Selasa, Jun 29, 2010

Teka-Teki, Suka-Suki


Seperti biasa apabila bersama sepupuku, pasti ada teka-teki yang akan diajukan padaku. Sebelum aku mulakan dengan 'tentang DIA (2)' nak teka dulu :

Teka Teki 1 :

Pada satu zaman, ada seorang raja yang zalim. Sebarang kesalahan yang dilakukan rakyat atau kerabat akan dihukum pancung semuanya. Sehingga pada suatu hari menteri dan pekerja istana datang menghadap untuk melaporkan atau mengadukan masalah. Ketiga2 mereka adalah Menteri Pertanian, Menteri Perhutanan, Dan Tukang Masak Istana.

Ketiga2 mereka diberikan syarat oleh raja, Raja hanya boleh menjawab satu jawapan sahaja kerana baginda dalam mood yang tidak baik. Andai raja perlu jawab banyak2 jawapan, ketiga2 mereka akan dipancung. Lalu melapor lah ketiga2 mereka dalam ketakutan.

Menteri Pertanian : Patik datang untuk melaporkan, padi di negeri kita sudah masak, jadi apa yang harus dilakukan pada padi tersebut?

Menteri Perhutanan : Pokok2 di hutan telah banyak ditumbangkan atas arahan tuanku, seterusnya apa hendak dibuat dengan kayu2 tersebut?

Tukang Masak Istana : Hari ini tuanku nak makan apa?

Baiklah, cuba teka apakah jawapan raja yang sepatutnya supaya ketiga2 mereka tidak dipancung kepala. Hanya satu patah perkataan sahaja yang perlu dijawab raja. =)

Dan sepupuku selalu cakap macam ni... 'sape yang dah tahu jawapan tolong diam. ;p '

Teka Teki 2 :

'Kalau kita tikam orang sampai mati, selain keluar darah, keluar apa lagi?'

Teka Teki 3 :

'Kalau makan isi, buang kulit, kalau makan kulit, buang apa?'

Teka Teki 4 :

'Ada 5 orang pakai satu payung, tapi mereka tak basah. Kenapa?'


Isnin, Jun 28, 2010

Dakwah Pertama



‘Siapalah aku nak berdakwah. Ilmu pun tak cukup… Gaya pun takde…’ Kadang2 selalu saja mendengar ayat2 begini. Semua pun sukar untuk merasakan dirinya dai’e. Begitu juga aku. Kadang2 aku malu untuk menyatakan aku ini dai’e sedang ilmu tidak melebihi ilmu siapapun. Akhlak tak sebaik siapapun. Betulkah aku dai’e?

‘Balighu anni walau ayah. Sampaikan walau satu ayat.’

DAKWAH PERTAMA

Malam tu aku berdua. Tapi, aku terlupa siapa bersamaku tika itu. Tak silapku rakan studioku Yaya. Jarum pendek jam menunjukkan ke nombor 3. Malam hampir menganjak ke pagi. Aku sudah penat bekerja dan mengambil keputusan untuk pulang ke mahallah. Seperti biasa, pulangku di waktu2 begini dari studio ke mahallah. Kadang berteman, kadang tidak. Tapi malam itu aku bertemankan seorang sahabat-seingat aku.

Aku suka berjalan di waktu begini, jam 3-4 pagi. Suasana pagi berembun menyebabkan udaranya segar dan dingin. Apabila mendongak ke langit kelihatan seolah2 bulan dan bintang sedang tersenyum melegakan tekanan projek yang dihadapi. Aku berjalan lambat dan longlai. Penat campur pening. Dan, dengan sahabat aku lebih banyak membisu menyaksikan alam yang gelap gelita, hanya disimbahi cahaya bulan malap dan lampu neon yang menyuluh jalan.

Sampai di tangga ‘spiral’ Kuliyyah of Engineering, terdengar sayup2 suara dua orang sedang berbual. Kadang terdengar semacam esak tangis seorang perempuan. Aku dan temanku saling berpandangan. Dari jauh, kami terlihat kelibat manusia berdekatan dengan tangga ‘spiral’ kedua di seberang jalan. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berduaan. Tiada suluhan cahaya kearah mereka melainkan gelap gelita. Aku tidak nampak wajah mereka tapi, aku sangat pasti seorang adalah lelaki, dan seorang adalah perempuan. Sedang berbual2.

Terdetik di hatiku, ‘Jam 3pagi, apa yang mereka buat di sini.’ Tidak sedap hati lalu aku tanya sahabatku, ‘Patut tak kita dekati dan tegur? Mana boleh berdua macam tu…’ Sahabatku hanya cakap, ‘Takut… Yan berani ke?’

