Ayah ajar kami buat rakit, dan kami cuba berakit2 ke hulu, tapi ayah suruh berakit2 ditepian saja. Maka, kami akur. Lagi pula, waktu itu kami berkhemah dalam hujan, air cepat pasang dan khemah cepat basah. Kami tidur dalam kesejukan. Itu salah satu pengalaman berkhemah di Hutan Lipur Lentang Bentong Pahang. Pernah juga pengalaman di Janda Baik, waktu itu konon2nya ingin mencari tempat air terjun tinggi, tiba2 kami yang terkandas di cerun tinggi. Menaiki kereta dan waktu itu langit gelap pekat, tiada langsung simbahan cahaya bulan. Hanya lampu kereta yang menyuluh malam. Tiba2 sebuah kereta di depan sekali (uncle reza) termasuk lubang besar. Lamalah kami terkandas di situ. Ayah waktu itu membawa Nissan Serena cuba untuk berpatah balik. Tapi, Allah saja yang tahu, betapa gaung di sebelah curam dan betapa jalan tersebut sempit. Kami(penumpang) tak putus berdoa dan bertawakkal, aku pejam mata ketat2, tak mahu melihat apa yang sedang ayah lakukan. Sehingga entah berapa jam barulah kami berjaya berpatah balik.
Kalau nak diceritakan banyak sangat kisah kami sekeluarga beraktiviti di hujung minggu dan cuti sekolah. Pernah juga ayah bawa kami ke ladang jagung, buah naga, etc (yang ditanam sementara menunggu jati matang). Waktu itu hujan lebat dan tanah nak naik ke ladang (Log(j)ing Highland) sangat licin dan berlecak, waktu itu juga sangat menyeramkan apabila ayah cuba mengawal Hilux di cerun bukit yang bergaung. Allah~ nasib baik ayah memang hero~ ;p
Dan pengalaman yang paling aku suka adalah sewaktu ayah bawa kami ke Pulau Rhu dengan menaiki bot nelayan. Seronok ber’Titanic’ di atas bot nelayan. Pulau Rhu adalah Pulau sebelum Pulau Perhentian, berbentuk ikan Paus dari daratan Besut, sebenarnya dekat sahaja tapi, sebab naik bot nelayan (mungkin), aku rasa ianya sangat jauh. Boleh mandi2 di atas bot, cuma, kena tahan bau hanyir ikan. =) Boleh tidur2 atas bot, boleh main2 titanic atas bot, betapa lama aku rasa perjalanannya sebelum tiba di Pulau Rhu. Itu pertama kali aku ke Pulau Rhu. =) Di pulau untuk bermandi manda kurang tenang sebab lautnya penuh dengan pacat gergasi (gamat), jadi, kami main air sambil mengelak daripada gamat atau kami akan pulang kegatalan... Yang kedua kali sewaktu aku Tingkatan 1 atau 2, dah lupa, tapi, waktu itu naik bot laju Ayah Ndar (bapa saudara) sebelum bot laju tersebut terbalik dilambung ombak besar. Kami yang perempuan dengan ayah terkandas di Pulau Rhu sehingga datang bot penyelamat. Sungguh, kuat sangat angin dan ribut sehingga mata asyik termasuk pasir dan meja2 boleh berterbalikan. Allahuakbar, tak dapat dibayangkan betapa dasyat lagi ribut tsunami 2004. Waktu naik bot penyelamat pon kami kena belajar menyeimbangkan bot, bila gelombang di kanan kami kena juga memberatkan di kanan, begitulah kami merangkak2 dalam bot.seram, laut hitam, ombak seperti ikan jerung yang mahu menelan2~
Cerita pulau, cerita hutan, dan sebenarnya banyak sangat cerita bersama keluarga yang menjadi memori termanis aku hingga hari ini. Bila dah besar, masa bersama keluarga sangat terhad. Rasa... rindu waktu dulu2 yang satu keluarga lengkap semuanya. Boleh beraktiviti macam2. Aku selalu rasa ingin jadi seperti ayah, dalam2 bekerja, ayah masih sempat meluangkan masa bersama kami adik beradik sehingga aku pernah bercita2 juga untuk bekerja seperti ayah. Tapi, kerja hutan2 bukan untuk perempuan.... Bila semua dah dewasa, kami adik beradik membawa haluan masing2. Aku dengan duniaku, abang2 dan adik2ku dengan dunia mereka. Kadang2 rasa tersangat sunyi bila jauh dengan keluarga...Hmmm... (awan berkepul di udara mengimbas memori lalu)
Hari ini, yang menceriakan hari2ku adalah sahabat2 yang sentiasa berada dekat di mata. Itupun, sejak dah pakai jubah dan pegang ijazah, masing2 juga bawa haluan masing2. Cuma jarang2 kami berjumpa beraktiviti bersama. Hidup aku jadi bermakna bersama mereka. Teringat memori bermain layang2 di Taman Layang2, memori Sungai Pisang, memori kereta Jedut rosak, memori ke Dhaka, memori menangis sewaktu presentation sama2 (sebenarnya aku je kot yang nangis..;p), memori lepas graduasi, Laser Tag bersama, makan besar bersama, memori Pulau Perhentian dan memori yang tak kesampaian berbasikal di bukit cerakah bersama. Mereka semua menceriakan hari2ku. Mereka itu adalah sahabat2 KAEDku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadaku...(sebenarnya aku juga teringin untuk buat satu entri khas untuk mereka2 ini, tapi tak berkesempatan.Mereka itu terlalu ramai untuk aku sebutkan.)
*Skip*
*Skip*
Dan baru2 ini, aku mendapat kenalan baru dengan mencipta satu lagi kenangan dalam kotak memoriku.... Tadi panjang2 hanya mukadimah..;p Kisah sebenar yang ingin aku coret adalah :
MELAKAR MEMORI DENGAN WEEKENDERS DI BUKIT BROGA!
Tukar2, panjang sangat tajuk tu... atau...
MEMORI BUKIT BROGA!
Hmmm...bosan!
SAMPAI KUCAPAI ATAP BROGA!
Hmmm... tak mahu!
KULIHAT HIJAU!~ ;p
OK! Pilihalah yang mana satu. =)
Begini ceritanya ....
Kita sambung kemudian ya..banyak ‘kerjaan’ harus diutamakan dulu. Sampai ketemu. Salam.
program seterusnya (dalam perancangan) : Cook & Feed, Weekenders @ Bukit Tabur
JOM! Say NO to Wasted Weekend! =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan