Sabtu, Julai 30, 2011

Perhentian dan Percutian

Berminggu lamanya tak menulis, bukan tiada cerita tapi sangat banyak cerita hingga tak tahu ingin mulakan dari mana. Ada dua kisah, mungkin 3...pertama, tentang kisah gembira, kedua, tentang kisah sedih, ketiga tentang kisah Ramadhan. Aku mulakan dengan kisah gembira.

***

11 Julai- 20 Julai 2011

Komiti import dari KAED =)

Sempena tamat pengajian di UIA (Alhamdulillah), aku dan teman2 sepakat untuk melibatkan diri sebagai komiti International Debating Championship (IDC) 2011. Kami (aku dan teman2 KAED) berkhidmat di bawah unit kebajikan tapi aku seorang sahaja di kalangan teman2 yang berada di bawah debat Bahasa Arab. Pada awalnya, tentang pengurusan program sangat banyak yang tidak memuaskan hati tapi aku tetap gembira dapat menjaga kebajikan adik2 SAM Hulu Langat yang terdiri daripada Anis, Zatil, Adliana, Aqlan dan Jazlan. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mungkin inilah program terakhir aku di UIA.

Untuk debat Bahasa Arab dimenangi oleh SMAP Labu dengan tajuk berkaitan kebaikan nuklear di Malaysia, debat Bahasa Melayu dimenangi oleh Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dengan tajuk berkaitan... (aku lupa)...dan Bahasa Inggeris dimenangi SMI Hidayah dengan tajuk berkaitan pilihanraya umum.

Dalam kesibukan menguruskan kebajikan adik2 semasa program, pada masa yang sama, aku cuba mengaturkan sesuatu untuk sahabat2ku. Mungkin juga menjadi sambutan sempena tamat belajar daripadaku buat sahabat2. Apakah??

***

Sudah lama rasanya aku merancang membawa sahabat2ku ke Besut Terengganu. Sejak mula mengenali sahabat2 lagi. Akhirnya, Alhamdulillah, perancanganku berjaya apabila sebaik tamat IDC, aku membawa pulang sahabat2 ku bersama. Terdiri daripada 10 orang semuanya; Nadia, Salihah, Hajar, Kak Salma, Kak Farah, Syibrah, Ain, Nabilah, Kak Najwa, dan Munirah. Semuanya kecuali Nabilah dan Syibrah bermalam di rumahku semalaman sebelum meneruskan program kami seterusnya iaitu berkhemah di Pulau Perhentian. =)

***

Mereka datang, saya gembira. =)

22 Julai 2011

Bermula aktiviti Survivor kami di Pulau Perhentian. Demi mengurangkan kos, bermacam2 cara telah diusahakan. Antaranya, kami membawa bekalan makanan sendiri yang satu tong banyaknya. Antara keperluan yang kami bawa adalah, bekalan makanan mentah, makanan segera, air sebagainya, 2 buah stove camping, 4 buah khemah yang memuatkan 6 orang setiap satu, Tikar, Polisterin Ais, Joran, goggle snorkel, life jacket, dan sebagainya. Juga dibawa bersama Nik Maisarah adikku sebagai pembantuku ;p, Ayah Ja bapa saudaraku sebagai pembantu kapten kapal, dan ayahku sebagai kapten kapal.

Barang2 atas badan Cik Siti Mala

Cik Siti Mala yang perkasa lagi banyak berjasa

Bot Siti Mala ayah bawa sebagai bot pengisi barang2, manakala kami bersepuluh (tak termasuk Nabilah aka Bella) menaiki bot pelancong yang berharga RM50 sekepala pergi balik setelah proses tawar menawar giat dilakukan. Aku dan sahabat2ku menaiki bot kira2 jam 9pagi dari jeti Kuala Besut, manakala ayah menaiki bot dari jeti Sungai Kampung Raja bersama adik dan bapa saudara sejam kemudian.