‘emmm…takut juga…’ Aku berfikir lama, sambil kakiku melangkah perlahan berlalu meninggalkan keduanya. Dalam langkahku, aku masih tidak sedap hati andai tidak menegur. Banyak ilmu yang aku belum aku tahu, tetapi, tentang berduaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, aku tahu hukumnya haram.

Aku melangkah dalam serba salah. Sahabatku takut aku juga takut. Tapi, apabila agak jauh daripada pasangan tersebut. Aku berpaling. Mereka masih rancak berbual. Dan, yang perempuan masih menangis. Aku dengar esak tangis yang cuba ditahan2. ‘Sesi meluah perasaan.’ Jangkaku. ‘Ya Allah, bantu aku…bagi aku kekuatan.’ Aku pegang tangan sahabatku menghentikan langkahnya. Aku juga berhenti.

‘Yan kena tegur. Kalau tak, sampai bilapun takkan rasa tenang!’ Sekali lagi aku ditanya, ‘Yan berani?’ Aku geleng. ‘Tapi, berani atau tak…ni tanggungjawab kita!’ Bagitahu hatiku. Tapi, mulut tetap terkunci diam.

Kaki melangkah dalam kegusaran. Sahabatku mengikutiku. Aku semakin menghampiri pasangan tersebut…Dan, semakin hampir, dan hampir. Dan, sekarang aku sedang berhadapan dengan mereka. ‘Bismillahirrahmanirrahim.’

‘Assalamu’alaikum.’

‘Wa’alaikummusalam.’Jawab keduanya. Lega sedikit.

‘Maaf mengganggu. Dah lewat ni. Buat apa ya di sini?’ Soalku cuba mengumpul keberanian.

‘Borak2…’ yang lelaki menjawab.

‘Owh… awak berdua adik beradik ya.’ Aku sekadar bertanya. Seakan sinis, tapi, semoga aku tidak mengguris hatinya.

‘Tak…’ Jawab yang lelaki lagi. Yang perempuan kelihatan seperti mengesat2 air matanya.

‘Emmm… suami isteri?’ Dugaku. Ye la.. Budak UIA ramai juga yang sudah berkahwin awal.

‘Tak2…kami kawan baik…’ Jawab yang lelaki lagi.

‘Owh… kenapa? Kawan ada masalah ya?’ Kelihatan yang lelaki mengangguk. Dalam hatiku mengucap syukur sekurang2nya yang lelaki kelihatan boleh memberikan kerjasama dan tak menunjukkan rasa marah. Cuma mungkinlah dia merasakan aku menganggu sedikit.

‘Owh… macam ni. Sekarang dah pukul 3. Dah lambat sangat ni. Tak elok juga duduk berduaan macam ni.’ Keduanya hanya mendengar begitu juga sahabat di belakangku. Aku menyambung apabila tiada sebarang reaksi.

‘Bukan apa. Walaupun awak berdua tak buat apa2, sekadar berbual… bahaya juga… tahukan, bila kita berdua ni, sebenarnya kita bukan berdua… ada yang ketiganya.’ Keduanya berpandangan dan lantas tertunduk. Debaran dalam dadaku masih dapat kurasa. Perlukah aku meneruskan atau cukup setakat ini?

‘Macam nilah… saya tahu awak berdua kawan baik. Dan dari gaya kawan awak ni mesti dia ada masalahkan… Tapi, kalau boleh jangan duduk macam ni. Tempat gelap, berdua, laki perempuan. Tak manis… Emm… hari sikit je lagi nak siang… Kalau boleh kalau nak berkongsi masalah, biarlah di waktu siang, atau di tempat cerah dan seboleh2nya berteman.’ Ok, aku rasa cukup setakat ni. Aku takut keduanya terguris hati.

‘Maaf sekali lagi mengganggu. Tapi, kalau pak guard nampak, mesti dia marah. Minta maaf ya… saya minta diri dulu. Assalamualaikum.’ Bagitahuku untuk akhirnya. Dan terdengar juga jawapan salam walaupun perlahan. Alhamdulillah, bisik hatiku. Kemas aku genggam tangan sahabatku berlalu dari situ. Sejuk tanganku. ‘Kalau Pak Guard nampak mesti marah. Tapi, Allah sentiasa nampak, Allah pasti lebih marah.’

‘Yan, macam mana boleh tegur macam tu.’ Aku diam, tidak menjawab. Masih dalam debaran… ‘sampai tak maksudku?’ Sampai di selekoh untuk melintas jalan, aku berpaling. Keduanya sudah bangkit, yang perempuan segera menghidupkan ‘scooter’ nya begitu juga yang lelaki menuju ke motorsikalnya. ‘Alhamdulillah.’

