Isnin, Julai 21, 2008

Kosong terasa hati ini..
Kosong dengan muhasabah diri..
Lapar terasa hati ini..
Laparkan santapan rohani..
Dahaganya aku…
Aku dahagakan kasih Ilahi..
Aku semakin kehilangan arah..
Semakin kabur pandangan..
Semakin resah dan gelisah..
Apakan tanda ini semua???
Aku amat takut..
Andai ini petanda..
Imanku semakin berkurang..
Aku takut..
Andai ini tandanya aku semakin kealpaan..
Aku takut..
Aku amat takut..
Ya Allah,
Kau bantulah hambaMu ini..
Sentiasa ingatkan aku,
dan tarik aku ke dalam dakapan Islam..
Istiqamahkan aku dalam kebaikan..
Hindarkan aku daripada kejahatan..
Kurniakan aku sifat2 mahmudah dan terpuji,
Jauhkan aku daripada sifat2 mazmumah lagi terkeji..
Ya Allah..
Aku ini hamba yang teramat lemah..
Aku semakin lupa..
Hakikatnya aku hanya manusia biasa..
Ya Allah..
Mengapa aku begini..
Masih terasa di hati..
Terbalut dosa nan berjuta..
Masih terasa di hati..
Sakitnya amat berbisa..
Ya Allah,
Aku rindukan saat dulu..
Andai aku terlalai,
Ada yang menyedarkan..
Andai aku lemah,
Ada yang menguatkan..
Andai aku kosong,
Ada yang mengisikan..
Indahnya ukhwah itu..
Yang amat aku rindu..
Jauh dari mereka..
Ibarat aku jauh dari didikan dan pentarbiyahan…
Aku rasa amat keseorangan..
Aku rasa amat kekosongan..
Apakah maksudnya??
Ya Allah,
Tetapkanlah aku dalam perjuangan ini..
Aku tidak mahu tercicir..
Apatah lagi terbuang..
Aku takut..
Aku takut aku terusan berada dalam kelalaian..
Juga kealpaan..
Ya Allah,
Hanya padaMu aku mengharapkan pertolongan..
Amin..

Tiada ulasan: