Selasa, Mac 30, 2010

Manusia sering berada pada salah satu daripada dua bentuk ujian. Pertamanya berbentuk nikmat dan keduanya berbentuk dugaan. Ada juga kunci bagi kedua ujian ini. Iaitu yang pertamanya kunci kesyukuran, dan yang keduanya kunci kesabaran. Bersyukurlah dengan nikmat, dan bersabarlah dengan ujian. =)

Meeftah Yang Hilang

Salam’alaik.

Hari ini dunia melihat aku sebagai seorang yang sangat2 dan sangat gagal. Aku seolah2 telah kehilangan sebuah kunci yang amat berharga iaitu kunci kejayaan. Tapi tidak bermakna aku akan kehilangan kunci selamanya. Aku akan cuba berusaha mencarinya kembali sampai kutemu atau aku akan mengimpal yang baru. Ya Allah, kali ni aku perlu lebih ribuan kekuatan. Tolong aku Ya Allah.

***

Dah lama aku nak menulis. Aku tak tahan untuk bertahan lagi. Aku perlu menghamburkan agar kepalaku tidak penat lagi menanngungnya seorang.

Submission projek ‘Recycle Commercialisation Centre’. Ini kali pertama aku betul2 dalam tekanan. Dalam menghadapi final project, final submission, aku perlu lebih banyak bersabar. Aku perlu lebih tabah. Andai hanya satu tugasan yang harus aku selesaikan, tapi, hakikatnya aku perlu menyelesaikan ribuan tugasan. Tidak perlu aku nyatakan. Mereka yang sering berada di sisiku pasti tahu. Tapi, apa yang mampu mereka lakukan. Mereka sudah banyak membantu. Menguatkan aku dengan kata2 semangat. Terima kasih sahabat2ku.

Aku tidak menghiraukan masa makan ku, aku tidak lagi pulang kebilik seperti selalu melainkan untuk bersihkan diri. Dan, tiada rehat lagi bagiku. Siang aku berlari ke centre menyiapkan segala tugasan di sana. Aku tidak pasti sama ada menjadi naqibah study circle itu sebagai satu bebanan atau satu keperluan. Tapi, aku seronok dapat mengenali anak2 buahku walaupun masa untuk diri sendiri terpaksa aku korbankan. Aku tidak tahu juga samada memegang jawatan dalam archimic adalah satu kesilapan atau satu kelebihan bagiku. Tapi, aku seronok bekerja dengan sahabat2ku. Aku terasa aku dipunyai, aku terasa terbina sebuah keluarga baru yang sering membantuku dalam kesusahan dan bersamaku berkongsi kegembiraan. Dan yang paling banyak berada di sisiku, Syibrah dan Nabiha yang sentiasa memahami aku. Walau bagaimanapun, tanggungjawab harus dilaksana dengan baik. Mungkin kelihatan aku sedang mengabaikan sesuatu yang menjadi ‘core business’ku tapi, aku terpaksa atau selamanya aku rasa seakan aku tidak bertanggungjawab.

Huh. Penat! Keluhan yang sentiasa muncul di hatiku yang cuba tidak aku zahirkan. Tapi, aku kuatkan diri untuk menempuh hari2 mendatang dengan tabah. Aku tidak suka keadaanku sekarang yang menyebabkan aku sering menyuarakan sesuatu yang negative. Maksud aku, seolah2 tidak lagi aku temu istilah kehidupan dalm hidupku. Ya Allah! Untuk apa aku hidup?

Hari ini sahaja aku masih belum melelapkan mata. Dengan keadaan beberapa minggu ini yang celaru, aku memang tidak mampu melelapkan mata dengan lena. Hidup aku di studio. Aku cuba bersungguh2 menyiapkan tugasan dengan baik. Tapi, akhirnya momentumku semakin berkurang. Ya Allah… Untuk apa ini semua?

***

Aku harap dalam tulisanku kali ini aku mampu memberikan suatu yang positif. Aku tidak mengharap sesiapa membaca tulisanku ini. Aku sekadar ingin meluahkan sesuatu yang sukar aku luahkan dengan kata2. Aku ingin meluahkan sesuatu yang aku simpan sekian lama aku berdiam diri daripada menulis dan melayari internet. Everything off! At this moment… Sewaktu kebuntuan dan kecelaruan melanda. Badai tsunami buat diri, tak pernah aku rasa sebegini. Aku lemah! Dan ibarat aku tersadai di pantai selepas surutnya tsunami namun aku masih bernasib baik kerana aku masih bernyawa. Cuma, aku longlai, kehilangan tenaga sewaktu mengharung badai yang menimpa.