Sebaik tiba di Perhentian =)

Tiba di Taman Laut Pulau Perhentian Besar, aku disuruh ayah mencari seorang pengurus Taman Laut bernama Encik Sabri. Alhamdulillah urusan kami mudah. Kami dibenarkan menggunakan sepenuhnya kemudahan di Taman Laut tanpa sedikitpun bayaran. Kami guna dapur, bilik air, tapak perkhemahan, kayak, surau dan banyak lagi tanpa diminta bayaran. Malah, Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat, pak2 nelayan memberikan kami seplastik besar ikan dan sotong yang baru ditangkap bermaksud, kami tidak lagi bergantung pada joran yang dibawa. ;p

Pejabat Taman Laut Pulau Perhentian Besar

Sementara menunggu Bot Siti Mala tiba, kami ber’bosan’ di tepi pantai. Bermain2 manja di gigi air tidak berniat untuk basah lagi memandangkan semua barang ditampung oleh ‘Cik Siti Mala’ yang masih belum tiba. Kami kelaparan tapi ditahan2. Survey makanan di pulau, mahal mengalahkan negara2 barat maka kami ikat perut berlapar dahaga.

Tiba Cik Siti Mala, punggah semua barang, kami mula memasang khemah dan memasak untuk tengahhari. Walaupun nama berkhemah, tapi, perkhemahan kali ini mungkin bertaraf 4 atau 5 bintang. Manakan tidak, semuanya serba lengkap. ‘Bila ada ayah, semua benda jadi mudah. Apa yang penting? KERJASAMA ;p’ Cuma, di hari pertama kami ditawarkan menggunakan dapur oleh Encik Sabri, tapi, kami tolak (jual mahal) memandangkan ingin bersantai diluar khemah sahaja. Tidak pula terfikir badai akan melanda di malam hari.

***

Setelah siap memasang khemah2, masak2, makan2 dan solat2 (ayah dan ayah ja solat jumaat di Pulau Perhentian Kecil), kami bersiap untuk snorkel cubaan. Lesson pertama, tunjukkan cara memakai life jacket yang betul (walaupun pandai berenang, wajib pakai lifejacket juga! =)), Lesson kedua, pemakaian goggle snorkel dengan cara bernafas yang betul (diajar oleh cikgu tak bertauliah ini ;p) Bila dah semua boleh bernafas di dalam air, semuapun dilepaskan berdikari ke mana sahaja yang disukai. Untuk cubaan pertama, kami sekadar berada di Taman Laut. Di Taman Laut, perairannya penuh dengan batu karang yang ditanam, dan di sini juga boleh lihat Nemo di celah2 rumah rumpainya. Di Taman Laut juga ada beberapa pelantar dan, kami berusaha berenang ke pelantar yang agak jauh dari tepi pantai. Dengan kuasa kaki itik, pe’renang’an akan menjadi lebih laju.;p

Sesi memasak =)

Lesen Jadi Budak Pulau : Latihan snorkelling dimulakan.=) Kuatkan pernafasan guna mulut ye kawan2~;p

Setelah masing2 berjaya sampai ke pelantar, kapten (ayah) memanggil kami untuk bergerak ke pulau2 lain. Maksudnya, cubaan telah lulus. Semua lepas untuk ke laut dalam. =) Emmm... aku terlupa kronologi, tapi, antara tempat yang dituju adalah Shark Point dan Kawasan Air Berani (spot wajib bila ke Perhentian). Cik Siti Mala bergerak sangat perlahan untuk menampung kami bertiga belas (masih tidak termasuk Bella). Sepatutnya Cik Siti Mala hanya mampu menampung beban 8 orang. Tapi,...tak mengapalah sekali sekala kata ayah. ;p Haih! Maunya tenggelam Cik Mala.

Ayuh, ke Shark Point! =)

Fikir punya fikir, bagi mengurangkan beban, aku dan ayah ja mendayung kayak ke Shark Point. Allahuakbar, berzaman kami mendayung untuk sampai ke destinasi sampai tertidur2 di atas kayak (statement tipu). Akhirnya, kayak tersadai di tepi batu setelah masing2 penat mendayung. Aku kembali naik bot kepenatan dan kemabukan.

Terjun di Shark Point

Entah kali ke berapa aku terjun ke Shark Point dengan harapan bertemu dengan Yu, tapi, sekali lagi tiada rezeki. Yu tak juga muncul2 dari dulu hingga kini (ayah terlupa lubuk sebenarnya). Tapi, suka sangat coral di Shark Point, memandangkan ia merupakan laut dalam, maka banyak ikan2 besar yang berwarna warni berenang2 di hadapan mata. Terumbu Karangnya besar2, cuma kadang2 akan termasuk di kawasan lubuk2 gelap yang menakutkan. Kadang2 terfikir kalau yu tak muncul macam mana kalau tiba2 jerung yang muncul?! Naudzubillah, bila fikir begitu aku cepat2 naikkan kepala ke permukaan air tak mahu lihat kegelapan yang mengerikan. Apapun, Subhanallah, ciptaan Allah memang cantik yang terlindung daripada mata kita. Kebesaran Allah itu tak kira di darat atau di laut pasti mengagumkan mata yang melihat. =) Sangat cantik kerajaan laut. =)

***

Puas snorkel di Lubuk Ikan Yu, kami ke tempat Air Berani-tempat yang paling aku gemari. Kenapa dipanggil Air Berani?...sebab di situ ada air bukit yang berani mencecah air laut bergaram =) Air laut di sekitar air berani juga sangat aku suka. Birunya sangat berbeza, bukan biru sebenarnya...ia hijau kristal jernihnya lebih jernih daripada jernih di Taman Laut. Memang destinasi terakhir selepas puas ber’snorkel’ di air laut masin, ayah akan bawa ke Air Berani untuk meneutralkan balik kemasinan air laut. Air Berani turun dari bukit sangat jernih dan nyaman dan selalunya di situ kurang orang...Cuma, pada hari kami ke situ, kurang bernasib baik...ter’ramai’ orang pulak.haih!

***

Petang hampir jam 6 kami tiba di tapak perkhemahan. Agak lewat disebabkan berbagai dugaan datang sepanjang perjalanan pulang ke Taman Laut. Usai solat asar, teman2ku mula menyediakan makan malam, manakala aku dan ayah bergerak menaiki bot untuk mengambil seorang lagi peserta perkhemahan iaitu Nabilah (Bella) yang sedang bercuti dengan keluarganya di Perhentian Island Resort. ;p Dengan ‘pengambilan’ ahli itu, maka cukuplah kami bersebelas. =)

Malam-angin kencang, khemah basah, masing2 lintang pukang menyelamatkan barang2 dapur dan sebagainya ke tempat berteduh. Akhirnya, malam tersebut, teman2ku bermalam di surau Taman Laut. Aku, Sarah dan Syibrah masih tetap pendirian untuk tidur dalam khemah. =) Orang kata, baru betul survivor. ;p Ayah pernah cerita, pernah masa ayah jadi trainer Rakan Muda, tidur dalam khemah yang basah lencun. Jadi aku sahut cabaran, tidur dalam khemah yang berkelembapan tinggi hingga esoknya aku jatuh selsema.

***

23 Julai 2011

Pagi yang indah, bangkit solat subuh. Pagi masih basah berembun, khemah lembap, terasa berat untuk mulakan aktiviti. Penat semalam masih terasa tapi, 3 hari di pulau harus dimanfaatkan. Aktiviti pagi kami adalah memberi ikan makan. Aku dan beberapa teman terus turun ke jeti memberi ikan makan. Sebenarnya kami sekadar memberikan sisa nasi goreng semalam berserta roti bakar hangus. Maaf ikan2, hanya itu yang mampu kami berikan. Tapi, ikan belang2 dan ikan bawal masih berebut2 sisa makanan tu, seronok pula melihat ‘telatah’ ikan2 berebut2 mendapatkan makanan sehingga Che Nadiah Salihah dengan suka sukinya mempermainkan ikan2 tersebut. Fening dibuatnya~ Leha2~ (geleng kepala)

