Sabtu, Mac 10, 2012

Separuh Lagi

Separuh lagi...

Aku lupa entah hari apa Moon (Munira) tanya, ‘Yan, nak tak panjat Broga Hill weekend ni?’ Aku pandang Moon, ‘Serius?!’ sambil buat muka terkejut campur ‘excited’. Angan2 untuk panjat Broga Hill dah lama ada bila tengok gambar2 Hajar dan kawan2ku ke Broga. Nampak macam senang nak daki, tapi, kata mereka sangat susah sebab tanah licin. Bertambah2 keinginan untuk ke Broga bila melihat video yang ditunjuk Munira minggu2 sebelum ni.

‘A’ah, ada kawan Moon ajak. Ada satu group ni nak panjat Broga Hill, nanti Moon invite Yan.’

‘Owh..alaa…kira nanti tak kenal la kawan2 Moon tu…’

‘Moon pun kenal sorang aja kawan Moon, nanti kita kenal2 la kat sana…’

‘Owh OK…’ Sambil kerja senyum2, excited. =)

Perancangan 4 March ke Broga Hill masuk dalam planner secara tak sengaja. Sebenarnya memang ada dalam perancangan untuk ke Broga bersama ‘gang’ KAED, tapi, entah bila akan terealisasi disebabkan masing2 sibuk, ikut plan asal akan panjat mungkin bila setengah daripada kami yang sambung belajar masuk cuti semester. Tapi, kita merancang, Allah juga merancang, disebabkan keinginan untuk panjat bukit tu dah lama tersimpan, aku bersetuju untuk ikut Munira dan Weekenders Club, kawan2 yang baru kukenal di atas bukit. =) Founder club tersebut adalah Hisyam Mahir. Tak tahu siapa dia, tapi, aku tahu dia juga seorang Assistant Architect, graduan dari UK.

Dari rumah Kak Wa di Desa Petaling, kami (aku dan Munira) bertolak kira2 jam 3.30 pagi. Janji dengan team akan berjumpa jam 4 di Tol Kajang. Tak tahu dimana Tol Kajang, tapi, memang sejak tinggal di KL aku lebih senang memandu-redah-sesat. ;p Nasib baik Kak Wa ada berikan sedikit klu. =)

Memandu pagi2 memang seronok sebab tak banyak kereta dan rasa udara sangat nyaman. Cuma sebenarnya hari tersebut aku kurang sihat, demam dan selsema, tapi, sebab dah berjanji akan ikut, jadi, aku melawan rasa tak sihat tersebut. Dengan tidur yang hanya 2-3jam, aku meredah malam menuju tol Kajang.

Dan, kami berempat buah kereta bertemu di tol kajang, terus ke Semenyih dengan matlamat mkenawan Bukit Broga.

OK, kesempatan tak banyak untuk menulis panjang, kami tiba di Broga kira2 jam 5pagi, waktu langit masih gelap. Subhanallah, sungguh ramai umat manusia yang tiba lebih dahulu daripada kami. Rupanya memang ramai pendaki yang mendaki pada waktu sebelum subuh untuk melihat matahari terbit dari Timur.

Sebelum mendaki, kami menadah tangan berdoa semoga perjalanan kami selamat semuanya. Dan…bermulalah pendakian menuju puncak Broga. =D

***

Daki, daki, daki, aku rasa macam masih kuat walaupun sebenarnya rasa seperti mata semakin gelap, gelap bukan kerana gelap malam, tapi, gelap seakan mata ingin tertutup dan badan terasa lemah kekurangan tenaga. Nafas pendek tercungap2. Sudah di pertengahan perjalanan, kata mereka sikit peratus lagi untuk sampai ke puncak utama, aku sungguh terasa semakin gelap mata, tapi, aku teruskan sebelum aku terduduk di atas batu besar yang kukira selamat untuk berehat. ‘Korang, kejap!’ Semuapun berhenti gara2 aku berhenti. Serba salah dibuatnya. Dihulurkan air dan ada seorang pakcik daripada kumpulan lain menghulurkan coklat kepadaku. ‘Awak kena makan benda manis, perlukan glukosa.’ Sebenarnya akupun bawa 2 bar coklat sebagai sumebr tenaga, tapi, terlupa terus. Aku ambil coklat yang dihulur dan makan separuh daripadanya.

Agak lama Weekenders berhenti gara2 aku. Pakcik yang sama juga hulurkan minyak angin. Ya Allah, terima kasih ya pakcik! Rasa malu, sebab selama ini aku yang bersemangat tiba2 aku yang seakan berputus asa. Sangat sakit kepala. Dan, setelah rasa OK sedikit, aku minta teruskan perjalanan, ahli Weekenders yang lelaki minta berikan beg aku pada mereka. Sebenarnya memang beg tersebut berat, padahal hanya berisi sebiji kamera bapa saudaraku dan sebotol air minum. Terpaksa juga aku hulurkan apabila mereka meminta. Ok terima kasih pada orang yang aku tak kenal tu. Hari ini pun aku tak tahu siapa namanya yang membawa beg aku waktu itu. Ada diberitahu, tapi aku lupa, maaf ya!

Dan, pe’manjatan’ atau pendakian diteruskan sehingga kami sempat tiba di puncak utama sewaktu gelap malam masih berselubung. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Aku tak nampak di mana pemandangan yang menarik, yang aku rasa hanya tanah basah yang mencelup but yang aku pakai dan rasa embun2 pada rerumput dan lalang. Kami mencari kawasan lapang untuk bersiap sedia solat subuh berjemaah. Sementara menunggu azan Subuh berkumandang, waktu itulah aku mencuba2 kamera yang dipinjamkan Ayah Yee kepadaku. Tak tahu macam mana nak guna Canon 40D yang memberatkan beg ku, tapi, Moon kata tembak saja…aku, tembak je ya, kalau kena sasaran, kenalah. Dan, seterusnya biar gambar bercerita ya…=D

Apapun, Subhanallah, azan Subuh kedengaran dari segenap ruang udara sekitar petempatan di situ…=)




from me munadhia







from Hisham Mahir






from Aneesah





from Munira



from Encik Shamin

1 ulasan:

aizatshafiq berkata...

Cantik gambar yang diambil..
Nice... ;)