Khamis, Februari 10, 2011

Fill Your Stomach, Fill Your Soul


Kali pertama terbaca poster ini, ribuan syukur kuucapkan. Alhamdulillah, sekian lama berniat untuk setup usrah di KAED tapi tak terbuat akibat kekangan waktu. Akhirnya, setelah dean baru naik, Prof Sr Dr Khairuddin Abdul Rashid, mencadangkan usrah mingguan dibuat bersama pelajar KAED. Alhamdulillah, akhirnya jadi kenyataan. Semoga usaha ini berhasil dan terus istiqamah.

Sekarang, setiap kali beberapa minit sebelum azan, radio KAED akan dimainkan alunan zikir. Dan setelah masuk waktu solat, azan dilaungkan melalui corong radio. Alhamdulillah.

Bermula bulan Mac, usrah mingguan akan diadakan setiap hari khamis jam 12.30-1.30 bertempat di LT2 KAED. Silibus yang akan dibincangkan adalah Aqidah, Fiqh Ibadah, Fiqh Munakahat, Fiqh Muamalat, Fiqh Jinayat, Tajweed, Akhlak, Hadith, dan Sirah yang akan berlanjutan sehingga bulan Disember dengan kekerapan 4-5 kali sebulan insyaAllah. Speaker adalah ustaz2 daripada SHAS Mosque dan juga staff KAED sendiri.

Ustaz Hamidon cakap, tahniah buat KAED sebab ni merupakan kuliyyah pertama yang buat usrah dengan staff. (Rasa bangga seketika) ;p Sebenarnya, setiap hari Jumaat sebelum mula studio, memang akan dimulakan dengan usrah dalam studio. Dan, staff juga akan ada usrah dengan staff sebelum mula studio di pagi Jumaat, tapi, inisiatif menggabungkan pelajar dan pensyarah boleh jadi satu method yang sangat bagus di samping dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dengan staff dan lecturers. insyaAllah, Alhamdulillah. =)

Update kali ni atas permintaan Kak Aiza (selalu confius nama akak, kalau salah betulkan.hee~;p) dari ofis KAED. Tak sangka blog ini juga dibaca oleh akak. ;p OK, jom bonding2~ ;p Jom isi jiwa! =)

4 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah...semoga berterusan :)
(sayu sekejap) huhu ^_^

AL PONTIANI.. berkata...

mana aci..letak nama camni..nnt k.faridah jeles suda..hmm berdakwah menggunakan tinta wadah yang nampak kecil tapi impak nye besar...sarah dan izyan..bila membaca blog slalu berkesan..teruskan.. :)

munadhia berkata...

al pontiani>> ni kak aiza eh? ;p btol tak nama itu.hehe~ xkan k.faridah pon bace blog yan kot.hee~ ;p neway, trima kasih kak. da lama x masuk ofis, rasa rindu plak nk menyibuk d situ.;p

Sri KaNdi^soLehah ツ berkata...

bila kulliyyah engin nak ikut jejak langkah? Insya Allah, moga Allah makbulkan.
Moga ada effect yang baik untuk semua. Jalan dah ada, tunggu nak pergi @ tidak je kn??

~dik yan, patut pn akak selalu zikir2 sblm azan zohor. patutlah, dari corong radio KAED rupenya ^^,