Khamis, Ogos 16, 2012

So Soon

Terasa nak dengar lagu Maher Zain. Album Forgive Me yang diberikan Munirah (Moon) aku 'drag' ke playlist Windows Media Player. Sekadar mendengar menjadi latar belakang sementara mata sedang khusyuk pada skrin komputer riba milik ayah. Sedang berbual maya dengan Syibrah, antara sahabat terbaikku. Lagu2 berkumandang hanya menjadi latar belakang perbualan kami yang aku endahkan. Sehingga ada satu lagu yang menarik minatku untuk berhenti sebentar dan menghayati bait liriknya. Sedang berkumandang lagu So Soon, kali kedua berulang, barulah aku memahami isi kandungan lagu tersebut. Lama aku hayati dan ulangi lagi lagu yang sama berulang kali. Dan ulang lagi. Lama, air mata menitis setitik demi setitik. 

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

***

Untuk sesiapa yang tahu, pasti tahu juga mengapa aku mampu menangis mendengar isi lagu ini. Untuk ramai umat manusia yang telah pergi beralih ke kehidupan fasa seterusnya, terutama arwah Che Cik, Inilah yang sedang aku renungi. Merenungi juga pemergian beberapa sahabat di usia muda, Mereka ini - 'gone so soon'. 

Hari itu masih aku ingat 3 Ramadhan tarikhnya seorang sahabat pergi dan tragedi itu berlaku di UIA, ini antara peristiwa yang paling aku ingat sebab, sahabatku itu yang sering aku lakukan kesilapan terhadapnya. Kawanku sejak sekolah menengah dan menjadi kepala murid sekolah waktu itu, akulah Setiausahanya. Bagaimana tidak aku kenang? 

Juga masihku ingat melihat jenazah indah arwah Kak Hajar yang semasa hidupnya tidak sempat kukenal dekat tapi keindahan cerita kematiannya cukup aku rindui. Mati itu indah? Ya, aku melihat kematiannya sebagai sesuatu yang indah apabila dia pergi seolah dalam keadaannya bersedia. Harum baunya dan cantik jenazahnya sudah cukup membuatkan aku mengimpikan kematian sedemikian rupa. Allah, semoga akhir riwayatku ini dalam husnul khatimah~ Juga dia pergi dalam Ramadhan.
Ini adalah antara orang2 yang aku kenal 'gone so soon'. Dan, pagi Isnin yang lalu, aku menerima mesej daripada seorang sahabat, 

'Salam.ayah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 .10 pagi tadi di sisi mak,abang,kakak,dan saya.moga keampunan dan rahmat mengiringi perjalanan ayah seterusnya. Al fatihah.'

Aku mengucap panjang, dua hari sebelumnya aku ke Hospital Besar Kuala Terengganu melawat ayah sahabatku ini yang berada dalam keadaan koma. Sebab awal adalah strok. Ayah Wan dibiasakan namanya pernah kujumpa beberapa kali. Pernah dua kali kerumahku dan pernah aku ke rumahnya, dan terakhir berjumpa sewaktu dia masih dalam keadaan sihat adalah sewaktu sahabatku ini akan terbang jauh ke benua di balik Oceania. Terasa baru sangat aku melihatnya sihat, dan terasa baru sangat aku berbual dengannya sewaktu keberangkatan anakny itu ke benua Australia.  

Tapi, kan panggilan ajal itu tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat. Dia pergi dengan tenang pagi Isnin, 24 Ramadhan 1433H. Aku sentiasa kehilangan kata setiap kali menerima khabar kematian. Aku diam. Tak terucap, tak terkeluar kata ucapan yang boleh menenagkan daripada bibirku. Otakku beku, lidahku jadi kelu. Aku diam. Hanya kubalas pendek mesej tersebut.

