Khamis, Oktober 30, 2008

Mencuri sedikit masa untuk menulis…

Kata orang menulis menggunakan hati adalah lebih berkesan, tapi, andai menulis menggunakan hati… monolognya memang panjang…

Berjalan pulang ke Sumayyah…
Ditakdirkan Tuhan, sehelai daun gugur di hadapanku

Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada jatuh sebutir biji benih dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata. (Surah al-An'aam;59)

Bila teringat akan ayat tersebut, fikiranku terus ligat berputar. Bagaimana Allah telah mentakdirkan daun tersebut gugur tika ini..Semua itu ada dalam pengetahuan Allah. Begitulah juga tentang kita… Allah mengetahuinya, sedangkan kita sendiri tidak tahu apa akan jadi pada diri kita esok atau lusa..selepas ini atau sesaat lagi..

Aku mula menghitung… langkah perjalanan ini.. masih panjangkah atau cuma bersisa beberapa detik saja??
Masih lagi menghitung, rasanya sudah berapa langkah aku diberi nikmat berjalan di atas muka bumi ini?? Dari aku mula bertatih hinggalah saat ini, yang pada kiraannya sudah hampir 20tahun aku hidup di muka bumi ini…Rasanya, mungkin perjalanan ku sudah hampir melengkapkan satu pusingan dunia… Wallahu’alam. Tapi, ke manakah arah perjalanan aku itu?? Adakah lebih banyak menghala ke arah kebaikan atau beratnya lebih kepada keburukan?? Hmmm…

Kata orang, janganlah difikirkan tentang kebaikan yang telah kita lakukan, tetapi, fikirlah sudah berapa banyak keburukan, kesalahan, dan dosa yang telah kita lakukan.. Jangan juga sekali2 mengungkit tentang kebaikan yang kita lakukan.. Fikirkan seolah2 kita tak pernah melakukan kebaikan… Itu adalah lebih baik..

Jika begitu… Ya Allah, sudah berapa banyak maksiat yang telah kulakukan?? sudah berapa banyak dosa yang telah kulakukan?? Sudah berapa banyak kemungkaran yang telah kulakukan?? Jika dicampur tolak.. Jawapannya tersangat lah banyak…

Aku sangat bertuah.. mujurlah aku dikurniakan sahabat2 yang sering mengingatkan. Pernah aku mengadu pada seorang kakak, bertanyakan kakak tersebut mengapa aku susah untuk menghafal dan memahami sesuatu pembelajaran.. Secara terang kakak tersebut mengajukan soalan kembali… ‘Emm, di KAED ada buat maksiat tak??’ Masya Allah, terkedu aku dengan persoalan kakak tersebut. Tapi, aku tidak terus menjawab.. Ingin dijawab ‘tidak’, maka bohonglah.. bagaimana dengan maksiat mata, telinga, hati dan sebagainya?? Benarkah aku betul2 bersih daripada melakukan maksiat??

Teragak2 aku menjawab pertanyaan tersebut.. ‘emm…mungkin.. errr.. ye kot..’ Sungguh, tika ini barulah aku berfikir panjang.. Mungkin juga gelap hatiku kerana maksiat, kerana dosa.. Bagaimana aku tidak cakna dengan penjagaan mata, penjagaan ikhtilat antara berlainan jantina.. Bagaimana aku tidak menjaga percakapanku dan sebagainya.. Ya Allah, kau ampunilah hambaMu yang lemah ini…

‘Tapi… satu persoalan, macam mana caranya kita nak benar2 menjaga semua tu.. bila adanya kerja berkumpulan dan bila perlunya diskusi dan sebagainya… macam mana ye??’..

‘Emm… tu lah salah kita.. kita tidak tegas dalam hal2 sebegini… Dik, bila melibatkan soal iman, kita perlu tegas sekalipun berhadapan dengan ibu bapa yang bertentangan akidah dengan kita..’

Aku mengangguk tanda faham.. Sebenarnya memang sudah lama aku faham tentang semua ini.. Cuma.. tu lah.. seratus peratus kekuatan tidak ada dalam diriku.. Jadi, di manakah harus aku cari kekuatan?? Aku punya pendirian, tetapi, aku menjadi sangat lemah bila berhadapan dengan teman2. Untuk menjaga hati mereka dan sebagainya.. Tambah2 dalam suasana KAED yang sebegni.. Oooppss.. sekali lagi aku menyalahkan suasana..

