KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.
Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.
Rasanya masih terlalu baru aku mengetahui tentangnya, dan masih terlalu baru aku mencatat kisahnya. Akhirnya dia pergi tanpa aku sangka dia masih hidup. Ya Allah, dalam keadaan apakah dia pergi?
By the way, I have a friend who ensures that his kids say their prayers every night before they go to bed and one night be peeped into the kids’ room and overheard his seven-year old son utter this prayer:
Oh, and by the way Lord, I also wish our Wakil Rakyat would be struck down by a sickness or knocked down by a car. I know, Lord, it is not very nice to wish for someone’s death but I have been told that it is okay to sacrifice one’s life if it is for the sake of the entire community. I mean, Lord, that is what soldiers do everyday. They die so that the rest of the people can have a good life.
If our Wakil Rakyat were to die then there would be a by-election in our constituency. That would mean the government would spend hundreds of millions to upgrade the roads in our neighbourhood. Yesterday, I hit a huge hole in the road and fell down. I not only hurt my knee and elbow but my bicycle is now destroyed.
I heard my dad say that the residents have been complaining for more than a year but the government still did nothing about the bad roads while our neighbour said that unless there is a by-election then don’t hope for anything to be done. So, if our Wakil Rakyat were to die, then there would be a by-election called and our roads would immediately be upgraded.
My dad said he is not prepared to buy me a new bicycle because the economy is very bad and he does not have the money to spend on such things. But if there is a by-election then the government will give out free bicycles to all the kids and I will then get the new bicycle that my dad can’t afford to buy.
Furthermore, my dad’s car has been stuck in the garage for the last three months because the road tax has expired and he can’t afford to renew it. So we now have to take a bus to go to town. If there is a by-election then the government will hand out RM1,000 ang pows and with this money my dad will be able to renew his road tax.
Thank you, Lord, and I hope my wish is not too personal. I will talk to you tomorrow night, Lord, but in the meantime maybe you can see what you can do about the Wakil Rakyat thing that I wished for.
Salam'alaik. Hari ini aku ingin ceritakan sebuah kisah pekebun kecil yang bernama Syaza (sepupuku) Here we goOo~
'Jom, hari ni kita ke kebun lagi~ Tolong Tok Ayah...Yuk!' 'Naik kereta tolak cukuplah, tak mampu.huhu~'
'Syaza, hari ni Syaza kena tanam pokok ye!' 'Hah!' Kelihatannya Syaza sangat terkejut. 'Orait, meh sini cangkulnya... Syaza buat semua!' Pantang anak muda dicabar! huhu~
'Meh Syaza tunjuk cara betul gali lubang dan tanam pisang.hehe~' 'Gini~' 'mula2 pastikan tanah ini betul boleh digali dan sesuai digali.' 'OK, selepas dah yakin ianya tanah yang subur, maka, galilah.' 'Dan, tanahnya jangan dibuang merata, tarok atas tikar ni eh~hehe~' 'Syaza!!~' Jerit Dina. 'Okeh, lepas tu ratakan tanah. Siap!' 'Aik, macam ada tak kena je. eheh~' 'OK, relax2...Bia Kak Muna betulkan~' nilah dia batang pisang yang hendak ditanam. =) 'Dah, sebatang cukuplah. Syaza nak main pulak. ;P' 'tanah ni elok tau untuk mencantikkan tangan...hehe~ mama kata...' 'orait, tikar ni cam best je.. jom duduk... rehat sebentar... =)' syaza dan dina memandang kamera atau juru kameranya.hehe~ sebelahnya : serangga yang merosakkan bendi~ bendi segar. hijau memikat lagi menyelerakan...takleh petik, nanti tok ayah marah. ;P sebelahnya : rambutan, bukan di kebun, tapi tepi rumah... =) sedap~
Setakat itu sahaja kisah pekebun kecil. Saja2, nak 'refresh' kan blog ni. =) Wallahu'alam. Wassalam.
notakaki : Syaza adalah sepupuku yang berumur 2 tahun+. Masih tidak boleh bercakap dengan fasih melainkan hanya menggunakan bahasa isyarat badan. Kerjanya di kebun hanyalah membuat kacau. adakalanya dia akan berbaring di atas tanah kebun tanpa izin. Namun demikian dia adalah pelakon yang sangat hebat!
