Sabtu, Oktober 15, 2011

Dia Kembali Ke SisiNYA

Entah kali ke berapa air mata gugur. Tiba di HUSM Kubang Kerian 5 minit selepas pemergiannya. Terlihat wajahnya masih baru ditarik nyawanya. Aku menangis menutup mulut menahan sebak...Aku pegang kakinya yang kaku, darah tidak lagi mengalir, nafas tidak lagi terhela. ‘Che Cik, bakpe tak tunggu Muna?’ Semua kenangan antara aku dan dia terbayang di mata. Terbayang saat dia masih sihat membawa aku dan anak2nya bersiar2 di taman berdekatan rumahnya di Kuantan. Aku berkejaran ‘roller blade’ dengan anak2nya yang masih kecil waktu itu. Tiada siapa menyangka, rupanya dia akan pergi selepas dua tahun melahirkan cahaya mata yang ke sembilannya.

Azzalea, ditinggalkan tanpa sempat menerima kasih sayang seorang ibu secukupnya. Daripada DIA kita datang kepada DIA kita kembali. Tidak lewat walau sesaat, dan tidak cepat walau sesaat- dia pergi meninggalkan sembilan penawar hati yang masih mentah dan rindukan belaian kasih seorang ibu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... Engku Nor Adilah anak Engku Khadijah telah pergi jam 10.50pagi, Isnin, 10 Oktober 2011 pada usianya 42tahun di HUSM Kubang Kerian. Al fatihah.

***

Selepas majlis pengijazahan ku di UIA, emak tanya ‘muna, nak balik tok? Che Cik makin kritikal.’ Aku tanpa berfikir panjang terus menjawab, ‘Nak! Muna nak balik sangat tengok Che Cik.’ Teringat mimpi yang mendatangiku beberapa hari sebelum konvokesyen. Aku mimpi Che Cik ‘pergi’ di hospital dan terus malam tersebut aku menghubungi emak bertanyakan kondisi Che Cik. Mak bagitahu, Che Cik tidur. Bukan tidur biasa, tapi, Che Cik tidur sangat lama. Tangan dan kaki bergerak2, maksudnya bukanlah koma. Sekadar tidur. Mak tanya kenapa, aku takut untuk menceritakan tentang mimpiku, sekadar bagitahu, ‘Muna mimpi....’

***

Malam tersebut, beli tiket bas on the spot, jam 9.00 malam di Greenwood dan bas bertolak jam 10malam. Alhamdulillah, dimudahkan semua. Penat menyambut majlis konvokesyen masih terasa tapi, harapan ku tinggi untuk jenguk Che Cik dan nak bercakap dengannya mengatasi kepenatanku. Berkejar2 juga kami (aku, ayah dan mak) untuk pulang segera. Tapi siapa sangka, esoknya dia pergi buat selamanya. Tak sempat aku menatap wajahnya buat terakhir kali sewaktu nyawanya masih di jasad. Tidak sempat ku genggam tangannya sewaktu darahnya masih mengalir, tak sempat ku peluk dan cium dahinya sewaktu nadinya masih berdenyut. Allah lebih sayangkannya. Semoga tenang Che Cik di bawah rahmat Allah.

***

Petanda terakhir dia semakin tenat adalah berlaku pendarahan daripada telinganya. Semua pun tahu, andai darah sudah mengalir keluar daripada rongga bermaksud, masanya telah tiba. Di depan matanya menunggu Sang Izrail mencabut nyawanya. Lafaz syahadah didengarkan ditelinganya. Che Ngah mengajar dia mengucap kalimah la ilahailallah berulangkali, dan akhirnya dia pergi diperhatikan suami (Ayah Cik), Che Ngah, dan Che Suzi dengan tangisan. Kemudian barulah aku sampai bersama emak ayah dan datukku. Ya Allah, mudahnya Kau memberi nyawa, dan mudahnya Kau mengambilnya kembali.

