Isnin, Ogos 15, 2011

KAED @ TV Hijrah - Kampus Dunia

video

Tak sempat tonton TV Hijrah jam 5.30 ptg tadi. Tiba2 ramai yang post status di Facebook tentang Heritage Studies. Nasib baik 'somebody' upload rakaman ni di Youtube. Feel proud to be KAEDian. Alhamdulillah. =)

Tiba-tiba rindu untuk kembali ke Dhaka. Masih teringat bau van PakCik Anggur, driver setia bawa kami ke mana saja. =) Paling rindu kawan2 di sana, tapi paling-paling rindu nak shopping saree dan salwar kamez dan punjabi. Waah...sangat murah dan berkualiti. =) Aarong, Bashundra, dan Folk the best-est places for shopping. =) Still remember how we spent only 10 minutes for shopping memandangkan shopping complex di Bangladesh semua akan ditutup jam 8 malam. After site visit, kami bergegas ke Bashundara, dan semua berlari Amazing Race mencari barang untuk dibawa pulang ke Malaysia...sebab hanya itu peluang yang tinggal untuk kami beli souvenir... Miss that moment soOoo MUCH! Rasa sangat kelakar... Dan, rindu juga makanan2 di sana, rindu tiap2 hari melalui jalan GreenRoad yang sangat sibuk. Rindu juga kedai yang jual topup BanglaLink dan kedai runcit yang selalu kami beli air kotak jenama Acme. =) Sebenarnya yang terbitkan rasa rindu ni adalah gara2 rakaman di atas. =)

Hasil daripada semua ini-kesenangan, kesukaan, kesukaran dan kesusahan Heritage Studies, Alhamdulillah, inilah hasilnya- Kenangan yang akan dikenang selamanya. Rindu kawan2 satu team!

Ahad, Ogos 14, 2011

Kesempurnaan Saff Solat

Sekarang aku menjaga dua blog dalam satu masa, maka, mungkin, blog Setitik Dakwat akan sedikit sepi. jadi, akan banyakkan link pada Blog Nisa' memandangkan Kak Ammira yang uruskan bahagian 3N Nisa' telahpun berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. =) Maaf ya kawan-kawan! kesempatan menulisku berkurang. InsyaAllah, selepas Ramadhan semoga kembali aktif. =)

Read : Jangan Rongakkan Saff Kita

Nisa' Besut


Salam. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa di Besut ada Nisa'. Just to promote Nisa' Besut. For those who lives in Besut, come and join us! Lawat blog Nisa' Besut: http://nisabesut.blogspot.com/ =)

Sabtu, Ogos 13, 2011

Gift From A Friend

When your Hope Crashes Down
Shattering To The Ground
You , You Feel All Alone
When You Don't Know Which Way To Go
And There's No signs Leading You home
You're Not Alone


The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe In
When You Believe In
The Gift of A Friend

Demi Lovato - The Gift of a Friend

Thank You Muchos2 Munira Hamzah aka Moon for the sketch. =) Love it so MUCH! Arigatou ney!


Ahad, Ogos 07, 2011

Puisi Sayid Qutb

Pesan Terakhir - Sayid Qutb

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Rabu, Ogos 03, 2011

Healing

Hadirnya Ramadhan hati menjadi sayu. Terawikh pertama terasa sebak. Alhamdulillah Allah masih berikan kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun ini. Doaku semoga dapat melalui Ramadhan dengan penuh berkat, doaku yang lebih buat Che Cik, semoga Che Cik terus tabah menghadapi ujian besar yang menimpa dirinya. Teringat Che Cik pernah cakap, ‘Che Cik teringin nak jahit sendiri baju raya anak2. Tapi, dalam keadaan gini tak tahulah sempat ke tak...’ Terus datang rasa sayu tapi, ekspresi wajah di depan Che Cik harus dijaga takut2 dia terasa ‘down’. ‘Takpe Che Cik, nanti mok jahitkan... mok ambik dah ukuran Zulfa...’

***

Sebaik pulang bercuti di pulau, aku terus dihantar berkhidmat di HUSM Kubang Kerian untuk menjadi jururawat tak bertauliah. Aku sebenarnya bukan setakat elergi ubat2an, malah elergi hospital juga. Setiap kali aku demam atau tidak sihat, aku akan cuba sedaya upaya mengelakkan diri daripada menemui doktor. Tapi, hari itu aku terpaksa berdepan dengan darah, jarum, ubat, doktor dan sebagainya di hospital. Walaupun sekadar memerhati, itu sudah cukup mengerikan bagiku. Aku sendiri dah tak berdaya untuk melihat tangan Che Cik disumbat puluhan jarum sehingga bengkak2 tangannya. Kadang2 darah keluar tanpa henti. Memandangkan darah Che Cik sangat cair, kesan suntikan jarum akan jadi lambat kering dan darah akan keluar dengan banyaknya. Allahuakbar. Baru kutahu kenapa Allah tak pilih aku dalam bidang kedoktoran.

