“Ada sorang perempuan tanya ustazah, ‘ustazah, takpe ke kalau kita hantar mesej kat lelaki untuk bangun solat tahajud?…alaa…sekadar mesej nasihat je…’” Aku teringat slot kuliyyah subuh yang diberikan Ustazah pagi itu dalam satu program khusus untuk muslimat.
“Geli geleman ustazah dibuatnya…” Sambung ustazah penceramah dengan reaksi yang melucukan. Kedengaran bergema dewan dengan derai tawa peserta tidak terkecuali aku. Memang hal sebegini sebenarnya sentiasa berlaku. Disangkakan seseorang memberikan mesej sekadar untuk menasihati atau mengingatkan tapi, niat tak menghalalkan cara kan? Pada awalnya aku tidak mahu menulis isu berkaitan cinta. Sedangkan untuk menyebutnya aku malu apatah lagi ingin menulisnya. Tapi, pertanyaan demi pertanyaan menyebabkan aku terpanggil untuk menulis isu ini.
Saat aku menulis ini masih bertarikh 14Februari yang dikatakan sinonim dengan hari kekasih atau Valentines Day. Teringat juga ustazah yang sama bertanya, “siapa dalam dewan ini yang ingat sepenuhnya tarikh lahir keluarganya, angkat tangan.” Kelihatan separuh dewan mengangkat tangan, kemudian ustazah tanya lagi, “Siapa dalam dewan ini yang ingat tarikh Valentines Day, angkat tangan.” Dan hampir semua mengangkat tangan. Di sini aku ingin menambah pertanyaan, “Siapa di kalangan kalian yang betul2 mengingati tarikh kelahiran nabi junjungan Rasulullah SAW? Sila angkat tangan” (sila angkat kalau ya. Aku tak nampak, Allah nampak. ;p) Aku yakin semua ingat.insyaAllah. =) (semua ingat sebab esok cuti.;p)
***
Nak tanya lagi…
“Siapa kat sini, betul2 cintakan Allah? angkat tangan!”
Aku sedang menjatuhkan tangan, aku mahu angkat tapi, teragak2. Tertanya2, benarkah aku cintakan Allah sedangkan masih banyak perkara yang Dia larang, aku lakukan. Masih banyak perkara yang Dia tidak suka, aku terbuatkan. Jika begitu, benarkah aku cintakan Dia sedangkan saat menghubungiNya dengan talian 24434, fikiranku juga entah di mana. Bibir terkumat kamit memuji kebesaranNya, tapi, dalam hati lebih memuji dan memikirkan hal selain daripadaNya. Astaghfirullah~
Nak tanya lagi…
“Siapa kat sini, betul2 cintakan RasulNya? Angkat tangan!”
Aku juga sedang menjatuhkan tangan. Teragak2 untuk mengangkatnya kerana rasa malu menebal dalam diri. Andai aku mengaku aku mencintai RasulNya, mengapa aku sentiasa terlupa untuk berselawat padanya melainkan waktu solatku? Mengapa kadang2 aku sendiri tidak mengikuti sunnah dan ajarannya-kerana banyak yang masih aku tidak tahu? Benarkah aku merindui Rasulullah? Andai ditanya, aku ingin mengangkat tangan, tapi hati ragu. Tapi, andai tidak mengangkat tangan, aku malu. Benarkah rindu?
Nak tanya lagi…
“Siapa kat sini, betul2 cintakan….” Aku tidak mahu teruskan. Kalian sendiri tahu apa soalannya. Dan, aku juga tidak akan jawab. Jawapan umumnya, kadang manusia akan melebihkan manusia berbanding Allah dan Rasul dalam banyak perkara. ‘Semoga bukan kita…’
***
Sebenarnya ada satu perkara yang betul2 ingin aku bincangkan di sini, tapi, masa seperti tidak mengizinkan. Disini, terlebih dahulu aku letakkan persoalan sebagai muhasabah diri. Cuba ingati berapa kali dalam hidup kita, kita menangis dalam sujud, menangis dalam mengingati Dia dan RasulNya? Berapa kalikah? Jawapan aku, ‘countable’. Boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Berapa kali pula kita benar2 khusyuk dalam solat kita? Jawapanku, aku ragu2 akan penerimaan Allah terhadap setiap solatku yang kira2 30ribu kali (mungkin) telah kulakukan. Adakah 30ribu itu benar2 30ribu? atau hanya angka 3 dihadapan yang benar2 diterima Allah? Atau angka ‘0’ dibelakang? Astaghfirullah~
‘Allah, semoga ibadat kami bukanlah yang sia2~ Bantulah kami dalam mencintaiMu dan RasulMu melebihi segala ciptaanMu.’
-Bermuhasabah dan bermujahadah-
***
Sekadar ini daripadaku buat masa ini. insyaAllah, andai tiada aral, andai tak hilang modal, aku cuba menjadikan topik ini sampai ke destinasinya. insyaAllah.
Wallahu’alam. Wassalam.
‘Salam Maulidur Rasul’
1 ulasan:
kita juga sering trlupa satu tarikh keramat.. 12/2/1949.. tarikh yg x boleh dilupakan oleh seorg dai, pejuang islam.. tarikh gugur seorg murabbi menemui Allah dgn anugrah mulia iaitu syahid.. Hassan Al Banna nama pejuang agung zaman moden.. pgasas ikhwanul muslimin.. syahidnya beliau bukan brmaksud tamatnya perjuangan, tp titik mula lahirnya pejuang2 islam.. istikhomah prjuangn mmbuahkn hasil apabila tarikh keramat yg sama mnjadi pilihan Maha Mengetahui mnjatuhkn kepimpinan sang kuku besi hosni mubarak.. namun bukanlh nikmat yg sdikit ini mnjadikn kita berasa selesa.. tp sbg tanda utk terus berjuang hingga akhirnya.. janji Allah pasti kpd hambanya yg brusaha n istikhomah..
Catat Ulasan