Nota Muhasabahku
Apabila melihat senario dunia (khususnya Malaysia) hari ini yang saling bertarik tali, pembinaan sengaja dua persimpangan, jalan hiburan melampau atau ceramah2 agama mendidik jiwa? Kita diberi pilihan untuk menilai dan memilih. Setelah membaca banyak isu2 sebegini di facebook, blog2 dan laman2 akhbar online, secara spontan aku menulis nota ringkas ini. Sebagai muhasabah buat diri ini. Yang mana satu pilihan belia? Keseronokan dunia sementara atau bekalan akhirat?
***
Allah jadikanlah kami ini belia2 yang memperjuangkan agamaMu dengan pedang Islam dan perisai Iman sebagai pertahanan. sebagaimana hebatnya dan besarnya semangat Salahuddin Ayubi, Tariq Ziyadh, Khalid Al Walid mahupun Muhammad Al Fateh, juga kencangkan kenderaan kami sebagaimana kencangnya kuda Khaulah Azwar terkedepan dalam membela agamaMu meskipun dia wanita, meskipun zahirnya kami ini seorang hamba (wanita) yang lemah~ Allah, aku ingin terus kuat dan tabah mendepani fitnah dunia. Allah, peliharalah, selamatkanlah~
***
MANUSIA YANG LUPA JANJINYA
Apabila
merenung gambar bayi perempuan dalam dakapan seorang ibu, aku tidak
pernah ingat adakah benar aku pernah melalui zaman bayi? hanya aku ingat
samar2 akan kehidupanku 6tahun dan ke atas, kurang daripada itu,
banyaknya aku lupa melainkan saat aku sering dijauhi sebab gigi
rongak.;p Jadi, tidak mustahilkan kita ini pernah menjanjikan sesuatu
sewaktu kita dalam rahim ibu, sedang apa yang kita lalui di dunia kita
boleh lupa, inikan pula sewaktu pengembangan kita di alam rahim, sewaktu
kita ditiupkan roh, dan sewaktu kali pertama didegupkan jantung kita.
Pasti banyak dialog dan ikrar kita pada Sang Pencipta kita saat 9 bulan
kita dalam alam rahim.
"dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah
aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), Kami
menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat
kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang
yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" (al-Araaf : 172)
Tapi, apa yang berlaku sebaik kita melihat keindahan dunia ini? Adakah
janji itu kita turuti atau kita mungkiri? Masih ingatkah kita akan
pengakuan kita bahawa Allah itu Tuhan yang satu? dan masih ingatkah kita
manusia bahawa ada satu janji kita dengan sikap bongkak kita apabila
menerima tawaran memikul amanat ini,
"Sesungguhnya Kami telah
mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya
enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan
mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya
manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh," (al-Ahzab : 72)
Selalu
aku lupa, selalu kita lupa. Tidak kira kita ini hanya rakyat biasa, atau
perdana menteri yang berkuasa, atau raja yang menaiki takhta, kita
semua punya peranan dan tanggungjawab masing2-berbuat kebaikan, mencegah
kemungkaran.
Makmurkanlah bumi dengan sebaik2 ajaran dan
pegangan, Al Quran dan Sunnah, jangan rosakkan bumi dengan maksiat yang
disengajakan. Jangan rosakkan bumi dengan pengkhianatan terhadap janji
kita dahulu, bukan janji kecil kepada manusia, tapi janji besar kepada
Yang Maha HEBAT, Pencipta kita. Jadi, adakah hakikat ini juga ingin kita
dustakan?
Dunia (yang didepan mata)- semoga kita tidak buta kerananya~
Akhirat (yang hanya terlihat melalui kepercayaan)- Semoga kita celik kerananya~
*Muhasabah buat diri*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan