Sabtu, Julai 09, 2011

Bersih 2.0 (Petikan KosmoOnline & HarakahDaily)


Kosmo

KUALA LUMPUR – Demonstrasi haram jalanan oleh kumpulan pengacau di sekitar ibu negara hari ini boleh mencetuskan keadaan lebih buruk ekoran ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan pelbagai maklumat palsu menggunakan teknologi komunikasi moden.


Pihak tidak bertanggungjawab memuatkan maklumat palsu berkenaan pada laman web sosial popular termasuk ”Facebook (FB)” dan ”Twitter” serta dipautkan ke laman laman web tertentu.
Antara maklumat palsu yang disebarkan adalah dakwaan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata di sekitar kawasan Menara Kembar Petronas dan Suria KLCC pada pagi ini tetapi dinafikan segera oleh polis.


Wartawan yang bergegas ke tempat kejadian mendapati tiada kejadian seumpamanya dilaporkan di kawasan berkenaan.


Malah ada pihak cuba menyelitkan maklumat palsu kononnya ada berlaku kemalangan jiwa di kalangan peserta demonstrasi, tetapi maklumat itu kemudian segera dikeluarkan daripada “Facebook” penganjur perhimpunan haram. – Bernama


***


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.


Isteri beliau, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.


"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.


Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.


***

fikir2kan~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://tarmizishukri.com/out-of-topic/perhimpunan-bersih-2-0-dari-lensa-photojournalism

Tanpa Nama berkata...

lagi2... postlah lagi berkenaan isu ni..supaye dpt lebih lagi input..hu3 syukran ats perkongsian..=)