‘Ana tengok, enti ni asyik menyalahkan keadaan saja.. menyalahkan suasana.. Enti tak leh la selalu salahkan suasana..Enti perlu ada pendirian yang tegas..’ huhu~ teringat aku pada kata2 seorang kakak suatu ketika dahulu yang benar2 menusuk kalbu.. benar2 menyedarkanku.. Kerana kata2nya, hingga sekarang aku sedang berusaha untuk tidak menyalahkan suasana.. Salah aku sendiri yang tidak tegas dalam pendirian…Ya.. salah aku jugak… Andai sahaja jika semua faham akan prinsip kita… Hmmm… …

Sudah hampir 20tahun…
Hidup tak pernah berhenti berjalan, meneliti dan mentafsir…
Mengutip bekalan di sepanjang perjalanan..
Mencari pengalaman sebagai pengajaran…
Sebagai peringatan diri yang sering saja lupa…
Yang juga tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan..
Benar tu.. aku hanyalah manusia biasa..
Yang pada hakikatnya sangat tidak sempurna…

Hidup ini sebenarnya sedang mencari,
InsyaAllah, tidak akan pernah diri ini berhenti mencari melainkan apabila sudah tiba masa diri ini dijemput Ilahi…

Rabu, Oktober 29, 2008

Pengalaman manis..

Jika ditanya, apakah pengalaman kita yang paling manis??
Apakah yang akan kita jawab??
Aku..
Hmm.. apa ye.. pengalaman paling manis adalah sewaktu zaman skolah2 dulu..
Zaman aku yang masih kurang bertamadun kot..
Tapi, adakah pengalaman yang lebih manis daripada itu??
Ye, ada2..pengalaman yang paling manis adalah…
Emm, adakah sesiapa yang akan menjawab..
Sewaktu bercinta??
Ya, bercinta adalah saatnya yang paling manis sekali..
Tapi, cinta yang paling manis bukanlah pada manusia,
Tetapi, pada DIA Yang Maha Esa..

Bilakah akan dirasa saat itu??
Sewaktu hanya berdua denganNya,
Mengadu tentang diri yang lemah lagi hina,
Sewaktu.. membacakan surat daripadaNya,
Surat yang mengandungi ayat2 cinta..
Indahnya sukar digambar melainkan diri sendiri yang merasainya..
Cubalah…

Satu lagi pengalaman manis yang boleh dicuba..
Cuba kita selalukan solat berjemaah..
Yang paling seronok bila berkesempatan solat jemaah di masjid.
Masih aku ingat sewaktu di CFS,
Masjidnya tidak membenarkan pelajar perempuan untuk solat di situ..
Mungkin adalah sebab2 nya.. (dekat dengan mahalah lelaki)
Mungkin untuk kebaikan warga CFS juga..
Pernah juga aku dan sahabat disoal siasat oleh Mak Guard gara2 solat di masjid CFS.
Macam2 lah kami beralasan,
Sebenarnya, kami sama sekali tak tahu bahawa dilarang sama sekali pelajar perempuan untuk solat di masjid..
Huhu~ Sedih sungguh..
Tapi, bila di Gombak,
Suasananya amat berlainan..
Seronok solat jemaah di sini,
Sebaik sahaja imam membacakan ayat2 suci,
Hati mula bergetar..Jiwa rasa tenang sangat..
Ayat2 nya indah.. Alunannya juga..
Kadang2 boleh mengundang perasaan sedih..sebak..
Bayangkan nanti kelak di akhirat, nabi kita akan mengalunkan ayat2 suci Al Quran.
Kita yang sering mendengarnya sewaktu di dunia akan merasa seolah2 baru pertama kali kita mendengarnya dalam hayat hidup..
Indahnya bacaan Rasulullah SAW amat sukar digambarkan.. (nota kepada diri-satu dari seribu masuk ke syurga)
Bacaan imam sudah cukup indah, tetapi, indah lagi bacaan Nabi Muhammad SAW..
Moga kita mendapat nikmat tersebut..Amin..
Tapi, tidak aku faham, mengapa, begitu sukar anak2 Malaysia memanfaatkan peluang ini..
Sibuk barangkali..
Tapi, apa yang aku perhatikan, kebanyakan yang menyertai solat jemaah di masjid UIA adalah dalam kalangan mereka yang bukan anak2 Malaysia.. Emm…
Owh ya.. mungkin, mereka juga solat jemaah tapi, mungkin bukan di masijid UIA..barangkali…
Takpe.. di mana2 pun bila kita solat jemaah,
Insya-Allah, kita akan dapat merasa manisnya ibadat ketika itu..
Dengan syarat niat mau ikhlas…

