Rabu, Jun 10, 2009

Berakhlak Mulia-Magnet Da'i Terhadap Mad'u

Ahad, 7Jun2009


Sekian lama aku memerhatikannya. Di satu sudut aku melihat dia, wajahnya seperti orang tempatan tapi, pemakaiannya persis orang arab. Aku tidak pasti identitinya yang sebenar.

Sampai satu masa,aku nekad, aku ingin menegurnya. Seusai solat, aku berpaling. Kelibatnya sudah hilang. ‘Ah, aku terlepas lagi!’ Fikirku.


Keluar dari masjid, aku melihat kelibat itu. Berjalan keluar. Aku mengekorinya dari belakang. Segan juga ingin menegur, tapi, akhirnya aku ringankan bibir untuk memberikan salam.


‘Assalamu’alaikum.’ Sapaku ringkas.


‘Wa’alaikumussalam. Masmuki?’


‘Izyan. Where do you come from?’ Aku bertanya.


‘Owh… Malaysia.’


Subhanallah. Nyata dia orang Malaysia. Aku sangat kagum akan penampilannya. Lalu, aku bersalaman dengannya. Pertemuan kami hari itu berakhir dengan ta’aruf ringkas, dan dia menemani aku ke Café HS untuk membeli makanan. Terima kasih!


Mengenalinya, aku berasa sangat tenang. Peribadinya membuatkan aku ingin menjadi sepertinya. Aku benar2 berharap agar pertemuan kami tidak berhenti di situ. Semoga hari esok aku dan dia bertemu lagi. InsyaAllah.



Isnin, 8Jun2009


Hari ini, aku sangat kepenatan, 2nd crit session menyebabkan aku benar2 penat. Berjaga untuk beberapa malam bukanlah sesuatu yang menyihatkan malah dapat melemahkan tubuh badan, bukan setakat itu, ia turut melemahkan daya fikirku. Tapi, aku kuatkan juga kaki melangkah ke SHAS-M. AKu teringin benar berjumpa lagi dengan kakak semalam.


Tiba saja di SHAS-M, aku melilau2 mencari kelibat yang ingin aku temu. Hampa. Kakak tersebut tiada. Entah mengapa aku benar2 terasa ingin mendekatinya seolah2 ada sesuatu yang boleh aku dapat daripadanya. Sedang memerhatikan sekeliling, tiba2 ada seseorang melambai tangan kepadaku. Aku mengamati wajahnya, adakah itu kakak yang sentiasa berlindung di sebalik niqab? Aku mendekatinya. Ya, benar itulah dia seorang kakak yang aku cari.


Aku menghampirinya, bersalaman. Adab orang melayu, apabila bersalaman, mereka yang lebih muda akan mencium tangan mereka yang lebih tua. Begitulah yang cuba aku lakukan, tetapi dihalang oleh kakak tersebut. Dia memandang wajahku, sambil tersenyum dia berkata, ‘Tak perlu Yan.’ Aku bertanya ‘mengapa kak?’ Masih tersenyum. Senyuman yang sangat menenangkan. ‘sunnah.’ Aku mengangguk tanda faham. Dan sejurus saja bertanya khabar, seruan menunaikan solat berkumandang. Kami berpisah seketika, berpisah untuk bertemu dengan Yang Maha Esa. ‘Semoga selepas ini ada ruang waktu untuk kami berbicara.’ Doaku.



Hidup ini sentiasa bersaing dengan masa. Masa yang cuma bersisa beberapa jam untuk hari ini perlu aku atur sebaiknya. Kata2 sahabat tergiang2 di telingaku, ‘Yan, kita tak boleh bandingkan masa yang kita ada dengan masa orang lain. Hakikatnya, masa yang kita ada sangat berbeza dan tidak sama dengan mereka.’ Aku mengakui kata2 tersebut. Memang, semua kita dikurniakan jangka masa yang sama banyaknya. 24jam satu hari, 60minit satu jam, 60saat satu minit. Bukankah sama? Jadi mengapa dikatakan masa yang kita punya berbeza dengan orang lain? Mereka yang merasakan mereka adalah seorang dai, mereka yang merasakan diri sebagai khalifah, mereka tak kan memikirkan hanya tentang dirinya, tapi, mereka akan turut fikirkan tentang diri orang di sekelilingnya. Oleh itu, masa 24jam memang sentiasa tidak cukup bagi seorang yang menggelarkan dirinya sebagai da’i untuk memikirkan tentang diri dan orang lain.


Aku melirik ke arah jam,berkira2 membahagikan masa untuk makan, pulang ke mahallah, dan ke KAED dengan segera.


Yan sibuk ke selepas ni?’


‘Owh. Yan kena gi KAED.’


‘Maksud akak lepas ni, lepas solat maghrib ni?’


‘yan janji ngan kawan nak makan sekali. Kenapa kak?’


‘Akak berhajat nak ajak yan makan.’


‘Kalau macam tu, bolehlah akak join kami. Kawan yan 2,3 orang je.’



Ralit aku memerhatikannya. Perwatakannya sangat menarik perhatianku. Aku bertanya, bagaimana dia boleh berpakaian dan kuat untuk berpakaian sedemikian rupa. Maksudku, aku tidak pelik andai perempuan melayu berniqab, tapi, aku sangat kagum apabila ada perempuan melayu kuat untuk berniqab ala2 wanita Arab. Faham bukan maksudku? Dan, rupanya, kakak tersebut merupakan salah seorang graduan Universiti Al-Azhar dalam ilmu hadith. Subhanallah. Jauh dia merantau. Sebelum terbang ke Mesir, dia terlebih dahulu menuntut di Kusza, dan sekarang di UIA dalam Quran dan Sunnah.


