Jumaat, September 05, 2008

virus vs antivirus


Baru2 ini, ada sorang sahabat diminta tampil ke depan untuk berhujah tentang virus dan antivirus. Inilah namanya spot talk… Emm. Terfikir jugak aku apa yang perlu dihujahkan. Dan hujahnya mestilah bernas untuk memberikan keyakinan kepada si pendengar. Otakku ligat berputar, berfikir.. virus, antivirus.. virus, antivirus.. dan seseorang menambah.. ‘dan heal dan delete..’ Sebarang idea??

Emm..virus tu apa ye?? virus adalah satu benda hidup yang amatlah kecik, tak nampak dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat menggunakan mikroskop, boleh menyebabkan penyakit/infection pada manusia atau benda hidup… dan sekarang terdapat juga virus yang menyerang barangan elektronik seperti komputer…dan virus ini merupakan hasil buatan/kepakaran manusia..

Antivirus…anti-benci, sesuatu yang melawan…maksudnya antivirus merupakan sesuatu yang melawan virus tersebut.. merujuk kepada kamus oxford, antivirus bermaksud sesuatu yang direka untuk mengenalpasti dan mengubati dan memusnahkan virus yang terdapat dalam komputer.. maksudnya virus seperti ini perlulah di ‘heal’ dan di ‘delete’ sebelum ia merebak dan menjangkiti seluruh sistem komputer..

Satu analogi mudah daripadaku.. anggap sahaja virus sebagai hawa nafsu, anti virus pengubat atau penyerang atau penentang hawa nafsu kerana daripada hawa nafsu inilah membawa kepada bermacam2 penyakit hati dan sebagainya, makanya, ia perlulah di ‘heal’ dan di ‘delete’ kan daripada diri..

Rasulullah SAW bersabda, ‘dalam banyak2 perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku adalah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan2.’ HR Tirmidzi.

Sifat yang menurut hawa nafsu boleh dikenalpasti atau di ‘detect’ melalui pelbagai keadaan..antaranya sifat malas berusaha, cepat marah, panjang angan dan banyak lagi iaitu yang tergolong dalam sifat2 mazmumah..

Makanya, kita perlulah sedaya upaya mencari penawar bagi penyakit2 seperti ini. Takut2 ia merebak menjadi penyakit yang lebih besar dan kronik pula.. takut2 bila dibiarkan ia akan memakan diri sendiri. Seperti komputer, andai diserang dan dibiarkan virus terus merebak, habislah segala dokumen di dalamnya musnah.. Kita pasti tidak mahu sifat2 mazmumah menguasai, memonopoli, dan memusnahkan diri kita bukan?? Jadi, solusinya, kita kena sentiasa ‘alert’ tentang kehadiran virus2 seperti ini dalam diri kita..

kuncinya..‘detect, heal, delete…’

Sekadar peringatan buat diri, perkongsian dan renungan buat sahabat…Andai ada yang tersalah, sudi2lah betulkan kerana ini adalah sekadar pandangan daripada hamba yang lemah ini…Andai sesiapa yang punya pandangan atau analogi berbeza tentang virus dan antivirus juga bolehlah kongsi bersama ye..Wallahu’alam.

Rasulullah SAW bersabda,

‘Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata2, Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan Allah membawanya keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke akhirat.’

Mencari Ar Rayyan

Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya tak menulis menyebabkan terasa amat kekok untuk menyusun kata…
Hari ini merupakan 5 Ramadhan, maksudnya, dah lima hari kita semua berpuasa.. Alhamdulillah, awal Ramadhan yang baik.. Mungkin sudah ramai yang menyatakan tentang fadhilat bulan Ramadhan dan puasa..Di sini, aku hanya ingin meringkaskan sahaja..

Sabda Rasulullah SAW, ‘ Di syurga itu ada satu pintu bernama ar-Rayyan, tiada yang memasukinya melainkan orang yang berpuasa, dan ia itu dijanjikan dengan menemui Allah sebagai balasan ibadah puasanya.’ HR Muslim.

Maksudnya, puasa juga merupakan satu ibadat atau satu usaha bagi kita untuk menggapai syurgaNya. Oleh itu, janganlah kita sia2kan Ramadhan yang datang. Sambutlah ia dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.. Di sini aku juga ingin mengajak sahabat2 untuk memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kali ini. Pesanan buat diriku :

1) cuba sedaya upaya khatam Quran dalam bulan Ramadhan-tadarus (Jadikan Quran sebagai sahabat baik, setiap saat yang terluang, isikan dengan bacaan alQuran…Jangan tinggal dan jangan biarkan ia terbuang.)

2) terawih jangan tinggal. (ingatkan diri bahawa hanya bulan Ramadhan punya kelebihan solat sunat terawih, tidak ditemui dalam bulan2 yang lain)
Rasulullah SAW bersabda, ‘ barang siapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampunkan dosa2nya yang lalu.’ HR Muslim.

3) hindari dosa besar mahupun kecil. Tinggalkan perkara lagho.(mungkin agak susah, tapi, orang kata usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..Gambattey!!)
Rasulullah SAW bersabda, ‘ Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatuperkara yang jahil. Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata, sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ HR Bukhari.

Inilah antara azamku sempena bulan Ramdhan yang penuh barakah ni.. Semoga azam dan citaku tercapai. Sekadar yang termampu akan aku lakukan… sekadar yang termampu bukanlah pada kadar yang minimum, tetapi hendaklah ia pada kadar yang maksimum..insya-Allah..

Buat sahabat, tanamlah juga azam sempena Ramadhan ye..
Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan kebaikan.. Selamat berpuasa aku ucapkan.. Selamat beribadat.. Wassalam.