Lagi satu, semalam, aku benar2 berterima kasih pada seorang kakak.
Dia sering mengingatkan dan menasihatkanku tentang banyak perkara..
Aku suka bila kakak tersebut menekankan tentang qiammulail..
Aku sendiri akui, sejak kebelakangan ni..
Jarang sekali aku bangkit untuk qiammulail…
Liatnya..hanya Allah yang tahu..
Ya Allah.. lemahnya aku.. lenanya aku dengan tidur..
Kak Iman kata, kita kalau nak jadi seorang dai’e,
Satu perkara yang kita jangan sesekali tinggal..
QIAMMULAIL..
Inilah satu ibadat yang boleh membezakan kita dengan orang lain..
Yang boleh membersihkan hati kita...
Yang boleh membersihkan wajah kita..
Juga boleh membersihkan diri kita.
Ya Allah.. sungguh, selama ini diri ini amat lupa dan alpa..
Serasanya masih belum layak aku untuk bergelar dai’e..

Satu lagi..
I’tikaf di masjid.. sesuatu yang amat menyeronokkan..
Juga manis sebagaimana ibadat lain..
Cubalah..
Tapi, Masjid UIA jarang membenarkan pelajar tidur di masjid..
Mungkin takut sesuatu yang tak elok berlaku..
Tapi, boleh saja..
Syaratnya kena minta permisi daripada AJK masjid-kurasa..
Bila berada di masjid ni, rasanya lain.
Mudah untuk berjaga malam
Cubalah..
Moga kita sama2 dapat merasa manisnya iman.. Amin..

Khamis, Oktober 23, 2008

Setiap hari adalah pengajaran.
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Hari ini,
seorang sahabat mengingatkan aku bahawa kita kena niatkan hati kita bekerja untuk Islam, bukan untuk jemaah semata.
Baru aku sedar rupanya, selama ini aku asyik meletakkan jemaah sebagai sebab aku bekerja.
Islam adalah prioriti, yang ter utama daripada setiap keutamaan.
Mungkin aku sering tersalah, tapi, aku masih lagi dalam proses mencari dan belajar.
Tidak salah untuk sesekali tersalah,
Jangan pula kesalahan itu diulang sekali lagi.
Sahabat sering berpesan,
tajdidkan niat dalam setiap apa yang kita lakukan.
Cuba selami dalam2,
niat kita sebenarnya macam mana?
Betulkah, atau salahkah?
Emm..dalam mencari redha Allah,
kita benar2 perlu sentiasa bermuhasabah.
kerana muhasabah boleh membuat kita berubah.
HIJRAH.. moga perubahan kita sentiasa kepada kebaikan. InsyaAllah.
Berkaitan niat, seringkali kita mendengar hadith1 daripada hadith40 :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
'Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap seseorang diberi pahala mengikut apa yang diniatkan, maka, barang siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa hijrahnya kepada dunia yang ia akan memperolehinya. Memperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.' Riwayat Bukhari dan Muslim.
Matlamat amal manusia adalah samada pertama untuk mencari keredhaan Allah kedua untuk mencari pujian dunia. Jadi, yang mana satukah menjadi matlamat kita?? Andai dunia menjadi matlamat, cepat2 betulkan, dibimbangi niat tersebut akan memakan diri sendiri..
Sabda Rasulullah SAW juga yang bermaksud,
'Barangsiapa yang mengerjakan mana2 amalan yang bukan daripada agama kami, maka pekerjaan itu ditolak.' Riwayat Muslim.
Jadi, sanggupkah kita melihat amalan kita ditolak?? Maksudnya, segala amalan kita adalah sia2, tidak memberikan sebarang faedah pada diri. Niat adalah perkara asas bagi sesuatu pekerjaan dan amal. Jadi, sebelum mengerjakan sesuatu, kita perlulah berniat dengan betul. Bukan untuk mendapat pujian manusia, tetapi, untuk mendapat pujian dan keredhaan Allah semata. insya-Allah.
(kadang2 bukan senang untuk berniat dengan betul, kerana, kadang2 nafsu lebih banyak menguasai diri ini. Astaghfirullah...Diri sendiri sering berperang dengan nafsu, cuba sedaya upaya untuk memerangi nafsu. Betul.. nafsu adalah musuh utama kita.. Teringat kata Kak Yani, andai seseorang itu melakukan kejahatan, janganlah pula kita membenci dia, tapi, kita bencilah nafsu yang menguasai dirinya. Wallahu'alam)
Semoga yang hak itu sentiasa menang, musnahlah yang batil...