***

24Mac2010

Aku di kemuncak kebuntuan dan kecelaruan. Di kepalaku ada ribuan perkara yang perlu aku sudahkan dengan kadar segera. Banyak, sangat banyak. Tapi, aku cuba melihat pada mereka yang lebih berat taklifannya. Aku harus tabah! Selesaikan semuanya dengan tenang. insyaAllah, Allah ada bersama!

Aku cuba sedaya upaya, beberapa hari lagi submission projek akhir. Aku rasa semester ini paling aku merasa celaru, tapi, paling bersungguh aku membuat kerja. Hidup di studio ibarat studio kediaman pertamaku selepas mahallah. Aku tidak lalu lagi menelan makanan. Makan itu sudah menjadi ibarat satu pilihan antara mahu dan tidak. Tidur apatah lagi. Tidur tidak menentu. Ya Allah… Apakah ini sebenarnya kehidupan?

Aku tidak makan seharian hari ini. Tiba2 Syibrah telefon. ‘Yan, keluar kejap.’ Aku memandang keluar tingkap. Aku melihat sahabat2 lanskapku 4 orang semuanya berada di luar. Syibrah, antara sahabat yang paling baik denganku. Antara ribuan dialah yang paling memahamiku padahal kami tidak pernah sekelas mahupun sebidang. Tapi, semoga benar dia sahabatku dunia dan akhirat. ‘Bakpe?’ Aku bertanya mungkin aku boleh mengagak maksud kehadiran mereka.

‘Banyak lagi ke?’

‘Boleh la.’

‘Kitorang mari nak tolong ni. Meh la nak tolong. Kitorang takdop gape2 dah ni. Baru habis submission’

Dan hajat mereka sebagaimana yang aku agak. Aku sangat terharu. Tidak aku minta dan tidak aku harapkan kehadiran mereka secara tiba2. Tapi, seolah2 mereka tahu keadaanku tika itu. Aku menolak dengan baik. Bukan menolak kerana apa. Tapi, aku tidak tahu bagaimana aku boleh membahagi kerja untuk mereka tolong. Semuanya hanya berada di kepalaku yang sukar diceritakan apa sebenarnya yang harus aku lakukan. ‘Terima kasih semua. Aku sangat terharu dengan kehadiran kalian. Tidak aku sangka aku dilayan sebegini baik. Tak sangka aku diberi perhatian sebegini sedangkan aku tidak pernah memberi sebarang kebaikan pada kalian.’ Hanya monolog di hati.

‘Dakpe ah gitu. Makan dop lagi ni?’ Aku menjawab pertanyaan Syibrah dengan gelengan. Serentak dengan itu dia menghulurkan burger dan Nescafe simbolik, jangan tidur! Aku tidak tahu mahu menyatakan bagaimana dan sebesar mana rasa terharuku. Aku rasa benar2 serba salah kerana sudah banyak menyusahkan mereka. ‘Ya Allah, rahmatilah mereka. Berikan mereka kekuatan, berikan mereka kejayaan yang cemerlang di dunia mahupun akhirat. Balas kebaikan mereka dengan limpah rahmatMu yang besar sekali buat mereka. Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa untuk sahabat2ku. Kudratku tidak banyak untuk membantu mereka. Amiin~’

Mereka berlalu dan aku merenung burger dan nescafe yang diberikan. ‘Kalau macam ni sekali sokongan yang mereka berikan padaku, mengapa harus aku berputus asa di penghujung?’ Aku kembali menyambung kerjaku. Tapi, aku memang bukan seorang yang boleh focus untuk jangka masa yang lama. Aku harus berjalan2 mencari ketenangan. Aku tidak mahu kecil mataku sekadar memandang kertas putih bersaiz AO yang sangat memenatkan. Sesekali aku harus meluaskan mata memandang sekeliling. Aku suka melihat gelagat manusia. Dan, aku akan melihat setiap gelagat manusia yang aku tafsirkan dengan bermacam2 tafsiran. Dan, aku kembali memulakan kerja.

Malam itu, tidak tahu kenapa, bertalu2 mesej sampai, ‘Nik, harus kuat.’, ‘Nik, berusaha hingga ke akhirnya!’ dan, mesej daripada Syibrah, ‘Yan, jangan tidur!’ Aku hanya tersenyum. Rasa hidup sangat bermakna dengan kehadiran sahabat2 yang bukan hanya berada di sisi waktu senang malah susah juga. ‘Terima Kasih semua!’, ‘Minna, Arigatou!’, ‘ Semoga kita semua sama2 terus tabah!’ Dan berlalulah 24Mac dengan kepenatan yang amat. Hari esok datang. Matahari sudah mula menampakkan sinarnya. Dan, ‘Ya Allah, cepatnya masa berlalu~’ Pulang, mandi, dan bekerja lagi~

***

25Mac 2010

Rutin harian seperti biasa. Studio. Lebih fokus!

Malamnya, hujan lebat. Dari masjid, aku harus pulang segera. Tapi, hujan seakan tidak mahu memberi ruang laluan bagiku lalu aku mengambil keputusan untuk meredahnya. Dalam dingin air hujan, aku redah. Berlari pulang ke mahallah dalam keadaan basah kuyup. ‘Takpe, sekali sekala main hujan…~’ Ya Allah, adakah hujan ini tidak lagi akan berhenti? Aku risau. Malam ini aku ingin peruntukkan masa untuk membuat model dan semua barang ada di bilik sedangkan aku ingin menyiapkan segalanya di studio. Aku berkira2 akan mulakan kerja selepas isya. Tapi, semuanya tidak menjadi seperti yang aku rancang. Hujan tidak mahu berhenti. Hanya satu, aku terpaksa menyusahkan sahabat2ku lagi. Aku berkira2, siapa antara rakan2ku yang punya kereta. Dan aku hubungi Kak Ji sahabat Archimicku. ‘Kak Ji, boleh tak ambik yan kat mahallah. Yan tunggu dalam pukul 9.30.’ Dan Kak Ji setuju untuk mengambilku jam 9.30. Aku bersiap dan membawa turun barang2 yang agak banyak. Aku tunggu di hadapan Ofis Mahallah. Dalam hujan lebat, tempias mengena bod2 ku. Persetankan~

Agak lama aku menunggu, tidak kelihatan sebarang sang kancil meluncur masuk ke pekarangan mahalah. Aku cuba menghubungi tidak dijawab. Aku mesej dengan ribuan mesej. Juga tidak dibalas. Aku naik geram. Tapi, aku tidak boleh rasa begitu, sebab aku sendiri yang sedang menyusahkan sahabat2ku. Apa yang harus aku lakukan. Aku benar2 buntu. Akhir sekali. Aku hanya tahu satu nama yang ada kereta. Rakan studioku Hazman. Aku menghantar mesej padanya dengan harapan dia boleh membantu. ‘Jemey, ado keto dop skang?’

‘Bakpo nik? Ado ore pinjam. Pah2ni balik kot.’ Hampa. Aku sudah celaru. Jam menunjukka hampir pukul 10.15. Sudah hampir sejam aku dihujani tempias hujan di bawah gajah menyusu hafsa. ‘Ya Allah, pada siapa harus aku harapkan lagi.’ Dan, dalam kebuntuan beberapa minit kemudian Maisarah, rakan studio ku menghubungiku.

‘Nik, Nik kat mana? Kitorang nak suh orderkan makanan boleh?’ Aku sangat celaru. Order makanan. Saat2 aku celaru? Aku cuba mengawal suara. Seakan mahu menangis bersama hujan yang tak mahu berhenti. Tapi, ahhh… sekali lagi, persetankan~

‘Kat Hafsa lagi… Mai, kita cam tak dapat gi studio.stuck dalam hujan...’

‘Takpe2…kitorang gi sana nanti ambik nik k.Nik orderkan makanan eh…’

Dan aku terus bergegas ke Kafe Mahallah Asma…Order makanan. Dan, alamak!!! Aku lupa cucuk duit. Sangatlah memalukan. ‘Kak, saya hutang. Nanti kawan saya datang saya bayar. Maaf sesangat.’ Aku rasa nak tergelak pun ada. Apalah nama hari ini. Hari yang penuh kecelaruan. ‘Ya Allah, sekali lagi, kupohon pertolongan~’

‘Yan, maaf sesangat. Ji wat kerja sampai tak sedar.’

'Takpe2… dah ada yang tolong ambik. Terima kasih ya kak ji.’ Aku agak terkilan. Tapi, tak mengapalah masing2 sedang sibuk.Dan beberapa minit kemudian, kak Ji mesej lagi, ‘Yan, Ya Allah, banyaknya mesej…semua baru sampai. Ingatkan yan yang tak ingatkan ji. Maaf sesangat. Problem handphone.’

