Isnin, Februari 01, 2010

Saat Bertamu Keinsafan



Indahnya saat cinta itu bertamu kembali... Bertamu dalam meraih redha Yang Hakiki.
Saat dahi mencium bumi. saat itu, terasa indah bertapak kembali.
Indahnya tatkala Dia menanamkan rasa keindahan, pada saat jiwa lemah seakan tidak bertuhan. Jiwa itu hampir sahaja terhumban ke lembah kelalaian. Tetapi terselamat dek secebis rasa keinsafan. Tatkala jiwa mampir di hamparan kehinaan, Dia selamatkan dengan penuh rasa kasih sayang. Seolah baru tersedar daripada sebuah mimpi dan khayalan. Akhirnya Dia tunaskan kembali rasa indahnya sebuah percintaan. Antara cinta seorang hamba hina dina dengan penciptanya yang Maha Agung tiada tara. Alhamdulillah~

3 ulasan:

tintabertasbih berkata...

alhamdulillah..rasa seolah-olah mhu mati tatkla saat itu tiba. tp, msh byk plu dlkukan..moga istqamh..

a.j. berkata...

indahnya dikala keinsafan tiba =) ringan dan sejuk seluruh tubuh

lailafillah berkata...

moge sentiase kuat dan tabah mengharungi hidup ini adikku..