‘Sarah, nati gerak aku lagi 10 minit. Aku tak smaye isya’ lagi.' Entah mengapa, malam itu aku benar2 tidak bermaya. Nak mengangkat kepalapun aku tidak mampu. Memang selalunya begini, bila demam selesema selalunya paling teruk ‘dia’ akan menyerang malam. Mungkin campur penat ke kebun tadi lagi (penat ke? 4 batang pisang sajapun berjaya aku tanam.huhu~)
Aku cuba untuk melelapkan mata. Tapi, bermacam2 perkara mengganggu. ‘Muna, kalau tidur sekarang, buatnya tak bangun2 lagi lagu mana? Dahla tak smayang lagi!’,
‘Ah, aku nak tidur sekejap je. 10 minit, lepas tu bangun la smayang. Pesan dah kat Sarah. Dia mesti kejutkan!’
‘Muna, mana boleh lagu tu. Mati bukan tunggu 10 minit. Malah mati tu tak tunggu 1 saat. Kalau dah sampai waktu, kita akan pergi jugak. tak terlambat dan tak tercepat sikit pun!’
‘Ya Allah, beratnya kepala ni. Betul lagi 10 minit aku bangun!’
Monolog aku berterusan sehinggalah aku tidak tahu bila masa aku tertidur. Dan aku tidak pasti aku tidur ini untuk sementara atau untuk selamanya sehinggalah aku mendengar suara :
‘Muna, kan dah bagitahu, mati tak tunggu kita sudah solat dulu. Tengok sekarang kat mana ni?’
‘Kat mana ni? Gelap! Sangat gelap!’
‘Tengok sebelah!’
‘Aku tak nampak apa2!’
‘Tengok betul2, cuba rasa ni!’
‘Tanah!’
‘kau rasa di mana?’
‘Tak tahu, aku tak tahu di mana. Tadi aku di bilikku. Aku dah bangun, aku nak solat!’
‘Dah terlambat. Kau tinggalkan dunia dalam keadaan kau berhutang dengan Tuhanmu!’
‘Maksudmu?! Kau siapa?’
‘Akulah dirimu yang inginkan kebaikan, tetapi kau lebih mengikut nafsumu. Kau tahu kau dimana?’
‘Tidak! Aku di mana?’
‘Tempat asalmu!’
‘Ya Allah, aku tak sempat solat isya. Aku belum solat!’
‘Tengok, kau berhutang dengan Allah. Tapi, kau tak sempat melangsaikannya. Akhirnya kau berada di sini dalam keadaan kau berhutang juga. Dan, kau akan bertemuNya dalam keadaan berhutang! Kau tak malu?’
‘Astaghfirullahal’adzim!’ Mataku melihat sekeliling. Ini bilikku. Melihat jam di dinding. Menunjukkan
pukul 2 pagi. Sarah tak kejutkan aku! Huh~ Adik2ku sudah tidur. Tertidur barangkali dengan buku2 sekolah masih terbuka.
Aku segera bangun. ‘Alhamdulilah. Ya Allah, Maha Suci Engkau yang masih mengurniakan aku waktu untuk melangsaikan hutangku dengan Mu. Sungguh, hamba ini tersangat lemah. Dengan sedikit ujian yang kau timpakan, aku berasa lemah, dan aku tersangat lemah. Ampunilah aku Ya Allah.’
Mimpi yang benar2 menginsafkanku. Sehingga saat ini aku masih ingat mimpi semalam. ‘Ya Allah, sejak akhir2 ini, sering Kau ingatkan aku akan kematian. Kenapa?’ Persoalan yang mungkin tiada siapa mampu menjawabnya. Tetapi, bukankah satu kebaikan apabila kita mengingati mati?!
Wallahu’alam. Wassalam.
p/s : pesanan buat diri ini yang selalu saja lupa : jangan lambatkan solat~
Dan hari ini aku membaca kitab Allah, sesuatu yang sangat tidak kuduga, sekali lagi aku bertemu dengan ayat kematian,
‘Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami.’ Al-anbiya:35
Aku mengulangi ayat yang sama beberapa kali. Entah mengapa aku benar2 merasakan segala berita yang kuterima, juga ayat yang kubaca, semuanya menjadi satu peringatan buatku. Peringatan bahawa sudah tiba masa bagiku untuk bersedia secukupnya.
Dan, hari ini aku mendengar bait2 bicara Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan keadaan manusia di padang mahsyar. Satu lagi peringatan buat diriku, dan benar aku takut untuk menghadapinya.
Justeru, apa yang telah aku lakukan di muka bumi ini? Adakah amalanku telah mencukupi sebagai miftahul jannah? Tidak pernah kurasakan begitu!
'Kullu nafsin dzaaikatul maut-setiap jiwa pasti merasai mati'
sekuntum bunga, sebutir permata. Semua itu tidak kekal selamanya. Memang cantik, tapi, kecantikannya akan pudar, itulah sebutir permata. Memang cantik, cantiknya ia tetap akan layu, seterusnya gugur di perbatasan. Itulah bunga.
Jam 11.50, tatkala diri ingin bersiap untuk melayari sebuah mimpi, hadir satu mesej kepadaku. kulihat nama yang tertera, seolah2 aku mengetahuinya, hatiku yakin, tiada ragu. Pasti berita itu yang sampai kepadaku.
'Assalamu'alaikum. Nabil Marwan sahabat yang sangat kita cintai kerana Allah SWT telah selamat kembali ke rahmatullah.minta sahabat2 hadiahkan al-Fatihah (7kali) dan al-ikhlas (11kali). Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan auliya' dan solihin. amin.' -Aisyah
Entah mengapa, hatiku sebak. Tidak kukenali siapa Nabil Marwan, melainkan aku sekadar ingat2 lupa akan dirinya. Tapi, ini yang aku rasa, tanganku tidak kuat untuk menaip dengan pantas. Aku takut untuk menerima bulat2 akan berita tersebut sehinggalah sampai satu lagi mesej yang serupa kepadaku.
'Innalillahi wa inna ilaihi ro ji'un.'
Dan, mesej ketiga hadir menguatkan lagi perkhabaran bahawa dia telah tiada,
'Salam. Al fatihah... Mujahid kebanggaan Islam, Nabil Marwan baru sahaja meninggalkan kita. Semoga beliau dirahmatiNya dan dimasukkan ke syurgaNya. Senyum mujahid menuju redhaNya. Allhuakbar'-Kak Ida
Ya Allah, Kau tempatkanlah dia di kalangan hamba2 Mu yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah, dia telah menanggung derita yang panjang sebelum kematiannya dengan izinMu,
Ya Allah Kau sahajalah yang mengetahui betapa tabahnya dia menghadapi segala ujianMu,
Ya Allah, hanya Kau jualah yang tahu betapa dia bersungguh2 dalam membela agamaMu.
Ya Allah, Kau rahmatilah dia, tempatkan dia di sisiMu. Amin.
Saudaraku, Islam dan iman itu bagaikan tanaman, yang tumbuh dan berkembang dengan baik dipelihara, dipupuk dan dijauhkan daripada pelbagai penyakit yang merosakkkan. Apabila dibiarkan kualiti islam dan iman seseorang kian berkurangan. Oleh itu langkah2 memelihara, menyuburkan dan menjauhkan daripada berbagai2 ancaman penyakit perlu konsisten dalam melakukannya. Jangan biarkan tanaman keimanan dan keislaman kita mati. –Aa Gym ; Menjadi Muslim Terbaik