Mengapa kita harus takut untuk menjadi takut?? Takut bukanlah kelemahan.. Takut adalah….sekadar takut…ya.. sekadar takut!!Semua orang juga milikinya..
Hari ini sudah beberapa hari aku berada di rumah..Apa yang aku dah buat ye?? Banyak..banyak sangat tengok tv.. ish3..apa nak jadi lah.. Hari ini aku telah membaca sesuatu yang membuatkan aku tersedar dari tidur..Yaa.. Aku perlu bangkit!!
Pernah kah... kalian rasa takut?? Aku baru sedar sebenarnya selama ini.. aku hidup dalam ketakutan.. sentiasa.. Aku takut untuk gagal.. takut untuk kalah..takut untuk menempuh cabaran.. Sebenarnya aku telah menanam sesuatu, terasa tidak mahu meneruskan pengajian senibina.. Dan hari ini aku tersedar. Bukanlah aku tidak minat.. tapi.. hanya kerana aku TAKUT.. huh.. takut??!! Kenapa mesti takut?? Kerana aku rasa aku hampir bertemu kegagalan.. Aku tidak rasa aku telah melakukan yang terbaik untuk ‘final exam’ baru2 ini.. aku takut persepsi orang terhadapku apabila aku mendapat markah rendah.. Memang.. aku sangat takut..
‘ Cikgu, saya rasa saya nak jadi arkitek.. saya nekad.. nak lari sikit daripada biologi..’
‘Awak yakin ke??’
‘Insya-Allah..ini firasat saya.. sebenarnya saya amat berminat dengan psikologi.. tapi, sebab cikgu tak galakkan ambik psikologi, saya
Ingat lagi semasa di sekolah menengah.. susahnya nak menentukan apa minatku. Bilik kaunseling sentiasa aku kunjungi untuk meminta pendapat guru..Dan, akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambil bidang senibina sebagai ‘core business’.. Tiada halangan daripada sesiapa. Tapi, aku tahu sebenarnya ramai yang mengharapkan aku ambik ‘medic’.. huh??!! Ini pilihanku.. dan UIA juga pilihanku.. Alhamdulillah.. sekarang aku bersama pilihanku.. Tapi…
Kenapa aku harus berputus asa sekarang??!! Aku sudah melalui separuh jalan.. Ke mana perginya semangat seorang ‘aku’ dahulu??!! Yang sentiasa yakinkan kebolehan diri.. Hmmm.. Mengapa harus sekarang aku merasa teramat lemah?? Aku tidak boleh begini.. Ini semua gara2 aku TAKUT.. Sebenarnya… Ya.. Aku takut.. aku takut untuk menghadapi kegagalan.. dan aku takut untuk menghadapi hari2 projek yang akan datang..Aku takut untuk tidak bertemu masa lapang.. Tapi, kenapa??Kenapa mahu takut?? Kenapa harus takut?? Hakikatnya.. Inilah cabaran hidup.. Hadapi dan lawan ketakutan itu untuk BERJAYA..
Terbaca artikel ‘jangan takut’ oleh Pahrol Mohamed Juoi. Pertama, jangan takut.. sebab kita bukan keseorangan.. Allahuma’ana.. Kedua, jangan
Kata Pahrol lagi, ada tiga jenis golongan dalam menghadapi ketakutan..
1) Orang yang lari dan menghindarkan diri- orang yang teramat rugi..
2) Orang yang menyerah dan pasrah- mereka ini hanya membina harapan kosong. Hanya pasrah dan berserah.. seharusnya, kita perlu
3) Orang yang bijak dan sabar-kita perlu bijak menangani ketakutan.. takut gagal bermakna takut untuk mencuba..takut gagal juga bererti takut untuk berjaya..
Di manakah aku?? Golongan pertama, kedua atau ketiga.. Hmm..mengapa harus mengaku kalah?? gagal bukanlah apa2..Jadi..jadilah golongan ketiga..
‘cita2 awak apa??’
‘arkitek.. insyaAllah..’
Dengan yakin.. suarakan apa yang kita rasa.. Itu lebih baik..
Dan, aku ingin jadi berani sebagaimana Yamaguchi sensei dalam drama jepun Gokusen.. Menghadapi pelajar nya yang teramat nakal.. Semua ini adalah kerana bila ada satu kepercayaan dalam diri.. maka, muncullah keberanian.. Tidak takut menegakkan kebenaran.. Dan satu yang membangkitkan apabila sensei tersebut sering mengingatkan bahawa.. ‘setiap orang pasti melakukan kesilapan…’ Jadi, janganlah juga kita takut untuk tersilap dan tersalah.. Bukankah itu titiknya di mana kita boleh berjaya??!!
Ingat juga tulisan ku sebelum ini.. KITA SEMUA HEBAT!!! Hadapi ketakutan dengan bijak, tidak putus asa..dan…YAKIN!! Percaya akan diri…Kerana percaya, kita mampu untuk berdiri sendiri.. Percayalah.. kita sebenarnya mampu untuk berdiri..sangat teguh…
p/s: teringat sewaktu ‘arabic camp’ ada seorang brother bertanya sewaktu night walk.. ‘awak takut??’ kami diam.. ‘kenapa nak takut.. bukankah takut kita itu milik Allah??!!’ Ku kira maksudnya.. takut kita seharusnya hanya pada Allah..Till now..
Wallahu’alam..