Bagi makan ikan versi dalam air

Pagi seperti biasa kami menyediakan sarapan, makan2 dan ada yang mula terjun ke laut, ada juga mula berkayak tak kurang juga ada yang termenung di atas jeti, ada yan masih terhuyung haying kemabukan seperti Cik Nadiah Salihah. Aku lebih gemar snorkel dan beri makan ikan di dalam air. Lebih seronok berkawan dengan ikan2 dari dekat. =) Ada ikan2 sampai mengetuk2 goggle snorkel untuk berkawan. ;p Ada juga ikan2 dengan garang menggigit jari- dapat buat fish spa secara percuma.;p

Ikan yang baru bangun tidur dilihat dari jeti

Selepas beri makan ikan, giliran kawan2 pula makan ikan dalam air. ;p

Hari kedua, seperti hari pertama, apabila sedikit petang, kapten memanggil kami naik bot untuk ke pulau berdekatan. Minyak Siti Mala hampir kehabisan, tapi, ayah masih bersemangat untuk membawa kami snorkel di pulau berdekatan. Destinasi seterusnya adalah Pulau Rawa. Tapi, di tengah perjalanan, kami berhenti di Pulau Tiga Ruang, kawasan yang banyak bertanda tempat penyu bertelur. Pulau Rawa masih jauh, jadi, di sinilah destinasi kami untuk snorkel. Di Pulau Tiga Ruang hanya kelihatan sepasangan ‘Mat Salih’ duduk bersembang di satu sudut bot jati tersadai . Tika itu kami masih di tengah laut. Gelombang petang yang agak besar, kami jadi pening dan mabuk laut. Manakan tidak bot terhuyung hayang sangat melampau. Di sinilah bermula pengalaman paling seronok bagiku. =)

Nad Leha yang sentiasa mabuk laut.haih, turun bot je, dia akan cari tempat untuk tidur.

***

Memandangkan laut bergelora sangat kuat, aku memberi cadangan agar ayah berhenti di tepi pantai Pulau Tiga Ruang. Tanpa lengah, ayah memasang enjin dan cuba untuk berhenti di daratan Pulau Tiga Ruang, tapi, tiba2 ombak besar datang dan kami di dalam bot berusaha terjun kecemasan ke luar bot. Makanan yang dibawa habis ditelan laut masin. Ombak besar tanpa henti memukul bot dan air masin mula memenuhi bot. Cemas! Untuk mengelakkan bot karam, kami berusaha menolak Cik Siti Mala ke tengah laut. Masa itu aku tak lagi memikirkan bahaya diri sendiri. Yang aku fikir, bagaimana mahu pulang kalau bot karam? Naudzubillah~

Melawan arus ombak yang kuat dan agak besar- itu pertama kalinya aku betul2 rasa berada di tengah laut yang berombak besar. Ayah mengarahkan kami segera ke tepi pantai. Ada yang rasa lemah, tapi, ‘kuatkan semangat! fikirkan andai kita di tengah laut terpaksa cari jalan untuk hidup.’ Dengan kudrat yang ada, kami berenang menuju ke tepi pantai tapi, arus ombak sangat kuat menyebabkan aku sendiri jadi lemah, membuatkan akhirnya aku tersadai di tepi pantai tanpa daya. Yang mabuk laut awal2 lagi sudah terbaring di atas pasir. Kemudian, setelah suasana agak tenang, kami bergerak, berteduh di bawah pohon rendang sambil memerhati kapten dan pembantu kapten berusaha mengeluarkan air dari bot. Enjin- tak dapat dihidupkan!

***

Seterusnya... seterusnya, aku penat bercerita panjang. Alhamdulillah, kami pulang dengan selamat dan sempat singgah di Perhentian Kecil untu makan goreng pisang, bubur jagung dan air nyiur. Waah lega. Alhamdulillah. =)

Kayak yang kami ambil sesuka hati di Taman Laut ;p

sangat suka gambar ni. =) inilah Munirah Hamzah

Last but not least, apa yang pasti, inilah kesudahan sebagai pelaar KAED yang ingin aku cipta. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk kami berkumpul sebelum masing2 membawa haluan sendiri. Dan sebenarnya, sekadar ingin buktikan, semua perkara tak mustahil untuk dikecapi andai kita betul2 berusaha ke arahnya. Teringat kenangan Pulau Pangkor dengan ahli Studio 9 sewaktu dalam asasi. Kenangan itulah yang mencetuskan keinginanku untuk membawa teman2ku ke Pulau Perhentian. Dahulu ke Pangkor kami menghabiskan RM100 untuk tiga hari, jadi aku cuba untuk limitkan bajet ke Perhentian RM120 ke bawah. Alhamdulillah, hanya tambang bot yang kami bayar sebanyak RM50 dan selebihnya mungkin dihabiskan untuk tambang bas pergi dan balik (bagi teman2 yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur).