***

So Soon, nyanyian Maher Zain membuatkan aku teringatkan sahabat ku yang seorang itu, yang sanggup pulang ke bumi Malaysia untuk melihat ayahandanya yang tanpa diduga sahaja jatuh sakit. Gugur air mataku apabila meletakkan diriku ditempatnya, dan gugur air mataku apabila terkenangkan sepupu2 kecilku di Kuantan yang tidak lagi mendapat perlindungan di bawah kasih seorang ibu. Inilah ujian yang Allah tujukan kepada mereka yang kuat. Allah lebih tahu, Allah itu Maha Tahu. Dia tahu yang terbaik untuk hambaNya. Tinggal, para hamba lemah ini jangan putus asa dengan setiap ujianNya. Ini hidup, wajib tempuhi ujian!

***

Saat ini, aku sedang berhadapan secara maya dengan sahabat baikku itu. dan, saat ini aku sedang mendengar 'So Soon', masih kuulang2. Kucari lagu So Soon di youtube, dan aku mesej dia sahabat baikku itu lewat 'FB Message'. Aku taipkan lirik lagu tersebut, dan kepilkan link youtube lagu tersebut.
Syib, this song makes me cry

"So Soon"

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return.

Tapi ia juga memberi semangat bahawa memang semua manusia tu akan pergi, muda atau tua, miskin atau kaya. tak ada suatu pun boleh menghalang sebuah kematian. hal tu di tangan Tuhan. so soon- mungkin hari kita juga so soon. kalau kita kaya tak juga mampu menyelamatkan kita daripada mati,  manakan mampu dibeli nyawa. Yang pergi akan tetap pergi dan yg dibawa adalah 3 prkara yang disebut nabi. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

maka kita yang masih hidup ini adalah anak2 yg solehah yang akan sentiasa mendoakannya. Yuk, kita berusaha jadi anak yang soleh semoga setiap doa kita untuk ibubapa disalurkan apabila mereka pergi.

Syib, Allah mendidikmu untuk berdikari, Allah mendidikmu untuk terus bersabar dan Allah mendidikmu untuk terus menghargai sebuah kehidupan. La Tahzan, kita ada Yang Maha Hidup yang tak pernah jauh bahkan lebih dekat daripada siapa juga. dekat seperti urat marih di leher. I want to see your smile yang boleh membuat dunia jadi ceria semula. 

Moga Allah temukan dan kumpulkan semua kita di syurga, jannatulfirdaus. amiin~ bertemu di sana, yg pasti lebih bahagia insyaAllah.

***

Aku tahu, lagu tersebut pasti akan membuatkannya menangis, bukan hanya dia, tapi aku juga. Bukan bermaksud untuk membiarkan tangisnya berpanjangan. Tapi, melalui lagu itu, punya satu kenyataan yang harus kita telan. Sampai bila harus bersedih sedang hakikatnya esok mungkin hari kita pula untuk tinggalkan dunia ini. Tiada yang akan kekal abadi hidup di dunia ini melainkan DIA Yang Maha Hidup.
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return.

Tabahlah sahabatku Wan Syibrah Hanisah binti Wan Sulaiman. Lebarkan sayapmu mengejar citamu, jangan kesedihan terus memakan dirimu sehingga kau lalai daripada terus menggapai sesuatu yang lebih besar dalam hidupmu. Masa depanmu! Buktikan pada ayahanda tercinta bahawa kejayaan akan kau bawa pulang, dan saat itu yakinlah dia sedang tersenyum melihatmu. Bangga melihat kau sebagai anaknya yang berjaya! =)
***

Kepada Che Cik di sana, anak2 sedang merindui dan anak2 sedang berusaha untuk berjaya- hadiah buat Che Cik walau tak sempat melihatnya. InsyaAllah, Athilah sendiri sudah bersedia menghadapi UPSR dan masih menjadi tokoh harapan sekolah. Alhamdulillah=) Dan, Athilah masih rindukan Che Cik, masih disebut2 sebab Che Cik lah pendorong utamanya untuk terus buat yang terbaik.

