Rabu, Jun 22, 2011
HERITAGE STUDIES EXHIBITION
Jumaat, Jun 17, 2011
Untuk Pengejar Mimpi
Rabu, Jun 08, 2011
Jiwa Tua Berdosa
‘Betul ke kalau kita buat macam ni berdosa?’
‘Betul ke kalau kita buat macam tu berdosa?’
Betulkah sesuatu yang dilakukan itu ada dosa pahalanya? Tapi, kenapa kita tak nampak dosa kita? Betul ke di kiri kanan kita ada malaikat yang sedang mencatat baik buruk? Benarkah setiap kita punya buku catatan amalan? Manusia suka bertanya dan tak puas selagi tidak terbukti kebenaran di hadapan mata. Kerana itu juga manusia sentiasa saja lalai dan leka.
Dosa ibarat zarah bergetaran, ia berjisim tapi tidak kelihatan. Oleh itu, dosa sering dilakukan, tidak henti malah berterusan. Istiqamah! Padahal dosa itu sedang ditimbang2 walau labuh bahu kiri tidak dirasakan. Astaghfirullah...
Setitik demi setitik kotoran menghitamkan hati. Pada jiwa yang semakin tua, hati sudah kelat, berkulat, hitam pekat lagi berkarat... Astaghfirullah...
Kerana dosa, pipi tidak lagi basah, hati tidak bergetar sebaik mendengar namaNya disebut2. Kerana dosa, diri tidak lagi bersalah ketawa berdekah2 sehingga seisi dunia mendengarnya. Kerana dosa.. Penglihatan mata hati semakin kabur lalu menjadi buta terhalang dek tebalnya dosa! Astaghfirullah...
***
Allah! Kerana dosa, hari ini aku semakin jauh dariMu. Setelah menyedari, ibarat halilintar memanah diriku. Jiwa terbakar dalam rasa bersalah. Resah, gelisah...Benarkan, Kau kan menerima taubat hambaMu?
Aku hamba berdosa yang telah hampir buta mata hati. Aku hamba berdosa yang hampir padam cahaya hati. Allah, sinarkan kembali hidayahMu, bukakan kembali pintu petunjukMu agar aku terus menyedari saat dosa aku lakukan.
Tidak kira sekecil mana dosa dilakukan, ‘innal jibal laminal hasho’. Bukit besar asalnya daripada pepasir dan batuan kecil juga. Begitulah dosa, walau kecil, jika dikumpul, takut besar pula jadinya. Allah, peliharalah...Allah, ampunilah jiwa tua hamba yang berdosa ini...
***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas (berdosa) terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53)
Wallahu'alam.
Ahad, Jun 05, 2011
Hidup Penuh Rahsia
***
Selalunya ayah dan emak akan menghubungiku hampir setiap hari. Tapi, beberapa hari ini ayah atau emak tidak menghubungiku lalu tergerak hati untuk menghubungi emak. Suara emak macam sayu sebaik menjawab paggilanku. Katanya ibu saudaraku Che Cik sangat pucat hari ini dan emak segera ke Kota Bharu bersama anak sulung Che Cik, Athira namanya. Kali ini emak ke Kota Bharu sendiri sebab ayah bekerja di Gua Musang. Sebaik talian dimatikan, aku terus menghadap laptop, terfikir untuk menulis sesuatu...
***
Sebelum ini pernah kuceritakan tentang Che Cik menghidap limfoma. Tapi, selepas beberapa kali ujian dilakukan, Che Cik disahkan menghidap pre-leukemia. Seolah2 setiap minggu pun Che Cik terpaksa dikejarkan ke hospital untuk memasukkan berbeg2 darah ke dalam badannya. Sel darah Che Cik tak lagi dapat menghasilkan darah dengan baik. Aku kurang memahami dan tak pandai mentafsirkan bahasa doktor, tapi, Che Cik bagitahu, dia memerlukan transplan darah disebabkan semua sel darah putihnya tak dapat berfungsi dengan baik. Darah jenis A+. Seakan2 terbayang dimataku untuk menjadi penderma memandangkan darahku jenis yang sama dengan Che Cik. Tapi, kata Che Cik, ada lagi perkara yang diuji untuk menderma macam...ntah...lupa.
Disebabkan semua sel darah putihnya tak dapat berfungsi, sel darah yang baru perlu ditanam ke dalam badannya dengan cara mencari penderma paling sesuai yang selalunya di kalangan keluarga sendiri. Jadi, Che Cik kata semua adik beradik akan dibawa untuk ujian darah. Tapi, bila aku tanya anak saudara boleh menderma atau tidak, Che Cik kata, tak payah! Tak payah bukan bermaksud tak boleh kan?Hmmm...
***
Che Cik memang kerap menumpang di rumah emak memandangkan dia memerlukan rawatan di Hospitan USM Kubang Kerian, begitu juga dengan anak2nya yang masih kecil. Sewaktu pulang ke kampung aku dan adik2 membantu menguruskan Che Cik dan anak2nya. Selalu sahaja Che Cik takut menyusahkan kami. Padahal aku tak pernah rasa susah malah aku sangat gembira dapat membantu. Badannya sangat kurus sewaktu aku berjumpanya padahal seminggu sebelumnya aku lihat dia masih kelihatan sihat dan berisi. Terasa mahu menangis, tapi kutahan. Ingat pesan emak, jangan menangis depan Che Cik, takut dia jadi lemah dan tak kuat.