Dan, aku terlupa telefon Kak Ji memang selalu ada masalah. Jadi, seharusnya aku yang meminta maaf. Mungkin ada rasa marah, Tapi, itulah pentingnya bersifat husnu dzon. Dan betul2, aku rasa serba salah. Telah menyusahkan ramai orang. ‘Kawan2, maafkan aku!’

Aku menanti kehadiran Mai dan Bo, teman gelak tawaku di studio yang banyak menghilangkan rasa gusar di hatiku. ‘ Nik!!, kitorang accident!’ Sampai sahaja mereka di Kafe Mahallah, mereka terus mendapatkanku. Agak terkejut. Kereta rakan studio kami. Hazman aka Jemey. ‘Ya Allah, banyak ke? Langgar apa?’

Mai dan Bo hanya ketawa. Dalam apa juga keadaan mereka memang sentiasa ceria. Bertuah aku. ‘Langgar kereta Mahad. Tak banyak sikit je. Tapi, kena bayar la nanti.’ Ketawa lagi. Dan ketawa dan ketawa… Aku dah tak kenal rasa takut dan cuak bila bersama mereka. Hanya ketawa. =) mai2~ Bo2~

Dan Alhamdulillah kami sampai di studio dengan selamat. Beberapa jam sahaja lagi. Final Presentation. Dan, aku di sini, kembali memikirkan… ‘Sempat tak aku siapkan?’

***

26Mac2010

Hari pembentangan. Usah dikatakan aku tidak rasa gentar. Sudah biasa dengan presentation tapi, aku sedikit gusar dengan kerjaku yang tidak lengkap. ‘Ya Allah, sekali lagi bantulah aku!’

‘Izyan, do you think you will pass this course with this work? Fail studio means fail for the whole course’ Dan, terbayang di mataku ‘extend’ satu tahun pengajian. Ya Allah, aku tidak sanggup mengulang studio.

Aku diam. Dan aku terdiam terus. Aku tak dapat ceritakan apa yang berlaku hari ini. Di hadapan manusia aku cuba tersenyum, tapi, mataku tidak mampu tersenyum sama. Bergenang juga dan aku tidak mahu memandang sesiapa. Aku mahu menyendiri. Dan, aku cuba bersendiri. Aku tidak dapat berkata apa2. Sekadar menghubungi Kak Fadilah, dan aku tidak mampu menyuarakan apa2. Dan, aku sangat berterima kasih buat Hajar… Antara sahabat baik yang banyak menyuntik semangatku. ‘nik, aku tak pernah tengok hang down gini!~’

‘Awak ingat Archimic dan Society awak boleh bagi awak kejayaan?’ Bentuk soalan psyko.

‘Kenapa orang lain boleh buat dan awak tak boleh?’ Bentuk persoalan perbandingan.

‘Awak kena ingat, ni core business awak… Awak tak patut abaikan benda ni.’ Bentuk peringatan.

‘Awak sepatutnya boleh belajar daripada ramai seperti…..’ sekali lagi perbandingan beserta penyelesaian.

Dan seterusnya, aku tidak mampu mengingat apa2 lagi. Dengan keadaan yang tidak stabil. Aku menerima kritikan seperti ini. Dan buat pertama kalinya aku merasa seakan jatuh daripada tingkat 12 bangunan Agro Bank yang aku daki beberapa bulan lepas. Rasa juga seakan mahu meyorok di mana2 biar sesiapapun tak menemui aku saat ini. Down!

Nothing else… Aku gagal! ‘Ya Allah, aku mengharapkan pertolongan daripadaMu…Aku tidak mahu gagal studio. Kau tahu betapa aku telah menghabiskan banyak masaku untuk menyiapkan semua ini. Aku tidak sanggup lagi mengulang perkara yang sama dengan tambahan satu tahun pengajian.Tapi, andai ini yang terbaik bagiku. Aku berserah dan aku pasrah…’

‘Izyan, you touch up your board for internal, and insyaAllah you’ll not fail.’ Bentuk harapan. At last! Thank you Allah~

Dan, di saat, orang lain sudah boleh mula membuat working drawing. Aku sibuk menyiapkan board. Antara satu, failkan working drawing, atau failkan studio. Dan, keputusanku, failkan working drawing. Ini adalah keputusan terdesak! Aku nekad.