***

Teringat sewaktu aku menjaganya di hospital, Che Cik sentiasa takut menyusahkanku sedangkan aku sentiasa merasakan biarlah bakti ini dicurahkan selagi hayatnya dikandung badan. Jam 3 atau 4 pagi aku pasti terjaga untuk mengosongkan beg kencing Che Cik. Kalau diikutkan hati, aku sentiasa takut dengan hospital. Tapi, aku buang segala perasaan takut sepanjang menjaga Che Cik, dan sempat juga dua hari Ramadhan aku di hospital. Malam2 Che Cik sukar untuk tidur sebab hampir setiap malam Che Cik akan demam dan kesejukan. Sebab itu waktu Subuh aku sangat kasihan untuk mengejutkannya. Tapi, Che Cik tetap gagahkan diri untuk solat Subuh. Aku kejut dan aku siapkan Che Cik untuk bersolat. Ku sembur air wudhuk perlahan2 takut2 Che Cik kesejukan. Walaupun air percikan sedikit sudah mampu membuatkan Che Cik menggigil kesejukan seluruh badan. Allah, tabahnya Che Cik.

Selepas solat subuh biasanya Che Cik akan tertidur dalam bertelekung. Che Cik tak bagi aku bukakan telekungnya sebab dia kesejukan. Dan jam 8 atau 9 pagi pasti nurse datang untuk mengambil suhu, tekanan darah dan dimasukkan ubat2an ke dalam tubuh. Kadang2 disebabkan Che Cik baru boleh tidur pagi, aku bagitahu nurse ‘ambik sekejap2 lagi, kesian dia baru tidur.’ Memang tak sampai hati bila Che Cik sentiasa hanya boleh tidur selepas Subuh.

WASIAT

Baktiku hanya sekejap. Syukur, Allah beri ku peluang untuk bersama Che Cik walau sekejap. Banyak perkara yang Che Cik kongsikan denganku sepanjang aku bersamanya. Astaghfirullah...banyak juga yang aku dah lupa, tapi satu perkara yang aku masih ingat sampai hari ini adalah, ‘Na, Che Cik nak sangat anak2 Che Cik pakai baju labuh, jaga pemakaian, jaga smayang...Muna perhati lah nanti deh.’ Aku sekadar menjawab, ‘ insyaAllah.’ Dan sekarang baru aku merasakan itulah satu wasiat buatku. Amanat untuk aku laksanakan. ‘Muna tak tahu macam mana caranya, tapi, insyaAllah muna akan sampaikan pada anak2 Che Cik...’ Sebak aku apabila mengingatinya.

HASRAT RAMADHAN

Teringat, semasa permulaan Ramadhan, Che Cik masih di tahan di wad tapi, Che Cik asyik mintak daripada doktor untuk pulang menyambut Ramadhan di rumah. Sebenarnya aku sendiri kurang bersetuju Che Cik pulang ke rumah sebab aku terfikir, siapa akan hantarkan Che Cik untuk radioterapi setiap hari? Tapi, Allah melancarkan perancangan Che Cik dengan baik. Setiap hari waktu ayah ke pejabat, ayah akan hantarkan aku dan Che Cik ke HUSM Kubang Kerian. Dan aku akan menolak kerusi roda Che Cik ke bilik radioterapi. Begitulah berlangsungnya sehingga hampir habis Ramadhan. Che Cik nampak semakin sihat apabila berada di rumah. Che Cik lebih gembira di rumah berbanding di hospital yang hampir setiap hari memakan kulit dan salur darahnya untuk dimasukkan ubat. Ayah Cik pula sentiasa berulang alik dari Kuantan ke Besut dan Kubang Kerian, menguruskan isteri dan anak2nya pada masa yang sama. Allah, besarnya ujianMu ke atas keluarga ini... Rahmatilah mereka...

AIDILFITRI TERAKHIR


Kenangan raya terakhir bersama Che Cik

Hari Raya merupakan hari terakhir aku melihat Che Cik ketawa gembira. Che Cik beria2 mengajak kami semua bergambar bersama. Che Cik membeli belah sakan sebelum raya untuk anak2nya bersembilan dan paling aku ingat Che Cik sentiasa menunjukkan kami baju2 yang dibeli untuk anak2nya. Macam orang tak sakit, Che Cik gagah untuk anak2nya walaupun sudah berbulan2 tidak bertemu mereka. Che Cik pernah bagitahu aku, ‘Che Cik teringin belajar menjahit dan jahit sendiri baju untuk anak2 Che Cik.’ Aku sampaikan hasrat Che Cik ini pada mak. Akhirnya mak belikan kain dan jahitkan baju anak2 Che Cik yang empat ke bawah (Zulfa, Zulhairah, Zulaikha dan Azzalea). Selepas siap, mak bagitahu, ‘Kalau nak jahit sangat, jahitlah manik kat baju anak2 mu...’ Dengan kudrat yang ada, Che Cik tabah menjahitkan manik di bahagian leher dan tangan baju yang akhirnya kusambung setelah Che Cik tidak berjaya menyiapkannya. Zulaikha pun selalu sebut, ‘Ni baju mak jahit.’ Pada hari kematian Che Cik, si kecil itu semuanya memakai baju yang dijahit mak dan Che Cik.

KENAPA SEMUA MENANGIS?

‘Kak Muna, kenapa semua orang menangis?’ Tanya Zuhairah. Zuhairah seperti tiada perasaan memerhatikan ibunya yang terbujur kaku berbalut serba putih. ‘Kalau Kak Muna kata mak dah takde, Zuhairah faham tak?’ Susah nak diterangkan pada budak2 yang tak mengerti apa2. ‘Mak pergi mana?’...Soalan demi soalan ditanya. Untuk orang dewasa soalan tersebut sangat mudah, tapi untuk seorang kanak2 soalan itu seperti sangat susah dijawab...

Lebih sedih memerhatikan Azzalea yang hanya boleh bertutur sepatah dua. Aku letakkan Azzalea di sebelah ibunya yang kaku sebelum disembahyangkan jenazahnya. Azzalea sebut, ‘mak’ sambil tunjuk pada wajah ibunya. Waktu itu wajah Che Cik tertutup dan Azzalea cuba membukanya. Apabila tak berjaya buka, Azzalea sebut, ‘Mak takdek...’ sambil memusing2kan pergelangan tangannya tanda tiada. Gugur lagi air mataku dan yang memerhatikan gelagat Azzalea. Mungkin kelak si kecil Azzalea tak lagi mengingati dan mengenali emaknya. Allah, jangan luputkan ingatannya kepada orang yang melahirkannya...

***

‘Kak Muna, kenapa mak pakai macam tu? Zulaikha takut dengan mak...’ Bagitahu Zulaikha padaku. Aku tak terkata. ‘Mak macam mati!’ Zulaikha yang petah berkata2 itu memang kadang2 tak berhenti bersuara walaupun dia sendiri mungkin tak faham apa yang dituturkan. ‘Ika, mak pergi jumpa Allah. Allah sayangkan mak...Mak dah takde...’ Bagitahuku. Dan si bijak Zulaikha apabila ditanya orang, ‘Mak mana?’ Zulaikha akan jawab, ‘Mak pergi jumpa Allah sebab Allah sayang mak...Zulaikha tak suka sebab mak dah takde...’ Dan sewaktu di tanah perkuburan, Zulaikha tanya lagi... ‘Kenapa buang mak?’ Allah, tak tahu lagi bagaimana untuk menjawab pertanyaannya. ‘Mak bukan dibuang Ika, mak dikembalikan ke tempat asalnya...’ Kalau lah aku boleh menjawab begitu. Tapi aku hanya diam menggosok2 kepala Zulaikha sesekali kucium pipinya.

