Salam’alaik
PERKHABARAN PERTAMA
29Jun2009
Sebaik aku sampai ke Alor Lintang, bapaku menceritakan tentang satu perkhabaran buruk. Jiranku di Machang Kelantan kemalangan. Mak Cik Yah dan suaminya Pak Cik Ne. Terkejut aku mendengar perkhabaran tersebut. Ku tanya ayah, bagaimana keadaan mereka. Menurut ayah, Mak Cik Yah, bahagian pinggulnya retak manakala suaminya patah tulang peha. Alhamdulillah keduanya selamat.
‘Macam mana boleh excident?’
‘Pak Cik Ne nak U-turn, tunggulah dekat U-turn tu. Lamo jugok. Keto banyok maso tu. Bederu2 (tak putus2). Mok Cik Yah kelih cermin blake. Serung (menakutkan) tengok Hilux laju buke main bowok. Tapi, tok seko (sangka) plop yo tepoh(langgar) keto Pok Cik Ne. Blake abih ranap. Oleh sebab dekat U-turn keto Pok Cik Ne masuk jalan sbeloh lagi. Maghi keto lek depe, keno tepoh plop. Bayangkanlah 2 kali kena tepoh. Kalu tengok keadaan keto dio mesti smua ore ingat penumpang dio tok dapat diselamatkan. Kuasa Allah, Pok Cik Ne selamat sebab terhanding (terhumban) keluar dari keto. Kes tok pakai tali pingge. Kalu dio pakai, boleh sekat dale keto tu, boleh mati sebab lek drebar (driver) ranap pah ko blake. Kancil keno langgar ngan hilux lagu mano jadi? Keno plop 2 kali.’
‘Allahu Akbar.’
PERKHABARAN KEDUA
30Jun2009
‘Salam, Nabil Marwan daripada kumpulan Iqnig dalam keadaan tak stabil sekarang. Minta sahabat2 semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.’ –Jie
Hatiku tertanya ‘siapa Nabil Marwan?’ Tapi, entah mengapa, aku sangat berat untuk membalas mesej yang kuterima dengan pertanyaan siapa. Kubalas mesej sekadar, ‘insyaAllah, sama2lah kita doakannya. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buatnya. Amin.’
1Julai2009
Aisyah hantar mesej yang bunyinya sangat menyedihkan, mesej yang dihantar berangkai,
‘Salam, ana baru lepas lawat Nabil Marwan. Sedih tengok keadaan Nabil. Tak berapa stabil…Nampak kurus cekung. Tapak tangan dan kaki nampak bengkak, hati dan organ dalaman membengkak dan darah putih serta darah merah makin berkurang. Doktor bagitahu yang peluang untuk dia selamat sangat tipis. Sekarang ni pihak hospital tengah tunggu keadaan dia stabil sikit untuk buat ultrasound. Ana dengan rasa rendah diri merayu kepada sahabat2 untuk sama2 mendoakan semoga Nabil Marwan sembuh.’ –Hamba Allah
Berderau darah ku, kencang degupan jantung ku. Sekali lagi hati tertanya siapa Nabil Marwan. Itu bukan sekali dua aku terima mesej begitu, entah untuk kali yang keberapa. Dan, kemudiannya, sampai mesej yang sama kepadaku daripada Kak Laila. Barulah aku memberanikan diri bertanya Aisyah, siapa Nabil Marwan sebenarnya.
Jawapannya : ‘Nabil Marwan juga pejuang agama Allah sebagaimana kita!’
‘Ya Allah, mutiara ini yang baru ingin bersinar, mutiara ini yang baru ingin mengorak langkah gagah untuk memegang panjiMu, adakah begini hebat dugaan yang Kau timpakan? Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik untuknya terus melangkah berjuang di jalanMu. Tapi, andai betul masanya sudah tidak panjang dan inilah suratan buat dirinya, kau ambillah nyawanya dalam keadaan dia bertasbih menyebut namaMu, dalam semangat juangnya yang masih menyala untuk menegakkan agamaMu. Amin’
Sungguh, aku tidak pandai untuk menyusun lafaz doa. Tapi, inilah doaku agar seorang pejuang masih terus boleh berjuang dalam kudrat yang dia miliki.
PERKHABARAN KETIGA
28Jun2009
‘Nik, bila hang nak bagi tugasan sponsor tu?’
‘Esok, atau lusa kot Ja, tak sampai rumah lagi ni!’
‘Kalau boleh bagi cepat sikit eh. Aku kena jaga mak aku kat hospital.’
‘Knapa mak hang ja?’
‘Owh, aku tak bagitahu hang ke? Dia da lama masuk wad. Hatinya ada masalah.’
‘Ya Allah, hang tak bagitahu pun ja. Saya doakan mak hang cepat sembuh. insyaAllah. Amin.’
1Julai2009
‘Salam. Kawan2ku, sama2lah kita sedekahkan al fatihah kepada ibu kawan baik kita Noor Hajar bt Din Kamar yang baru sahaja meninggal dunia. Al-Fatihah!’-Bella
‘Innalillahi wa inna ilaihi riji’uun. Daripadanya kita datang kepadanya jua kita kembali.’
Buat Hajar : Tabahkan hatimu. Perkhabaran ini semestinya merupakan satu perkhabaran yang tidak kau sangka. Begitu juga denganku. Beginilah hakikat hidup, tiada siapa yang boleh kekal hidup selamanya. Semua pasti akan kembali di sisiNya. Cuma, masanya sahaja kita tidak tahu. Cepat, atau lambat.
Hajar, tabahkan hatimu. Berdoalah selalu agar roh ibumu dicucuri rahmat sentiasa hendaknya. Dan, boleh jadi, kerana doamu seorang anak yang soleh, doamu yang ikhlas itulah yang akan mengiringi dan memberikan kebaikan buat ibumu di alam
Hajar, tabahkan hatimu. Langkah hidupmu dengan izin Allah masih lagi jauh. Masih banyak yang perlu ditempuh. Ini jualah hakikat hidup, kena sentiasa bersedia dengan sesuatu yang tidak pernah kita sangka dan duga.Tabahkan hatimu, ibumu pasti berbangga andai segulung ijazah berjaya kau raih. Selagi hayat masih dikandung badan, selagi roh masih menumpang jasad, selagi itulah, tabah, menempuh segala cabaran mendatang!
Maaf jua kupinta andai punya salah dan silap daripadaku atas tulisanku yang dhaif ini.
Gambattey JA!!! Aja2 fighting!
Sebaik kupulang, bermacam perkhabaran ku terima. Seolah2 Allah ingin memberikan peringatan dan petanda bahawa insan seterusnya dalam aturan musibah dan kematian itu adalah aku! Inilah suatu peringatan, inilah satu pengajaran! Dan, inilah satu kenyataan! Apa yang perlu kita lakukan? Bersedia dan terus bersedia!insya-Allah.
Wallahu’alam, wassalaam.