***

‘Hari tu masa Rafest, Kak Yani ada tegur sorang laki ni. Peniaga. Tegur suruh solat jumaat. Pada mulanya Kak Yani pergi kedai dia sebab masa orang tengah solat jumaat diorang sibuk meniaga lagi. Kak Yani tanya, Islam kan? Diorang jawab ya… Kak Yani tanya tak solat jumaat?.....’ Dan kak Yani pergi menegur orang yang sama untuk beberapa kali sehingga orang tersebut malu dan terus berlalu pergi ke masjid. Alhamdulillah.

Di situ lah aku peroleh kekuatan untuk menegur. Sebaik aku sampai ke selekoh. Hatiku tidak sedap hati membiarkan kedua pasangan tersebut berdua2an. Tapi, pada masa yang sama aku takut. Sangat2 takut, Takut diapa2kan. Sehingga aku teringat kata2 Kak Yani dan cerita Kak Yani tentang teguran kita mesti berhikmah. Dalam berfikir itulah aku kembali ke tempat pasangan tersebut berada. Alhamdulillah. Allah pasti bersama kebaikan.

***

Dan, hari ini aku menceritakan ini semua. Sekadar berkongsi, kejadian ni berlaku di awal kemasukanku ke Gombak. Maksudnya, lebih2 la ilmu ku ini sangat cetek. Tapi, selagimana kita tahu sesuatu perkara itu kita kena sampaikan. Tiada lagi kata2, ‘Siapa aku untuk berdakwah?’ Sedang kita semualah yang harus berdakwah. ‘Amar ma’ruf nahi munkar insyaAllah.’ Semoga kita semua terus diberikan kekuatan dalam hal2 amar maruf nahi munkar ini.amiin.

Sekadar perkongsian. Wallahualam. (kem DIA benar2 mengajar dan mengingatkanku banyak perkara. =) Alhamdulillah~)

Ahad, Jun 27, 2010

Ini Sangat Bagus!


Semua Tentang D.I.A (1)


25 Jun 2010-Hari Pertama

Aku tiba di Kem Rimba Ria Sg. Congkak kira2 jam 5 petang. Debaran yang amat. Maklumlah datangku seorang tidak berteman. Kebetulan ibu saudaraku juga ada kem di Rimba Ria, jadi, aku mengambil keputusan untuk menumpangnya sedangkan pada awalnya bercadang untuk menaiki bas. Alhamdulillah, kebetulan juga sampai saja di sana terserempak dengan AJK DIA jadi aku mengikutinya daripada belakang ke tempat pendaftaran DIA. Allah mudahkan urusan Alhamdulillah.

Aku duduk dalam dewan dan diam sedang yang lain sibuk berborak2 bersama rakan2 mereka. Aku jadi kekok. ‘Semua berteman.’ Bisik hatiku. Timbul pula perasaan segan. ‘Muna, mana boleh macam ni. Kena tegur semua. Sejak bila malu nak menegur orang?’ Soal diriku. Dalam keadaan begini aku sentiasa saja bermonolog sendiri. ‘Muna tegur orang belakang ni…senyum.’ Lagi diriku bermonolog.

‘Sis, tolong bagi tu…’ Aku terdengar orang di belakangku bercakap sesuatu dengan seseorang yang juga tidak kukenali. ‘Sis?’ selalunyaa di UIA saja menggunakan ‘sis’ bila nak menegur orang. Hatiku sedikit berbunga, pasti dia dari UIA.

‘Assalamualaikum, dah lama ke korang sampai?’ Soalku pada orang di sebelahku.

‘Eh,tak…kitorang baru je sampai…ni kawan Adah kan?’ Terus je dia menyoalku. Kak Adah?

‘A’ah…Kak Adah ICT ke?’ Soalku. Rasa teruja sedikit apabila ada yang menegurku begitu.

‘Yan kan?’ Lagi teruja bila ada yang mengenaliku.

‘A’ah…Dari UIA ya? Sebab panggil orang ‘sis’ tadi…’ Soalku. Sahabat di sebelahku itu mengangguk.

‘A’ah…kami kawan Kak Adah.’ Dalam hatiku Alhamdulillah, ada pun dari UIA. Senang sikit.

Ok, bila dah mula menegur orang, hati tak takut lagi. Aku cuba menegur peserta2 lain pula. Aku rasa kebanyakan mereka dari universiti UK dan Ireland. Aku sangat teruja, rasa segan dan rendah diri pun ada. Apabila dengar perkataan ‘overseas’ aku sangat memandang tinggi pada mereka. Maklumlah bukan calang2 orang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alhamdulillah~ Allah pertemukan aku dengan mereka. Berpeluang bertukar pendapat dan cerita. =)


BIN YOUR THOUGHT

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Seperti biasa, bila datang ke program, peserta pasti disuruh tulis perkara yang negatif dalam minda untuk dibuang jauh2. Aku kira aktiviti seperti ini adalah sama seperti memperbaharui niat (tajdid niat). Lama aku berfikir, aku harus tulis apa? Sebab datangku ke DIA adalah memang atas kehendakku, dan aku tidak memikirkan sebarang keselesaan yang aku perlu. Tempat sudah cukup selesa apabila masih dapat tidur di atas tilam yang empuk. AJK DIA sudah berusaha yang terbaik apabila sedaya upaya cuba memberikan kami keselesaan. Lagi2 apabila ramai AJK DIA bertanya, ‘tidur OK? Ada nyamuk tak?’ Aku tahu, mereka risau takut kami tidak selesa. Tapi, buat kalian AJK DIA, Alhamdulillah kami berpuas hati dengan segala layanan insyaAllah. =)

Bin your thought… Apa yang harus aku buang? Kertas masih kosong, pen masih penuh berdakwat. Mungkin…’Rasa takut…’ Masa aku datang, aku punya sedikit kegusaran apabila datang seorang. Ada juga sedikit perasaan takut. Pertanyaan demi pertanyaan datang menjengah minda…'Macam mana agaknya perjalanan kem ni?’ ‘Berapa ramai agaknya peserta kem ni?’ ‘Apakah yang akan dibuat ke atas kami?’

Jadi, aku tulis dalam kertas… ‘Rasa takut, gusar.’ Di bawahnya aku tulis…’semuanya akan baik2 saja insyaAllah. Allahuma’ana.’ Aish, pengaruh 3 idiots terbawa2 sampai ke kem. ;p

Kredit kepada fasilitatorku Kak Ain dan Adnin(Ain) yang banyak membantu kami dalam kumpulan. Dan kredit juga kepada ahli kumpulanku yang sangat mengambil berat akan sahabat2 walaupun baru dikenali : Nadia, Amy, Farzana, dan Adik Yana. =) Kalian banyak membantu, kalian memng terbaik! Terima kasih. =) Setakat ini dahulu, insyaAllah, akan kutulis tentang perkongsian ilmu dalam DIA.


Dakwah Is Amazing!

Khamis, Jun 24, 2010

Jawapan Puisimu


Detik masa yang berlalu,
Semakin menghampiri saat itu..
Saat aku harus ucapkan selamat tinggal padamu..
Walau hakikatnya aku cukup benci mengungkapkan kalimah itu,
Apatah lagi kau yang bakal mendengarnya..

Janganlah tinggalkan aku..
Janganlah pergi dulu…
Temanilah daku lagi..

Aku terdiam...
Cuma linangan airmataku
yang membalas rayuanmu itu..
Luluh hatiku mendengar rintihanmu..

Tapi aku harus bagaimana adik?
Aku juga berat meninggalkanmu..
Namun hakikatnya aku harus pergi jua
Katamu,kau pasti kesunyian..
Tiada tempat untuk kau mengadu,
Saat kau ingin luahkan perasaanmu,
Ataupun sekadar mendengar celotehmu..
Tiada lagi yang mengusikmu,hingga kau tersipu-sipu malu..
Dan tiada lagi yang membuat kau ketawa ..

Jangan bersedih adikku sayang..
Kau luahkan saja pada yang Maha Mendengar,
Dia sentiasa ada mendengar luahanmu,
Dan kau mintalah padaNya..
Berikan padamu pengganti diriku..
Yang sudi menemanimu dalam tawa dan duka,
Dan aku pasti dia lebih baik daripadaku…

Pagi ini,seperti selalu..
Aku berikan kau senyuman mesra,
Sampai saat kau rimas denganku..
Kelihatan ia mengganggu hidupmu,
Maafkanku adik..
Tapi mengertilah..
Kau pasti merindui senyumanku ini kelak,
Sepertimana aku merinduimu setiap hari,
Menanti kepulanganmu di malam hari..
Hanya untuk menghadiahkan kau sebuah senyuman..
Sebelum aku melelapkan mataku…

~Mayang Sari~
17 Rabiulawal 1431
3.00p.m

*******************

Saat kau disisi kadang kutidak melihatmu

Aku tidak menyedari kehadiranmu

Aku tidak membalas senyumanmu

Mungkin aku kurang menghargaimu

Maafkan aku


Saat kau pergi, kini aku rasa kesunyian

rasa keseorangan

Siapa yang sudi menjadi penggantimu?

Siapa yang sudi mendengar celotehku?

Tiada-mungkin.

Manakan kau bisa digantikan

Kerana kau itu hanya seorang


Aku kembali menjadi aku yang tidak kisah

Bila ditanya, ‘dik, mahu berteman dengan siapa?’

Aku menggeleng, ‘saya tidak kisah siapapun.’