***

28March2010

Dengan masa tidur yang masih belum aku gantikan, bertungkus lumus pula dengan working drawing. Telah dipanjangkan waktu submission. Tapi, tetap aku tertekan kerana submission 29Mac sedangkan 30Mac adalah peperiksaan Sejarah3 (History) Mana sempat dalam masa sehari aku harus terbang ke 10 buah Negara yang berbeza melainkan keajaiban berlaku. Aku mengharapkan sebuah keajaiban, tapi, siapa aku?Aku bukanlah Hassan Al Banna yang seikhlas hati menolong agamanya lalu beliau dibantu Allah dalam urusannya. Aku belum sampai tahap keikhlasan sebagaimana Hassan Al Banna atau pejuang lain di sisi Allah. Jujurnya masih ada2 titik2 gusar2 dan ragu2 dalam hatiku ini dalam membantu agama Allah. ‘ Ya Allah, ampunkan aku~’ Tapi, aku tetap mengharap pertolongan daripadaNya…’Ya Allah, sekali lagi, bantulah aku!’

Aku menyiapkan 7 drawing. Tapi, tetap hatiku gusar. Aku memohon panduan daripada Allah. Apa harus aku lakukan? Aku tidak suka kerja aku begini. Ala kadar semata2 mahu lulus ujian. Dan buat sekian kalinya, apabila aku buntu akibat lukisanku masih banyak salahnya, jam 11 malam, aku mengambil keputusan gagalkan working drawing dengan sengaja. Nekad! Masa itu aku tidak kisah lagi tentang pointer yang bakal jatuh merudum. Aku sendiri, dan andai aku menyesal, aku akan menyalahkan diri sendiri. Aku berkemas, daripada studio, aku pulang ke mahallah dengan satu tujuan untuk ulangkaji subjek history. Aku tahu ini bukan aku. Aku tidak tahu, dari mana datangnya idea untuk menggagalkan diri sendiri dalam sesuatu subjek. Tapi, dalam satu sudut, lebih banyak kegusaran daripada keyakinan dan kadang2 keyakinan mendominasi kegusaran. Dan, tanpa menghiraukan apa2, aku bergegas pulang. Dalam perjalanan aku hubungi ibuku, ‘Mak, maafkan Muna, Muna terpaksa failkan diri sendiri kali ni!’

Keputusan yang paling berisiko pernah aku ambil. Dan, manusia mungkin memandangku sebagai seorang yang gagal. Tetap, orang yang gagal itu masih boleh bangkit daripada kegagalan. Cuma, aku memikirkan, bagaimana nak menutup kembali kegagalan tersebut dalam jangka masa setahun. Pointer yang jatuh mendadak, pandangan orang terhadapku, dan segala2nya. Tinggal Cuma, keyakinan dalam diriku sendiri. Dan, aku harus lebih kuat selepas ini. Ramai yang bertanya keadaanku kemudiannya. Ramai yang telah berusaha membantuku sebenarnya. Kerana itu, aku mohon jutaan keampunan daripada kalian kerana bukan salah kalian tapi, diriku sendiri mahu begini. Sebabnya? Aku sudah penat memberikan sebab …Cuma aku berharap, satu hari aku boleh bangkit kembali sebagaimana kalian.

Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat2 studioku yang banyak membantu, sahabat2 Archimic, sahabat2 seperjuanganku, sahabat2 lanskap dan semua2. Yang pasti, antara orang yang paling banyak menguatkanku ialah ibu bapaku. Ayah kata, ‘lihat pada VincentVan Goh pelukis terkenal, dulu semasa hidup dia, tak pernahpun orang hargai lukisannya. Dia ibarat useless dalam masyarakat. Hanya dikatakan sebagai seorang pelukis gila. Tapi, bila dia mati, semua mengagungkan karyanya… Muna, mungkin, masa ni, orang tak mampu melihat kemampuan kita dalam bidang ni. Tapi, mungkin satu hari, diorang akan lebih menghargainya.’ Dan, aku semakin yakin dengan langkahku. Gagal tidak bermakna gagal. Gagal itu ada juga hakikatnya berjaya. Biar hanya aku dan Allah tahu apa yang sedang aku lakukan dan berniat untuk lakukan… ‘Ya Allah, entah untuk keberapa kalinya, ampunkan aku, dan bantulah hambaMu ini.’ Dan tika begini, aku rasa lebih dekat denganNya.

