Jumaat, Julai 10, 2009

'Bahagiaku Hanya Di Waktu Kecilku'

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Baca seterusnya : HarakahDaily

**********

Rasanya masih terlalu baru aku mengetahui tentangnya, dan masih terlalu baru aku mencatat kisahnya. Akhirnya dia pergi tanpa aku sangka dia masih hidup. Ya Allah, dalam keadaan apakah dia pergi?

Baca lagi : Mengapa Kita Perlu Bersyukur?

Lagi : Pulanglah Natrah

**********
~Wallahu'alam.Wassalam~

Khamis, Julai 09, 2009

Kid's Prayer



By the way, I have a friend who ensures that his kids say their prayers every night before they go to bed and one night be peeped into the kids’ room and overheard his seven-year old son utter this prayer:

Oh, and by the way Lord, I also wish our Wakil Rakyat would be struck down by a sickness or knocked down by a car. I know, Lord, it is not very nice to wish for someone’s death but I have been told that it is okay to sacrifice one’s life if it is for the sake of the entire community. I mean, Lord, that is what soldiers do everyday. They die so that the rest of the people can have a good life.

If our Wakil Rakyat were to die then there would be a by-election in our constituency. That would mean the government would spend hundreds of millions to upgrade the roads in our neighbourhood. Yesterday, I hit a huge hole in the road and fell down. I not only hurt my knee and elbow but my bicycle is now destroyed.

I heard my dad say that the residents have been complaining for more than a year but the government still did nothing about the bad roads while our neighbour said that unless there is a by-election then don’t hope for anything to be done. So, if our Wakil Rakyat were to die, then there would be a by-election called and our roads would immediately be upgraded.

My dad said he is not prepared to buy me a new bicycle because the economy is very bad and he does not have the money to spend on such things. But if there is a by-election then the government will give out free bicycles to all the kids and I will then get the new bicycle that my dad can’t afford to buy.

Furthermore, my dad’s car has been stuck in the garage for the last three months because the road tax has expired and he can’t afford to renew it. So we now have to take a bus to go to town. If there is a by-election then the government will hand out RM1,000 ang pows and with this money my dad will be able to renew his road tax.

Thank you, Lord, and I hope my wish is not too personal. I will talk to you tomorrow night, Lord, but in the meantime maybe you can see what you can do about the Wakil Rakyat thing that I wished for.

source : malaysia today

PRK Manek Urai - 14 Julai 2009


Insya-ALLAH

Rabu, Julai 08, 2009

Subhanallah!


Subhanallah, purnama pandangan dari rumahku

Subhanallah, hijau yang menenangkan

p/s : semoga purnama mengambang jua di manik urai dan semoga hijau sentiasa memberi ketenangan pada mata yang memandang. =) hijau baik untuk mata. =)

Kisah Pekebun Kecil

Salam'alaik. Hari ini aku ingin ceritakan sebuah kisah pekebun kecil yang bernama Syaza (sepupuku)
Here we goOo~


'Jom, hari ni kita ke kebun lagi~ Tolong Tok Ayah...Yuk!'
'Naik kereta tolak cukuplah, tak mampu.huhu~'
'Syaza, hari ni Syaza kena tanam pokok ye!'
'Hah!' Kelihatannya Syaza sangat terkejut.
'Orait, meh sini cangkulnya... Syaza buat semua!' Pantang anak muda dicabar! huhu~

'Meh Syaza tunjuk cara betul gali lubang dan tanam pisang.hehe~'
'Gini~'
'mula2 pastikan tanah ini betul boleh digali dan sesuai digali.'
'OK, selepas dah yakin ianya tanah yang subur, maka, galilah.'
'Dan, tanahnya jangan dibuang merata, tarok atas tikar ni eh~hehe~'
'Syaza!!~' Jerit Dina.

'Okeh, lepas tu ratakan tanah. Siap!'
'Aik, macam ada tak kena je. eheh~'

'OK, relax2...Bia Kak Muna betulkan~' nilah dia batang pisang yang hendak ditanam. =)

'Dah, sebatang cukuplah. Syaza nak main pulak. ;P'
'tanah ni elok tau untuk mencantikkan tangan...hehe~ mama kata...'
'orait, tikar ni cam best je.. jom duduk... rehat sebentar... =)'

syaza dan dina memandang kamera atau juru kameranya.hehe~
sebelahnya : serangga yang merosakkan bendi~

bendi segar. hijau memikat lagi menyelerakan...takleh petik, nanti tok ayah marah. ;P
sebelahnya : rambutan, bukan di kebun, tapi tepi rumah... =) sedap~

Kelihatannya muka sepupuku Syaza sangat kepenatan. kesiannya dia. kemudian, kami pulang~

Setakat itu sahaja kisah pekebun kecil. Saja2, nak 'refresh' kan blog ni. =)
Wallahu'alam. Wassalam.

notakaki :
Syaza adalah sepupuku yang berumur 2 tahun+. Masih tidak boleh bercakap dengan fasih melainkan hanya menggunakan bahasa isyarat badan. Kerjanya di kebun hanyalah membuat kacau. adakalanya dia akan berbaring di atas tanah kebun tanpa izin. Namun demikian dia adalah pelakon yang sangat hebat!

Program Nisa'


Selasa, Julai 07, 2009

Aku Bermimpi Satu Mimpi



‘Sarah, nati gerak aku lagi 10 minit. Aku tak smaye isya’ lagi.' Entah mengapa, malam itu aku benar2 tidak bermaya. Nak mengangkat kepalapun aku tidak mampu. Memang selalunya begini, bila demam selesema selalunya paling teruk ‘dia’ akan menyerang malam. Mungkin campur penat ke kebun tadi lagi (penat ke? 4 batang pisang sajapun berjaya aku tanam.huhu~)


Aku cuba untuk melelapkan mata. Tapi, bermacam2 perkara mengganggu. ‘Muna, kalau tidur sekarang, buatnya tak bangun2 lagi lagu mana? Dahla tak smayang lagi!’,


‘Ah, aku nak tidur sekejap je. 10 minit, lepas tu bangun la smayang. Pesan dah kat Sarah. Dia mesti kejutkan!’


‘Muna, mana boleh lagu tu. Mati bukan tunggu 10 minit. Malah mati tu tak tunggu 1 saat. Kalau dah sampai waktu, kita akan pergi jugak. tak terlambat dan tak tercepat sikit pun!’


‘Ya Allah, beratnya kepala ni. Betul lagi 10 minit aku bangun!’


Monolog aku berterusan sehinggalah aku tidak tahu bila masa aku tertidur. Dan aku tidak pasti aku tidur ini untuk sementara atau untuk selamanya sehinggalah aku mendengar suara :


‘Muna, kan dah bagitahu, mati tak tunggu kita sudah solat dulu. Tengok sekarang kat mana ni?’


‘Kat mana ni? Gelap! Sangat gelap!’


‘Tengok sebelah!’


‘Aku tak nampak apa2!’


‘Tengok betul2, cuba rasa ni!’


‘Tanah!’


‘kau rasa di mana?’


‘Tak tahu, aku tak tahu di mana. Tadi aku di bilikku. Aku dah bangun, aku nak solat!’


‘Dah terlambat. Kau tinggalkan dunia dalam keadaan kau berhutang dengan Tuhanmu!’


‘Maksudmu?! Kau siapa?’


‘Akulah dirimu yang inginkan kebaikan, tetapi kau lebih mengikut nafsumu. Kau tahu kau dimana?’


‘Tidak! Aku di mana?’


‘Tempat asalmu!’


‘Ya Allah, aku tak sempat solat isya. Aku belum solat!’


‘Tengok, kau berhutang dengan Allah. Tapi, kau tak sempat melangsaikannya. Akhirnya kau berada di sini dalam keadaan kau berhutang juga. Dan, kau akan bertemuNya dalam keadaan berhutang! Kau tak malu?’


‘Astaghfirullahal’adzim!’ Mataku melihat sekeliling. Ini bilikku. Melihat jam di dinding. Menunjukkan

pukul 2 pagi. Sarah tak kejutkan aku! Huh~ Adik2ku sudah tidur. Tertidur barangkali dengan buku2 sekolah masih terbuka.


Aku segera bangun. ‘Alhamdulilah. Ya Allah, Maha Suci Engkau yang masih mengurniakan aku waktu untuk melangsaikan hutangku dengan Mu. Sungguh, hamba ini tersangat lemah. Dengan sedikit ujian yang kau timpakan, aku berasa lemah, dan aku tersangat lemah. Ampunilah aku Ya Allah.’


Mimpi yang benar2 menginsafkanku. Sehingga saat ini aku masih ingat mimpi semalam. ‘Ya Allah, sejak akhir2 ini, sering Kau ingatkan aku akan kematian. Kenapa?’ Persoalan yang mungkin tiada siapa mampu menjawabnya. Tetapi, bukankah satu kebaikan apabila kita mengingati mati?!


Wallahu’alam. Wassalam.


p/s : pesanan buat diri ini yang selalu saja lupa : jangan lambatkan solat~

Jumaat, Julai 03, 2009

Mencari Kunci Syurga



Dan hari ini aku membaca kitab Allah, sesuatu yang sangat tidak kuduga, sekali lagi aku bertemu dengan ayat kematian,

‘Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami.’ Al-anbiya:35

Aku mengulangi ayat yang sama beberapa kali. Entah mengapa aku benar2 merasakan segala berita yang kuterima, juga ayat yang kubaca, semuanya menjadi satu peringatan buatku. Peringatan bahawa sudah tiba masa bagiku untuk bersedia secukupnya.

Dan, hari ini aku mendengar bait2 bicara Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan keadaan manusia di padang mahsyar. Satu lagi peringatan buat diriku, dan benar aku takut untuk menghadapinya.

Justeru, apa yang telah aku lakukan di muka bumi ini? Adakah amalanku telah mencukupi sebagai miftahul jannah? Tidak pernah kurasakan begitu!

Ya Allah, temukan aku dengan kunci syurga itu!

Khamis, Julai 02, 2009

Sudah Waktunya


Waktu itu, masih terbuka mataku.

Di ruangan mata,

hanya terlihat detik masa yang berlalu.

Diri mula menghitung,

Entahkan bila, bila masanya?

Bila masanya kan tiba?

Saat aku dipanggil untuk bertemu Tuhan.

Waktu itu, aku masih mampu melihat,

Bibir masih mampu mengukir senyuman,

Telinga masih mampu mendengar.

Tiba2, panggilan telah datang,

Izrail menjemputku pulang.

Akhirnya, inilah menjadi satu kesudahan,

Sebuah kematian.

Tidak mampu kita tangguhkan,

Tidak mampu kita hentikan,

Inilah sebuah kepastian,

Yang telah menjadi ketetapan.

'Kullu nafsin dzaaikatul maut-setiap jiwa pasti merasai mati'


sekuntum bunga, sebutir permata. Semua itu tidak kekal selamanya. Memang cantik, tapi, kecantikannya akan pudar, itulah sebutir permata. Memang cantik, cantiknya ia tetap akan layu, seterusnya gugur di perbatasan. Itulah bunga.

Jam 11.50, tatkala diri ingin bersiap untuk melayari sebuah mimpi, hadir satu mesej kepadaku. kulihat nama yang tertera, seolah2 aku mengetahuinya, hatiku yakin, tiada ragu. Pasti berita itu yang sampai kepadaku.

'Assalamu'alaikum. Nabil Marwan sahabat yang sangat kita cintai kerana Allah SWT telah selamat kembali ke rahmatullah.minta sahabat2 hadiahkan al-Fatihah (7kali) dan al-ikhlas (11kali). Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan auliya' dan solihin. amin.' -Aisyah

Entah mengapa, hatiku sebak. Tidak kukenali siapa Nabil Marwan, melainkan aku sekadar ingat2 lupa akan dirinya. Tapi, ini yang aku rasa, tanganku tidak kuat untuk menaip dengan pantas. Aku takut untuk menerima bulat2 akan berita tersebut sehinggalah sampai satu lagi mesej yang serupa kepadaku.

'Innalillahi wa inna ilaihi ro ji'un.'