Azzalea si bongsu sangat lincah hari ini. beribu perkataan sudah dapat disebutnya dan Azzalea dah kenal Kak Dina, Kak Sarah dan Kak Muna dengan baik walaupun jarang berjumpa. Mak belikan kasut dan baju baru, gembiranya Zuhairah, Zulaikha dan Azzalea memakainya sehingga tak mahu menanggalkannya.

Kakak2, selalu sebut untuk tinggal di Besut bersama Che Wo.Dan, harapan ini bersama juga dengan harapan Muna, Sarah, Dina. Andai mereka lebih dekat, lebih senang untuk melihat dan menjaga mereka semua. insyaAllah, semoga Ayah Cik izinkan. Dan, sebenarnya mereka ingin lebih dekat dengan pusara bonda mereka. 

***

Muna harap senyuman Che Cik terukir di alam yang Muna sendiri tak dapat bayangkan bagaimana- tersenyum melihatkan anak2 Che Cik yang sedang berusaha untuk berjaya.

Semoga mereka menjadi anak yang soleh-solehah. amiin~

***

Mahallah Safiyyah : Menjejak Gelandangan 4 (Akhir)


Selepas berkesempatan bertemu dengan Iman dan ibunya, aku dan teman2 bergerak lagi ke sekitar ibu kota. Berdekatan kedai New Fuyang berlatarkan pemandangan rel LRT dan sesekali menyusur laju LRT sebuah demi sebuah mengeluarkan latar suara lagu ngilu geserannya. Itulah lagu ibukota yang menemani para manusia yang mundar mandir di situ, juga sesekali kedengaran bunyi trompet sumbang- hon daripada kenderaan yang kurang sabar di jalan. Malam Ramadhan, pasti lagu2 indah sedang beralun di masjid oleh para imam dengan lirik indah yang tak tertirukan oleh siapapun, bacaan alQuran yang malam itu aku jadi rindu, tidak pula kedengaran walau seperlahan bunyi bisikan di sini. Sekali aku tertinggal terawih awal Ramadhan. Tapi, lagu2 bingit yang kudengar malam itu memberikan aku lebih banyak kesan yang menginsafkan, lagu2 bingit ibu kota itu mengiringi kisah hidup yang menyedihkan, yang kurang juga mendapat perhatian.  

Di situlah, berdekatan kedai New Fuyang itulah puncak aku dan teman2 diberi syarahan oleh Pakcik Jo. Seorang penagih yang sudah berusia 54 tahun dan masih tidak meninggalkan kegiatannya mengambil dadah. Malah Pakcik Jo juga sudah disahkan mengidap HIV+. Namun, malam itu seorang penagih dadah dan penghidap HIV+ inilah yang banyak mengajarku tentang hidup. Sebenarnya Pakcik Jo telah meluaskan mindaku untuk melihat nasib manusia lain yang berbeza daripadaku. Pada awalnya aku seperti kurang berminat untuk tahu banyak hal daripadanya tapi banyak kata2nya telah menyebabkan aku dan teman2 terpaku dis itu. Kata Pakcik Jo, 'Sedih, dalam banyak2 perhatian yang kami dapat, kerajaan langsung tak bantu kami.'

Mendengarkan luahan rasa sebegitu, aku lebih terpaku. Mungkin akulah seorang wakil yang mendengar yang harus menyampaikan kepada masyarakat bahawa jangan pandang sinis kepada mereka ini, ada kisah yang ingin mereka sampaikan. Dengarlah sekejap, semoga ada manfaatnya. Pakcik Jo terus menyambung apabila melihat kami diam. Aku merenung lantai, sesekali aku membuka penutup pen, bersedia untuk menulis yang mana kurasakan penting, juga menulis tentang perasaanku saat itu. Ya, aku harus menulis atau aku akan cepat lupa akan kisah2 begini.

'Saya orang Islam, dan kebanyakan penagih adalah orang Islam... Ya, mungkin kami silap memilih jalan, tapi, setiap manusia itukan melakukan kesilapan. Silap kami adalah memilih jalan- mengambil dadah yang kami rasakan sebuah penyelesaian kepada masalah yang kami hadapi. Tapi, saya sendiri sedih bila tengok realiti hidup ni. Seorang penagih akan selamanya dianggap kotor sehingga orang Islam sendiri menyisihkan kami padahal kami ini juga seakidah. Saya ini... saya ini Alhamdulillah masih kenal Islam sedikit sebanyak, masih percaya, masih berpegang pada akidah Islam....'

Mukadimah Pakcik Jo. Memang aku tak sempat menyalin setiap yang dikatakan Pakcik Jo, tapi, aku cuba mengingat setiap jis dan isi yang cuba disampaikan Pakcik Jo yang pada fizikalnya kelihatan seperti seorang yang normal. Tubuhnya perkasa, usianya 54tahun tetapi kelihatan sangat gagah seperti orang muda. Kami diberitahu bahawa dia masih punya anak dan isteri malah dah punya beberapa orang cucu.

Pakcik Jo menyambung lagi, 'Ada sebuah gereja di ...(lupa dimana), dan dalam organisasi gereja tu ada satu unit pembelaan untuk gelandangan dan drug addict. Setiap minggu drug addicts dibawa ke gereja untuk diberikan bantuan dan saya tahu mereka sedang cuba untuk menarik kami ke agama Kristian. Sedih dengan keadaan ni, kita Islam tetapi yang banyak memberi pertolongan adalah golongan bukan Islam, kadanag2 bukan hanya gereja, kuil2 pun ada datang tolong. tapi...orang Islam. jarang sangat2. Sebab tu, saya rasa gembira bila melihat kamu semua hari ini sanggup turun beri bantuan pada kami...' Nah, sekali lagi aku mendengar tentang bantuan dan dakyah gereja terhadap gelandangan. Tidak hanya itu, yang menyebabkan hatiku bagai ingin gugur apabila Pakcik Jo sebut, 'Ada antara kami dah pun keluar agama Islam, hasil dakyah gereja... dan antara kami ini juga sebab jasa baik gereja mereka berubah, tak lagi menagih!' Maka saat itu, gugurlah jantungku mendengar khabar seorang Islam telah keluar daripada agamanya hanya kerana disisihkan kuam agamanya sendiri. 

Pernah aku melihat secara langsung pengislaman seorang cina di masjid, saat itu gugur air mataku melihat seorang insan yang telah dituntun kembali ke fitrahnya. Dan, waktu mendengar khabar murtad begini, aku membayangkan adakah para mubaligh kristian sedang bergembira dan menitis air mata melihat dakyah mereka berjaya? Sanggupkah kita terus membiarkan hal ini terus berlaku sedang kita yakin agama kita inilah satu2nya yang akan membawa kita ke syurga? Atau masih ada yang ragu lalu rela melepaskan sahabat seagama kita ini? Ah! Celaru fikiranku, hal ini membuatkan aku sedikit terfikir masalah umat. Memang layaklah Nabi Muhammad junjungan kita merisaukan kita saat baginda meninggalkan kita. Tiga patah kata yang sama, 'Ummati, ummati, ummati' di saat wafatnya benar2 mengandungi jutaan makna. Pertama, baginda terlalu sayangkan kita, Kedua, baginda terlalu risaukan kita, apabila ditinggalkan maka pasti berlaku onar yang banyak dikalangan umatnya. Onar yang dilakukan sendiri oleh umat yang tidak taat hari ini. Dan aku risau andai akulah antara sang pembuat onar itu kerana pasif dalam menyambungkan tali dakwah baginda. naudzubillah~

'Kami semua disini manusia, sama macam semua orang yang normal macam kamu semua. Kami ni punya perasaan. Dan, jangan ingat kami ini hanya orang2 miskin yang menagih. Tapi hakikatnya, jangan terkejut apabila kamu bertemu dengan kakitangan kerajaan, bila berjumpa dengan penjawat2 besar kerajaan, jangan terkejut bertemu dengan orang yang pernah mendapat ijazah, atau jangan terkejut terjumpa orang bijak pandai berada di kaki lima sedang menagih.'