Rabu, Oktober 22, 2008

Salam ‘alaik..
Hari ini, AGM Archimic.
Bukan niat di hati awalnya untuk menjadi salah seorang anggota Archimic.
Tidak juga terlintas di minda bahawa aku akan terpilih menjadi anggota Archimic.
Walau apapun, Alhamdulillah.
Mungkin ini menjadi satu jalan untuk aku mengembangkan sayap perjuanganku.
Aku ini bukanlah mempunyai sebarang pengalaman hebat dalam kepimpinan.
Sekadar pernah menjadi perwakilan pelajar sekolah cuma.
Suatu ketika dahulu..
Di KOPU,
Juga tidak terlintas untuk mengisi borang BWP,
Kerana adik2 yang mendesak ku turutkan jua..
Tahun sebelumnya,
Terpilih menjadi pengawas sekolah di Menjalara,
Ku letak jawatan.
tidak tahan dengan kerenah pelajar cina yang memonopoli sekolah.
Tidak aku tahu,
Takdir ku sedikit dalam kepimpinan,
Aku hanya berserah.
Antara layak dan tidak,
Antara mampu atau tidak,
Semuanya hanya Allah yang tahu.
Sebenarnya, aku takut.
Ketakutanku adalah pada ‘riak’,
Sebenarnya aku takut,
Ketakutanku adalah pada ‘tidak mampu’,
Aku juga takut,
Takutku pada ‘tidak layak’,
Takut..
Pada ‘AMANAH’,
Tanggungjawab ini amat besar bagiku,
Walaupun jawatannya tidaklah sebesar mana.
Aku tetap takut..
Takutku adalah pada ‘diri’..
Teringat kata sahabat,
Kita sebagai pemimpin,
Ibarat sebelah kaki berada di dalam neraka,
Selebihnya bergantung kepada bagaimana kita memimpin..
Wallahu’alam.
Jadi, adakah aku benar2 mampu??
Layakkah aku??
Adakah aku dapat memberikan jasa??
Hanya Allah yang tahu.
Terasa ingin menolak,
Ayah memberikan dorongan.
Sahabat memberikan sokongan.
Kata mereka...
YAKIN!!
Kata mereka,
BOLEH!!
Kata aku,
InsyaAllah, akan aku berikan yang terbaik.
Andai ternampak Archimic sedikit goyah kerana aku,
Maka, mungkin berundur adalah yang lebih baik.
‘Ya Allah, Kau jadikanlah diri ini sebagai ‘manfaat’ dalam perjuangan ini..’

Kata Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada sahabat ketika dilantik menjadi Khalifah,
‘Aku telah mengatur urusan kamu, tetapi, aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Maka, berikanlah pertolongan kepadaku. Andai aku bertindak benar, turutilah aku, andai aku salah, maka tegurlah aku.’
Semoga, aku dapat menjalankan tugas dengan baik. Insya-Allah.

Kata Saidina Ali bin Abi Thalib,
‘sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, maka, hendaklah dia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan, dia hendaklah memperelokkan tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri dan memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia.’