***

Malam 10 Oktober tersebut, Athilah mengajakku tidur bersamanya. Jadi kuturuti. Athilah memang paling rapat denganku. Antara semuanya dialah yang paling banyak bercerita. Malam tersebut Athilah tak berhenti bercerita pasal Che Cik. ‘Kak Muna, tahu tak 30 Oktober ni birthday mak?’ Tanya Tila padaku. Aku sekadar bagitahu, ‘Tahu...kenapa?’ ... ‘Masa mak balik kuantan, Tila dah tanam azam nak kumpul duit, nak belikan hadiah sempena birthday mak.Tapi, tak sangka mak pergi dulu... Tila sempat kumpul RM3 je...’ Mengalir lagi air mataku entah yang keberapa kali. ‘Takpelah Tila, nanti Tila beli bunga untu mak ye...’ Aku menjawab dengan fikiran kosong dan melayang2... ‘ Tak... sekarang dah takde guna Tila bagi hadiah duit ke apa... Nanti Tila nak gi kubur mak... Nak hadiahkan ya siin untuk mak...’ Allah, Tila berusia 11tahun tapi pemikirannya sangat matang. Tila lah yang lebih banyak memikirkan tentang adik2nya dan ayahnya walaupun dia anak keempat.

Pernah juga Tila bertanya, ‘Kak Muna, Kak Muna habis belajar bila?’ Aku menjawab, ‘Bulan 12 insyaAllah.’ Tila terdiam lama selepas menerima jawapanku... ‘Kak Muna, nanti bila Kak Muna dah habis belajar, kita sama2 jaga adik ya... Tila kesian dengan adik2... Tila kesian dekat ayah...’ Allah..Allah..Allah....

Dan... satu perkara lagi menyebabkan ku sebak apabila Tila menunjukkan giginya yang berlapis... ‘Kak Muna, sebelum ni, Tila rasa nak buang gigi ni... Tapi, sekarang Tila nak simpan aje...Biarkan dia kat situ...’ Aku tanya, ‘Kenapa?’ Tila jawab, ‘ Mak pun ada gigi yang macam Tila ni... Tila nak simpan persamaan Tila dengan mak...’ Allah! Allah! Allah!... Kau yang Maha Tahu, Kau tahu setiap rahsiaMu memberikan takdir sebegini buat anak2 sekecil ini... Kau lindungilah si yatim tidak beribu ini dalam rahmatMu... Kau tunjuki mereka jalan yang diredhaiMu... Kau berikan mereka kekuatan dalam menerima hakikat pemergian ibunya dalam usia masih muda... Kau tabahkan dan cekalkanlah hati mereka...

‘Kak Muna, mula2 Tila nak nangis je selalu...Rasa macam taknak berhenti menangis...Tapi, bila semua orang cakap mak pergi cara baik...Tila rela dan redha mak pergi...Tila nak doa kan mak banyak2 biar kubur mak terang...Tapi, Tila tetap rasa nak tengok muka mak sampai mati walaupun mak kaku je kat situ...’ Tila renung pada tempat Che Cik diletakkan sebelum dipindahkan ke tempat asalnya...

‘Sebelum mak kena masuk Hospital Kuantan, Tila sempat letak kepala atas riba mak...Tila mintak maaf dekat mak banyak2. Tila cerita macam2 dekat mak. Pastu Tila rasa macam mak nangis. Tila pandang muka mak...memang mak nangis...’

UNTUKMU SULUNG

Yang paling akhir mengetahui berita pemergian Che Cik adalah anak sulungnya, Athira... Semuapun berpakat untuk merahsiakannya memandangkan hari Che Cik pergi adalah hari terkahir Tira menduduki PMRnya. Semuapun tidak mahu Tira terganggu dengan berita yang bakal sampai ke telinganya. Jadi, rahsia sementara adalah lebih baik.

Tira tiba di rumahku (teringat majlis kahwin Che Cik di rumah makku Engku Halimah, dia pergi pun diuruskan di rumah mak...)kira2 hampir jam 10malam. Dengan lengkap berpakaian sekolah Tira naik ke atas rumah. Aku cuba untuk tak menggelisahkan Tira dengan keadaan ramai orang di rumah. Ayah Cik pula berkira2 untuk bagitahu Tira tentang berita sedih pada waktu yang sesuai. Aku peluk dan cium Tira, tanya, ‘Macam mana exam? OK?’ Tira jawab dalam senyum, ‘OK.’ Sah, memang rahsia tak terbongkar lagi...Allah, tabahkan hatinya... Sebaik bertanya khabar, Ayah Cik menarik Tira, memberi khabar secara perlahan, ‘Kakak, sabar ya... mak dah takde...’ Serentak dengan itu, air mata semua yang memandang menitis laju. Terdengar esak tangis Tira dalam pelukan Ayah Cik.

