teruskan bersama sama2.=)