Aku rindu untuk menulis, aku tersangat ingin untuk menulis. Tapi, entah mengapa aqalku tidak mencetus sesuatu untuk dicoretkan. Hatiku ibarat kosong tanpa sebarang cetusan perkongsian. Adakah kerana hati ini semakin kurang digilap? Adakah kerana itu? Atau kerana aku tidak lagi rajin (a.k.a malas) untuk menulis? Atau, aku sudah bosan dengan penulisan. Owh... Bukan begitu, cuma setiap kali jariku cuba untuk berlari di atas papan kekunci, hatiku tidak turut serta bersamanya. Mungkin kerana pemikiranku terlalu sarat dengan sesuatu yang lain. Aku memikirkan terlalu banyak benda yang merunsingkan dan menyerabutkan aqal fikiran. 2 minggu sahaja lagi aku perlu bersedia untuk 'final presentation-final project-Child Care Centre'. Dan, dalam detik2 waktu ini jugalah banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Justeru, bolehkah aku menulis, mencoret sebuah perkongsian dengan tenang? Aku akan menulis andai hatiku bersama dengan penulisan tersebut. Jadi, tunggulah, bila waktunya hatiku kembali bersama dengan setiap abjad yang tertulis.
Sebelum tu tak terlambat rasanya bagiku untuk mengucapkan Selamat Menyambut Adilfitri dan Syawal buat semua. Kemaafan jua kupinta atas segala salah silap ku secara tersengaja atau tidak. Maaf zahir batin. =)
Alhamdulillah, raya pada kali ini aku dapat bertemu hampir semua sanak saudara belah ibuku.
Perhimpunan Hari Keluarga Engku Haji Ngah bin Tuan Dalam diadakan buat pertama kali di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut Terengganu. Diadakan di Besut Terengganu kerana di sinilah bermulanya salah silah keluarga Allahyarham Engku Haji Ngah (moyangku). Perkahwinan Engku Haji Ngah dan Aminah Abdul Rahman dikurniakan 11 orang cahaya mata (datuk dan nenek saudaraku) iaitu : Engku Ibrahim (sulung), Engku Taib (kedua), Engku Rahmah (keempat), Engku Abu Bakar (kelima), Engku Mustafa (keenam), Engku Datuk Zainal Abidin (ketujuh), Engku Mohd Ali (kelapan), Engku Aishah (kesembilan), Engku Yusof (kesepuluh) dan yang kesebelas, Engku Ahmad Dahlan.
Anak ketiga merupakan Allahyarhamah Engku Khadijah @ Engku Nik yang juga merupakan nenekku. Beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu menunaikan haji di tanah suci Mekah. Jumlah keseluruhan ahli keluarga besar Engku Haji Ngah (daripada anak, cucu, cicit dan cuit) pada masa sekarang adalah seramai 270 orang.
Engku Haji Ngah meninggal dunia pada tahun 1986 disusuli oleh isterinya Aminah Abdul Rahman pada tahun 2001.
Sekadar sebuah catatan untuk pengetahuanku. (Kalau takde hari keluarga pasti aku tidak kenal sanak saudaraku. Alhamdulillah, aku dikurniakan ahli keluarga yang sangat besar =)) Keluarga Engku Ngah
Beberapa hari lepas, aku menerima perkhabaran kematian. Paling mengejutkan adalah kerana dia mati ditembak Yahudi. Subhanallah. Dia syahid, kematian yang diimpi setiap pejuang di jalan Allah.
'Salam. Al-Fatihah buat seorang pelajar UIA warga Palestin, Ubaida yang juga ahli aktif al-Aqsa Society kerana telah syahid. Dia telah ditahan sebelum ditembak 6 das tembakan oleh Yahudi laknatullah sewaktu dia ingin masuk ke masjid untuk solat. Khabarnya dia pulang ke Palestin untuk menziarah ibubapanya, tapi, Allah telah memilihnya sebagai syuhada. Subhanallah. Al-Fatihah.'
Tidak kukenali siapa dia, tapi, aku cuba mencari lebih lanjut mengenainya. Dan aku jumpa beberapa blog yang menulis tentangnya.
Seorang pelajar UIA Gombak mati dibunuh oleh tentera Israel.Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel. Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009.
Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada'.
Maklumat tambahan (daripada rakan rapat Ubaidah di UIA):
* Ubaidah memang terkenal sejak kecil aktif dengan program-program Islami di masjid, dan popular dengan nasyid dan syair-syair Arab berkaitan pembebasan Palestin.
