Rabu, Ogos 12, 2009

...Hidup Ini...



Hari ini aku melihat warna warni kehidupan. Adakah aku akan terpedaya pada warna2 ini sedangkan pada hakikatnya ia adalah hasil daripada hanya satu warna yang membosankan. Entah mengapa, sejak akhir2 ini aku tidak mampu menulis. Hanya benakku asyik ligat berfikir, dan terus berfikir, merenung dan terus merenung, mentafsir, dan terus mentafsir. Dalam satu2 masa, aku terpaksa membuat 1001 keputusan yang padaku amat merumitkan. Keputusan pada 1000 persoalan yang masih tidak kutemu jawapan. Sukarnya apabila diri berada di ribuan liku dan persimpangan. Justeru, jalan mana yang harus aku pilih? Tuhan, bantulah aku!

Sampai satu masa dan ketika, aku memikirkan untuk tidak menulis lagi. Aku penat bermain dengan ribuan kata, aku penat bermain dengan ribuan huruf dan perkataan yang sebenarnya tidak mampu mengungkap perasaan sebenarku. Tapi, apakan dayaku, . Aku perlukan teman bicara yang bisa mengerti apa isi hatiku, apa yang bermain di benak fikirku. Dan, aku temu hanya satu teman bicara yang setia, yang mendengar segalanya, yang tersurat, jua tersirat… dan Dialah Tuhanku…

Apabila matahari terbit, aku adalah diriku yang cuba sedaya upaya untuk menerbitkan tujuh warna daripada hakikat satu warna sebenarku. Apabila bulan menjelma, warnaku kembali tidak ceria. Hitam putih, sangat membosankan lagi menghibakan. Aku lebih banyak memikirkan erti hidup yang tidak tahu di mana kesudahannya. Aku bingung! Bingung tidak tahu punca…Tuhan… Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu


Selasa, Ogos 04, 2009

Tanda Tanya

Salam'alaik.

Persoalannya :
Mengapa apabila manusia ingin menegakkan kebenaran tetapi sering dihalang, malah dizalimi dengan lebih kejam?
(situasi demonstrasi menegakkan hak manusia dan kebenaran)

Mengapa apabila manusia membuat maksiat, terus dibiarkan dia bergelumang dengan maksiat?
(situasi sambutan Tahun Baru, sambutan 31Ogos, dan sebagainya)

Mengapa yang bertudung litup, berkumpulan ditangkap dan diherdik?
(situasi himpunan)

Mengapa mereka yang berhimpun dianggap kejam dan merupakan punca perniagaan lingkup, bukan yang bersenjata dipersalahkan? (Sedangkan mereka cuma berhimpun dengan niat menyerahkan memorandum secara aman)

Mengapa manusia ditangkap dan ditahan dengan kejam tanpa disoal siasat terlebih dahulu?

Mengapa hak manusia untuk bersuara ini dirampas? MENGAPA?!MENGAPA?!MENGAPA?!

Renungkanlah, fikirkanlah. Mengapa kita masih membiarkan 'mereka' ini memerintah?