Semoga ini menjadi wasilah untuk aku merubah dan memperelok diri. Ameen.

-mentarbiyah untuk ditarbiyah-
-Memimpin untuk dipimpin-

Sabtu, Oktober 18, 2008

Get Set Go!!

Jumaat,
Berpakaian serba hitam,
Berkobar semangat,
Aku mengorak langkah perjuangan..
Bersama sahabat seangkatan..
Dan buat pertama kalinya,
Aku benar2 merasakan manisnya berjuang,
Menuntut hak dan keadilan..
Juga PRK telus dan bersih..
Gema suara mahasiswa,
Melaungkan ‘HIDUP MAHASISWA!!’
Gema suara mahasiswa,
Melaungkan ‘STUDENT POWER!!’
Menyerahkan memorandum,
Juga melambai mawar putih..
Doa dibaca penuh kesyukuran..
Lagu Negaraku dinyanyikan penuh penghormatan,
Akhirnya kami bersurai penuh harapan..

Khamis, Oktober 16, 2008

Wal 'Asr





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Demi Masa,
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Melainkan yang beriman, dan beramal soleh,
Serta, berpesan2 dengan kebenaran, dan berpesan2 dengan kesabaran.
Al-‘Asr:1-3



Teringat aku pada suatu ketika dahulu di CFS, waktu itu beberapa ahli usrah datang lambat daripada waktu yang dijanjikan. Kakak naqibah memberikan kami pengajaran yang amat berharga. Kami disuruh membaca surah al-‘asr sebagai peringatan betapa pentingnya masa itu sehingga Allah sendiri bersumpah deminya di dalam al-Quran. Usrah dibatalkan gara2 masa dan janji yang tidak kami tepati. Sedih dan agak terkilan juga waktu itu, tapi, ia sudah cukup mengajarku dan sahabat untuk lebih menepati waktu. Tiba2 terbuka buku lama apabila semalam, Dr Aida bercakap tentang time management. Satu insiden telah berlaku yang kukira hanya budak 1st year Architecture saja yang tahu. Satu masa yang telah kami langgari, lalu kami diberi pengajaran yang setimpal. Aku tahu, Dr Aida amat penat dengan kerenah kami yang berbagai. Maklumlah, bukan seorang dua sahaja pelajar senibina tahun satu, tapi, lebih daripada 100 orang. Setiap pelajar ini membawa karakter yang berbeza.Fuuhh, kesian Dr Aida.
Kami ini ibarat anak2 kepada seorang pendidik, pendidik ibarat ibu atau bapa kedua kami. Yang tugasnya bukan sahaja mendidik, malah turut menjaga kami. Bukankah itu merupakan sesuatu yang amat memenatkan?? Jutaan maaf buat Dr Aida juga buat semua lecturer.

Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian...

Aku menghitung balik, adakah aku ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kerugian. Dalam islam itu sendiri amat menitikberatkan tentang masa. Andai masa tidak dimanfaatkan, kita boleh terlepas segalanya. Bukankah itu sesuatu yang rugi buat kita?? Dari kerana MASA, yang mempunyai kuasa.. Pepatah Arab mengatakan ‘masa ibarat pedang, jika kita tidak memotong, dia akan memotong kita.’ Samalah juga, andai kita tidak mengejar masa, dia akan kejar kita. Jadi, siapa yang menang..masa atau kita??

Teladan kisah sang arnab dan kura2, sang arnab bongkak, sangat yakin dia akan menang dalam perlumbaan dengan sang kura2, tapi, akhirnya dia kalah gara2 sikap menangguhnya. Begitulah kita, sang arnab itu kita, sang kura2 itu masa.. kita yakin kita boleh menang dengan masa, sehinggakan kita telah mengabaikan dan melambatkan banyak perkara yang disangka remeh.. Kita ingat, masa masih panjang tapi, sebenarnya, ia amat pendek. Kita perlu beringat, masa tak pernah berhenti berlari.. Lalu, terjadilah ‘pejam celik, pejam celik, dah hari ni..’ Ini merupakan aplikasi yang baik sebagai pelajar arkitek dalam menyiapkan beribu projek. Sedikit masa yang diabaikan telah menyebabkan kita dalam kerugian. Maka terjadilah insiden ‘tidak tidur’ dalam kalangan pelajar arkitek. (aku juga, sangat lemah dari segi pengurusan masa..huhu~ sama juga, kalau tidur tak siap projek, tak tidur pun masih tak cukup masa untuk siapkan projek...emmm.. macam mane yep??)

