Khamis, Februari 24, 2011

Kisah Wira Saloon

Sejak dua menjak ini, aku tiada keinginan untuk mengupdate blog disebabkan ke'slow'an internet di bilik. Pc telah berpindah dari studio ke bilik, jadi, susah mendapat khidmat wifi yang memuaskan. Tak mengapalah.

Kali ini, sekadar ingin menulis sesuatu yang sehingga sekarang membuatkan jantungku hampir berhenti berdegup. Sebelum itu, mohon maaf kepada team Dhaka, Bangladesh kerana aku tidak menghadiri meeting malam ini. Hatiku masih tidak mahu berhenti berdebar sehingga rasanya ingin berselimut sepanjang hari. Tenangkan aku!

Pertamanya, aku telah meminta daripada ayah untuk membawa kereta ke UIA. Hajat hati hanya untuk kemudahanku dan mungkin sahabat2ku untuk menggunakannya. Sebelum ini wira biru pernah kubawa semasa semester pendek tahun 2, dan tika itu wira tersebut kurang sihat. Setiap pagi, aku harus cek air di tangki kerana dimaklumkan bahawa tangki bocor. Dan, selalu juga wira tersedak2 setiap kali membawanya. Nasib baik aku tidak berani keluar dari UIA. Litar permainanku hanya dari KAED ke Mahallah. Alhamdulillah, tiada masalah cuma, masalah2 kecil yang kadang2 berlaku.

Kali ini, wira biru bertukar menjadi wira putih, enjin sudah ditukar baru dan wira sudah dikacuk menjadi lancer di hadapan. Gara2 abang dan adikku wira disolekkan semahu dan semampu mereka. Tapi, akhirnya, aku yang terlebih dahulu menggunakannya. Alasan, aku sentiasa pulang jam 4-5 pagi dari KAED ke mahallah yang mana sentiasa juga berseorangan. Apabila berkereta, ia sedikit memudahkanku.insyaAllah. Dan, pada masa yang sama, aku ingin memberanikan diri untuk membawa kereta.

Di atas sekadar pengenalan, point aku adalah, debaranku masih belum surut. Hari ini, menghantar sepupuku dan sahabatku ke Greenwood.Alhamdulillah perjalanan pergi kami selamat tanpa sebarang masalah. Perjalanan pulang, seakan tiada masalah. Tapi, setibanya kami menghampiri gerbang UIA, baru terperasan sesuatu yang tidak mengenakkan. Bau tayar terbakar sangat kuat, dan kereta di belakang berasap. Dan, sahabat baru terperasan 'hand break' tidak diturunkan. Allahuakbar! Macam mana daripada Greenwood, wira boleh berlari 80km/j tanpa diturunkan handbreak, dan tanpa rasa berat? Allahuakbar.

Aku panik, tapi cuba berlagak biasa. Tapi, tidak boleh, aku panik juga! Tidak tahu harus buat apa. Aku berhentikan kereta di bahu jalan. Dan kami semua turun. Melihat tayar yang terbakar di dalam. Allahuakbar. Macam mana boleh lupa turunkan handbreak? Aku tiup2 tayar, konon cuba memadamkan api. lupa pula makin ditiup makin berapi. Stop! huh~ belum lulus!

Kebetulan ayah telefon, dan aku menceritakan semua yang berlaku. Gelabah! Siapa yang boleh berikan pertolongan? Hanya terfikir abang2ku yang berada di sini (kuala lumpur), tapi, tidak mahu menyusahkan sesiapa sebolehnya. Jadi, aku hanya mengikut panduan daripada ayah. Dan, terus terlintas di fikiranku kejadian kereta terbakar di hadapan KAED dan terlintas di hadapanku kereta ayah terbakar suatu ketika dahulu. Juga terlintas di fikiranku rumah yang terbakar beberapa bulan lalu. Ya Allah, selamatkanlah! Aku fobia dengan api! 'Ayah, kena siram air ke?'

Ayah tanya, 'dah sejuk tayar?' Aku menyentuh tayar. suam. 'Sejuk sikit, tapi bau kuat lagi... terbakar, keluar api tadi.' Kerja perempuan memang panik dalam keadaan begini. Aku seorang nya yang sangat panik sehingga terlupa sedang berada di tepi jalan. Aku berlari ke sebelah pemandu dalam keadaan terlupa untuk memerhatikan kereta meluncur di jalan. Dihon! Allah, lajunya kereta. Sahabat memanggil,'Yan, kereta!' Saat itu, di fikiranku, cari air! Melihat dan memeriksa tayar sebelah kanan, macam OK, tapi, gelap, jadi, tak nampak apa2! Ayah suruh suluh, tapi tiada lampu suluh. akhirnya, 'Yoh, muna tak reti...' hampir give up!

'Tengok kat belakang, ada air...' Bagitahu ayah.
Hanya sebotol kecil air yang ada. Aku ambil dan terus kusiram tayar sebaik api padam dan tayar seidkit sejuk. Allahuakbar! berasap, dan bau sangat kurang menyenangkan. Agak lama kami berpanik di situ. Aku kasihan pada sahabat terpaksa menghadapi kesusahan yang sama. Maafkan aku! Maafkan sangat!

