Rabu, Julai 30, 2008

Hmm.. 8.30am-Quran Sunnah and Build Environment (QSBE)..
subjek yang paling aku minati.. Bro Spahic Omer as lecturer amat best-bagiku..segar, dan tak mengantuk..tapi, sejuknya boleh tahan(LT3).. Hari ni belajar tentang islam and environment.. Nothing much to say, tapi, aku suka untuk mengambil satu kata2 dari Sinan, (pious architect i guess..) "Architecture is the most difficult profession and the person who wants to practice it correctly must be, to begin with, PIOUS.."
Kata Bro Spahic, " No Islamic Architecture without Islam.." Betul tu.. kalau dilihat dari segi sejarah, sebenarnya bidang arkitek ni sendiri bermula dengan arkitek2 Islam.. Tiada lain, Allah memberikan ilham kepada manusia untuk menggunakan ilmu dengan sebaiknya.. Kata orang, susah nak relate kan arkitek dgn religous..Sape kate?? Apa salahnya kalau kita sendiri menjadi ustaz/ah arkitek.. Mesti lagi orang respek dan kagum kan..Ayuh..Naikkan martabat Islam melalui senibina..Insya-Allah..(macam mana ye??) Teringatlah pulak kisah sorang bro.. katanya masa dia hadiri majlis arkitek2 (majlis apa ye??x pasti.. under PAM rasenya..), boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang ingat tanggungjawab sebagai abid dan khalifah di bumi.. boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang berada di masjid dan musolla bila tiba masanya.. Tu bagusnya blajar QSBE.. at least kita tau caranya kita nak berkawan dengan alam sekitar dan tahu bagaimana caranya untuk kita menjadi khalifah dan juga arkitek di bumi..
Kata Bro Spahic lagi.. "Dealing with trees, animals and all kind of makhluk means that we are dealing with God's servants.." Bimakna, kita kena sentiasa gunakan mereka sebaiknya..jangan sakiti mereka, jangan melebihi had penggunaannya..Mereka juga ada hak di atas muka bumi ni.. emm... tapi kadang2, manusia selalu saja lupa..aku pun begitu kerana nama juga manusia... Tapi, selagi kita tahu.. try to avoid benda2 yang merosakkan..
Bro Spahic kata lagi.. " You are 1st, khalifah on earth, 2nd you are an architect.. No matter what, duty as khalifah must come first.." Insya-Allah, aku akan pegang kata2 tersebut.. harapnya semua kita pun begitu..Insya-Allah..
Kaed Fest punya tema, live it, be it.. buat semua Kaedian dan lain2 bidang juga..jangan lupa..live Islam, Be Muslim(thanx kak wani..hehe)..(Andai salah tolong betulkan..)
Sekadar coretan menjadi penutup entries bulan Julai.. =)
Wallahu'alam..

Isnin, Julai 28, 2008

Ku mencari jawapan.. mengapa hatiku tidak tenang..Mengapa hati tak tenang ye?? Mungkin kerana kepahitan dosa yang kutanggung sepanjang hari2 yang berlalu... Mungkin juga hati ini masih berbalut sifat mazmumah perosak kebahagiaan???

Sifat Mazmumah Merosakkan Kebahagiaan.

Antara sifat mazmumah yang boleh merosakkan kebahagiaan:

1) Pemarah- jika tidak dikawal, boleh mencetuskan permusuhan walaupun puncanya amatlah kecil.

2) Pendendam- Sentiasa dihantui rasa tidak puas hati, marah, benci dll.

3) Hasad dengki- amal ibadat yang dilakukan dengan hasad dengki adalah sia2.

4) Bakhil- sayangkan harta yang dimiliki yang pada hakikatnya haya bersifat sementara.

5) Tamak- tak berpuas hati dengan apa yang dimiliki

6) Tidak sabar- cepat melatah apabila menerima ujian dan dugaan

7) Ego- ibu segala sifat mazmumah.pantang dicabar.

8) Riak- Suka disanjung, dipuji dan suka menunjuk2.

9) Cinta dunia- ketahuilah, dunia bukanlah kekal abadi, semuanya adalah milik Allah yang bersifat pinjaman semata..

(daripada: Tundukkan Hati- Tuan Guru Nik Abd. Aziz & Annual Bakri Haron)