Selasa, Julai 07, 2009

Aku Bermimpi Satu Mimpi



‘Sarah, nati gerak aku lagi 10 minit. Aku tak smaye isya’ lagi.' Entah mengapa, malam itu aku benar2 tidak bermaya. Nak mengangkat kepalapun aku tidak mampu. Memang selalunya begini, bila demam selesema selalunya paling teruk ‘dia’ akan menyerang malam. Mungkin campur penat ke kebun tadi lagi (penat ke? 4 batang pisang sajapun berjaya aku tanam.huhu~)


Aku cuba untuk melelapkan mata. Tapi, bermacam2 perkara mengganggu. ‘Muna, kalau tidur sekarang, buatnya tak bangun2 lagi lagu mana? Dahla tak smayang lagi!’,


‘Ah, aku nak tidur sekejap je. 10 minit, lepas tu bangun la smayang. Pesan dah kat Sarah. Dia mesti kejutkan!’


‘Muna, mana boleh lagu tu. Mati bukan tunggu 10 minit. Malah mati tu tak tunggu 1 saat. Kalau dah sampai waktu, kita akan pergi jugak. tak terlambat dan tak tercepat sikit pun!’


‘Ya Allah, beratnya kepala ni. Betul lagi 10 minit aku bangun!’


Monolog aku berterusan sehinggalah aku tidak tahu bila masa aku tertidur. Dan aku tidak pasti aku tidur ini untuk sementara atau untuk selamanya sehinggalah aku mendengar suara :


‘Muna, kan dah bagitahu, mati tak tunggu kita sudah solat dulu. Tengok sekarang kat mana ni?’


‘Kat mana ni? Gelap! Sangat gelap!’


‘Tengok sebelah!’


‘Aku tak nampak apa2!’


‘Tengok betul2, cuba rasa ni!’


‘Tanah!’


‘kau rasa di mana?’


‘Tak tahu, aku tak tahu di mana. Tadi aku di bilikku. Aku dah bangun, aku nak solat!’


‘Dah terlambat. Kau tinggalkan dunia dalam keadaan kau berhutang dengan Tuhanmu!’


‘Maksudmu?! Kau siapa?’


‘Akulah dirimu yang inginkan kebaikan, tetapi kau lebih mengikut nafsumu. Kau tahu kau dimana?’


‘Tidak! Aku di mana?’


‘Tempat asalmu!’


‘Ya Allah, aku tak sempat solat isya. Aku belum solat!’


‘Tengok, kau berhutang dengan Allah. Tapi, kau tak sempat melangsaikannya. Akhirnya kau berada di sini dalam keadaan kau berhutang juga. Dan, kau akan bertemuNya dalam keadaan berhutang! Kau tak malu?’


‘Astaghfirullahal’adzim!’ Mataku melihat sekeliling. Ini bilikku. Melihat jam di dinding. Menunjukkan

pukul 2 pagi. Sarah tak kejutkan aku! Huh~ Adik2ku sudah tidur. Tertidur barangkali dengan buku2 sekolah masih terbuka.


Aku segera bangun. ‘Alhamdulilah. Ya Allah, Maha Suci Engkau yang masih mengurniakan aku waktu untuk melangsaikan hutangku dengan Mu. Sungguh, hamba ini tersangat lemah. Dengan sedikit ujian yang kau timpakan, aku berasa lemah, dan aku tersangat lemah. Ampunilah aku Ya Allah.’


Mimpi yang benar2 menginsafkanku. Sehingga saat ini aku masih ingat mimpi semalam. ‘Ya Allah, sejak akhir2 ini, sering Kau ingatkan aku akan kematian. Kenapa?’ Persoalan yang mungkin tiada siapa mampu menjawabnya. Tetapi, bukankah satu kebaikan apabila kita mengingati mati?!


Wallahu’alam. Wassalam.


p/s : pesanan buat diri ini yang selalu saja lupa : jangan lambatkan solat~

8 ulasan:

mujahidahputeri berkata...

assolatu a'la miqatuha(solatlah di awal wak2)(*_*)pesn tuk diri akk gak...yan demam ae...hehe sama.akk pun dah 3hr.pas blk dr kelantan.selsema n batuk,kpala pun skt kdg2.tekak pun mcm nak skt je je ni...kafarah dosa:) hrp2 sht be4 naik sem ni.syafakuna(*_)

massstr. berkata...

entri yg sgt m'insfkan :-)
ey,tcare tau.kte pun x brp nak sihat ni.penat orintasi msih terasaaaa.hehe

simplyvou berkata...

salam yan...
menginsafkn diri betol...
jgn lmbt2 kn solat....

munadhia berkata...

salam.
betul2, jangan sesekali melambatkan solat.scary la dpt mimpi cem gitu.huhu~

kt x tau kan ajal kt bile.

alhamdulillah, da lega sket. demm da kebah cuma, selesema dan batuk je. suara pon da garau.hehe~

trima kasih smua. musim dmam kot skang ni kan. betul kata kak imah, smoga ia mnjadi kafarah dosa. amin.

~daLiLaH~ berkata...

salam yan~gi spital..
jgn maen2 kn demam skrg~

uhibbukifillah~sgt2!

pencinta ilmu berkata...

salam..hrmm mmg mimpi yg menginsafkan..alhamdulillah yan terpilih olehNYa utk mndaoat mmpi cmni sbg tanda peringatan dan sayangNYA DIA pd yan..dan Allah menurunkan ilhamNYA dan peringatanNYA mlalui yan utk yan mmberi peringatan kpd yg lain..huhu..bahasa ntah pape la k.ain ni..hee..semoga cpt sembuh ea..btol tu,kafarah dosa,tanda Allah syg yan gak..(^_^)

che berkata...

betul2 menginsafkan..sy pernah mimpi saya mati, dan saya btol2 takut.. semoga kita tidak lalai lagi..

afzan;NA berkata...

muna antara org yg terpilih...
anggapkanlah ianya salah satu hidayahNya ye...

syg muna sokmo ;)