Isnin, Jun 22, 2009

Berakhirlah Sebuah Lantera



Salam 'alaik.

Dengan ini diumumkan, maka stelah dua bulan bekerjasama, setelah dua bulan menjadi sebuah keluarga, berakhirlah sebuah LANTERA consultant. Berakhir dengan seribu satu kenangan. Walaupun Lantera bukanlah antara nombor 1, 2 mahupun 3. Tetapi, aku tetap berbangga menjadi warga LANTERA sepanjang dua bulan perjalanan 'Multidisciplinary Project.' ARIGATO LANTERA! Semoga keputusan kita semua yang terbaik, insya-Allah. =)

Kata2 yang terakhir itu ingat ya! Memang kita selalu sahaja sibuk, tapi, satu benda yang wajib kita ingat dalam kesibukan, berdosa pula andai dilupakan... iaitu SOLAT... Tiang itu harus dijaga sebaik mungkin. Andai tidak tertegak tiang dengan baik, bagaimana pula mahu teguhnya berdiri sebuah rumah. =) Kita ada masa bersama sahabat, sentiasa sahaja punya masa tersebut, tapi, kita juga perlukan masa untuk menghadap Pencipta Agung. Dialah yang berhak dan selayaknya atas masa yang kita miliki. Dialah Pemilik masa, pemilik segala apa yang ada di atas muka bumi. =) Alhamdulilah. Kalian ingat semua tu, dan kalian jugalah yang banyak mengingatkan diri ini. Kalianlah yang terbaik! ARIGATO!

Buat warga Lantera, maafkan aku andai sepanjang masa kita bekerjasama banyak pula silap dan salahku sama ada sengaja mahupun tidak. Sampai di sini,

Wallahu'alam. Wassalam.

Blog2 Ahli Lantera (cerita LANTERA) :

*nana
*shazou
*BoO




5 ulasan:

uwais al-malizy berkata...

Berakhirnya multidip ini, maka berkurang lah sedikit kesibukan yang dihadapi penulis ye=]

Tidak mengapa, tidak mendapat tempat di mata manusia, mudah-mudahan disisi DIA nilainya bermakna, itupun bergantung kepada niat kalian dalam melaksanakannya..

Yang pasti, kenangan yang tercipta mungkin sukar berulang kembali tetapi ingatan terhadapnya moga menjadi pemangkin kekuatan diri..

p/s- err..tidak kelihatan pula kelibat penulis di dalam foto..di mana penulis menyorok ye??

lailafillah berkata...

salam dik..alhamdulillah..terlerai sudah amanah yang dipikul..^^ moge najah ya dik..

munadhia berkata...

salam.

to uwais : sape yep? prnah dgr namanya tp, x cam. papepon syukran kathiran ats komen. moga2 begitulah. amin.

kalau sape2 boleh nampak, penulisnya sdg pegang kamera. =)

to kak laila : biiznillah. moga2 begitulah kak. walaupun hari2 yg dilalui spjg multidip sgt memenatkan dn sgt menyerabutkan. tapi, akhirnya ia jadi satu kenangan yg x mgkin dilupakan. insyaAllah. =)

exam lagi 2 paper, tp, di mata dah trbayang rumah dan keluarga.huhu~ sedih trpaksa balik lmbat.xpelah..sikit je lagi.

semoga najah juga buat kak laila dan sahabat yg lain. insyaAllah. =)

Aman Wan berkata...

haha..
Lantera masih menyala dalam hati setiap ahli.. xkan padam.. thanx atas nasihat n sory kalau ada salah silap gak masa kat opis dulu..
huhu..biasalah, budak laki, lasak2 sket..

apapun, mmg seronok multidip ni. Lantera mmg the best~!!

err..komik utk lantera.. nanti akan dipertimbangkan.. hahaha~

ili amirah berkata...

alhamdulillah, lepas ni tidur awal ye, bak kata cikgu, rehat cukup2 untuk masuk sem baru, hehe
bila balik?