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kami sepakat mengumpulkan RM5 seorang untuk diberikan pada Encik Sabri atas kemurahan hatinya memberikan kami layanan yang sangat baik dan memberi pinjam kayak dan pejabat Taman Laut tanpa bayaran. =) Terima kasih Encik Sabri, jasamu dikenang!~ Terima kasih buat pembantu Encik Sabri (lupa namanya) yang bagi aku sebotol makanan ikan. =) Terima kasih juga kepada bapa saudaraku Saiful (Ayah Pu) yang memberi pinjam goggle snorkel dan life jacket milik pusat kokurikulum Besut (harap boleh bawak paintball ke Perhentian jugak lain kali =)). Dan yang paling tak terhingga terima kasih buat ayahku selaku kapten kapal yang sentiasa sabar melayan kerenah anak2 kapal yang nakal. Terima kasih juga buat Ayah Ja yang sudi menemani abangnya, kapten kapal. =) Terima kasih juga kepada pembantuku Cik Nik Maisarah yang sentiasa mengkecohkan keadaan. Minna, arigatou ney!;p

Seronok apabila dapat mencipta kenangan bersama teman2. Setinggi penghargaan kuucapkan buat semua teman2ku yang sudi bermusafir jauh untuk mencipta secebis kenangan. =) Harap ini yang terindah buat kalian!~

***

24 Julai 2011

Pulang dari Pulau Perhentian, misi berkhelah di Bukit Keluang sebelum semuanya pulang ke rumah masing2 malamnya. =)

Tempat parking bot di Sungai Kampung Raja. Cik Mala berehat kat sini la. =)

Bukit Keluang =)

Picnic sebaik balik dari pulau =)

Scale ayah kepada Gua Bukit Keluang

Cik Bella sedang menguji keberanian ;p

Laluan ke pantai seberang, antara dua batu dan gua. ;p

Alhamdulillah. =) Terima Kasih semua! Minna Arigatou once again! =)

p/s : Maafkan segala kekurangan trip kita, bagi yang tak suka adventure, tiba2 ter’adventure’, bagi yang mabuk laut, tiba2 terpaksa alami mabuk laut, bagi yang tak suka air masin, tiba2 bergelen2 air masin termasuk mulut, bagi yang takut air, tiba2 terpaksa redah omLinkbak besar ke bot. Maaf kathiran. ;p

Sampai sini cerita gembira. Wallahu’alam. Wassalam. =)

Cerita/Testimonial versi peserta kem Perhentian :

Cik Hajar : All Girl's Vacation

Cik Nadia : Air Masin yang Menyimpan Banyak Kenangan Manis

Cik Syibrah : Percutian Membuka Mata Hati Melihat Kebesaran Ilahi

Link

=) Allah yang mudahkan semuanya, Allah menjayakan rancangan kita. Alhamdulillah =) Terima kasih Allah, Terima Kasih kawan2~

Photos by : Ain Neollene

Khamis, Julai 14, 2011

Seni Bina Islam Jadi Kajian

Petikan : Berita Harian Online

SUMBER bahan pembelajaran tidak harus tertumpu kepada bahan ilmiah seperti buku, majalah atau internet semata-mata, sebaliknya sesuatu objek termasuk bangunan warisan atau lama juga mampu memberi seribu satu pengetahuan dan maklumat yang boleh dikongsi bersama.

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), subjek Pengajian Warisan yang ditawarkan menerusi program Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina, Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) bukan saja memberi peluang kepada pelajar mengenali serta mendalami keunikan dan keistimewaan bangunan lama, sebaliknya membawa mahasiswanya menjelajah ke pelusuk negara Islam di seluruh dunia.