Untuk Tira, daripada Kak Muna;

Tira, nasib baik Tira sempat habis PMR. Harapan mak tinggi nak tengok Tira berjaya... Ingat tak, waktu mak di hospital...dalam tak berupaya mak ajarkan Tira Matematik seharian masa Tira dan Tifa teman mak. Ingat tak, mak selalu hubungi Tira tanya tentang pelajaran Tira walaupun masa tu dekat dua bulan Tira tak jumpa mak... Masa tu, Kak Muna ada dekat dengan mak... Tira, mak Tira selalu je risau pasal anak2 dia... Bila Tira bagitahu ayah yang Tira tak sempat mintak maaf dengan mak, Tira jangan risau, Kak Muna tahu, mak dah maafkan semua orang, insyaAllah...Bila Tira tanya ayah, kenapa tak tunggu Tira dulu...Tira kena tahu, jenazah yang cantik tak elok dilambatkan pengebumiannya...

Tira, dulu2 Kak Muna selalu tanya mak, ‘kenapa Che Cik kurus je sokmo?’ Mak Tira jawab, ‘Biasalah Muna, selagi anak2 Che Cik tak makan, selagi tu Che Cik tak lalu makan...Tak dan nak gemuk...’ Kak Muna nak Tira tahu, pengorbanan seorang mak tak ada tandingannya, mak Tira, mak Kak Muna, mak siapa2 je, tiada tandingan pengorbanannya...Kak Muna tulis ni semua sebab, Kak Muna masih ingat suara risau mak Tira setiap kali dia menghubungi anak2nya sewaktu di hospital...Kak Muna tak pernah tengok mak Tira menangis sepanjang di hospital, tapi Kak Muna tahu hati dia banyak menangis. Hati mak menangis lebih2 lagi bila dengar suara Tira dan adik2 dari jauh. Masa doktor sahkan mak menghidap kanser serviks peringkat keempat, dan dah sampai ke hati, Kak Muna berpaling muka nak menangis. Tapi, mak sangat kuat, mak sekadar tanya doktor minta kepastian, ‘betul ke doktor dah ada di hati...’

Tira, Kak Muna tak tahu bila masa mak mengeluh dengan penyakitnya. Sewaktu nak solat, Kak Muna semburkan dan ratakan air wudhuk, mak menggigil kesejukan hingga buat Kak Muna tak sampai hati nak sembur air lagi... Tapi, mak tetap bertahan dan mak tetap sabar... Tira kena redha dengan pemergian mak... Tira kena sabar dan tabah sebagaimana mak sabar dan tabah menghadapi hari2nya dengan penyakit yang dihidapinya. Tira kena sabar dan tabah sebagaimana mak sabar mendepani berbotol2 ubat yang menyakitkan urat2nya. Tira kena sabar dan tabah sebagaimana mak Tira sabar dan tabah dalam mencari penawar penyakitnya. Kak Muna tahu, harapan mak tak pernah putus untuk hidup demi Tira dan adik2. Sebab Kak Muna masih ingat sepanjang kak Muna menemaninya ke radioterapi setiap hari, mak selalu tanya kenalan senasib dengannya amalan2 dan rawatan yang boleh dibuat sendiri. Mak tak putus2 berikhtiar mencari ubat mujarab untuk penyakitnya. Ya Allah rasa seperti baru semalam Kak Muna menemaninya ke bilik radioterapi...menolak kerusi roda, menunggu giliran dan menemankannya tidur setiap malam dalam Ramadhan.

Tira, sepanjang Kak Muna menaip untuk karangan yang agak panjang ni, sepanjang itu jugalah air mata Kak Muna mengalir. Kak Muna teringat setiap waktu Kak Muna jaga Che Cik, Kak Muna teringat waktu Kak Muna berborak2 dengan Che Cik, Kak Muna rasa macam bermimpi, perlu disedarkan daripada mimpi ni segera...Tapi, hakikatnya nilah realiti yang berlaku. Realiti melihat jenazah Che Cik dimandikan, melihat jenazah Che Cik disembahyangkan, dan melihat sendiri Ayah Cik meletakkan tanah di pipi Che Cik sewaktu dikuburkan. Mendengar talkin yang dibacakan... benarlah nama yang disebutkan... Engku Nor Adilah anak Engku Khadijah...ke alam barzakh...

