Aku
berharap dapat menulis sedikit bersempena tahun baru 2012 Masihi. 31 Disember
2011 di ambang melangkah ke tahun baru, banyak kisah yang aku baca(baru sempat
terbaca) di dada2 blog dan akhbar online. Antaranya tentang tragedi berdarah di
UPSI tentang himpunan kebebasan akademik, protes AUKU dan isu Adli, terbaca
juga tentang catatan sahabat2 ke sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan
Shah Alam yang mencatat anggaran 80 000 rakyat Malaysia berhimpun untuk
mendengar dan bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus dan para jemputan, juga tidak
kurang mendengar berita2 kemaksiatan yang masih berlaku yang menjadi tradisi
malam Tahun Baru sejak bertahun2 sudah di Malaysia ini.
Ada juga catatan tidak puas hati rakyat yang
cakna apabila kekejaman polis berlaku di UPSI untuk menyuraikan demonstrasi
mahasiswa sedangkan tiada tindakan yang diambil untuk menyuraikan remaja2 yang
asyik bermaksiat di ibu kota. Juga terbaca catatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat sempena tahun baru yang mencoretkan tentang -alangkah baiknya andai kita
hanya mengunakan satu kelendar iaitu kalendar hijrah. Ini kerana masyarakat hari
ini kerap terlupa tentang sirah yang tercatat semasa zaman junjungan dan
kecintaan kita Nabi Muhammad SAW. Andai kalendar hijrah digunakan secara rasmi
di Negara ini, diharapkan ia dapat membawa kesedaran dan ibrah kehidupan nabi
SAW dalam kehidupan seharian kita untuk diteladani dan diikuti. Itulah antara
buah fikir yang disampaikan tuan guru dalam catatan tahun barunya.
Aku
juga ingin mencoretkan secebis rasa hati apabila meningkatnya usiaku hari ini. Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, seinifiniti pujian kepada Dia... Saat aku menulis
ini aku masih punya kudrat dan keupayaan untuk berfikir dengan baik, masih punya
mata untuk membaca dan mencari sumber, masih punya nikmat tangan dan jari jemari
yang berupaya berlari2 di atas papan kekunci ini, juga antara yang besarnya,
Allah masih mengurniakanku nyawa yang memberi aku peluang untuk terus mengubah
diri menjadi lebih baik hari ini. insyaAllah.
InsyaAllah
andai masih panjang umur, 15 hari daripada hari ini genaplah usiaku 23tahun. 23
itu angka yang besar bagiku, pejam celik, sudah 23 tahun tidak putus2 Allah
mencurahkan nikmat ke atas diri ini. Angka ini menyaksikan sebuah perjalanan
hidup yang dirasakan panjang padahal hanya sekejap cuma. Angka ini melakarkan
pengalaman2 yang banyak mengajar diri ini akan erti kehidupan di dunia untuk memberi
erti kehidupan di akhirat. Berharap kehidupan yang baik diperoleh di kehidupan
abadi sana. Key : TAQWA. Ya Allah, aku sering hidup dalam kelalaian, bagaimana akan aku peroleh TAQWA?
Terputar2
diri ini pada sebuah roda yang paksinya sekejap di atas, sekejap di bawah. Kadang
pening, tidak mampu menyeimbangkan diri dengan putaran kehidupan ini lantas
diri tersungkur, tersembam ke tanah. Mujur, ada huluran tangan yang ikhlas
membantuku bangkit semula daripada setiap kejatuhan. Alhamdulillah, orang2 di
sekelilingku banyak mengenalkan aku kepada Sang Pencipta kehidupan.
Alhamdulillah, mereka disekelilingku ini juga tidak putus memberi kata semangat
agar diri terus bertahan dengan putaran roda yang memeningkan. Bertahan dan
terus bertahan sehingga akhirnya putaran tersebut berhenti dengan izin Allah,
jangan pula kita sengaja hentikan kerana putus asa dan kerana tidak sanggup
menghadapinya. Teruskan perjalanan ini walau terasa sukar dan penuh duri
mencucuk diri. Teruskanlah sehingga tarikh yang tercatat di luh mahfuz itu tiba
menandakan terputusnya hubungan kita dengan dunia. Sama2lah kita mencari
redhaNya tanpa henti tanpa sedikitpun rasa putus asa. insyaAllah.
Alhamdulillah,
dalam kekosongan yang agak panjang, Allah menemukan aku kembali kepada usrah.
Yang sekian lama aku rindukan, yang sekian lama aku cari. Allah menguji sejauh
mana kita berusaha untuk mencari. Jihad- bersungguh2 mencari dan Allah akan
berinya sebagai satu hadiah yang termanis dapat kita rasai. Mulakan tahun baru
dengan bertasbih kepadaNya, mendengar esak tangis sahabat mengadu pada Allah
membuatkan diri lebih bersyukur, jumlah kami sedikit tapi, kami terasa lebih
kuat dalam munajat kepadaNya. Inilah rabithah kami. ‘Ya Allah, moganya kamilah
antara tentera Mu yang mengembalikan semula kegemilangan dan kemenangan Islam
di bumiMu ini.’ Baru hari ini terasa hatiku yang jauh ini dekat kembali. Dulu
jauh, jauh sangat, jauh sangat sehingga sukar sekali untuk bertemu denganNya,
bertahajud kepadaNya saat orang lain masih berselimut dingin. Semoga tahun baru
ini, aku sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki diri menjadi yang lebih
baik. Istiqamah dalam kebaikan, mulakan walau sedikit, tak perlu drastik,
asalkan statik -istiqamah.
Sebelum
mengakhiri coretan hati di tahun baru, ingin ku berkongsi sedikit ilmu yang
keperoleh daripada Ustazah Mursyidah di subuh tahun baru tentang kisah Ibrahim
Adam.
Sewaktu
Ibrahim Adam (seorang ulama besar) sewaktu berkunjung ke Basrah, beliau telah
ditanya oleh penduduk negeri itu, ‘Kenapa nasib kami tidak berubah sedangkan
kami selalu berdoa kepada Allah dan bukankah Allah berjanji akan mengabulkan
doa hambaNya?’
Ibrahim
Adam menjawab bahawa doa itu tertolak kerana sepuluh penyakit hati :
1.
Kalian mengaku mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak2Nya
2.
Kalian membaca al-Quran tetapi tidak mentadabburnya
3.
Kalian mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi sunnahnya tidak kalian ikuti
4.
Kalian mengaku bahawa syaitan itu adalah musuh kalian, tetapi kalian tidak
berusaha memerangi
5.
Kalian berdoa agar dijauhkan seksa neraka tapi, kalian sering berbuat dosa
6.
Kalian berdoa dimasukkan ke syurga tetapi kalian tidak beramal soleh untuknya
7.
Kalian yakin kematian itu pasti datang tetapi kalian tidak bersedia untuk
menghadapinya
8.
Kalian sentiasa nampak keburukan oranng tetapi tidak nampak keburukan sendiri
9.
Kalian menerima nikmat daripada Allah tetapi kalian enggan bersyukur kepadaNya
10.
Kalian kuburkan orang yang meninggal dunia tetapi kalian tidak mengambil
pengajaran daripadanya.
Jom
sama2 kita tanam azam untuk berubah menjadi yang lebih baik. Koreksi diri yuk! InsyaAllah,
kita cuba ya. =)
1 ulasan:
Nice sharing..:-)
*Ibrahim Adam @ Ibrahim Adham?
Catat Ulasan