Akhirnya aku diletakkan bersama siapa sahaja

Aku tidak kisah kerana memang dari dulu

aku tidak memilih siapa yang akan menemaniku


Bagiku ia bukanlah masalah yang besar

Tapi sebaik 2bulan aku bersendiri,

bertemankan yang tidak kukenali

Aku berasa sangat kesunyian

Tempat celotehku sudah hilang

Tempat luahku sudah pergi

Baru ku tahu

Belum puas aku bersamamu lagi


Aku tahu, kita tidakkan selamanya bersama

Kerana kehidupan itu pasti ada pertemuan

juga pasti ada perpisahannya

Tapi, aku benar2 rindu

Rindukan senyumanmu

Rindukan tawamu

dan rindukan nyanyian kecilmu


tatkala aku membuka mataku

kau sudah sedia di sisi

kau bisikkan ‘selamat pagi yan’

lalu aku membalas senyum

‘selamat pagi kak dil’


Rindu juga- bila kau setia disisiku

sedang aku tidak tidur maka kau juga bersama

memerhatiku sedang aku ligat memotong dan melakar

kusuruh tidur, kau katakan

‘kak tak sampai hati nak tidur selagi yan belum tidur.’

aduhai kak dil

besarnya pengorbananmu


saat aku ditimpa susah,

kau setia membisikkan ubat penenang

kau turut menyusahkan dirimu

hanya kerana aku


saat aku sedih

hanya kau yang melihat tangisanku

dan kau menjadi pendengar setia,

kau menjadi penasihat setia,

sehingga tangisku reda


saat aku gembira

kau turut tumpang gembira bersamaku

kau kata kau bahagia melihat aku bahagia

apa lagi aku mampu katakan

terima kasih seinfinitinya


tapi...

susah sekali aku dapat mendengar luahan hatimu

saat kau sedih, saat kau kecewa, saat kau berduka

kau sembunyikan daripadaku

agar aku tidak susah bersamamu


kak, maafkan aku

kerana telah banyak menyusahkanmu

telah banyak menyakitimu-mungkin

telah banyak menganggu hidupmu

maafkan aku


tapi...

aku tetap rindu

saat bersamamu

tika itu aku dapat rasakan

betapa bertuahnya aku mengenalimu

lalu kupanjatkan syukur,

‘terima kasih Ya Allah

kerana temukan aku dengannya

seorang kakak yang sangat mengambil berat

akan diri yang dhaif ini’


salam sayang dan rindu

daripada adikmu : yan


~munadhia~

12 Rejab 1431

11.25pm


'Never take someone for granted

Hold every person close to your heart

because you might wake up one day

and realize that you've lost a diamond

when you were too busy collecting stones'

Selasa, Jun 22, 2010

All Is Well

Aku bersama keluarga. Rasanya walaupun aku tidak pulang ke rumah, sekurang2nya, keluargaku selalu juga turun ke KL atas urusan2 tertentu. Lalu pasti dibawaku berjalan atau makan di mana2. Aku naik sahaja kereta, bersalaman dengan semua. Seperti biasa apabila berjumpa, aku yang akan terlebih excited bercerita. Macam2 cerita yang akan keluar dari mulutku. Yang lain sekadar mendengar. Maklumlah, terasa semacam sudah lama tidak berjumpa.

Bila aku senyap, sudah kehabisan cerita, ayah pula tanya aku, ‘Muna, tengok dah 3 idiot?’ aku terpinga2… Three Idiot? Apakah?


‘Best cerita tu.muna mesti suka.Dia banyak bagi motivasi.’ Bagitahu adik bongsuku.


Rancchoddas Shyamaldas Chanchad, Farhan Qureshi, Raju Rastogi…’ Tiba2 adikku menyambung. Aku sendiri tidak pasti apa yang disebutnya… ‘Gape tu…Ranchon…das…?’ Masih dalam terpinga2, kali ini ayah dan adik2ku pula excited bercerita. Aku hanya mendengar dalam keadaan kurang memahami.


‘Muna, ayah suggest tengok cerita tu. Mesti muna suka motivasi2 yang diselitkan. Diorang idiot tapi idiot yang banyak mengajar tentang kecemerlangan.’ Bagitahu ayahku.


Aku sebenarnya agak ‘kurang’ menonton televisyen. Sejak daripada PMR aku dah mula menghentikan kegiatan2 menghadap TV. Kalau ada pun hanya cerita2 tertentu sahaja akan aku tonton. Aku gemar kalau cerita atau movie atau drama yang punya unsur mengajar atau teladan Selalunya cerita Jepun yang punya sifat kekeluargaan dan motivasi agak berbeza dengan cerita2 lain yang penuh unsur percintaan dan lain2.


‘All is well.’ Tiba2 adikku menyebut ayat ini. Berkali2. Aku bukannya faham apa2.Boleh caya ke filem Hindustan bersifat begini. Motivasi? Takpelah. Layan saja mereka. =)



Aku pulang ke rumah ibu saudara di Shah Alam sementara menanti 27Jun untuk pulang ke rumah di Besut. Semasa di dalam kereta seperti biasa sepupuku yang darjah 3 suka berteka teki denganku. Macam2 teka teki dia ajukan. Lagaknya sangat kelakar.


