Hmm.. 8.30am-Quran Sunnah and Build Environment (QSBE)..
subjek yang paling aku minati.. Bro Spahic Omer as lecturer amat best-bagiku..segar, dan tak mengantuk..tapi, sejuknya boleh tahan(LT3).. Hari ni belajar tentang islam and environment.. Nothing much to say, tapi, aku suka untuk mengambil satu kata2 dari Sinan, (pious architect i guess..) "Architecture is the most difficult profession and the person who wants to practice it correctly must be, to begin with, PIOUS.."
Kata Bro Spahic, " No Islamic Architecture without Islam.." Betul tu.. kalau dilihat dari segi sejarah, sebenarnya bidang arkitek ni sendiri bermula dengan arkitek2 Islam.. Tiada lain, Allah memberikan ilham kepada manusia untuk menggunakan ilmu dengan sebaiknya.. Kata orang, susah nak relate kan arkitek dgn religous..Sape kate?? Apa salahnya kalau kita sendiri menjadi ustaz/ah arkitek.. Mesti lagi orang respek dan kagum kan..Ayuh..Naikkan martabat Islam melalui senibina..Insya-Allah..(macam mana ye??) Teringatlah pulak kisah sorang bro.. katanya masa dia hadiri majlis arkitek2 (majlis apa ye??x pasti.. under PAM rasenya..), boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang ingat tanggungjawab sebagai abid dan khalifah di bumi.. boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang berada di masjid dan musolla bila tiba masanya.. Tu bagusnya blajar QSBE.. at least kita tau caranya kita nak berkawan dengan alam sekitar dan tahu bagaimana caranya untuk kita menjadi khalifah dan juga arkitek di bumi..
Kata Bro Spahic lagi.. "Dealing with trees, animals and all kind of makhluk means that we are dealing with God's servants.." Bimakna, kita kena sentiasa gunakan mereka sebaiknya..jangan sakiti mereka, jangan melebihi had penggunaannya..Mereka juga ada hak di atas muka bumi ni.. emm... tapi kadang2, manusia selalu saja lupa..aku pun begitu kerana nama juga manusia... Tapi, selagi kita tahu.. try to avoid benda2 yang merosakkan..
Bro Spahic kata lagi.. " You are 1st, khalifah on earth, 2nd you are an architect.. No matter what, duty as khalifah must come first.." Insya-Allah, aku akan pegang kata2 tersebut.. harapnya semua kita pun begitu..Insya-Allah..
Kaed Fest punya tema, live it, be it.. buat semua Kaedian dan lain2 bidang juga..jangan lupa..live Islam, Be Muslim(thanx kak wani..hehe)..(Andai salah tolong betulkan..)
Sekadar coretan menjadi penutup entries bulan Julai.. =)
Wallahu'alam..