* Ketika di jalan Syuhada, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, dan jalan itu memang terkenal sebagai tempat ramai orang dibunuh oleh tentera Israel kerana pihak Israel menguasai jalan tersebut dan sering mengadakan sekatan jalan raya.
* Pihak Israel tiada bukti menyatakan penglibatan Ubaidah di dalam kumpulan militan atau aktiviti keganasan, jadi pihak Israel mengada-adakan tuduhan kononnya beliau cuba menikam pihak Israel, supaya menghalalkan pembunuhan tentera Israel ke atas Ubaidah.
* Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah. * Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah. * Beliau koma selama 19 hari. * Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan Israel.
Diri beristighfar panjang. Kalaulah ada sesiapa yang boleh membaca apa yang ada di hatiku tika ini, pasti terserlah jua sedikit sebanyak kejahatan nafsuku yang sering mendera hatiku. Sungguh, tidak mampu lagi aku menipu diri ini, kadang hadir di fikiranku penuh dengan kata ‘andaikan’. Andaikan aku seperti ini, dan andaikan aku seperti itu. Semua ini menggambarkan betapa diri ini kurang sekali bersyukur kepada nikmat Allah SWT. Astaghfirullah… Aku sangat lemah hingga tidak mampu menghindarkan diri daripada perkataan ‘andaikan’. Sifat seorang manusia yang tidak pernah merasakan ‘cukup’ dengan hidupnya. Itulah aku!
Tetapi, andaikan itu dapat aku buang tatkala aku berada di samping mereka yang kurang bernasib baik berbanding diriku. Pertemuan antara aku dan anak2 yatim sangat bermakna dan terkesan di hatiku. Malam itu aku bermalam di rumah Nadia di Subang Jaya. Tapi, pagi esoknya aku punya program bersama anak2 yatim dari Darul Kifayah. Maksudnya, aku perlu bergegas pulang ke UIA segera pagi esoknya.Risau juga kalau2 tidak sempat sampai. Tapi, InsyaAllah aku mesti boleh selesaikan semuanya dengan baik.
Malam itu memang tersangat penat, satu malam tidak tidur. Kami bertungkus lumus untuk menyiapkan projek subjek Environmental Science and System : Lighting Appraisal. Dan, jam 7 pagi selewat2nya aku harus bertolak pulang ke UIA untuk mengejar masa program yang bermula pukul 8.30 pagi. Dari rumah Nadia, Mardhiah menghantar aku, Hajar dan Bella ke stesen komuter Subang Jaya. Dan, kami bergerak pulang ke UIA.
Alhamdulillah,kami selamat sampai tapi agak terlewat sedikit. Kira2 jam 9 pagi, tapi, mujurlah program baru sahaja bermula. Melihat wajah adik2 yang seakan penuh menaruh harapan , kepenatan aku berkejar2 dan tidak tidur seakan tidak lagi terasa. Dan, yang paling tidak aku sangka ada di kalangan mereka yang mengenaliku. Rupanya mereka ini juga yang pernah hadir dalam majlis Ifthar IRK tahun lepas. Alhamdulillah, mudah sedikit bagiku untuk mendekati mereka. =)biiznillah.
HAKIKAT KEHIDUPAN : MENDIDIK DAN DIDIDIK
Dalam program kali ini aku ditaklifkan sebagai salah seorang fasilitator yang akan berada bersama mereka untuk beberapa slot sehingga majlis ifthar. Dan, melalui pertemuan ini aku telah mempelajari banyak perkara. Rasanya adik2 yang datang ini telah banyak membantu ku untuk merasa puas dengan nikmat yang aku peroleh. Dan, aku merupakan seorang yang tersangat beruntung di dunia ini. Alhamdulillah, baru aku sedari akan hakikat ini.
Cukup mudah hati mereka tersentuh tatkala aku menuturkan kata. Aku sebenarnya sangat takut untuk bersuara memandangkan aku tahu, adik2 yang tidak lagi punya ibu bapa, pasti hatinya sangat rapuh. Tapi, di wajah mereka tergambar satu sifat cekal dan tabah. Sukar juga bagiku untuk menyelami hati2 mereka ini. Tapi, setelah beberapa jam bersama barulah mereka senang meluahkan perasaan mereka. Aku masih ingat pesanan kakak2 naqibahku, dalam kita menyampaikan, dalam kita cuba untuk menyentuh hati mad’u, seharusnya kita bawa juga hati kita dalam tutur bicara kita. Memang susah pada awalnya, tapi, insyaAllah, andai tautan ukhwah sudah terjalin, andai tautan hati sudah bersatu, pasti segalanya jadi mudah. Dan itulah yang cuba aku lakukan.