‘Muna2, Afif nak teka…’ Aku hanya mendengar dan ligat juga otak berfikir.


‘Pada suatu hari ada dua anak dan sorang ibu. Dua2 anak tu baru balik kerumah nampak ibu dia tengah jahit baju. Tiba2 dua anak bertanya ibu soalan berbeza secara serentak. Soalan daripada anak pertama, ibu tengah buat apa? daripada anak kedua, ibu saya nak makan, perut dah lapar. Ibu diorang kena jawab soalan tu dengan satu patah perkataan je. Gape perkataan tu?’


Belum pun sempat aku berfikir apa2, sepupuku mencelah, ‘give up dah?’


‘Aik, muna tak dan fikir pon lagi.relax dulu…’


‘Ntah afif ni, baik takyah teka kalau nak jawab sendiri.’ Bapa saudaraku yang sedang memandu mencelah. Aku terus berfikir. Sebenarnya malas nak fikir, mesti jawapan aku salah. ‘OK, muna give up…gape jawapannya?’


‘Giveup dah?’ Aku mengangguk apabila ditanya anak bongsu bapa saudaraku itu. ‘Tak nyesal?’ Duganya lagi. Aku menggeleng, ‘tak!’


‘Jawapannya adalah…KEMEJA.’ Terpinga2 aku. ‘kemeja?’


‘ye la, jahit apa? Kemeja, nak makan maka ibu dia kata ke meja…’


‘Owh….Faham~’ Aku tergelak dengan jawapan tersebut. Macam2 lah diorang ni.


‘Muna2…’ Kakak Afif yang sulung pula mencuit2 bahuku. Aku berpaling kepadanya yang berada di sebelahku, ‘Gape?’


‘Awak tengok dah 3Idiot?’ Emmm… Lagi sekali aku mendengar tajuk itu, 3 IDIOT. Aku menggeleng, ‘Tak. Ayah saya pun dok cerita2 benda tu. Best sangat ke?’


‘Best2… Awak kena tengok, awak mesti suka cerita gitu. Rancchoddas Shyamaldas Chanchad…Dia banyak bagi pengajaran…’ Rancchoddas Shyamaldas Chanchad, selama ni aku fikir apalah yang adik2 ku bebelkan. Rupanya nama orang-nama Aamir Khan dalam filem 3 Idiot. Namanya pelik begitu juga perwatakannya dalam 3 Idiot. Si pelik yang bijak.


‘Nak tengok mana? Awak ada?’ Soalku. Sepupuku geleng kepala. ‘Takda. Tapi, dekat Box Office ada. Main sokmo. Nanti awak tengoklah.’ OK, sekarang sudah ramai yang mencadangakan supaya aku tonton cerita tersebut. Movie Hindustan. Aku agak kurang. Tapi keluargaku antara penggemar Hindustan tegar lagi2 bapaku. ‘Tau tak dulu ayah sokmo berangan nak muka anak2 ayah macam Hindustan.’ Teringat aku ayah selalu juga bercerita tentang masa dulu2nya. Penuh dengan cerita. Dan aku suka mendengarnya. Kisah tentang budak2 kampung yang sangat aktif yang penuh dengan angan2 dan impian. Seronok~


‘Muna-Karishma Kapoor, Sarah-Preity Zinta…’ Aku hanya gelak. Ayah ni macam2. Sebab tu kot dipanggilnya aku Muna. Aku teringat ada cerita Hindustan yang nama seorang budak perempuan Muna. Apalah~


‘Ok, nanti saya try tengok~’ Bagitahuku pada sepupu.



‘What does a hen know of the future of an egg?

Will it get a life, or will it be fried on a pan?

No one knows what our future will be.

Dear brother, dear uncle, exclaim, All is well.

Confusion prevails,

None knows of solution.

When a solution discovered

Is by when we’ve lost track of the question.

Console your heart when it is restless at every juncture.

The heart’s an idiot, knock sense into it with kindness.

Say, ALL IS WELL~

What does a goat know of its future?

Will it be skewered or will it be minced?

No one knows what our future will be

So say to your heart, ALL IS WELL.’


ALL IS WELL


Rancchoddas Shyamaldas Chanchad, panggil Rancho. Rancho sangat positif. Setiap kali menghadapi sesuatu masalah dia akan kata, ‘Hati kita sentiasa takut, angkat tangan letakkan di dada, usap hati katakan padanya semua akan baik. (ALL IS WELL)’


Bila kita kalah, bila kita gagal, angkat tangan ke hati. Senyum dan katakan semuanya baik2 saja. =) semudah itu pemikiran positif yang ditunjukkan. 1 pengajaran.