Dan, mesej ketiga hadir menguatkan lagi perkhabaran bahawa dia telah tiada,

'Salam. Al fatihah... Mujahid kebanggaan Islam, Nabil Marwan baru sahaja meninggalkan kita. Semoga beliau dirahmatiNya dan dimasukkan ke syurgaNya. Senyum mujahid menuju redhaNya. Allhuakbar'-Kak Ida

Ya Allah, Kau tempatkanlah dia di kalangan hamba2 Mu yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, dia telah menanggung derita yang panjang sebelum kematiannya dengan izinMu,

Ya Allah Kau sahajalah yang mengetahui betapa tabahnya dia menghadapi segala ujianMu,

Ya Allah, hanya Kau jualah yang tahu betapa dia bersungguh2 dalam membela agamaMu.

Ya Allah, Kau rahmatilah dia, tempatkan dia di sisiMu. Amin.



Wallahu'alam. Wassalam.

Pokok Iman




Saudaraku, Islam dan iman itu bagaikan tanaman, yang tumbuh dan berkembang dengan baik dipelihara, dipupuk dan dijauhkan daripada pelbagai penyakit yang merosakkkan. Apabila dibiarkan kualiti islam dan iman seseorang kian berkurangan. Oleh itu langkah2 memelihara, menyuburkan dan menjauhkan daripada berbagai2 ancaman penyakit perlu konsisten dalam melakukannya. Jangan biarkan tanaman keimanan dan keislaman kita mati. –Aa Gym ; Menjadi Muslim Terbaik

Rabu, Julai 01, 2009

3 Perkhabaran, 1 peringatan!

Salam’alaik

PERKHABARAN PERTAMA

29Jun2009

Sebaik aku sampai ke Alor Lintang, bapaku menceritakan tentang satu perkhabaran buruk. Jiranku di Machang Kelantan kemalangan. Mak Cik Yah dan suaminya Pak Cik Ne. Terkejut aku mendengar perkhabaran tersebut. Ku tanya ayah, bagaimana keadaan mereka. Menurut ayah, Mak Cik Yah, bahagian pinggulnya retak manakala suaminya patah tulang peha. Alhamdulillah keduanya selamat.

‘Macam mana boleh excident?’

‘Pak Cik Ne nak U-turn, tunggulah dekat U-turn tu. Lamo jugok. Keto banyok maso tu. Bederu2 (tak putus2). Mok Cik Yah kelih cermin blake. Serung (menakutkan) tengok Hilux laju buke main bowok. Tapi, tok seko (sangka) plop yo tepoh(langgar) keto Pok Cik Ne. Blake abih ranap. Oleh sebab dekat U-turn keto Pok Cik Ne masuk jalan sbeloh lagi. Maghi keto lek depe, keno tepoh plop. Bayangkanlah 2 kali kena tepoh. Kalu tengok keadaan keto dio mesti smua ore ingat penumpang dio tok dapat diselamatkan. Kuasa Allah, Pok Cik Ne selamat sebab terhanding (terhumban) keluar dari keto. Kes tok pakai tali pingge. Kalu dio pakai, boleh sekat dale keto tu, boleh mati sebab lek drebar (driver) ranap pah ko blake. Kancil keno langgar ngan hilux lagu mano jadi? Keno plop 2 kali.’

‘Allahu Akbar.’

PERKHABARAN KEDUA

30Jun2009

‘Salam, Nabil Marwan daripada kumpulan Iqnig dalam keadaan tak stabil sekarang. Minta sahabat2 semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.’ –Jie

Hatiku tertanya ‘siapa Nabil Marwan?’ Tapi, entah mengapa, aku sangat berat untuk membalas mesej yang kuterima dengan pertanyaan siapa. Kubalas mesej sekadar, ‘insyaAllah, sama2lah kita doakannya. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buatnya. Amin.’

1Julai2009

Aisyah hantar mesej yang bunyinya sangat menyedihkan, mesej yang dihantar berangkai,

‘Salam, ana baru lepas lawat Nabil Marwan. Sedih tengok keadaan Nabil. Tak berapa stabil…Nampak kurus cekung. Tapak tangan dan kaki nampak bengkak, hati dan organ dalaman membengkak dan darah putih serta darah merah makin berkurang. Doktor bagitahu yang peluang untuk dia selamat sangat tipis. Sekarang ni pihak hospital tengah tunggu keadaan dia stabil sikit untuk buat ultrasound. Ana dengan rasa rendah diri merayu kepada sahabat2 untuk sama2 mendoakan semoga Nabil Marwan sembuh.’ –Hamba Allah

Berderau darah ku, kencang degupan jantung ku. Sekali lagi hati tertanya siapa Nabil Marwan. Itu bukan sekali dua aku terima mesej begitu, entah untuk kali yang keberapa. Dan, kemudiannya, sampai mesej yang sama kepadaku daripada Kak Laila. Barulah aku memberanikan diri bertanya Aisyah, siapa Nabil Marwan sebenarnya.

Jawapannya : ‘Nabil Marwan juga pejuang agama Allah sebagaimana kita!’

‘Ya Allah, mutiara ini yang baru ingin bersinar, mutiara ini yang baru ingin mengorak langkah gagah untuk memegang panjiMu, adakah begini hebat dugaan yang Kau timpakan? Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik untuknya terus melangkah berjuang di jalanMu. Tapi, andai betul masanya sudah tidak panjang dan inilah suratan buat dirinya, kau ambillah nyawanya dalam keadaan dia bertasbih menyebut namaMu, dalam semangat juangnya yang masih menyala untuk menegakkan agamaMu. Amin’

Sungguh, aku tidak pandai untuk menyusun lafaz doa. Tapi, inilah doaku agar seorang pejuang masih terus boleh berjuang dalam kudrat yang dia miliki.

PERKHABARAN KETIGA

28Jun2009


‘Nik, bila hang nak bagi tugasan sponsor tu?’

‘Esok, atau lusa kot Ja, tak sampai rumah lagi ni!’

‘Kalau boleh bagi cepat sikit eh. Aku kena jaga mak aku kat hospital.’

‘Knapa mak hang ja?’

‘Owh, aku tak bagitahu hang ke? Dia da lama masuk wad. Hatinya ada masalah.’

‘Ya Allah, hang tak bagitahu pun ja. Saya doakan mak hang cepat sembuh. insyaAllah. Amin.’


1Julai2009

‘Salam. Kawan2ku, sama2lah kita sedekahkan al fatihah kepada ibu kawan baik kita Noor Hajar bt Din Kamar yang baru sahaja meninggal dunia. Al-Fatihah!’-Bella

‘Innalillahi wa inna ilaihi riji’uun. Daripadanya kita datang kepadanya jua kita kembali.’

Buat Hajar : Tabahkan hatimu. Perkhabaran ini semestinya merupakan satu perkhabaran yang tidak kau sangka. Begitu juga denganku. Beginilah hakikat hidup, tiada siapa yang boleh kekal hidup selamanya. Semua pasti akan kembali di sisiNya. Cuma, masanya sahaja kita tidak tahu. Cepat, atau lambat.

Hajar, tabahkan hatimu. Berdoalah selalu agar roh ibumu dicucuri rahmat sentiasa hendaknya. Dan, boleh jadi, kerana doamu seorang anak yang soleh, doamu yang ikhlas itulah yang akan mengiringi dan memberikan kebaikan buat ibumu di alam sana.

Hajar, tabahkan hatimu. Langkah hidupmu dengan izin Allah masih lagi jauh. Masih banyak yang perlu ditempuh. Ini jualah hakikat hidup, kena sentiasa bersedia dengan sesuatu yang tidak pernah kita sangka dan duga.Tabahkan hatimu, ibumu pasti berbangga andai segulung ijazah berjaya kau raih. Selagi hayat masih dikandung badan, selagi roh masih menumpang jasad, selagi itulah, tabah, menempuh segala cabaran mendatang!

Maaf jua kupinta andai punya salah dan silap daripadaku atas tulisanku yang dhaif ini.

Gambattey JA!!! Aja2 fighting!

Sebaik kupulang, bermacam perkhabaran ku terima. Seolah2 Allah ingin memberikan peringatan dan petanda bahawa insan seterusnya dalam aturan musibah dan kematian itu adalah aku! Inilah suatu peringatan, inilah satu pengajaran! Dan, inilah satu kenyataan! Apa yang perlu kita lakukan? Bersedia dan terus bersedia!insya-Allah.

Wallahu’alam, wassalaam.