Dan kata2 Pakcik Jo antara yang paling aku ingat dan terkesan, 'Saya ni mungkin nampak miskin, tapi, sebenarnya ramai orang lebih miskin daripada saya. Saya mungkin perlukan bantuan, tapi, ramai orang lebih perlukan bantuan daripada saya.' Dengan kata2 ini aku merenung diriku sendiri.

Selama ini aku terlalu bergantung harap dengan wang yang diberikan mak dan ayah,   Hanya sekejap aku bergantung dengan usahaku, iaitu sewaktu aku bekerja selama beberapa bulan. Memang tak senang mencari duit sendiri tapi, jangan pula sesekali kita anggapkan wang itu seratus peratus daripada usaha kita sendiri sehingga lokek untuk memberi. Hakikat rezeki yang kita peroleh itu tidak satu pun milik kita, kita untung diberi pinjam oleh Allah rezeki yang cukup, jadi, mengapa masih sombong tidak mahu berkongsi? Itulah pelajaran yang aku dapat dan, saat itu memang aku kesempitan wang, tapi, melihatkan ada yang lebih memerlukan, wang terakhir yang ada dalam poketku, hanya itu yang ada, aku hulurkan pada si kecil yang sangat menyentuh hatiku. Aku yakin, Allah pasti akan membalasnya. =) insyaAllah amiin~

***

Selain pakcik Jo,aku tersentuh apabila bertemu seorang wanita yang mungkin berpangkat kakak sedikit berbandingku, dia cina muallaf dan aku simpati apabila dibagitahu bahawa dia tak punya ayah. Matanya meliar, dan aku tahu mata yang meliar itulah tandanya dia seperti tidak sedia menceritakan hal peribadinya kepadaku. Aku pegang tangannya dan mengajaknya turut serta bersama kami, dia turutiku dan banyak juga bicaranya bagi melepaskan rasa janggal berada dikalangan kami. Kemudian sekejap, dia hilang. Aku tak sempat memegangnya erat lagi. Allah lindungi wanita muallaf tadi!~

***

9.45pm, kami bergerak untuk pulang. Dan, sewaktu hampir tiba di CCSC, kami terserempak lagi dengan Iman dan ibunya. Aku mendukung Iman dan mendodoinya dengan menyebut kalimah tauhid. Ibunya mengajarku, 'Ustaz ajar setiap kali dodoikan Iman, sebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Saya dodoi dia macam tu...' Hampir mengalir air mataku waktu itu. Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.

'Ustaz mana yang ajar akak?' Soalku.

'Tiap hari Jumaat, saya ke Perkim, Ustaz2 suka sangat main dengan Iman. Ustaz tulah yang bagi nama pada Iman. Saya diajar agama kat Perkim. Saya Muallaf.' Aku mendengar, kagum dengan kesungguhan ibu muda di hadapanku ini. Aku yakin satu hari penampilannya pasti berubah andai dia terus istiqamah mendapat didikan di Perkim. insyaAllah. Doaku mengiringinya.

'Ustaz cakap, bila besar nak suruh Iman jadi Ustaz.' Parah- hatiku tersentuh lagi. =') Amiin Ya Rabb!

Aku mencium Iman. 'Semoga Iman jadi anak yang soleh kelak.'

 kredit : Kak Aiza =)

***

Aku pulang dengan bermacam perasaan, dan esoknya, Ramadhan kesembilan sehingga 3 hari lamanya aku jatuh demam.