Tira, Kak Muna harap Tira terus tabah... Jaga adik2 sebaik yang mungkin... Agak berat bagi Tira untuk menguruskan adik berlapan dalam usia Tira baru belasan tahun, tapi, Kak Muna yakin, pasti ada hikmahnya Allah menetapkan kisah hidup Tira dan adik2 begini. Pasti ada satu rahsia yang belum Allah singkapkan di sebalik semua kejadian ini... Apapun, berbaliklah pada Allah yang menciptakan dan yang mengembalikan...Titipkan doa buat mak sentiasa, semoga mak beroleh kebaikan daripadanya, semoga sampai doa anak yang soleh kepada ibunya yang telah tiada...

Tira, akhir daripada Kak Muna, jadilah anak yang solehah sebab ada tiga perkara yang akan membantu si mati kelak sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud;

‘Apabila mati seorang anak adam, maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak2 yang soleh.’

Bawak anak2 ke Bukit Keluang selepas ziarah kubur Che Cik-Hari kedua pemergiannya...supaya dapat legakan perasaan...

Lafaz talkin itu menandakan berakhirnya hidup seorang insan di dunia...Bermulalah hidup di alam baru baginya... Meremang bulu romaku mendengar lafaz dibaca dan nama yang disebut itulah orang yang benar2 kukenali dan sayangi...Allah, rahmati dia, tempatkan dia dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh...Amiin...

Semoga dengan titipan kasih ini akan sentiasa mengingatkan kami kepada Che Cik, semoga tidak lupa dititipkan doa untuknya.insyaAllah...

‘Kullun nafsin dzaa ikatul maut...’ berdebar menunggu bila jiwa ini pula akan merasai mati...Allah, berikan kami semua pengakhir yang baik...amiin...

Selipar terakhir Che Cik yang mak dan aku belikan. Sekarang Tila yang pakai...

'semua cakap, Kami Sayang Mak!'


p/s : maaf tak sempat nak organize betul2 tulisan ni...sebarang kesilapan dalam tulisan ni harap dimaklumkan...

8 ulasan:

che nor berkata...

sedih baca..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..semoga anak2nya terus tabah dlm mengharungi kehidupan ni..InsyaAllah..

Kawan r4fid berkata...

MasyaAllah, hebat karangan ni. Cerita realiti ibarat mimpi. Jzkk atas "perkongsian".

Semoga anak-anak tersebut membesar dengan tabah dn terus gigih menjadi anak yang soleh.

Tunaikanlah wasiat..

a.j. berkata...

semoga semua baik buat anak2.

Sofea berkata...

semoga rohnya di cucuri rahmat...

munadhia berkata...

Salam.syukran semua atas doa dan ucapan takziah... terima kasih juga sudi baca karangan yang panjang ni... doakan keluarga arwah tabah selalu ya...

MujahidahPuteri berkata...

Allah3x byk sungguh kematian berlaku bbrp menjak ini.Semoga rohnya bersama para soleheen dan muttaqqin!ameen!Allahumaghfirlaha,warhamha,wa'afiha wa'fuanha!

Unknown berkata...

Ya Allah.. Kenapa aq baru tahu akn nasib rakan ku. She is so Strong. Dear Tila, U are so strong. Disebalik muke relax dan slambe tpi awk enth mcm mne nk ckp. Btw Takziah kepada anda skeluarga. I tabik with u

Unknown berkata...

Ya allah.. Selame ni aq xtahu pun nasib rakan ku. Dear Tila, u are so strong. Disebalik muke selambe dan relax awk. Tpi Allah mmng sayang dgn bonda awk. Takziah diucapkn kpd anda sekeluarga. Semoga rohnye dirahmati Allah dan bersama orang2 yg briman