Bila Che Cik terasa mahu makan, aku rasa sangat gembira sebab selalu sahaja dia tak berselera. Jadi, sediakan sahaja apa2 yang diinginkan. Semua boleh tersenyum apabila Che Cik berselera untuk makan lebih2 lagi sewaktu kenduri abangku minggu lepas. Alhamdulillah. Cuma, dia sering diserang demam yang sangat panas. Disebabkan antibodinya lemah, Che Cik tak boleh terlalu terdedah dengan orang ramai atau mudah sahaja dia diserang sakit. Aduhai~
***
Masih terbayang di mataku keadaan sewaktu Che Cik masih sihat. Sentiasa saja anak2nya dibawa berjalan2 dan bersiar2. Dan, semua pun kelihatan ceria. Tapi, mungkin juga akibat anak yang ramai dan jarak beza antara anak2nya hanya setahun dua menyebabkan Che Cik cepat keletihan lebih2 lagi sebaik pulang daripada kerja. Sebab itu jugalah, sering di waktu cutiku aku akan ke Kuantan menjaga dan bermain dengan anak2 Che Cik. Suka melihat keletah anak2nya yang ramai dan harap dapat mengurangkan sedikit beban Che Cik di rumah.
***
Che Cik, suami dan anak2nya (8 daripada 9) sewaktu perkahwinan adik iparnya. Che Cik bertudung biru di kanan
Hari ni, sekelip mata, keadaan menjadi berubah. Lebih sayu apabila Tila anak keempat Che Cik selalu bertanya kan aku macam2. Pernah ditanya, ‘Kak Muna, betul ke kalau budak2 yang belum baligh doa dengan Allah, doa dia akan makbul?’ Waktu itu Tila menghampiriku untuk membantu mencuci pinggan mangkuk sewaktu kenduri abang. Rupanya, ada soalan yang ingin ditanyanya. Aku diam tapi aku seakan tahu maksud soalannya.
‘Hmmm... Kak Muna pun tak tahu. Tapi, kalau kita doa sungguh2, insyaAllah Allah akan makbulkan... Kenapa Tila tanya?’
‘Tila nak doa supaya emak sembuh...’ Bagitahu Tila perlahan. Tila seorang yang sangat aktif dan ceria. Dia antara anak Che Cik yang paling pandai berdikari walaupun usianya masih muda. Pernah dia bagitahu dia nak berjaya sebab nak hadiahkan pada mak ayahnya kejayaan. Untuk kanak2 sebesar Tila berfikir sedemikian, aku sangat kagum.
‘Tila sedih... Tila kesian dekat mak. Selalu kena masuk hospital... Tila selalu tunggu mak dekat rumah (Kuantan) tapi, mak selalu lambat balik... Bila mak balik, selalu sekejap je...’ Allahuakbar... Aku betul2 terdiam mendengar luahan Tila... Tila bercerita sambil tangannya ligat membasuh pinggan tapi wajahnya tunduk. Aku tahu, dia cuba menyembunyikan wajahnya yang sedih.
‘Tila rindukan mak. Masa mak sihat mak selalu tolong Tila buat kerja rumah... mak banyak tolong Tila... bila mak sakit... mak dah tak boleh tolong Tila...’ Tila menyambung lagi. Terasa mahu menangis pun ada. Tila2~
‘Tila rindu bila mak selalu bawak kitorang jalan2. Petang2 pergi taman main roller blade...’ Aku memang betul2 hilang kata. Biar Tila luahkan perasaannya. Tapi, akhirnya kedua2 kami diam. Hanya kedengaran air mencurah2 daripada paip galvani.
‘Tila... Kak Muna pun nak mak Tila cepat sembuh... Kita doa sama2 eh...Kalau sebelum ni mak selalu tolong Tila, sekarang, Tila la pulak kena tolong mak... Tila kena tolong jaga adik2, kena tolong kemas rumah, tolong basuh baju... Kita sama2 doa tau... insyaAllah mak akan sembuh nanti...’ Waktu itu, hanya Allah yang tahu. Aku teringat doaku sewaktu kecik2 dulu. Tak tahu kenapa aku selalu doa supaya dalam keadaan apapun, biarlah aku yang pergi dulu sebelum orang tuaku. Fikirku, aku hanya punya sorang emak dan ayah, tapi, emak ayah ada 7 anak. Kalau aku pergi dulu, mak ayah ada enam lagi. Tapi...
Tapi, aku terdengar seseorang kata, tak elok doa begitu. Jadi, aku hanya doa supaya semuanya sentiasa sihat walafiat dan panjang umur. Hakikat kematian memang akan berlaku, harus terima semuanya dan harus bersedia tak kira masa. Aku rasa mungkin Tila juga berfikir yang sama sepertiku. Pemikiran kanak2 selalunya begitu. Entahlah... Malah, kadang2 juga aku selalu terfikir, kalau2 boleh digantikan Che Cik denganku... Che Cik masih punya anak2 yang perlu bergantung padanya. Dia masih sangat diperlukan... Tapi... aku padamkan fikiranku itu cepat2. Cukuplah sentiasa berdoa semoga Che Cik cepat sembuh. Ujian.... semuanya ujian cuma... Sedangkan sewaktu aku sakit di Dhakapun tak putus2 emak menghubungi, inikan pula......
***
Bukan aku atau sesiapa yang menerima ujian ini sebab aku mungkin tak cukup kuat untuk menghadapinya... Jangan dipinta...sebab...Allah tahu siapa yang dipilihnya untuk menerima ujian...Itulah orang yang kuat dan tinggi sifat sabarnya. Bersabarlah! Allah hanya menguji untuk memberi ganjaran yang lebih lumayan. InsyaAllah.
Allah, sembuhkanlah~ Semoga Che Cik mendapat penderma yang sesuai. Andai tiada di kalangan adik beradiknya, izinkan aku mencuba!~ Semoga emak ayah mengizinkan...
***
Doakan dia!
Wallahu’alam.