***

PUISI KETIGA
Di kotaraya- Kuala Lumpur,
Malam, sedang umat sujud pada pencipta,
Meraikan 8 Ramadhan yang sempat tiba,
Sesekali tidak terawih berjemaah.
Pujuk hatiku, tak mengapalah~
Kami seakan berpeleseran di ibu kota,
Di jalanan,
Jalan Chow Kit,
Juga Lorong Hj Taib.
Mendengarkannya saja, perutku kecut,
Pedih ibarat seharian berpuasa, dan masih belum berbuka.
Badanku menggigil,
menolak prasangka buruk yang hadir silih berganti.
Mataku, mata sahabatku sedang melihat sebuah sketsa
Mengganti drama hari sabtu dikaca TV3,
Drama yang kami lihat,
ibarat wayang kulit yang berlaku secara langsung
Drama ini adalah drama realiti kehidupan
Manusia, manusia dibezakan oleh satu perkataan
NASIB!
Hanya kerana aku bernasib sedikit baik berbanding mereka
Bukan bermakna aku harus pejamkan mata.
'Lihat guna mata hatimu, dengar guna telinga empatimu.
Di situ ada seseorang perlukan sedikit kasihmu.'
Suara hatiku sekali lagi meraung agar turun egoku.
Ya, aku ego!
Ya, aku sombong!
Ya, aku terlalu berbangga dengan nasib baik diriku!
Tapi, mendengarkan satu kata,
Sekali lagi kudengar,
setelah sekali minggu lepas di Masjid Jamek,
'Gereja banyak bantu kita!'
Egoku terus hancur.
Sombongku terus jatuh.
Hatiku terus luluh.
Serta merta,
Aku mula mencintai tugasku ini.
Sukarela membela nasib manusia~

***

PUISI AKHIR
Bersahur, berpagian
Sambil menanti subuh, aku bangkit.
Cuba mengingatkan mimpi semalam.
Mencari ibrah hari semalam
Mencari hikmah hari semalam
Tak semua orang tegar melihat kesusahan
dan kepayahan yang dihadapi segelintir manusia
'Ini nasib kita!'
Itulah seolah ingin disampaikan umat gelandangan
juga umat bertuhankan dadah di kaki lima~
Mereka ibarat sedang berlayar
berlayar ke sebuah dunia asing,
dunia magika!
Mereka sedang berlayar di dunia khayalan
dunia yang tidak di dunia
dunia yang tidak juga di planet mana2
melainkan di dunia yang mereka cipta sendiri.
Begitulah yang mereka sangka,
Jalan terbaik lari daripada segala masalah hidup.
Tak terfikirkan masalah maha dasyat akan lahir kemudiannya,
dari dadah yang mereka wajibkan atas mereka
'Ini nasib kami!'
Ya, senang tutur, ibarat nasib itu sering tidak adil bagi mereka.
Sedangkan setiap nasib itu boleh berubah
Allah Yang Kuasa memberi jaminan itu
Bahawa manusia itu sendiri yang harus berusaha mengubah nasibnya
Telaah kalamNya,
'Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.'
Mungkin... mereka tidak tahu hukum nasib
Maka mereka terus hanyut dalam hujah, 'Ini nasib kami.'
Tapi, kita?
Bagaimana pula usaha kita dalam mengubah nasib kaum kita ini?
Adakah membiarkan mereka hanyut itu usaha kita?
Atau dengan menegakkan slogan, 'sampah masyarakat' itu usaha kita?
Atau, mereka itu tidak layak diakui sebagai kaum kita?
Lalu persetankan mereka?
Maka tidak terlingkung dalam kewajipan kita mengubah mereka?
Fikirkanlah.
Apa usaha kita yang tahu ini dalam mengubah nasib kaum kita sendiri?
Andai tegar melihat mereka hanyut,
bernyanyi riangkah kita?
'Biarkan dia terjun dengan dadah2nya?'

 kredit : Kak Aiza =)