Khamis, Julai 02, 2009

Sudah Waktunya


Waktu itu, masih terbuka mataku.

Di ruangan mata,

hanya terlihat detik masa yang berlalu.

Diri mula menghitung,

Entahkan bila, bila masanya?

Bila masanya kan tiba?

Saat aku dipanggil untuk bertemu Tuhan.

Waktu itu, aku masih mampu melihat,

Bibir masih mampu mengukir senyuman,

Telinga masih mampu mendengar.

Tiba2, panggilan telah datang,

Izrail menjemputku pulang.

Akhirnya, inilah menjadi satu kesudahan,

Sebuah kematian.

Tidak mampu kita tangguhkan,

Tidak mampu kita hentikan,

Inilah sebuah kepastian,

Yang telah menjadi ketetapan.

'Kullu nafsin dzaaikatul maut-setiap jiwa pasti merasai mati'


sekuntum bunga, sebutir permata. Semua itu tidak kekal selamanya. Memang cantik, tapi, kecantikannya akan pudar, itulah sebutir permata. Memang cantik, cantiknya ia tetap akan layu, seterusnya gugur di perbatasan. Itulah bunga.

Jam 11.50, tatkala diri ingin bersiap untuk melayari sebuah mimpi, hadir satu mesej kepadaku. kulihat nama yang tertera, seolah2 aku mengetahuinya, hatiku yakin, tiada ragu. Pasti berita itu yang sampai kepadaku.

'Assalamu'alaikum. Nabil Marwan sahabat yang sangat kita cintai kerana Allah SWT telah selamat kembali ke rahmatullah.minta sahabat2 hadiahkan al-Fatihah (7kali) dan al-ikhlas (11kali). Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan auliya' dan solihin. amin.' -Aisyah

Entah mengapa, hatiku sebak. Tidak kukenali siapa Nabil Marwan, melainkan aku sekadar ingat2 lupa akan dirinya. Tapi, ini yang aku rasa, tanganku tidak kuat untuk menaip dengan pantas. Aku takut untuk menerima bulat2 akan berita tersebut sehinggalah sampai satu lagi mesej yang serupa kepadaku.

'Innalillahi wa inna ilaihi ro ji'un.'

Dan, mesej ketiga hadir menguatkan lagi perkhabaran bahawa dia telah tiada,

'Salam. Al fatihah... Mujahid kebanggaan Islam, Nabil Marwan baru sahaja meninggalkan kita. Semoga beliau dirahmatiNya dan dimasukkan ke syurgaNya. Senyum mujahid menuju redhaNya. Allhuakbar'-Kak Ida

Ya Allah, Kau tempatkanlah dia di kalangan hamba2 Mu yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, dia telah menanggung derita yang panjang sebelum kematiannya dengan izinMu,

Ya Allah Kau sahajalah yang mengetahui betapa tabahnya dia menghadapi segala ujianMu,

Ya Allah, hanya Kau jualah yang tahu betapa dia bersungguh2 dalam membela agamaMu.

Ya Allah, Kau rahmatilah dia, tempatkan dia di sisiMu. Amin.



Wallahu'alam. Wassalam.

4 ulasan:

Huda Idris berkata...

amin..

Unknown berkata...

innalillah.....
semoga rohnya dicucuri rahmat..
amin~

lailafillah berkata...

salam dik..moge die ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg beriman..akak baru tahu..die org sabak bernam.satu tempat ngn akak..

Jamil berkata...

amin ... verily to Allah all things return ...

may he be blessed among the auliya' and solehin