Mereka yang teruk dalam pengurusan masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa-La Bruyere.

Masa... satu waktu yang tidak pernah berhenti. Bak kata pepatah arab, masa itu hidup, jika kamu tidak menggunakan masa seolah2 kamu mati walaupun kamu bernyawa..’

Masa itu penting, apatah lagi bagi pejuang2 Islam seperti kita. Andai hanya satu saat masa kita tidak manfaatkan, pihak musuh sudah boleh mengalahkan kita dengan senang. Hanya petik satu jari, habis tumbang kita hanya kerana masa yang diabaikan. Sanggupkah kita??Sanggupkah kita (pejuang Islam) tumbang di tangan musuh hanya kerana sedikit masa yang tidak dimanfaatkan/terlambat?? (teringat latihan perang suatu ketika dahulu..sedikit masa yang kami terlambat menyebabkan seksaan yang teruk ke atas orang tebusan..juga boleh menyebabkan kematian tebusan ku rasa..kesian orang yang menjadi tebusan tersebut..huhu~)

Dalam wasiat ke sepuluh Hasan Al Banna sendiri ada bercakap tentang masa :

Kewajipan adalah lebih banyak dari waktu, oleh itu, tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatlah waktu penunaiannya.’

Dalam wasiat ini, Hasan Al Banna menasihatkan supaya kita bijak dalam menguruskan masa.. Masa diri sendiri, masa sahabat2, juga masa orang lain. Kita perlulah hormatinya. Kita juga mestilah mengerjakan sesuatu pekerjaan pada kadar yang tidak lebih dan tidak kurang dengan waktu yang sepatutnya untuk pekerjaan tersebut. Andai terlebih bermaksud sia2. Manakala, andai terkurang bermaksud kecuaian.

Oleh itu.. cuba kita nilai kembali, sudah berapa banyak masa yang telah kita kerugian. Aku sendiri, tersangat banyak rasanya...huhu~ Jadi,di manakah letaknya muhasabah kita?? Jom, sekarang kita gunakan muhasabah.. Cuba untuk tepati masa, cuba untuk manfaatkan masa sebaiknya, dan cuba untuk menjaga masa orang lain juga...Hormati masa orang lain, jangan pula gara2 kita yang tidak menghormati masa orang lain, kita turut menyumbang kepada kerugian orang tersebut... Setakat ini sahaja, sekadar pandangan dan peringatan buat diri dan sahabat...Wallahu’alam.

p/s: mungkin boleh belajar dari Jepun cara mereka menguruskan masa.. =)