Dan...aku malas bercerita panjang... Sekadar nak menceritakan sesuatu iaitu sebelum kejadian tayar terbakar hari ini, semalam, semasa dalam perjalanan ke Sungai Pusu, kereta teman studioku berasap. Seperti biasa kami panik. Hampir sejam kami berada di bahu jalan. Mereka kata, 'hari ini kita belajar skill automotif!' Baik! Dan, dalam perjalanan pulang, sekali lagi kami ditimpa masalah, kunci kereta teman termasuk air sehingga menyebabkan alarm berbunyi tidak mahu berhenti. Akhirnya temanku terpaksa memandu dalam keadaan alarm berbunyi. Macam ambulan jadinya. Dan, kami berhenti di Raudhah untuk mendapatkan bantuan. Alhamdulillah akhirnya berhenti dengan mencabut wayar hon agaknya. Teman bilikku cakap, 'Yan, kita rasa ada benda tak kena...macam kita ada buat salah.' Dan hari ini, aku yang lebih merasakan bahawa yang membuat salah itu adalah aku. Memang sejak dua menjak ini, ada sahaja perkara yang tidak betul berlaku atas diriku.

***

Dan, teringat, setiap kali aku kemana2 ada sahaja cabaran yang akan aku hadapi. Sebagai contoh, sewaktu dalam 'train' untuk ke Temerloh, train rosak selama hampir tiga jam. Semasa perjalanan ke Kelana Jaya, aku dan sahabat sesat sampai ke pelabuhan Kelang selama hampir 5 jam, semasa berkhemah bersama keluarga di Janda Baik, kereta tersekat dalam lubang di tepi gaung selama hampir sejam. Dan, banyaklah lagi perkara2 yang mencabar pernah aku hadapi. Tapi, sebenarnya cabaran itu banyak mengajar kita perkara baru. Sebagai contoh, hari ini dan semalam kami menghadapi masalah kereta.maka, perkara terbaik adalah dengan mengetahui cara mengatasinya. Sekurang2nya, walaupun seorang perempuan, harus tahu bagaimana cara mengendalikan kerosakan kereta yang secara tiba2. Jangan panik! (padahal aku telah terlebih panik.) Dapatkan bantuan, dan jangan malu! sebab ia satu pengajaran. =)

***

Apabila keadaan sedikit reda. Ayah menyuruhku menggerakkan kereta sedikit ke hadapan, dan pastikan samada break masih berfungsi ataupun tidak. Pada awalnya, seakan ragu2. Aku terfikir, bila aku berada dalam kereta, start enjin dan meletup! Allah jauhkanlah. Aku cuba beristighfar dan cuba mencari sedikit ketenangan. Perlukah hubungi sesiapa untuk membantu? Rasa macam perlu tetapi, tidak mengapalah. Nasib baik adik sahabatku datang membawa air. Alhamdulillah. Aku cuba kumpul keberanian untuk cuba menggerakkan kereta, agak lama aku berfikir. Sahabat menenangkan, 'Allah, yan, insyaAllah tak ada pape... Macam drift la..' Haih, aku drift?hebat sangat sampai terbakar tayar! ;p Dan, dengan kekuatan yang ada, aku start kereta. Alhamdulillah. macam OK. aku main2 gerak depan dan belakang. insyaAllah, boleh sampai UIA. sikit je pun lagi. Cek break, OK insyaAllah, cuma bunyi bingit sangat kuat, dan bau tayar masih ada. 'Allah, selamatkanlah!' dalam hati hanya ada satu keyakinan, insyaAllah, baik2 saja. Semoga Allah permudahkan dan selamatkan.

30 minit digunakan untuk menulis ini. Ingin berselimut kembali. Rasa seperti mahu demam, tapi, insyaAllah, muslimat kena kuat! Tak boleh kalah dan mengalah. Sampai sini sahaja daripadaku. Sekadar sebuah perkongsian dengan apa yang berlaku sepanjang dua tiga hari kebelakangan ini.

***

Bermuhasabah : mungkin semua ini berlaku disebabkan kesilapan dan dosaku yang semakin menimbun. Sebagai penghapus dosa daripada Allah. moga2. Wallahu'alam.

mode : fobia bawa kereta. sabtu, serahkan kembali pada abang2~terima kasih!

2 ulasan:

munadhia berkata...

Alhamdulillahi 'ala kulli hal...

'Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kami dgn bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada org2 sebelum kami.Ya tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kami dengan sesuatu yang tidak sanggup kami pikulnya.Beri maaflah kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.'

'Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada runtuhan, kebinasaan, kebakaran dan lanjut usia. Dan, aku berlindung kepadaMu daripada golongan syaitan ketika menghadapi maut. Aku berlindung daripada mati kerana disengat binatang kala. Dan aku berlindung kepadaMu daripada sifat rakus yang mengakibatkan menjadi tabiat. amin.'

AL PONTIANI.. berkata...

masyaAllah ..hebatnya dugaan...betul ..jangan malu minta tlong...keadaan mendesak bukan sengaja..aish..lenkali tepon k.aiza... 0122981751..nnt kita cari hero hero kaed tolong...