ANDAI KITA ADALAH MEREKA
Pertama, kita letakkan diri kita dalam diri adik2. Dengan ini, lebih mudah bagi kita untuk menyelami dan memahami setiap kelakuan mereka. Adik2 yang bersama aku semua punya kisah yang perit dalam hidup. Ada antara mereka tak pernah sedikitpun merasa bahagia. Ya Allah, lihatlah betapa beruntungnya kita semua. Secebis kebahagiaan sekurang2nya pernah kita kecapi. Tapi, bagi adik2 yang umurnya baru sahaja mencecah 13tahun, mereka sangat matang dalam mengharungi liku hidup. Dan, inilah sesuatu yang mungkin tidak ada dalam diriku yang menjadi salah satu kelebihan mereka.
‘Kak, kitorang semua selalu kena buli kat asrama.’ Salah seorang adik mula berani bersuara. Aku terkejut dengan pengakuan tersebut, tapi, aku tidak terus mencelah… Seakan, mereka mula berani dan selesa untuk bercerita. Aku dan Kak Nor(ketua fasi kumpulan ku) membiarkan mereka bercerita.
‘Kadang2 kitorang disepak terajang, ditumbuk… Dan, dia ni baru je kena tampar kelmarin.’ Salah seorang adik meneruskan cerita sambil mencuit kawannya yang dikatakan baru sahaja ditampar wajahnya. Aku pelik. Siapa yang buli mereka?
‘Sapa buli adik2? Senior? Dekat situ pun ada kes buli ke dik?’
‘Banyak sangat. Hampir setiap hari pon ada kes kak. Kadang2 lebam-lebam kami dibuatnya. Ada sorang budak laki tu satu hari datang sekolah pakai mask H1N1 tu. Kitorang ingatkan dia demam ke apa, padahal dia cuba sembunyikan pipi dia tu. Lebam teruk kena tumbuk ngan senior.’
‘Astaghfirullah… sampai macam tu sekali? Pastu adik2 buat apa? Ada bagitahu cikgu tak?’
‘Kitorang tak berani buat apa2. Pernah mengadu kat cikgu tapi,kadang2 cikgu sendiri tak mampu nak buat apa2. Diorang (senior) kepala kat asrama. Kalau kitorang mengadu, mesti kitorang kena lagi teruk.’
Dan, mereka terus bercerita. Aku yakin, semua ini pasti berlaku pada setiap generasi. Kes turun temurun. Begitulah yang selalunya berlaku apabila tinggal di asrama. Tapi, tidak pernah pula aku mendengar kes seteruk ini berlaku. Dan, tidak lain tidak bukan, pasti kerana dendam atau saja suka2.
‘Adik2, walau seteruk mana pun adik2 diperlakukan, adik2 kena ingat… Dalam hidup kita sentiasa perlu ada sifat memaafkan. Adik2 tak boleh simpan dendam. Tak baik…’
‘Tapi kak, macam mana nak maafkan kalau teruk macam tu diorang buat.’Pintas seorang adik. Ada di kalangan adik2ku yang sudah mula mengalirkan air mata. Aku tahu, pasti perit. Mereka tidak pernah meluahkan masalah ini, malah dipendamkan saja tanpa pengetahuan sesiapa. Sungguh, andai aku di tempat mereka, pasti aku tidak sekuat dan setabah itu.
‘Adik2, tahu satu perkara. Akak bangga sangat dengan adik2. Adik2 kuat. Adik2 tabah. Kadang2 akak malu dengan adik2. Akak tak sekuat ni walaupun ujian yang datang pada akak kecik je. Akak nak adik2 terus bersabar dengan ujian ni. Kepada senior adik2, biarlah bagaimana teruk sekalipun layanan mereka, maafkanlah… Adik2 tahu tak? Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain ni sangat mulia di sisi Allah tau…’ Kami mula berpelukan, ada antara mereka sudah teresak2 menangis. Sebenarnya bukan sekadar kes buli, tapi, banyak lagi perkara yang membuatkan mereka mengalirkan air mata. Aduhai, kuatnya hati mereka menyembunyikan setiap masalah mereka.