Sumber : pengalaman diri dan Sepuluh Wasiat Hasan Al Banna, Pustaka Salam

Rabu, Oktober 15, 2008

syawal15

Semalam...
Kaki melangkah pantas, hujan lebat tiba2 membasahi bumi
Nasib baik sempat juga sampai di tempat perteduhan
Shas mosque menjadi singgahan
Melihatkan keadaan jemaah yang hanya beberapa saff
Teringat pula diri ini kepada si dia
Si dia yang sudah setengah bulan meninggalkan
Sungguh, diri ini amat rindu
Dia telah Berjaya mengubahku dalam banyak aspek
Aku menjadi tekun kerana dia
Aku menjadi rajin kerana dia
Aku melipat gandakan amalan kerana dia
Semuanya adalah kerana dia
Tapi, begitu cepat dia pergi
Dia benar2 perlu pergi bersama masa yang berlalu
Jadi, tidaklah mampu untuk aku menghentikan masa
Hati bertanya pula,
sewaktu dia di sisi, adakah aku telah memanfaatkan dia dengan sebaiknya??
Hati mula menjadi sayu.
Jawapannya, hanya Tuhan yang tahu..
Sewaktu dia datang, semua mula berlumba2 berbuat kebaikan.
Aku rindukan tarbiyah ketika dia ada.
Dia sering mengingatkanku bahawa dia datang sekejap cuma
Dia mengingatkan aku supaya berusaha merebut kebaikan daripadanya.
Jadi aku tingkatkan usaha,
Semuanya kerana dia...
Sewaktu dia mula untuk melangkah pergi,
Dia mengingatkanku supaya terus istiqamah dengan apa yang dia ajar.
Segala kebaikan yang dia berikan.
Aku perlu istiqamah...ya, aku perlu istiqamah..
Aku perlu istiqamah untuk mendapatkan mardhotillah.
Dia adalah tarbiyah
Dia kata, jangan risau, bila dia pergi nanti, pasti ada yang mengganti.
Ya.. betul tu..
Dia kata, manfaatkan setiap waktu tak kira siapa pengganti dia..
Bila dia pergi, Syawal datang.
Aku ingin tunjukkan pada syawal bahawa, dia benar2telah mentarbiyahku..
Dialah sesuatu yang kurindu..
Dialah yang bernama Ramadhan..
Ramadhan, moga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan..
Alhamdulillah,
Allah telah memberikanku kesempatan untuk menemuimu.
Semoga kesempatan ini ada lagi untuk tahun berikutnya...Amin.
Kaki melangkah ke Sumayyah,
Mendongak kepala ke langit...
Tadi hujan lebat, berganti pula dengan langit cerah..
Diterangi sang bulan syawal yang ke 15.
Subhanallah.
Kulihat bulan terseyum padaku.
Bulan yang cerah.
Memberi harapan untuk menempuh hari2 mendatang dengan tenang dan tabah..
Alhamdulillah...
'nanti, syawal pula akan pergi, dan hari akan terus bertukar ganti.. lalu, adakah kita ingin menjadi seperti hari semalam yang telah menjadi memori?? Tiada perubahan bermakna tiada kekuatan. Tiada perubahan bermakna tiada kesediaan..tiada perubahan bermakna tiada keberanian... hidup mestilah berani untuk berubah... azam untuk hari esok, harus bangkit daripada kejatuhan semalam.. azam untuk hari esok, harus lebih baik daripada hari semalam. Azam untuk hari esok, harus kuat menempuh cabaran. Semoga dapat bertemu hari esok terus thabat dalam perjuangan..'

Jumaat, Oktober 10, 2008


Semoga berjaya buat semua yang bakal menduduki PMR isnin ini, juga buat semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir sekolah dan universiti.
Khas buat:
adikku, Nik Maisarah
sepupu2 ku,
Syed Abdul Rahman Fathi
Khairunnajihah
Raihana

Keadaan yang teramat busy melanda.. Banyak yang ingin aku tulis untuk blog ini, tapi, masa amat tidak mengizinkan.. kerana kesibukan yang teramat sangat, aku telah terlepas banyak perkara penting.. Sedihnya.. tidak dapat turut menyertai sahabat2 seperjuangan memberikan khidmat di medan PRK.. Mungkin banyak moment yang aku telah terlepas, bukan sengaja tapi terpaksa. Buat masa sekarang, aku terpaksa memfokuskan kepada hanya satu tugas, iaitu menyiapkan projek terakhir-Hybrid Hut yang kukira amat berjaya memberi tekanan kepadaku. Malam tanpa tidur amat meletihkan. Tapi, aku harus ingat ini adalah pilihanku sendiri. Entah macam mana aku nekad untuk mengambil bidang ini sedangkan, sejak kecik aku menanamkan azam untuk menjadi seorang doktor.. Pernah juga sekarang ini terlintas di fikiran untuk menukar kos.. Pernah ku utarakan kepada seorang kakak, aku ingin tukar kos.. Nak ikut jejaknya dalam IRK.. Sesiapa yang mendengar pasti tergelak..hatiku juga tergelak bila memikirkan.. ‘muka ini nak amek IRK?? Basic pon takde..lupakan saja..’ Betul jugak.. takkanlah dari bidang senibina tiba2 mahu menyimpang jauh ke bidang lain. Lalu, anganku bertukar lagi..

