Hari ini fikiran tak tenteram..hati resah.. tak tahu mengapa rasa begini sedih.. Mungkin terlalu banyak kesilapan.. hari demi hari asyik mengutip dosa percuma.. kadang2 terasa diri ini amat tidak layak untuk berteman dan terasa diri amat tidak berguna.. apalah gunanya andai, hati mereka asyik ku lukakan.. sebenarnya, niatku bukanlah begitu. cuma ingin bergurau dan tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.. tapi, apakan dayaku, niatku salah ditafsirkan.. berkali2 maaf ku pohon. tapi, tetap tiada respon.. besar sangatkah salahku, sehingga amat susah untuk dimaafkan.. kalau boleh, aku tidak mahu silaturrahim yang terbina akhirnya putus tidak berkesudahan.. lalu, pada siapa harus ku mengadu.. terbacalah pula bidayatul hidayah (permulaan jalan hidayah).. satu muka surat idea benar2 membuatkan aku berfikir panjang.. difikirkan, adakah aku amat kejam???
'Dan seorang hamba itu dipandang dari sudut pergaulan dengan orang lain terbahagi kepada tiga darjat pula.
PERTAMA : Laksana malaikat yang mulia yang suka berbuat baik kepada orang lain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati mereka.
KEDUA : Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
KETIGA : Laksana kala jengking, ular, dan binatang buas iaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.
Ya Allah, dimanakah darjatku sebagai seorang kawan dan teman?? Aku inginkan yang pertama, tapi, kadang2 aku tak mampu.. betulkah aku tidak mampu?? sesiapapun mampu andai hatinya ikhlas..Siapalah dia yang dapat menilai keikhlasan seseorang?? hanya Dia Yang Maha Esa...
Oleh itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian darjat malaikat maka, janganlah engkau menjadi lebih rendah dari darjat binatang dan benda2 yang keras iaitu turun kepada darjat kala jengking, ular dan binatang buas yang suka menyakitkan hati orang lain. jadi, jikalau engkau redha dengan dirimu untuk berada di bawah darjat 'a'ala illiyin (darjat yang paling tinggi daripad segala yang tinggi) maka, janganlah engkau redha bagi dirimu dengan darjat 'asfala safilin' (darjat yang lebih rendah daripada segala yang rendah) dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang menguntungkan, maka janganlah engkau membuat perkara yang merugikan.
(petikan bidayatul hidayah-imam al-ghazali)
Ya Allah, aku mengharapkan belas kasihan dariMu, Kau lembutkanlah hati mereka yang telah kulukai untuk menerima maaf dariku.. Aku takut, entahkan esok, entahkan lusa.. akhirnya aku tertidur, dan bangkit semula di alam barzakh..Aku takut aku tersadung, lalu hari esok tiada lagi untukku.. Ya Allah, Kau perkenankanlah doa hambamu yang lemah ini..Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan