Rabu, April 28, 2010

Mengapa Ramai Mendaftar untuk Masuk Neraka?

Salam'alaik.

Aku sebenarnya sedang berkira2 untuk menutup blog ini secara rasmi. Tapi, setiap kali aku ingin melakukannya, pasti ada sesuatu yang menghalang. Aku sekadar ingin berkongsi, hari ini pertama kali aku masuk kelas UNGS 2050. Sepatutnya selasa yang lepas seharusnya aku sudah memasuki kelas, tapi, aku ponteng dengan sengaja untuk menghadiri program Alumni & Career yang dihadiri majori pelajar PHD dan Masters. Entah macam mana aku boleh terdaftar dalam program tersebut. Tapi, sangat menyeronokkkan. diletakkan dalam satu kumpulan yang berbeza bangsa dan budaya. berkongsi pengalaman dan cerita. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk sentiasa mengenali manusia yang berbeza latar belakang yang bagiku sangat penting dalam usaha untuk memahami setiap budaya 'for the sake of dakwah'.

Cerita aku hari ini adalah tentang UNGS 2050 dan aku berada dalam section 3 dengan Ustaz Latif sebagai tenaga pengajarnya. Aku sangat suka berada dalam kelasnya. Seolah2 hati yang sering beku dilembutkan kembali dengan kata hikmah daripada ustaz. Ustaz melayan kami seolah2 kami ini benar2 anak2 kecil yang baru mula belajar tentang Islam. Perkara asas beliau ajarkan mengingatkan kembali pokok pangkal kehadiran kita ke bumi. Cuma ada satu persoalan yang ustaz utarakan, mengapa manusia hari ini lebih suka mendaftar untuk masuk neraka? Persoalan inilah yang ingin aku kongsi supaya kita berfikir kembali sebenarnya kita ini sedang mendaftar untuk menjadi ahli syurga atau neraka?

Ada beberapa perkara, apabila ustaz menceritakan tentang betapa azabnya neraka, rasa gerun diriku. Sudah lama rasanya aku tidak ditakutkan dengan cerita2 seperti itu. Ustaz bercerita seolah2 kami ini masih anak2 kecil. Tapi, itu sudah cukup menyenangkanku sebab aku bukanlah seorang yang boleh menerima sesuatu yang terlampau berat. Aku bukan pelajar Ilmu Wahyu yang fasih berbicara soal hukum hakam dan sebagainya. Tapi, aku ini masih seorang yang mengharap ilmu daripada guru2 dalam erti kata, 'i know nothing~'

Aku tidak boleh berbicara panjang, ada banyak perkara harus diselesaikan. Konklusinya, silalah cek kembali kita sedang mendaftar untuk menjadi ahli neraka atau syurga. Sama2 kita cek ya. Dan, masih belum terlambat bagi kita untuk mendaftar sebagai ahli syurga. insyaAllah =) Masa untuk berubah. Dalam hal ni, perlu semak juga apa syarat2 untuk menjadi ahli syurga. 'Huh, I really know nothing!~'

Ustaz ada kata juga , 'When Allah closed one door, He will open another door for you.' insyaAllah~
-MUHASABAH-

Baca lagi :
Pemuda sederhana : Ahli Syurga

Khamis, April 22, 2010

Perihal Politik

Sumber : Malaysia Today

Pagi tadi ayah aku menunjukkan aku ini, bila berbicara soal politik dengan ayah, sememangnya aku jauh ketinggalan di belakang. Sudah lama rasanya aku tidak mengikuti perkembangan politik dalam negara. Kadang2 rasa semacam tidak mahu ambil tahu.tapi, ayah kata sebagai seorang mahasiswa yang berpelajaran kita seharusnya ambil tahu pasal politik. Ayah kata, kenapa kita (mahasiswa) tidak dibenarkan melibatkan diri dengan politik sedangkan umur 21tahun kita sudah dibenarkan untuk mengundi. Dan, tahun ini aku sudah mencecah angka 21, ayahku sibuk menyuruh aku mendaftar untuk mengundi. Nampaknya ayah yang lebih bersemangat. =)

Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur, banyak maklumat yang aku terima daripada ayah khususnya berkenaan pilihanraya Hulu Selangor. Ah, mahu atau tidak aku harus ambil tahu. Kata ayah, kalau kita hebat di peringkat universiti tetapi tidak pernah mengambil tahu hal dunia luar, tiada maknanya. Kehebatan itu tak kemana juga. Kata ayah. =) Jadi, selepas ini, aku harus, atau wajib mengambil tahu perihal dunia luar supaya pandangan kita menjadi lebih jauh ke hadapan. Dan, bagi sesetengah sahabat mereka menganggap politik sebagai satu yang tidak penting, tapi, sebenarnya jangan kita lupa bahawa politik juga adalah sebahagian daripada sifat kesyumulan Islam. =) (kalau salah betulkan~)