Ahad, Ogos 07, 2011

Puisi Sayid Qutb

Pesan Terakhir - Sayid Qutb

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

3 ulasan:

a.j. berkata...

salam, mana muna dapat puisi ni?
terkesan dgn akhir bait puisi ni.

Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

syazwan safwan berkata...

Salam Ziarah

munadhia berkata...

ayub : wslm...puisi ni sy cari sebaik dengar ustaz hasrizal nyanyi masa Hari Hiburan Islam (HAI) Kelantan...masa forum indahnya hidayahMu. jadi panel Dr Maza, Wardina, Sham Kamikaze dan Ustz Hasrizal sndiri. =) Puisi ni ditulis atau diucapkan(x pasti) oleh syed qutb sebelum syahid di tali gantung...wallahu'alam. =)

syazwan safwan : terima kasih ats ziarah.