PENENTU MASA HADAPAN


Siapakah kita di masa hadapan?


Farhan Qureshi dan Raju Rastogi merupakan teman sebilik Rancho di Imperial College of Engineering,(ICE) antara kolej terbaik di India. Ketiga2 mereka, Farhan, Raju dan Rancho punya latar belakang yang berbeza. Sebaik Farhan dilahirkan keluarganya sudah menentukan masa hadapannya iaitu untuk menjadi seorang engineer. Manakala, Raju seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang sangat dhaif dan tinggal dengan seorang ibu yang tua, ayah yang sakit dan kakak yang masih belum berkahwin. Walaupun miskin Raju tetap bercita2 untuk menjadi Engineer.


Rancho? Rancho dikatakan sebagai seorang yang sangat kaya dengan gaji bapanya jutaan setiap bulan. Seorang yang sepelik namanya. Rancho seorang yang sentiasa berfikiran positif. Tiada istilah kegagalan dalam hidupnya. Andai gagal, gagal itu bukanlah pengakhir kehidupan.=)


Hubungan antara ketiganya sangat rapat. Walaupun berbeza latar belakang. Rancho kaya, Farhan sederhana dan Raju miskin. Tapi, ini tidak menghalang mereka untuk menjadi sahabat baik. Mereka inilah dikatakan 3 Idiot yang sentiasa mengundang masalah di kolej. Atau sebenarnya mereka disenangi teman2 lain, cuma tidak disenangi ViruS, professor mereka di ICE yang pantang dicabar dan pantang menjadi nombor dua.


Bagi Farhan, yang menentukan masa hadapannya adalah bapanya yang benar2 inginkan dia menjadi seorang Engineer. Tapi, pada hakikatnya ada satu keinginan yang tersekat dalam dirinya iaitu ingin menjadi ‘wildlife.photographer’


Backpacks drooped our shoulders

Of all people, dad taught us bribe.

A watch for 99% test score

All that writing blistered

Our wrists of Alpha, Beta, Gamma.

Concentrated H2SO4

Combusted our entire childhood.

We lost our childhood.

We lost our prime.

Let us live a little now, if only for a moment.

Give Me Some Sunshine (click)


Raju pula-yang membelengu dirinya adalah kemiskinan. Apabila sering diugut untuk diberikan surat gantung kolej oleh professor ViruS, dia merasakan yang menentukan masa depannya adalah kemiskinan. Kerana miskin, dia tidak mampu melakukan banyak perkara. Tersekat dirinya daripada mengecap kejayaan kerana dalam dirinya ada perasaan takut untuk menghadapi dunia.


Bagi Rancho pula, yang menentukan masa hadapannya adalah kecemerlangan bukan kejayaan. Baginya cemerlang dan berjaya itu adalah dua perkataan yang berbeza dengan dua maksud yang berbeza juga. ‘Berjaya tidak semestinya cemerlang, tapi, apabila cemerlang kejayaan pasti mengejar kita.’


Bagi Rancho yang bersifat positif, cemerlang itu adalah bagi mereka yang berhati baik, cemerlang itu tidak terletak pada segulung ijazah tapi dinilai pada bagaimana kita menerima pelajaran setiap hari. Cemerlang itu bukan sekadar dengan apa yang kita hafaz dalam ratusan buku, tapi cemerlang adalah bagaimana kita menimba pengalaman dan menguruskan setiap perkara dalam hidup ini.


Kerana itu, ‘Apabila seseorang itu cemerlang, secara tidak langsung kejayaan pasti mengejarnnya.’


JANGAN PUTUS ASA-USAHA SAMPAI KE AKHIRNYA : kerana siapa tahu apakah nasib sebiji telur dan seekor anak kambing kelak? Adakah seekor anak ayam akan keluar daripada sebiji telur dengan selamat atau terlebih dahulu digoreng diatas kuali? Seekor anak kambing adakah akan membesar dengan baik atau akan mati disembelih?


Dalam 3 Idiot menggambarkan ada antara mereka yang sangat tidak tahan dengan kerenah ViruS sehingga sanggup membunuh diri. Joy merupakan seorang pelajar senior yang bijak, wataknya dikatakan lebih kurang sama dengan Rancho. Dia sukakan mesin dan sedang dalam proses mencipta sebuah helikopter berkamera kontrol yang boleh diterbangkan. Tapi, ViruS menyekat niatnya dengan menghubungi bapa Joy dan mengatakan bahawa Joy telah gagal dan masih tidak dapat menamatkan pelajarannya. ViruS langsung tidak memberinya peluang untuk menyiapkan helikopter kontrol tersebut. ViruS langsung tidak memberi peluang untuk Joy buktikan bahawa projeknya itu pasti berhasil.


