Ahad, Mei 23, 2010

Perang Hati



Ustaz : ni hati kamu (ustaz melakar di papan putih sebuah bulatan. Dan ustaz melakar dua lagi bulatan kecil di dalamnya. Itulah struktur hati). Kenapa ustaz lukis hati bulat bukan bentuk hati?

Kami : (diam)

Ustaz : hakikat hati itu kita tak tahu bentuknya bagaimana. Kita tak nampak. Jadi ustaz lukis bulat.

***

Salam’alaik.

Sedang belajar UNGS, tiba2 teringat kata2 Ustaz Latif berkaitan hati. Hati itu Raja . Di hati sentiasa berlaku peperangan. Peperangan antara kebaikan dan kejahatan. Hawa nafsu melawan kebaikan. Jauh di dasar hati sentiasa punya ‘good intention’ tetapi samada perlakuan kita itu baik atau jahat bergantung pula pada peperangan yang akan berlaku di struktur hati paling luar. Sentiasa sahaja hati akan diserang bertubi2 oleh hawa nafsu yang hadirnya daripada luar dan kemenangan bergantung kepada siapa yang lebih kuat. Kebaikan atau kejahatan?

Di hati juga akan berlaku konflik antara kebaikan dan kejahatan. Bala tentera kebaikan dipandu oleh akal waras dan sebab musabab manakala bala tentera kejahatan dipandu oleh hawa dan nafsu. Siapakah bala tentera ini? Untuk kebaikan bala tenteranya terdiri daripada sifat mahmudah iaitu sabar, amanah, setia, hormat, dan sebagainya manakala bala tentera kejahatan adalah sifat mazmumah seperti bakhil, khianat, baran dan sebagainya. Di balik tabir kebaikan adalah hidayah yang dikurniakan oleh Allah dan di balik tabir kejahatan adalah syaitan.

Apa yang cuba aku sampaikan? Aku sebenarnya sedang cuba menghubungkaitkan antara perkara ini dengan diriku sendiri. Aku tidak mampu menulis dengan baik sejak kebelakangan ini. Aku ingin berkongsi sesuatu tapi aku tidak mampu seolah2 ada sesuatu yang menyekatku. Dan aku tahu sesuatu itu adalah sifat mazmumah yang semakin cuba untuk menghitamkan hatiku. ‘Bad force’ daripada luar sedang mara menuju ke struktur dalam hatiku. ‘Good force’ dari dalam tidak mampu lagi menahan benteng al fuad, lalu sedikit demi sedikit hatiku mula menghitam.Sakit, sangat sakit~ Astaghfirullah. Di medan tempur bala tentera kebaikan semakin lemah dan bala tentera kejahatan semakin kuat. Lalu dipanah lagi titik hitam ke benteng struktur hati paling dalam. Bertambah hitam, dan hitam dan akhirnya, hati pasti mati!~ Naudzubillah…

Bila sudah tersedar, maka, harus bermuhasabah, lakukan perubahan. Memang hakikat diri manusia itu mudah lupa. Tapi, dari dalam diri manusia sebenarnya punya fitrah suci untuk mencari kebenaran. Semoga hati2 kita sentiasa terpelihara daripada peluru kejahatan. Semoga benteng hati kita kukuh tidak roboh dek hawa nafsu. Semoga hati kita terus kuat berada dalam lingkungan kebaikan.amin~

***

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

2 ulasan:

Luqmanulhakim berkata...

salam,minta kbenaran utk copy gamabar artikel ini...sangat berkesan d hati..syukran~

munadhia berkata...

wslm.silakan~trima ksih juga.