‘Kak, saya selalu diejek…’ Seorang adik yang paling banyak berahsia antara kami kemudiannya bersuara.
‘Diejek apa dik?’
‘Mak ayah saya dah meninggal. Dari umur saya 7tahun lagi. Saya boleh hadapi, tapi, saya tak suka bila diorang suka ejek saya….’ Air mata laju mengalir di pipinya. Aku cuba menenangkan dan menunggu butir bicaranya seterusnya. ‘ Diorang ejek saya…. Diorang ejek saya anak luar nikah…’
‘Astaghfirullahal’adzhim… Adik, jangan main2 dengan perkataan tu… Sanggup diorang ejek macam tu? Diorang tahu ke apa maksudnya?’ Tak tahu kenapa, aku sendiri terasa berang dengan ejekan seperti itu. Adik yang aku kenal ini sangat baik orangnya. Tapi, dia memang seorang yang sangat pendiam. Aku agak sukar untuk menyelami hatinya, tapi, setelah lama bersama barulah dia berani bersuara. Menceritakan keperitan hidup yang dilaluinya. Rupanya, dia juga sering dibuli. Malah, dia mula menunjukkan kesan tumbukan di tangannya kepadaku. ‘Ya Allah, bagaimana mereka boleh menjadi setabah itu?’
‘Adik, akak bangga dengan adik2 semua. Adik2 masih mampu bertahan dengan semua ni. Akak tahu sangat perit kan… Allah pasti balas kesabaran dan ketabahan adik2 semua dengan kebaikan kelak. insyaAllah. Tapi, dengan syarat… Jangan ada dalam diri adik2 sifat dendam. Jangan sesekali berdendam dengan sesiapapun. Adik2 taknak berkawan dengan syaitan kan? Jadi, kikis sifat dendam tu…’ Aku bimbang, aku takut kelak adik2 yang aku jumpa hari ini menjadi seperti kakak senior mereka kelak kerana aku tahu… Senior tersebut pasti mengalami perkara yang sama sebelumnya.
Aku kemudiannya menghampiri seorang lagi adik kumpulanku. Kecil molek orangnya. Tapi, dialah yang paling tidak berhenti menangis dari tadi. Serba salah aku dibuatnya. ‘Dik, kenapa ni?’
‘Kak, saya teringat kakak saya.’ Dia mengesat2 matanya yang basah dengan air mata… ‘Laaa… ingatkan apa tadi… Alah, janganlah nangis… akak2 kan ada. Kitorang semua pun macam kakak adik juga…’ Aku cuba memujuk. Seronok aku dengan kerenah adik2 yang berbeza. Ada antara mereka menangis kerana teringat pada mak ayah, ada yang teringat pada kakak, ada juga yang teringat pada perjalanan hidup mereka yang tidak menentu.
KITA SANGAT BERUNTUNG!
Aku terfikir, apabila melihat pada adik2ku yang hidupnya penuh onak dan duri, barulah aku menyedari bahawa hakikat hidup ini bagi setiap manusia adalah berbeza sama sekali. Kadang2 aku merasakan aku lah yang paling susah, kadang2 aku merasakan akulah yang paling penat menghadapi ujian, tapi, pada hakikatnya, masih ramai yang lebih tidak bernasib baik berbanding diri ini. Aku sebenarnya sangat beruntung, sangat sangat sangat beruntung! punya keluarga yang cukup lengkap, punya sahabat yang sangat rapat dan memahami, punya semuanya yang menjadi keperluan dan kehendak. Ya, aku sangat beruntung! Terlebih beruntung! Alhamdulillah.
CUKUPLAH ALLAH BAGI DIRI INI!
Jika ingin aku ceritakan sehingga akhir pertemuan kami, sangatlah panjang kisahnya. Cukuplah setakat ini coretanku. Coretan kali ini dengan tujuan supaya kita semua merasa bersyukur dengan keadaan diri kita sekarang. Cuba lihat di sekeliling kita, serba cukup dengan semua yang kita perlu ada. Kita tidak sedikitpun kekurangan. Andai adapun kekurangan dari segi harta, kita masih kaya dengan kasih sayang. Andai adapun kita kekurangan dari segi pelajaran, kita masih punya peluang untuk menuntut ilmu, adapun kita kekurangan dari segi rupa paras, kita masih punya kesempurnaan sebagai seorang manusia. Kita punya akal yang mampu berfikir, kita punya hati yang masih boleh disentuh (dengan kata hikmah). Andai adapun kita kekurangan dari banyak perkara… Ingatlah, kita punya Allah. Cukuplah Allah bagi diri ini. Adanya Allah di hati, maka tidak akan lagi kita merasa kekurangan malah, terlebih cukup. Itulah nikmat yang paling bermakna buat kita. Di hati kita punya keimanan dan pada kita adanya Islam… insyaAllah.
Andai, masih juga kita merasakan kekurangan… Cuba kita hidup bersama mereka yang kurang bernasib baik berbanding kita. Dan, aku sangat beruntung boleh merasainya melalui pengalamanku berkongsi cerita dengan adik2 Darul Kifayah. Baru aku tahu aku sangat beruntung hidup di dunia ini!
Ke arah mana halanya Bagi insan yang terleka Mengejar nikmat dunia Bagaikan hidup selamanya Tak peduli dosa noda Seksa azab neraka Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia Pentas ciptaan manusia Terlupa pada segala Mengikut nafsu semata Membiar syaitan beraja Di hati dan juga jiwa Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri Moga dikau akan merasai Betapa indah nikmat Ilahi Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti Dunia tidak kekal abadi Hanya menguji cekalnya hati Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui Andai teguh keimananmu Pasti bahagia menanti Di akhirat yang abadi
Hari yang istimewa. Mengimbas kenangan beberapa tahun lalu sewaktu diri masih bergelar pelajar sekolah. SMK Menjalara, SMK Hamzah Machang, MRSM Kota Putra semuanya telah aku tinggalkan dengan seribu jejak kenangan yang sangat bermakna. Sehingga kini ingatan padazaman persekolahan masih segar di ingatanku.
Hari ini sekali lagi kaki ini melangkah memasuki perkarangan MRSM Kota Putra. Setiap sudut nya aku perhatikan dan aku cuba untuk mengimbas kembali setiap peristiwa yang berlaku di sini (MRSM Kota Putra). Ini merupakan pertama kali aku melawat MRSM Kota Putra pada petang hari iaitu bukan pada waktu persekolahan. Memang niat di hatiku untuk berbuka puasa bersama adik2 junior ku sewaktu di sekolah dahulu. Dan, tidak kusangka hari ini aku mendapat banyak pengalaman dan kenangan yang sangat berharga. Sekali lagi di MRSM Kota Putra. =)
AKU KEMBALI KE SEKOLAH – GRAND IFTHAR DAN TERAWIKH
Aku nekad untuk ke KOPU hari ini. Memenuhi impian dan hasrat hatiku untuk menziarah warga Kota Putra. Aku sekadar berniat untuk menziarah adik2 di KOPU tapi tidak kusangka langkah kakiku ke KOPU turut membawa aku berjumpa guru2ku. ‘Grand Ifthar’ dan ‘Program Khatam Quran’ kebetulan diadakan pada hari ini. Penghargaan setinggi2nya buat Miss Yani dan adik2 ku yang sangat aku kasihi dan rindui yang sudi menerima dan menyambut kehadiranku dengan layanan yang sangat baik. =) Terima Kasih semua. =)
Hari ini, aku berada disamping guru2, semeja dengan mereka. Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa segan nya diri ini. Tapi, atas pelawaan Ustaz Mamat dan Miss Yani sendiri, aku tebalkan jua muka ini. Terdetik di hatiku, ‘satu hari ingin aku kembali ke sini untuk menjadi seorang pendidik pula.’ Tapi, anganku mati apabila aku teringat impian ibu dan ayahku yang ingin aku terus maju dalam bidang senibina.