***

‘Che Cik harap sangat Ramadhan ni dapat balik rumah. Sehari dua pun jadi lah...’ Luah Che Cik padaku. Che Cik sangat kuat pada mataku. Masakan tidak, Che Cik jarang berlinangan air mata. Aku tahu, dia tahan bersungguh2 daripada air matanya tumpah. Kadang2 aku yang terlebih emosi. Tapi, depan Che Cik akan kutahan melainkan apabila aku berseorangan di mana2, akan kulepaskan kesedihanku. Sedih untuk banyak perkara sebenarnya lebih2 lagi apabila memikirkan anak2 Che Cik. Dah hampir dua bulan Che Cik tak melihat anak2nya lebih2 lagi Si Bongsu Azzalea, berusia setahun tujuh bulan.

IFTHAR PERTAMA

Terawikh pertamaku masih di Besut. Sebaik menjaga Che Cik di HUSM, aku berhajat untuk menyambut Ramadhan di rumah, tapi pagi tersebut, sekali lagi aku dihantar ke HUSM untuk menemani Che Cik memandangkan Ayah Cik terpaksa balik ke Kuantan menguruskan anak2nya yang bersembilan itu. Ifthar pertama di HUSM di sisi Che Cik, begitu juga ifthar kedua, terawikh juga terpaksa bersendiri di bilik solat pesakit. Hari ketiga Ramadhan barulah aku ifthar di rumah. Alhamdulillah Che Cik dibenarkan pulang tapi sekadar di Besut memandangkan esoknya Che Cik masih perlu menjalani suntikan ‘baja’ dan radioterapi.

PELAJARAN DI WAD

Walaupun sedikit bosan berada di wad pesakit, tapi, banyak perkara yang aku belajar di hospital. Sempat berkenalan dengan beberapa pesakit yang mengalami berbeza penyakit tapi kebanyakannya penghidap leukaemia. Ada auntie cina di sebelah katil Che Cik menghidap kanser saraf, Makcik Za penghidap kanser pankreas, dan ada dua, tiga makcik di katil berdekatan menghidap kanser tulang. Allahuakbar, betul2 menginsafkan apabila berada dekat dengan pesakit. Pinjamkan badan sihat kita untuk badan sakit orang lain. Sebenarnya kita juga meminjam badan sihat daripada Pencipta kita, jadi, kenapa kedekut untuk menggunakan tenaga dan ‘kelebihan diri’ untuk membantu yang kurang bernasib baik? Memang agak penat berada di hospital. Malam pasti kurang tidur disebabkan jururawat akan sentiasa datang kepada Che Cik untuk tambah ubat2an. Macam2 jenis ubat, berbotol2 jenis ubat sehingga kurasa tiada lagi bahagian tangan Che Cik yang tidak dicucuk jarum.

AMALAN DI HUSM

Setiap pagi di HUSM Kubang Kerian dimulakan dengan pembacaan doa, dan setiap kali waktu solat, azan akan diperdengarkan. Di setiap kepala katil pesakit dicatatkan doa penyembuh sakit dan peringatan solat walaupun ketika sakit. Disediakan juga botol semburan wudhu’ atau debu tayammum. Tak tahulah bagaimana aplikasi di hospital lain, tapi, begitulah yang kuperhatikan di HUSM Kubang Kerian. Alhamdulillah. Semoga begitu juga aplikasi di lain2 hospital dan klinik.

***

Rasanya, sekadar ini update daripadaku, sebenarnya ingin menulis lebih panjang, tapi, dua tiga hari ini jadual menjadi semakin padat. Pagi ini akan ke HUSM lagi menemani Chek Cik suntik ‘baja’. Teringat Che Cik kata, ‘ke Che Cik takde harapan dah? Sebab tu dia bagi Che Cik balik...’ Aku sentiasa hilang kata apabila Che Cik berfikifr begitu. Cuma Che Cik sentiasa berusaha menguatkan dirinya walaupun ketika disahkan penyakitnya mula merebak ke hati dan telahpun sampai ke peringkat terakhir. Che Cik kata, ‘Dah benda tu pilih kita, Allah uji kita, nak lari macam mana? Hadapi je la sehabis daya...’ Yang sedih juga apabila Kak Azah (jiran di katil hujung) juga dibenarkan pulang ke rumah tapi dengan satu berita yang menyedihkan. Selepas habis semua sesi kemoterapi, darah putih Kak Azah masih memenuhi tubuh sebanyak 80% yang mana doktor sendiri dah buntu untuk berikan rawatan jenis apa. Bermaksud walaupun dah ‘complete’ kemoterapi, belum dapat menjamin sel kanser akan mati semuanya. Semua kes rumit di hospital adalah try & error seperti hal Che Cik yang dahulu disahkan limfoma kemudian, myeloma (pre-leukemia), dan sekarang disahkan kanser pangkal rahim yang mana dikatakan telah mula menjangkiti hati dan limpa.

***

Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Kata Doktor Abu Dzaar, sekarang pergantungan hanya pada Allah. Hanya Allah yang mampu mengubati bukan ubat2an mahupun doktor.

***

Wallahu’alam.Wassalam.

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed

Healing : Sami Yusuf