Teringat kata2 hajar, ‘Nik, kita ni bertuah jugak. Allah tak datangkan kejayaan selalu buat kita, Allah bagi jugak kita rasa gagal. Macam aku, dulu masa sekolah antara orang Berjaya, tapi, sekarang tenggelam juga… Kadang2 ada hikmahnya kita dapat rasa kedua2nya.’

‘Dan aku Hajar, di sekolah juga begitu, di sini. Aku juga tenggelam… Ya… hikmahnya, bila ada orang Berjaya, kita boleh bercakap cara orang Berjaya, dan bila seseorang itu di saat kejatuhannya, kita boleh bercakap mengikut pengalaman kita sewaktu zaman kejatuhan kita.’

Buat semuanya, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Sejuta penghargaan dengan semangat yang kalian berikan. Kamu semua sensei aku. Arigatou! =)

Sekarang, senyum di hadapanku, jangan buat muka kesian. Aku lebih kuat sekarang dan akan terus kuat menghadapi semester yang seterusnya insyaAllah. Ayuh sama2 berusaha. Gambattey!~ ;)

*Qada entri*

Rabu, Mac 10, 2010

Sekali Lagi Meluah Rasa

Salam'alaik.

Aku nak meluahkan sesuatu. nak menangis aku tak mampu, nak mengadu juga aku tak mampu. Tiada tempat mengadu yang boleh benar2 memahami melainkan Allah SWT. Aku tahu dalam fatrah ini semua mengalami tekanan. Di akhir semester pasti banyak tugasan yang perlu diselesaikan segera. Dan aku sangat dan benar2 mengalami tekanan. Tekanan yang menyebabkan setiap hari aku rasa tidak mahu memikirkan apa2 melainkan berserah pada ketentuanNya.

Saban malam aku berjaga. Bukan aku seorang malah semua warga KAED rasanya. KAED terus bercahaya tapi jiwa2 warganya seakan malap dan pudar. Hati juga semakin dihinggapi habuk, jarang dicuci dan dibasuh lagi. Kepala berselirat dengan bayangan2 perspektif alam bina. Apa yang penting? PROJEK, WORKING DRAWING. Penat usah dikata. Setiap malam bersekang mata. Tiada kehidupan lain, sepanjang malam di KAED dan jarang2 rasanya merasa nikmat tidur yang secukupnya. Andai diikutkan hati mahu sahaja aku biarkan masa berlalu tanpa aku melakukan apa2. Tapi, tanggungjawab masih bersisa... Ribuan tanggungjawab masih bersisa untuk ditunaikan segera. Aku jadi buntu. Cuba kupaksa diri menangis, tapi aku tak mampu. Tak tahu kenapa aku tak mampu menangis untuk sesuatu seperti ini sedangkan kata orang tangisan itulah yang akan melegakan diri yang ditimpa masalah. Apakan dayaku. Seakan hati keras atau seakan diri sudah lali dengan keadaan ini.

Aku geram. Kerana itu aku menulis. Aku geram kerana sukar untuk aku luahkan pada sesiapa sahaja akan keadaanku. Semua pun pasti ada masalah dan kesulitan yang dihadapi. Tapi, dengan riak tawa rakan2ku, dan semangat dari rakan2ku yang memahami aku masih boleh bertahan sampai ke hari ini. Mungkin rakan2 ku di KAED akan memahami keadaan sebagai seorang pelajar senibina, tapi, mungkin mereka tidak akan faham tentang tanggungjawab lain yang sedang dipikul. Tidak mengapalah. Allah ada. Itulah pujukan yang sering bermain di kepalaku. Aku, harus melipatandakan usaha. Ya lipatgandakan usaha!Selebihnya, keputusan yang bakal aku terima, aku cuma mampu berserah.

Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini. Aku seakan tak mampu menanggungnya. Tapi, cukuplah andai Kau hadiahkan kepadaku sebuah ketenangan dan cukuplah andai Kau masih memberi kemampuan padaku untuk tersenyum.

Masih bersisa seminggu. Ya Allah, andai setiap malam itu siang... bermaksud, memang aku terpaksa bekerja selama 24 jam. Tapi, malam itu tetap malam yang Kau berikan untuk aku berehat padanya. Tapi, terpaksa juga aku melawan fitrah apabila malam juga aku terpaksa ibaratkan seperti siang untuk bekerja.

Ya Allah, Kau permudahkanlah. amiin~