AKU KEMBALI KE SEKOLAH – KHATAM QURAN
Aku kembali ke zaman sekolah. Terasa benar2 ingin kembali ke zaman dahulu, Ramadhan di KOPU. Alhamdulillah, aku berkesempatan solat maghrib di Kota Putra. Dan yang paling tidak aku sangka, secara tiba2 Miss Yani mengajak aku menjadisalah seorang peserta khatam Quran. Sangat segan, tapi, bila difikir balik, bila lagi?! Peluang bukan datang selalu. Seronok juga. =)
AKU KEMBALI KE SEKOLAH – BADAN WAKIL PELAJAR
Aku kembali ke zaman sekolah. Usai solat terawikh berjemaah, aku nyatakan hasratku pada Miss Yani, ‘Miss, saya teringin nak tengok bilik BWP.’ Dan, Miss mengajakku ke bilik BWP memandangkan Miss Yani memegang jawatan sebagai penasihat BWP sessi 08/09. Dan, rupanya BWP bukan lagi dipanggil BWP tetapi telahpun dipanggil SRC (Student Represetative Council) sebagaimana UIA. Rupanya malam ini juga SRC mengadakan perjumpaan sesama mereka, ‘post-mortem’ program khatam Quran dan Grand Ifthar. Secara tidak langsung aku menjadi salah seorang yang turut medengar ‘post-mortem’ daripada mereka.
Dan, aku terasa benar2 aku telah kembali ke zaman sekolah. Buat sahabatku bekas pelajar KOPU 05/06, sedarlah kita semua, rupanya banyak perkara penting yang telah kita tinggalkan mentah2 kepada adik2 kita di KOPU. BWP khususnya. Aku mendengar luahan masalah yang berlaku dalam BWP, dan, ianya seakan serupa dengan masalah yang kita hadapi dulu2. Dan, rupanya ahli BWP telah dikurangkan daripada 20 kepada 14 ahli. Dan khabarnya semakin berkurang menjadi 13 ahli.
Tapi, aku tetap berbangga dengan adik2 BWP 08/09, mereka mampu membuat perubahan sedikit sebanyak walaupun baru sahaja 3 bulan memegang tampuk pimpinan. Di bawah mereka telah tertubuhnya AJK untuk setiap biro. Dan, mereka juga telah berjaya mengendalikan Minggu Aktiviti Maktab. Alhamdulillah, semoga generasi mendatang terus maju dan gemilang. =)
Dan, untuk pengetahuan sahabat2 BWP05/06 juga, dengan izin, aku telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri sepanjang bergelar BWP05/06, aku berkongsi sedikit sebanyak masalah yang kita hadapi dahulu. Dan, mereka lebih banyak bertanya kemudiannya. Dan, aku suka keadaan begitu yang membuat aku dan mereka berfikir lebih jauh. Dan dalam masa yang sama membuatkan aku mengimbas kembali kenanganku dalam BWP.Yang terindah adalah tetap di zaman sekolahku.
TERIMA KASIH KOPU
Terima kasih aku ucapkan setinggi2 kepada semua yang menyambut kedatanganku hari ini. Aku hadir bukan untuk menerima layanan istimewa, cukuplah bagiku dapat kembali ke sekolah, mengimbau kenangan lalu dan berjumpa guru2 dan adik2 di Kopu. Itu sudah sangat menyeronokkan. Dan, hari ini aku benar2 merasakan aku kembali sebagai seorang pelajar, berterawikh bersama, ifthar bersama, berbual bersama, bermesyuarat bersama. Cuma, terasa seperti ada kekurangannya, lebih2 lagi apabila melihat gambar2 BWP di bilik gerakan, hatiku sayu. Terasa benar sebuah kehilangan yang tak mungkin lagi kembali.
Terima kasih KOPU kerana masih sudi menerima kehadiran diri ini. Tercapai sudah hasratku untuk ifthar di KOPU, terasa benar diri ini masih lagi sebahagian daripada KOPU yang tak dapat lagi dipisahkan. InsyaAllah, panjang umur, tiada aral melintang pasti kaki ini melangkah ke KOPU. insyaAllah.
Kepada cikgu2 yang banyak berjasa, tidak jemu mencurahkan ilmu, Terima Kasih setingginya aku ucapkan. Jasa kalian tak mungkin aku lupakan insyaAllah selagi hayat dikandung badan. =)
Sampai di sini dahulu coretan mengimbau sebuah kenangan. Tulisan kali ini sekadar ingin meluahkan rasa di hatiku, betapa gembiranya diri ini tatkala dapat lagi melangkah ke tangga pertama menara gading.
