Hari ni…
Emmm… Ada apa dengan hari ini?? Pagi tadi seorang sahabat ada cakap, ‘sedar tak sedar dah masuk minggu ke 4 kita kat sini..’ Bila aku fikir2 balik, timbang2 balik..Apa dah aku buat di uia gmbak sepanjang hampir 4 mgg ni.. Lalu ku temu jawapan.. Aku rasa, aku semakin lagho..Ye.. aku amat lagho..Kalau dulu di Cenfos, kakiku ringan aje melangkah ke AMF takpun ke Lecture Hall untuk isi minda dengan santapan rohani.. Tapi, sekarang.. bukan main susah lagi.. Serba tak menyempat, padahal itu bukanlah alasan bagi seorang yang betul2 ingin belajar dan menuntut ilmu.. Aku menanti seorang ‘Kak Yani’ di UIA Gombak ni untuk tarik ku ke dalam usrah. Alhamdulillah, aku temu seorang..tapi, malangnya aku tidak boleh menyertai usrahnya.. Aku milik famili yang lain..Tapi, aku masih menunggu.. Aku menunggu dan terus menunggu..Semakin aku menunggu semakin kosong jiwa ini...Kalau ikutkan hati, ingin saja aku menyertai usrah kakak tersebut..Tapi aku perlu tetapkan hati dan setia bersama sahabat2ku yang lain..Aku sayangkan mereka dan aku sayangkan perjuangan bersama mereka..Hati amat rindu..Rindukan bumi Cenfos dan penghuninya…Rindukan tazkirah dan usrah di sana…Disini, sampai bila aku harus menunggu??? Sehingga jiwa ini benar2 kosong??Sehingga jiwa ini benar2 kehausan dan kebuluran dengan santapan rohani?? Sehingga hati ini layu dan terus mati?? Ohh tidak.. Aku tak sanggup..Tapi.. Alhamdulillah..Allah amat memudahkan jalanku..buat sementara waktu, Allah memberikanku jalan keluar..Bro Nazril ada membuat sesi tazkirah untuk 1st year Archi..Aku mengambil kesempatan ini untuk menyertai sementara menanti akak2 terhidu jejakku di uia ini.. Semoga cepat mereka dapat mengesanku di sini..Aku mengadu pada Kak Cik.. Kak Cik ada memberiku jalan pintas.. membuat aku sedikit lega… ‘salam..hset yan ada radio?radio ikim ada ceramah stiap weekdays pkl 6.30am dan ulangan pkl8.. dengarlah..pkul 7am ada jugak..xpun banyakkan baca Quran dan berzikir. Tazkirah makanan rohani…’ Thanx Kak Cik, sumtimes yan lupa yan ada Kak Cik dan supporters yang lain di sini.. Dan yan lupa, dunia sebenarnya semakin canggih..sesi tazkirah boleh didengar di mana2 selain boleh didapati secara manual..Yan lupa bahawa Yan sebenarnya mempunyai ramai sahabat yang boleh mengingatkan dan saling berpesanan..Thanx kak..
Emm.4 minggu sudah rupanya aku di sini.. 4 minggu=1bulan.. 1bulan=2 grouping projek. 1 bulan=0 usrah.. 1 bulan=sdikit saja tazkirah..
1 bulan=???ibadat???..huk2..sedihnya.. melalui pembacaan blog2 sahabat mungkin aku dapat tambah sedikit ilmu..tapi..cukupkah?? tercapaikah azam??? Emm.. masa bermuhasabah..AYUH!! sahabat bagiku sokongan…ARIGATO!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan