Ahad, Jun 28, 2009

Another gift! =)

Salam'alaik.

29Jun2009-5am- tiba di kediaman Melati (Jamil&Hayati)

Terlihat sesuatu di bilikku. Bila hari bapa ya? Aku terlupa dan sepatutnya akulah yang menghadiahkan sesuatu kepada ayahku, tapi sebaliknya pula berlaku. The 8th Habit menjadi kepunyaanku sedangkan selalunya ayah lah yang sangat menggemari buku2 sebegini. 'Kenapa bahasa Inggeris?' Aku bertanya, 'More precise.' Ringkas jawapan ayahku. =)

To my beloved ayah, 'Thank You So Much for your gift! insyaAllah I'll try to read it whole-heartedly. Btw, it is the 8th habit, where's the other 7?'

'The 7 habits are for effectiveness, bought to you the 8th to be the greatest.' =)

Macam mana nak habiskan? Bawak 2 buku dalam satu masa. Apa tu? Kamus dan ini!



Syukran ya abi! =)

p/s: baca buku inggeris ni kena hati2 jugak. kadang2 turut dimasukkan dalil2 daripada kitab bible dan agama mereka sebagaimana buku '25ways to win with people' dan 'the power of your subconcious mind'. Semoga buku pemberian ayahku ini dapat dihabiskan juga. Aku ni susah juga mahu faham tulisan dalam Bahasa Inggeris. Tapi bila lagi mahu belajar bukan? Inilah masanya. Muna Gambattey!

Menjadi Muslim Terbaik - Bersyukur

Salam’alaik


Menjadi Muslim Terbaik : Dimulakan dengan Bersyukur


Menjadi Muslim Terbaik menunjukkan langkah2 yang perlu diambil untuk menjadi seorang muslim terbaik. Jadi apakah langkah2 ini? Aa Gym meletakkan bersyukur sebagai satu proses atau langkah utama untuk menjadi muslim yang terbaik. Rasa2nya mengapa ya? Pertamanya, tentulah kita kena bersyukur kerana kita ini seorang muslim, seorang yang lahirnya dalam keluarga Islam, bersyukur juga kerana kita ini dilahirkan sebagai seorang manusia yang juga merupakan sebaik2 kejadian. Alhamdulillah wa syukran lillah.


Dalam buku ‘Menjadi Muslim Terbaik’ ulasannya amat ringkas tetapi sudah cukup untuk dijadikan satu peringatan buat ku juga boleh dijadikan sumber peringatan buat sahabat insyaAllah. Dalam tajuk bersyukur ini, aku ingin mengajak sahabat2, teman2, dan pengunjung2 blog ini untuk menghayati kisah sejarah tragedi Natrah. Sebenarnya aku agak ketinggalan apabila baru mengetahui akan kisah tragedi Natrah yang membabitkan isu agama dan akidah. Mungkin sahabat2 sudah lama mengetahui akan kisah ini. Tetapi, tak mengapalah, aku ingin membawa sahabat2 untuk merenung sejenak mengapa kita sangat seharusnya bersyukur kerana kita seorang Islam.


Tragedi Natrah, Tragedi Berdarah


24 Mac 1937 merupakan hari yang bersejarah, hari ini lahirlah seorang bayi Belanda yang diberi nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Bertha mempunyai seorang ibu yang bernama Adeline dan neneknya bernama Nor Louisenya, bapanya pula telah ditawan tentera Jepun. Bapanya bernama Sarjan Adrianus Petrus Hertogh.


Aturan Allah buat Bertha apabila dengan izinNya ibu Bertha telah menyerahkan anak perempuannya itu kepada Che Aminah Mohamad, seorang yang berbangsa Melayu dan warganegara Malaysia. Lalu sejak dari itu, sejak berusia 5tahun Bertha dan adiknya di besarkan dalam keluarga Islam dengan diberi nama Natrah. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang telah ditawan tentera Jepun ketika itu.


Pada 1945, ibu angkat Natrah iaitu Che Aminah telah membawa pulang Natrah ke kampung halamannya di Kampung Banggol Kemaman Terengganu memandangkan orang Indonesia pada ketika itu sangat membenci orang berkulit putih. Dan, pada tahun yang sama, bapa Natrah telah dibebaskan daripada tawanan selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki berlaku. Bapanya mencari Natrah yang telah diserahkan kepada Che Aminah tanpa pengetahuan.


1949, Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu telah menemui Natrah dalam satu pertunjukan senaman padang di Sekolah Perempuan Melayu Chukai lalu dimaklumkan kepada Sarjan Adrianus sebulan selepas Natrah ditemui. Kemudiannya banyaklah perkara yang berlaku kepada Natrah, hak penjagaan Che Aminah dirampas, dan Che Aminah terpaksa naik turun mahkamah untuk menuntut hak penjagaan ke atas Natrah. Dan untuk kes pertama, 1950, Che Aminah menang kes rayuannya. Beliau mendapat semula hak penjagaan ke atas Natrah.


Untuk mengelakkan kejadian yang serupa berulang, Che Aminah telah mengahwinkan Natrah dengan Cikgu Mansor Adabi sedangkan pada ketika itu Natrah baru sahaja berusia 13tahun. Mengikut undag2 syariah Islam, perempuan berumur 13tahun pun sudah dibenarkan berkahwin sebagaimana sunnah Nabi Muhammad SAW, tetapi bertentangan pula dengan undang2 Belanda iaitu anak perempuan bawah umur 16tahun seharusnya masih lagi berada di bawah tanggungan ibu bapanya. Jadi, ibu bapalah yang akan menentukan hala tuju anaknya.



Bapa Natrah masih berusaha untuk menuntut Natrah ke bawah jagaannya sehingga akhirnya pada penghujung tahun 1950, Natrah telah dibawa pulang ke Belanda bersama kedua ibu bapanya. Apa yang cuba aku ceritakan adalah ia bukan suatu kisah yang berkaitan hak penjagaan anak sahaja tetapi, apa yang dapat aku lihat, ia lebih berkisar tentang agama dan akidah. Natrah sendiri ingin hidup dalam agama anutan ibu angkatnya iaitu agama syumul Islam, tetapi, bapanya ingin Natrah yang merupakan anak perempuannya untuk memeluk kembali agama Kristian.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah bermaksud :


256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


257. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Dalam menyelamatkan agama seorang Islam, berlakulah satu rusuhan di Singapura kerana kecewa mendapat berita bahawa Natrah akan dimurtadkan. Malah ada juga protes simpati yang dilakukan di luar Negara seperti Karachi Pakistan berkaitan kes Natrah sehingga pada ketika itu kes Natrah mendapat liputan di banyak buah Negara. Ini berkaitan akidah! Akidah seorang muslim harus diselamatkan. Dalam rusuhan menyelamatkan akidah dan agama seorang Natrah, seramai 18orang mati syahid dan 173 orang cedera parah.



Berbeza pula di Belanda, Disember 1950, sebaik Natrah tiba bersama keluarga nya di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; mereka disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka adalah himpunan daripada 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, SarjanHertogh.


Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan kiblat malah dia tidak pernah lupa untuk solat 5 kali sehari. Fikiran Natrah juga sering sahaja kepada suaminya Mansor Adabi. Jiwanya memberontak ingin pulang ke pangkuan keluarganya di Malaysia. Dan jiwanya memberontak untuk mengamalkan ajaran Islam secara bebas.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah bermaksud :

150. dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang Yang zalim di antara mereka (ada sahaja Yang mereka jadikan alasan). maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara Yang benar).


151. (Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu ketahui.


152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar


154. dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.


Sejak hari itu, Mansor Adabi sentiasa sahaja mengutus surat kepada Natrah. Natrah juga pernah mengutus surat kepada Mansor Adabi dengan menceritakan keadaannya di Belanda yang celaru. Mansor Adabi mengutus surat kepada Natrah sebanyak beberapa kali, dan paling menyedihkan apabila pada Mac 1953, Natrah telah mengutus surat kepada Mansor Adabi bahawa dia telah memeluk Kristian Katholik atas paksaan. ‘Apakan dayaku, agamaku direntap manusia durjana, apa dayaku, aku tidak sekuat Sumaiyah mahupun Asiah dalam membela agamanya. Apalah dayaku!’ Ini menimbulkan rasa kecewa di hati Mansor Adabi sehingga membawa kepada perkahwinannya dengan anak muridnya sendiri.


Dan, semenjak dari hari itu, bermulalah detik2 hitam dalam hidup Natrah yang masih lagi menyayangi suaminya Mansor Adabi. Hidup Natrah kucar-kacir, jiwanya sangat tidak tenteram sehingga membawa kepada kes Natrah cuba untuk membunuh suami barunya. Natrah sering naik turun mahkamah di Belanda gara2 cubaan membunuh yang beberapa kali diadakan. Dia seolah2 telah mengalami tekanan jiwa dan perasaan. Wallahu’alam.