Wallahu’alam. Wassalam.
p/s : Thanx a lot especially to Miss Yani, Diba, Jaja, All BWP Members 08/09, and all KOPURIANS. =)
Sudah beberapa hari berada di rumah. Memang seronok apabila berada di samping keluarga. Tapi, kurasakan lebih bermakna apabila Ramadhan ini aku berada dalam komuniti UIA. Bukanlah apa, sering telinga ini mendengar nasihat2 dan tazkirah2 sahabat yang menyuburkan lagi iman di hati ini sebaik sebelum waktu berbuka tiba. Berbuka puasa di SHAS sangat meriah. Yang tidak dikenali lantas menjadi kenalan rapat. Silaturahim terjalin semakin erat. Dan, itulah saat yang sangat bermakna yakni menambah kenalan dan sahabat. Kukira hari2 terakhir Ramadhan ini pasti SHAS penuh dibanjiri umat yang ingin memburu lailatul qadar. Teringat aku pada sahabat2 yang masih berada di UIA untuk berittikaf di SHAS. Ruginya aku. Tapi, tak mengapalah, Ramadhan bagi kedua ibu bapaku pasti lebih bermakna apabila anak2 pulang berada di samping mereka. =)
Memburu Lailatul Qadar
Sering aku melihat, dan sering aku rasakan… Hari2 terkahir Ramadhan terlebih suram daripada kebiasaan. Aku teringat pada hari pertama Ramadhan, Subhanallah, SHAS benar2 dibanjiri bukan sahaja warga UIA malah orang luar juga. Tiada lagi saff kosong yang tinggal, semuanya dipenuhi umat Islam yang ingin merebut pahala sunat Ramadhan yang istimewa. Tidak kira muslimin dan muslimat. Dan aku rindukan pemandangan seperti itu, pada Ramadhan pertama yang manusia berebut2 untuk berada di saff hadapan.
Seharusnya momentum ibadat di akhir Ramadhan perlulah ditingkatkan semaksima mungkin. Kerana pada fasa ketiga Ramadhan inilah punya satu malam yang cukup istimewa. Malam seribu bulan. Sering saja kita diingatkan tentang malam yang istimewa ini. Tapi setakat mana sudah kita beribadat padanya?Aku sendiri tidak pasti samada aku telah terlepas malam itu atau belum. Kadang2 aku terasa seakan diri ini tidak layak untuk memperolehmalam istimewa tersebut. Tapi, tetap di dalam hatiku mengharapkan aku berjaya memperolehinya. Moga2 kita semua memperolehnya. Amin.
Momentum Sepanjang Tahun
Ramadhan sering disebut sebagai ‘madrasah Ramadhan’. Mengapa? Kerana padanyalah kita banyak bermuhasabah dan padanyalah kita semua berlumba2 untuk membuat amal kebaikan sebanyak mungkin. Padanya kita memperoleh seribu keinsafan, padanya juga kita mengalami proses tarbiyah. Pada fatrah ini kita dilatih untuk bersabar, kita dilatih untuk bersyukur dan kita dilatih untuk beramal. Tapi, adakah hanya di bulan ini kita melakukan ini semua? Wahai diri, wahai sahabat2, bukanlah begitu. Pada madrasah ini kita menuntut ilmu, pada madrasah ini kita banyak beramal. Maka, pada luar madrasah ini seharusnya kita istiqamah melakukan semua itu. Sebagaimana di sekolah kita menuntut ilmu, adakah ilmu kita hanya berakhir di situ? Tidak bukan? Ilmu yang kita peroleh haruslah dipraktikkan melalui pekerjaan dan setiap perbuatan kita sebaik kita tamat pengajian.
Begitulah ibaratnya madrasah Ramadhan. Sebelas bulan yang lain ibarat penentu amalan kita pada madrasah Ramadhan samaada berkesan ataupun tidak. Andai Ramadhan tidak juga mampu mencorak amalan baik pada bulan yang lain, ini bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan amalan Ramadhan kita. Dan, di sinilah istiqamah memainkan peranan yang sangat penting. Istiqamah melakukan amal kebaikan, Sebagai contoh, qiammullail bukan hanya dalam Ramadhan, tetapi juga di bulan yang lain. Sedekah jariah juga bukan sekadar dalam Ramadhan tetapi juga dalam bulan yang lain. Barulah bermakna Ramadhan kita kali ini kerana telah berjaya mencorak diri kita untuk terus istiqamah beramal. insyaAllah.
Akhir kalam. Kata orang, jadilah kita hamba Rabbani bukan hamba Ramadhani. Salam memanfaatkan sisa2 terakhir Ramadhan daripadakubuat semua. Tingkatkan momentum ibadat dan amal kebaikan, semoga kita terus istiqamah melakukannya sehingga akhir hayat.