Dalam diam, Rancho merancang untuk membantu Joy menyelesaikan masalahnya. Tapi, sebaik helikopter rekaan Joy disiapkan dan berjaya diterbangkan oleh Rancho, semuanya seakan sia2. Joy telah terlebih dahulu membunuh diri kerana berputus asa.


Siapa tahu hasilnya itu dengan sedikit lagi usaha mampu direalisasikan? Siapa tahu andai dia tidak berfikiran singkat Prof ViruS akan menarik balik keputusannya untuk menggagalkannya? Jangan berputus asa, siapa tahu apa akan jadi di masa hadapan?


‘Joy bukan membunuh diri sendiri, tapi, dia dibunuh….oleh Prof ViruS’


SAHABAT SUSAH DAN SENANG


While our future haunted us ,

He would celebrate the present

and live every moment with reckless freedom.

While we cowered from challenges,

He would dive in the seas

And swim against the rip current

He was a wandering cloud

He was our pal

Where did he go? Let’s find him

Behti Hawa Sa Tha wo-He was like the fleeting wind (click)


Dalam 3 Idiot, aku tertarik dengan kisah persahabatan antara tiga2nya. Sangat rapat dan Rancho terutamanya sentiasa berusaha untuk menyenangkan sahabat2nya.


Raju sekali lagi telah diugut oleh ViruS untuk dikeluarkan daripada ICE. Raju yang membawa impian untuk mengubah hidup keluarganya berasa sangat tertekan. Dia diberi pilihan samaada keluarga ataupun sahabat. Samada dia harus menulis surat kepada keluarganya mengatakan dia telah gagal(sedang dalam keadaan ibu bapanya uzur) atau harus menulis surat bahawa Rancho telah di’dismiss’ daripada ICE. Terbayang wajah keduanya di mata Raju sedang keduanya orang yang sangat rapat dan sangat penting dalam hidupnya.


Dalam masa 7minit dia harus memberikan satu keputusan samada memilih keluarga atau sahabat. Akhir sekali, dia memilih dirinya yang harus berkorban. Lalu dia terjun bangunan daripada bilik ViruS iaitu atas cubaan membunuh diri.


Jaane nahin - Kami takkan biarkan kau pergi (click)


‘India telah mencatat purata bunuh diri yang tertinggi kerana masalah sebegini.Dia tidak membunuh diri tetapi dia telah dibunuh.’ –Rancho.


‘Give me some sunshine, give me some rain, give me another chance, I wanna grow up once again.’


‘Apabila dunia ini tidak terkawal lagi, Apabila ribuan masalah datang menghantui, letakkan tangan di hati. Pujuk hati semuanya akan baik2 saja.’



Dan, aku tidak akan menceritakan sehingga habis cerita ini. Cukup sekadar di sini. OK, cerita ni ada juga negatifnya seperti banyak scenenya dalam bilik air ntah apa2 lagi. Apalah~ Tapi, bukan itu yang mahu dilihat, yang dilihat adalah pengajarannya. Tentang persahabatan-sangat mengingatkan kita betapa pentingnya sahabat itu di sisi. Dalam susah dan senang semuanya diharungi bersama. Sehingga apabila Rancho menjadi pelajar terbaik sedang sahabat2nya menjadi antara pelajar di nombor tecorot, dia bagitahu, ‘ Mengapa mesti wujud perbezaan ni. Mengapa mesti dipampang keputusan peperiksaan di papan kenyataan. Tidak perlu untuk tunjukkan siapa yang pertama dan siapa yang terakhir. Seolah2 wujud jurang dan seolah2 sedang berlaku sistem kasta dalam belajar.’ Dia memandang 2 rakannya di tempat paling belakang, tapi dia yakin, orang yang dibelakang itu pasti akan berjaya satu hari kelak. Kerana kejayaan bukan diukur pada nombor berapa kita di dalam kelas, tapi, bagaimana kita berurusan dengan manusia dan bagaimana cara kita berurusan dengan dunia.


‘Cemerlang dan berjaya itu bukan terletak pada segulung ijazah tetapi terletak pada apa yang ada pada hati kita.’


‘Berjaya bukan dengan menjadi seorang saintis atau jurutera, tapi, dengan mengikuti gerak hati. Lakukan apa yang kita minat bukan lakukan apa yang kita terpaksa minat.’


Sampai di sini. Sekadar mengambil pengajaran daripada 3Idiot.


‘Yan, yan tengok cerita jepun? Yan tengok cerita Hindustan?’


‘Hakikatnya…saya juga manusia. Manusia itukan sukakan hiburan. Tinggal bagaimana cara kita memanfaatkan semua tu. ke macam mana?’ =)


Wallahu’alam. Andai salah tolong betulkan.