Rabu, Mac 10, 2010

Sekali Lagi Meluah Rasa

Salam'alaik.

Aku nak meluahkan sesuatu. nak menangis aku tak mampu, nak mengadu juga aku tak mampu. Tiada tempat mengadu yang boleh benar2 memahami melainkan Allah SWT. Aku tahu dalam fatrah ini semua mengalami tekanan. Di akhir semester pasti banyak tugasan yang perlu diselesaikan segera. Dan aku sangat dan benar2 mengalami tekanan. Tekanan yang menyebabkan setiap hari aku rasa tidak mahu memikirkan apa2 melainkan berserah pada ketentuanNya.

Saban malam aku berjaga. Bukan aku seorang malah semua warga KAED rasanya. KAED terus bercahaya tapi jiwa2 warganya seakan malap dan pudar. Hati juga semakin dihinggapi habuk, jarang dicuci dan dibasuh lagi. Kepala berselirat dengan bayangan2 perspektif alam bina. Apa yang penting? PROJEK, WORKING DRAWING. Penat usah dikata. Setiap malam bersekang mata. Tiada kehidupan lain, sepanjang malam di KAED dan jarang2 rasanya merasa nikmat tidur yang secukupnya. Andai diikutkan hati mahu sahaja aku biarkan masa berlalu tanpa aku melakukan apa2. Tapi, tanggungjawab masih bersisa... Ribuan tanggungjawab masih bersisa untuk ditunaikan segera. Aku jadi buntu. Cuba kupaksa diri menangis, tapi aku tak mampu. Tak tahu kenapa aku tak mampu menangis untuk sesuatu seperti ini sedangkan kata orang tangisan itulah yang akan melegakan diri yang ditimpa masalah. Apakan dayaku. Seakan hati keras atau seakan diri sudah lali dengan keadaan ini.

Aku geram. Kerana itu aku menulis. Aku geram kerana sukar untuk aku luahkan pada sesiapa sahaja akan keadaanku. Semua pun pasti ada masalah dan kesulitan yang dihadapi. Tapi, dengan riak tawa rakan2ku, dan semangat dari rakan2ku yang memahami aku masih boleh bertahan sampai ke hari ini. Mungkin rakan2 ku di KAED akan memahami keadaan sebagai seorang pelajar senibina, tapi, mungkin mereka tidak akan faham tentang tanggungjawab lain yang sedang dipikul. Tidak mengapalah. Allah ada. Itulah pujukan yang sering bermain di kepalaku. Aku, harus melipatandakan usaha. Ya lipatgandakan usaha!Selebihnya, keputusan yang bakal aku terima, aku cuma mampu berserah.

Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini. Aku seakan tak mampu menanggungnya. Tapi, cukuplah andai Kau hadiahkan kepadaku sebuah ketenangan dan cukuplah andai Kau masih memberi kemampuan padaku untuk tersenyum.

Masih bersisa seminggu. Ya Allah, andai setiap malam itu siang... bermaksud, memang aku terpaksa bekerja selama 24 jam. Tapi, malam itu tetap malam yang Kau berikan untuk aku berehat padanya. Tapi, terpaksa juga aku melawan fitrah apabila malam juga aku terpaksa ibaratkan seperti siang untuk bekerja.

Ya Allah, Kau permudahkanlah. amiin~

5 ulasan:

LOvE SeEkEr berkata...

salam..aminn..moga urusan kamu d mudahkan Allah..mmg bdk kaed bz dgn saimen n keja yg berlambak kn..terpaksa stay up tiap2 mlm lg.
same jgk bdk engn, tekanan bila terpaksa memerah otak yg lama xguna tp xdpt mengeluarkan hasilnya..
risau xtau nk ckp..
same2 kte mintak pertolongan dr Nya..
peace n smile alwez..
doakan sy jgk..
gambatte muna..

Aesyahumaira berkata...

salam..
yan... tabahkan hati..
kuatkan smgt...
kita punyai masa sepertimana jua mereka..
doakan moga stiap titisan peluh melakar pelan, setiap kudrat membina model, setiap tangisan di sepertiga malam, setiap minit dihabiskan untuk gerak kerja Islami,
ALLAH iringi dengan KEBERKATAN MASA~
Pasakkan tawakal seutuh gunung..
hanya oada ALLAH kta bergantung..
slam perjuangan dri bumi kuantan~
rindu sgt2 nk ketemu yan~
huhu (T_T)

munadhia berkata...

salam. terima kasih kawan2..skarang sy dah bersemangat. ;P masa tinggal seminggu.masa utk pecutkan momentum. memang rehat bukan keutamaan buat masa sekarang. sikit je lagi. insyaAllah, smoga sampai ke garisan penamat dgn jayanya. terima kasih. =)

aisyah > sgt rindukan smua AB d kuantan. bila agaknya kt smua boleh jmpa. yan rindu syud, rindu ewa, rindu smua2 lah... hari tu nk kol nadhirah masa dia ditimpa musibah. tp, asek trlupa ja. smoga dia dn keluarga terus tabah ats ujian ALlah ni. smpaiakan slm yan pd smua ya... insyaAllah, ada rezki kt smua jmpa. =) meh2, datang gombak. ;P

syahida bt sidek berkata...

Salam..izyan..kak ida ni..:)
harap yan masih kenal k.da..

K.da bukanlah yang terbaik utk nasihatkan izyan, cuma ingin berkongsi rasa...seperti ada sesuatu yg memukul bila terbace entri izyan tu...:(sesungguhnya apa yg kita rasa, hampir sma..hati terasa sudah bersawang..gelap, malap..dek kerana kesibukan akhir2 ini..tapi percayalah...allah melontar rasa tidak sedap hati dengan ape yang kita lalui, dengan kesibukan yang telah membataskan masa kita denganNYA, kenape begitu..same2 kita muhasabah..sepatutnya kita bersyukur, kerana allah datangkan rasa menyesal itu..Untuk ape???utk sama2 kita memperbaiki kelemahan dan keterlanjuran kita dalam hidup..:)ye..Allah memilih Izyan utk kembali dengan memberi kesedaran itu..ayuh..sama2 bangun...:)jgn asyik kita sesali sesuatu yg kita tak pernah minta, namun singkaplah hikmah disebaliknya...bersyukurlah...allah memberi 'tguran' dgn memberi kita kesedaran...:)

Urmmm...bergenang airmata saat menulis ni...syukran Izyan...entri itu benar2 menyedarkan...:)
semoga dipermudahkan urusan...
maaf..sekira ada kata yang mengguris..nachat bersama...Ma'an najah...Fil imtihan...

P/s: miftahul najah:..Gunakan 'Kunci" itu untuk mencapi kejayaan...salam sayang..kak ida, pondok pasir tumboh..:)

munadhia berkata...

salam. k.ida, syukran kak. =)insyaAllah smoga hati2 kt semua masih diberikan hidayah utk menerima sesuatu yg baik dalam susah mahupun senang kita. yan slalu je terlagho nak2 tyme projek. kadang2 rasa nk lari drpd smua ni pun ada. tp, manusia sntiasa ditimpa masalah dn ujian. manusia juga diberi pilihan samaada tempuhi atau larikan diri. pilihan yg terbaik adalah tempuhi dgn tabah dan sabar.

smoga kesibukan kita pada hal2 di dunia ini tidak melupakan kt pada hal2 persediaan kt untuk menempuh akhirat sana. amiin.

terima kasih k.ida ats smuanya. manusia sering terlupa kerana itu perlunya kita slg mengingatkan antr satu salam lain.insyaAllah. syukran kak. =)

slm syg juga dr yan. ;P