Ibrah Tragedi Natrah


Dalam menyingkap sebuah sejarah yang diberi nama Tragedi Natrah, rasa2nya apa yang cuba aku sampaikan? Kisah Natrah telah lama berlalu, tapi, entah mengapa baru hari ini aku tahu. Dan baru aku tahu pernah berlaku beberapa rusuhan untuk menyelamatkan akidah seorang Muslim di Negara yang makmur ini. Di sinilah perlu kita letakkan setinggi2 perasaan bersyukur atas nikmat Islam dan Iman yang kita miliki. Kita bahkan bertuah boleh mengamalkan nilai Islam tanpa sebarang halangan, ancaman dan rintangan, berbeza dengan segelintir manusia yang telah diberi nikmat Islam dan Iman, tetapi oleh kerana ujian yang sangat berat menimpa (atas sebab paksaan dan sebagainya), akhirnya tergadailah nikmat tersebut. Naudzubillah. Aku sendiri tidak pasti di mana tahap ketahanan aku untuk menerima ujian seberat Natrah. Ya Allah, semoga aku mampu mencontohi Asiah mahupun Sumaiyah!


Kisah ini tidak diselitkan dalam buku ‘Menjadi Muslim Terbaik’, secara tiba2 aku terfikir mengapa kita perlu bersyukur sebagai seorang Islam? Dan persoalan inilah yang ditimbulkan oleh Aa Gym dalam bukunya ini. Bagiku, aku temu jawapan di dalam kisah Natrah yang secara kebetulan kubaca. Pada awalnya, aku tidak begitu tertarik, tetapi, selepas membaca dengan lebih lanjut, lebih2 lagi berkaitan dengan isu akidah, serta merta aku menjadi berminat dan menjadi rajin untuk mencari maklumat tentang Tragedi Natrah. Mungkin selepas ini akan kucari novelnya pula.insyaAllah.


Alhamdulillah wa syukran lillah, kita dilahirkan dalam fitrah Islam, dan dibesarkan juga dalam biah Islam.


Renungan buat sahabat - Aa Gym


Aa Gym telah meletakkan beberapa renungan dalam bukunya ‘Menjadi Muslim Terbaik’, dan renungan ini telah menjadi jawapan tentang persoalan pertama mengapa kita harus bersyukur.


‘Ingatlah, keimanan dan keislaman adalah nikmat yang begitu mahal, melebihi semua benda yang bernilai di dunia ini. Begitu ramai orang yang sibuk mencari dan mempertahankan harta dan jawatan kerana menganggap kedua2nya berharga. Bagi seseorang yang memahami betapa mahalnya keimanan dan keislaman, keperluan kepada harta dan jawatan tidak melalaikan dirinya daripada keteguhan iman dan islam. Apabila kita perlu memilih antara keduanya, tentu kita akan memilih keimanan dan keislaman. Tidak mungkin keimanan dan keislaman ditukar dengan harta dan jawatan.’


Kita perlu bersyukur kerana kita dikurniakan Allah harta yang paling berharga berbanding segala jenis harta di dunia. Alhamdulillah!


Rintihan Sekeping Hati


‘Ya Allah, kau teguhkan hati kami atas dua nikmatMu yang besar ini. Kau teguhkan iman kami pada hati yang satu ini. Kau kekalkan Islam kami pada ruh kami, pada jasad kami sehingga ke akhir hayat kami. Kau jadikan kami sebagai muslim, mukmin, pembela agama yang syumul ini selamanya dalam hidup kami. Walau ribut taufan melanda, walau badai dasyat menimpa, kau tetapkan hati kami pada taliMu ini, tali yang kami akui kebenarannya, tali yang akan menarik kami dan menuntun kami ke pintu syurgaMu. Dengan segala rahmatMu ya Allah, kau jadikanlah kami sebagai orang2 yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatMu ini, atas segala kurniaanMu ini, atas segala pinjamanMu ini. Ya Allah, tiada tempat bergantung bagi kami melainkan yang terbaik hanya padaMu. Kaulah tempat sandaran kami atas setiap ujian dan aturanMu dalam hidup kami. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,hanya padaMu kami mohon pertolongan, dan Kaulah sebaik2 penolong dan pemberi rahmat. Amin Ya Robbul al-Amin.’


