Jumaat, Jun 17, 2011

Untuk Pengejar Mimpi

tiada apa yang mustahil dalam hidup. yang menjadikan ia mustahil hanyalah apabila tiada keyakinan terbina dalam diri. bukan masalah duit, bukan masalah jarak, bukan masalah susah, tapi, masalah sebenar adalah yang ada dalam diri. masalah tidak yakin lebih menggunung tinggi berbanding kemahuan dan impian. Sang pemimpi akan dapat meraih mimpinya andai disertai usaha, doa, dan keyakinan. yakinlah pada diri supaya satu hari dapat menggapai hajat yang diimpikan. inilah masa yang bersisa untuk mencipta pengalaman dan kenangan. jangan dibiarkan peluang terbang tak lagi mampu dicapai tangan, jika ditembak ia mati tak lagi datang!


buat kawan2ku, sebelum musim2 kita bersama berakhir, hanya satu impianku, melihat kalian ketawa gembira. tawa kalian mampu memulangkan kenangan yang kelak akan pudar ditelan zaman. Bukan ingin menyusahkan, tapi, satu hari kenangan inilah yang akan mengikat utuh tali persahabatan bila kelak masing2 berjauhan. pertimbangkan!


daripada : izyan

kepada : kawan2ku di KAED =D