‘Yan, kita makan kat bawah sana ya. Orang tak nampak sangat.’ Aku akur, tidak kisah di mana2pun.


Cara dia makan, dia mengunyah lama dengan penuh tertib. Sambil makan, aku berbual dengannya. Bertanyakan pengalaman hidupnya. Lembut dan teratur tutur katanya. Anak kelahiran negeri pesisir air yang sentiasa inginkan penghijrahan dalam diri. Seorang yang sangat lembut tapi, punya pendirian yang sangat tegas, seorang yang mencari ilmu bukan kerana sijil tapi, untuk beramal dengannya. Sekarang aku tahu mengapa Allah pertemukan kami berdua.


Aku memerhatikan cara dia makan, makanan tersebut tidaklah dimakan semua. Tidak dihabiskan. Separuh daripadanya, dia berikan kepada kucing2 yang berkeliaran di sekeliling kami. Yang kelaparan memohon simpati seorang manusia. Dan, aku melihat bagaimana dia turut berakhlak dengan makhluk Allah. Subhanallah.


‘ Famili akak memang sangat suka kucing.’ Kakak bersuara apabila dia perasan aku ralit memerhatikan tingkah lakunya. Dia memandangku, aku tersenyum. Berbeza benar dengan diriku. Aku takut kucing. Kucing yang nampak baik saja aku berani untuk pegang dan usap.


‘Kucing dah jadi macam adik beradik akak pula.’ Bagitahu kakak lagi. Aku hanya mengangguk. Kagum sebenarnya. Benarlah, peribadinya sangat mulia. Aku pula merasa segan untk berdamping dengannya. Terasa diri sangat tidak layak. Tapi keramahannya menyebabkan aku tidak kekok dan aku selesa dengannya.


‘Akak, air.’ Aku hulurkan air soya di atas meja apabila melihat makanan kakak hampir habis.

Kakak menggeleng, ‘Terima kasih yan.’ Kakak menolak. Tapi, aku hulurkan lagi, takut dia menolak kerana segan.


‘Takpe Yan, akak minum selepas setengah jam nanti.’ Owh. Aku terlupa.


‘ Itu sunnah ye kak?’


‘Selepas makan, kita tak boleh minum terus. Atas sebab kesihatan. Nanti kembung perut. Lepas makan jugak seeloknya kita berjalan 100 langkah. Biar makanan betul2 turun ke perut. Tapi, jangan berlari dan bersenam pula. Cukup sekadar berjalan.’


Aku mengangguk tanda faham.


‘Ya Allah, Kau telah kurniakan aku ramai sahabat untuk aku meneladani mereka, untuk aku ambil iktibar daripada mereka, untuk aku belajar daripada mereka, untuk aku contohi mereka. Besarnya nikmat Mu ini kepada aku hanya seorang hamba yang tersangat lemah. Aku mendapat manfaat daripada sahabat2, jadikan juga aku sebagai satu manfaat buat diri sahabat2ku. Jauhi aku daripada menyakiti hati mereka, jauh sekali untuk bertelingkah dengan mereka. Jadikan ukhwah kami dalam lembayung redha dan rahmatMu. Amin.’


Sampai di sini dahulu. Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


Wallhu’alam. Wassalam.

6 ulasan:

lailafillah berkata...

masyaAllah..bace tulisan yan pon akak dah dpt baygkan macm ne perwatakan nya..tentunua seorg yang hebat^^

Tanpa Nama berkata...

ni cerita sungguh ke,atau novel yg baru nak karang ni..mcm novel je..blh beli mcm ni..buat la novel senang blh beli terus tak la tertunggu2 cerita seterusnya........

munadhia berkata...

salam. to kak laila. syukran melawat lagi.ya, dia sangat2lah yan kagumi. harap pertemuan antara kami sentiasa terjadi. dan semoga ukhwah kami kekal. banyak lagi yan nak blaja dr kakak tu. insyaAllah.

to anon : lahaulawala kuwwataillabillah...

pertemuan yg betul2 terjadi secara kebetulan. ilham takkan hadir tanpa satu pengalaman yg benar. sy x pndai menulis kalau sesuatu itu fiksyen.

utk buat novel tu sy tak rasa akn jd nyata. entahlah. x berminat sgt. lgpun tulisan sy xkn smpai ke mana.jadi, sy suggest baca karya kak fatimah syarha. sangat hebat. penulisan beliau benar2 hadir dr hati, jadi akn smpai ke hati jga.insayAllah.

maaf ya untuk segala slh silap.

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

bagus tu,blh menulis sesuatu di alam nyata dan diubah dlm bentuk penulisan...bakat terpendam yg harus dipuji..berjumpa pulak dgn org hebat,belajar Uni Al-Azhar bah Hadith pulak ..memang kena byk berdamping dgn org berilmu umpama berkawan penjual minyak wangi maka wangilah yg mengelilingi kita...sebenarnya nur drp hadith nabi tu yg menyinar dlm akhlak,jiwa dan rohnya..syukur dpt bertemu insan seumpama itu.....

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah...

penceritaan yang sangat menarik...
cerita realiti yang memberi kesan di hati...
teruskan perjuanganmu dik...
sangat kagum dengan adik yan

Tanpa Nama berkata...

takda cerita baru ke..sedap pulak cerita2 kat blog ni..mcm tunggu filem blokbuster lak huhu..sorry jgn mare..nanti lekas tua