Sampai di sini. Maaf atas tulisan yang begitu panjang kali ini. Harap, masih ada yang sudi membaca coretan panjang di awal cutiku. Sebarang salah silap dalam tulisan kali ini harap ada yang sudi membetulkannya. Dan, untuk kisah Tragedi Natrah, aku tidak pasti masih boleh diungkitkan ataupun tidak, tapi, bagiku, penting bagi kita untuk mengingati kisah ini dan mengambil pengajaran daripadanya.


Wallahu’alam.Wassalam.

Sabtu, Jun 27, 2009

Menjadi Muslim Terbaik

Salam’alaik.


Menjadi Muslim Yang Terbaik. Siapa yang tidak pernah mengimpikan demikian. Aku sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang muslimah yang terbaik. Tapi, sudah capaikah aku tahap yang terbaik itu?


Jusco Wangsa Maju

Semalam aku, Kak Madiha, Kak Imah dan Syibrah telah ke JJ Wangsa Maju dengan tujuan untuk membeli buku di MPH. Lama juga kami berada di sana, hanya berada di MPH. Itupun, aku masih tidak berasa puas kerana ada beberapa buah buku yang ingin kubeli tidak dapat ku beli atas faktor kewangan yang tidak mencukupi.


Aku berkenan dengan satu buku. Buku poket yang kecil benar2 telah menarik perhatianku. Teringat aku akan pesan Kak Iman apabila aku bertanya bagaimana caranya kita dapat meluangkan masa dengan buku kalau kita merupakan seorang yang benar2 sibuk. Aku hanya bertanya bagi pihakku yang sering saja kesuntukan masa untuk membaca buku tambahan. Kak Iman jawab, ‘Yan, untuk baca buku tebal2 mungkin tak sempat. Apa kata Yan ambik inisiatif beli buku poket aja. Sekurang2nya, kita boleh sentiasa bawa buku tu ke mana2. Senang nanti. Pantang ada masa luang sikit, kita boleh buka buku tu dan baca. Senang kan? Sekurang2nya dalam satu hari kita baca juga buku yang punya unsur peringatan buat kita. Itu sudah cukup.’


Sebenarnya aku kagum dengan pengetahuan yang dimiliki Kak Iman, setiap kali aku berbual dengannya, pasti perkara2 yang elok sahaja kudengar. Bibirnya tak lokek senyuman, bibirnya juga sering menutur ayat nasihat buatku. Dan, aku cuba mencari mengapa Kak Iman dengan mudah sahaja mampu mengeluarkan dalil2 dan kisah2 teladan Islam, sehinggalah pada suatu hari Kak Iman mengajakku ke biliknya.


Aku sangat terkejut, bilik Kak Iman bukanlah seperti bilikku yang dipenuhi dengan barang2 draf dan lukisan, tetapi setiap ruangan biliknya dipenuhi dengan buku2 ilmiah. Dan, bilangan buku yang Kak Iman miliki sangat tidak terkira banyaknya. Beratus2 mungkin. Dengan kuantiti buku yang sebegitu banyak, tidak hairanlah seorang yang mengambil jurusan kejuruteraan juga boleh menjadi seorang ustazah yang mampu mengeluarkan dalil2 bernas dan soheh dalam hujahnya. Subhanallah.



Aku di JJ, aku berkira2 untuk membeli sebuah buku poket yang bertajuk Menjadi Muslim Terbaik karangan Aa Gym. Aku ambil, dan aku letak. Aku ke rak lain, membelek buku2 yang lain, kemudian aku kembali ke rak letaknya buku poket tersebut. Aku ambil lagi, dan aku teliti isinya. Ringkas tapi sangat menarik dengan unsur2 peringatan yang banyak di dalamnya. Aku masih berkira2 dan teragak2 untuk membelinya. Dan, aku mengatakan pada Syibrah yang ketika itu berada di sisi, ‘Syirah, ore teringin nok beli buku ni!’ Dan, aku sekadar bergurau tanpa sebarang harapan, ‘Kan bez kalu ada ore hadiohkan kat ore.’


Aku tertarik dengan kata2 yang tertulis pada kulit buku tersebut, ‘Hari ini ramai orang ingin menjadi bintang, mahukah anda menjadi bintang? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Tuhan.’



Akhirnya kami pulang. Masing2 membawa pulang sebuah buku sekuarng2nya. Aku? Aku tidak mampu, duit yang tinggal perlu aku jimatkan untuk pulang ke kampung pada esok hari dan untuk makan juga. Tapi, di dalam hatiku sudah berniat untuk ke Kota Bharu mencari buku yang ingin kubeli. Nekad!



Syibrah akan pulang malam itu juga, aku sebenarnya masih belum puas bersama teman baikku seorang ini. Pertemuan kami yang secara kebetulan rupa2nya menimbulkan keserasian. Aku selesa bersamanya, aku selesa berkongsi cerita dengannya padahal kami tidak pernah sekelas mahupun se’studio’. Jarang pula kami berjumpa. Allah telah mengikat hati kami dengan ikatan kasih sayang barangkali. (hehe~ syirah, jiwang sket! ;P Satu penghargaan buatmu Syibrah=))


Sebelum pulang, Syibrah menumpang di bilikku. Seperti biasa bila bertemu, memang cerita tak pernah habis untuk dikongsi. Dari A aku bercerita tak pernah sampai ke Z (nak tunjukkan bahawa perkongsian cerita antara kami tak pernah habis. Selalunya jumpa sekejap, terus terpaksa berpisah.) Dan, sebelum pulang, Syibrah telah memberikan aku sesuatu yang aku tidak sangka dan terdetik pun di hati untuk dia memberikannya. ‘Menjadi Muslim Terbaik’ Syibrah hulurkan padaku. ‘Syibrah!’ aku menjerit terharu.



Buat Syibrah Hanisah, terima kasih atas pemberianmu untukku. Pada awalnya aku behajat untuk meminjam sahaja duit daripadamu, tetapi, lain pula jadinya, terus kau hadiahkan buku tersebut kepadaku tanpa sebarang bayaran. Terima kasih sahabat. Semoga kita sama2 berjaya menjadi muslimah yang terbaik di dunia mahupun akhirat insyaAllah, dan insyaAllah, akan aku catat hasil pembacaanku di ruangan blog ini sebagai perkongsian buat semua. Semoga hidupmu dalam redha Allah sentiasa.amin.


Sampai di sini.


Wallhu’alam.Wassalam.


Jumaat, Jun 26, 2009

Buat Semua Sahabat


Salam'alaik.

Semua asyik tag mengetag. Aku tak tahu jenis penghargaan yang bagaimana harus aku berikan buat sahabat. Jadi, hanya ini caranya. Bagi sahabat2, (jika disebutkan nama terlalu ramai), tidak kiralah kaedian, ex-smkm, ex-kopu, uia, U mana sekalipun yang mengenali diri ini, silalah terima tag ini dan lekatkan di blog kalian. Tiada apa sekadar satu tanda persahabatan yang terjalin antara kita. Semoga ia kekal selamanya. insyaAllah.

Ainneolenne – Azie – Bella – Farah – Farhana(Bo) – Fatihah – Fatinadia – Ilham – Im – KakTiqahnissfu - Kak Zawani – Kam – Lissa – Mar – Mazzy - Miss Zakiah – Moon – Nad – Nelza - Noor Hajar – Mastura – Syazana – Hanis – Ilah – Ayuni - Che Nor – Irah – HudaIdris - Kak Adah - Kak MunirahRasyid - Kak Fisha - Kak Jie - Kak Zatil - Kak Afra’ - Kak Halimah - Kak Su - Kak Syidat - Kak WaniHarun - Kak Nurul - Kak Hajar – Sarah - Kak Elin - Kak Rafidah - Kak AinSyah - Dik Tini - Kak Laila - Kak Busra – Hazirah - Kak Dayang - Kak Wani - Kak Sa -Kak Iftitah - Kak Ilyani – AisyahYusof - Kak Huda - Kak Sufi - Kak Aimi - Kak Lina - Kak Fatimah - Kak Mazni


p/s: lekatkan di blog kalian ya. Jangan segan. jika dilekatkan maksudnya, tahulah aku bahawa kalian memang sahabatku yang selamanya akan menjadi sahabatku insyaAllah. Maaf juga, gambarnya agak keanak2an. ;P Hanya ini yang mampu kulakukan. Tidak cukup kreatif barangkali. Untuk yang tiada nama maksudnya, blog kalian masih belum dilink kan dengan blog ini. Jadi, tinggalkan alamatnya ya. =) Terima Kasih.

Turut dihadiahkan kepada sesiapa yang datang menziarahku di blog ini. silakan. =)

Terima kasih semua, terima kasih yang sangat tidak terhingga. Minta maaf juga andai punya kesilapan dan kekurangan di mana2. =)

Wallahu'alam. Wassalam.