‘haa..macam nilah, aku tamatkan 3tahun sains senibina, insyaAllah kalau ada rezeki, sambung 2 tahun lagi.. kerja, jadi arkitek insyaAllah.. at the same time.. belajar.. belajar agama.. aku ini amat cetek tentang ilmu2 agama ni.. nak berdakwah melalui senibina.. boleh tak?? Mantapkan iman, ilmu, dan amal’

‘ish2, nak belajar ilmu agama tak perlu tunggu tamat belajar, sekarang nipon kenalah banyakkan usaha untuk menambahkan ilmu.. betul tak??’

‘betul, betul, betul..’ teringat pula janji aku pada fasi2 awal Ramadhan lalu, ingin mengkhatamkan buku haraki sekurang2nya 1 buah untuk 1 bulan.. (tupun aku mintak diskaun, orang lain kena habiskan 2 buah..) sudah aku tunaikankah janji itu?? Yang dah aku baca untuk bulan lepas, Hari2 Dalam Hidupku- Zainab Al Ghazali.. Pembacaan tersebut benar2 menaikkan semangatku. Kagumnya aku pada seorang wanita yang bermati2an mempertahankan maruah agamanya dalam usaha untuk mengembalikan daulah islamiah. Kisahnya juga mengingatkan aku pada kisah Dato’ Sri Anwar Ibrahim dalam penjara ketika aku menghadiri ceramahnya di Besut lama dahulu. (sewaktu awal pembebasan beliau dari penjara). Betapa seksaan yang boleh mematikan tidak mematikan seorang insan. Itulah kekuasaan Allah, walau diracun, tapi, tidak termati oleh racun tersebut kerana perjuangannya masih panjang, perjuangan harus diteruskan.. Jadi, aku tidak boleh jadi cengeng. Perjuanganku masih panjang, masih tiada cubaan dan dugaan berat yang terpaksa aku hadapi. Jadi, mengapa harus cepat berputus asa??

Mengingatkan hal itu.. Aku kembali bersemangat. Apabila menjadi harapan jemaah untuk berjuang dalam KAED, aku menerima dengan hati terbuka andai hanya itu sumbangan kecil yang dapat aku berikan untuk jemaah. ‘Sesibuk mana pun kita, jangan lupa tanggungjawab kita dalam membantu agama Allah juga..’ Aku sering mengingatkan diri, ‘ikhlaskan niat.. Andai kita bantu agama Allah, Allah juga akan bantu kita, insyaAllah..’ Selebihnya aku serahkan pada Allah, samada aku layak menerima jawatan tersebut atau tidak. Hanya Allah yang tahu baik buruk pada setiap kejadian..

Kata seorang kakak, ‘tak perlu tukar kos, dalam KAED itu sendiri kekurangan penyampai risalah Allah, jadi, kita perlukan wakil.. Izyan kena jadi wakil KAED..Kita perlukan pejuang di KAED..’

Walaupun agak berat.. InsyaAllah, aku akan cuba.. Aku sebenarnya amat takut, kerana aku hanyalah seorang Nik Nadia Izyan yang amat kekurangan ilmu.. latar belakangku bukanlah dari sekolah agama dan sebagainya. Hanya diperkenalkan dengan usrah di UIA PJ, tu pun baru setahun jagung dah perlu berjuang di UIA Gombak pula.. Jadi mampukah aku??

‘Papepon..Itu semua bukan lah alasan.. Hakikatnya, kita semua adalah penyampai risalah Allah, jadi mengapa harus takut?? sudah kewajipan, sampaikanlah walau satu huruf yang kita tahu..Boleh jadi satu huruf itu lebih bermanfaat dan termakan oleh jiwa berbanding berpuluh2 huruf yang kita sampaikan..’

Dan hendaklah di kalangan kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.
Ali Imran :104

Muna.. GAMBATTEY!!

Doakan kejayaanku untuk final project juga final exam nanti ye... Isnin-presentation. Kemudian merdekalah aku daripada berjaga malam.. Semoga selepas itu aku berkesempatan lagi untuk bersama2 sahabat membantu dalam perjuangan ini. insyaAllah..

Akhir kata..Rindukan semua sahabat di Gombak mahupun di PJ(lebih2 lagi). Salam imtihan dariku.. Najah buat semua. InsyaAllah.. Amin.