Seribu langkah pun aku berjalan, aku masih tidak tahu ke mana aku menuju...
Bila sampai di persimpangan, terus fikiranku buntu...
Mengharapkan petunjuk dari Tuhan, namun sukar sekali untuk aku dapatkan...
Adakah kerana dosaku yang bagai buih dilautan itu...
Menghalang aku melihat pada sebuah kebenaran?
Aku buntu...lantas, hampir rebah, hampir tersungkur...
Hampir putus asa dengan tangisan di tubir mata...
Namun, ada satu suara menyedarkanku...
'Bangkit!'... 'Bangkit!'... 'Bangkit!' 'Teruskan perjuanganmu!' 'Tidak boleh menyerah, tidak boleh mengalah...sebelum kematian menjengah...'
Dengan penuh debaran, akhirnya aku terpaksa membuat sebuah pilihan...
Antara dua persimpangan, aku pilih satu...
Semoga jalan ini memandu aku ke arah kebenaran, ketenangan dan kebahagiaan yang kucari...amiin~
2 ulasan:
ambil jalan yang pasti =D
ALlah swt tidak pernah memungkiri janji =)
semoga dikau istiqomah wahai sahabatku....
jalan yg kita susuli ini bukanlah jln yg dihampari dengan karpet merah, namun inilah jalan yang akan menghantar kita ke syurga...
Catat Ulasan