Peluang itu menjadi sebahagian keperluan wajib bagi mahasiswa yang mengambil subjek berkenaan yang mensyaratkan mereka menganjurkan lawatan pembelajaran dan kerja lapangan di bangunan warisan atau lama berkonsepkan Islam sama ada di Malaysia, rantau nusantara mahupun luar negara.

Jika sebelum ini Syria, Mesir, Turki, India dan China menjadi lokasi mahasiswa, tahun ini sekumpulan mahasiswa program berkenaan menjelajah ke Dhaka, Bangladesh, Esfahan, Iran serta Surabaya, Indonesia.

Uniknya program itu, ia memberi peluang kepada mahasiswa mengungkap segala aspek seni bina bangunan terbabit, baik dari segi sejarah, kesenian reka bentuk, ciri Islam, struktur serta pemuliharaan.

Kesempatan bertemu dengan sekumpulan mahasiswa seni bina UIAM pada Pameran Warisan 2011 yang berlangsung di Galeri KAED, baru-baru ini menyingkap 1,001 pengalaman mahasiswa terbabit sepanjang berada di luar negara bagi memenuhi pengisian kurikulum subjek Pengajian Warisan.

Berkongsi pengalaman mengunjungi bandar lama di Dhaka, Bangladesh, Nurhafeeza Nordin mengakui pengisian subjek itu membolehkannya menceritakan kaedah seni bina yang digunakan pada zaman berkenaan selain teknologi yang dilaksanakan bagi menyiapkan pembinaan sebuah kubu lama dikenali Lalbagh Fort.

Katanya, keunikan kubu lama yang turut memuatkan dewan dan masjid itu diibaratkan sebagai buku yang mampu membekalkan banyak maklumat kepada mahasiswa sepertinya menjalankan kajian berkaitan bangunan terbabit.

“Subjek ini memerlukan kami mengkaji aspek seni bina, struktur dan ukiran kubu itu sebelum ia didokumenkan dalam satu bentuk laporan lengkap memuatkan maklumat berkaitan ukuran, model bangunan, pengkatalogan dan sejarah seni bina.

“Pada masa sama, peluang berada di negara orang turut memberi seribu satu pengalaman kepada kami untuk mengenali adat dan budaya unik masyarakat negara berkenaan yang penuh dengan maksud tersirat,” katanya.

Bagi Abdul Halim Hamid, Surabaya, Indonesia menjadi lokasi lawatan pembelajaran bersama 35 rakan lain dengan memfokuskan seni bina dua masjid terkenal di daerah itu iaitu Masjid Sunan Ampel dan Masjid Sunan Giri.

Katanya, kedua-dua masjid berkenaan sarat dengan seni bina bercirikan Islam yang digabungkan dengan ciri seni bina Belanda dan pembinaannya dikaitkan dengan sejarah wali Islam tersohor zaman lalu iaitu Wali Songo.

“Seni bina Masjid Sunan Ampel contohnya menggabungkan ciri Islam, Belanda dan Arab dengan setiap laluan masuknya dibina lima pintu gerbang dinamakan Gafura yang diambil daripada perkataan bahasa Arab, manakala nombor lima pula dikaitkan dengan simbolik lima rukun Islam.

“Bagi saya pengisian subjek ini cukup meluas dan sebagai mahasiswa, peluang mempelbagaikan sumber pembelajaran cukup bermanfaat dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran khususnya dalam bidang seni bina yang disifatkan cukup kompleks dan unik,” katanya.

Sementara itu, Esfahan dan Iran pula menjadi lokasi lawatan Nur Atiqah Mohd Nissfu yang mengkaji seni bina rumah Haghighi, sebuah rumah lama yang pernah didiami bangsawan Iran suatu ketika dulu.

Katanya, rumah terbabit kini dijadikan lokasi pusat penyelidikan Art University of Esfahan sekali gus membuktikan bangunan sedemikian mampu dijadikan monumen sejarah yang menjadi sumber ilmu kepada masyarakat seluruh dunia.

“Banyak pengajaran yang boleh diketahui dengan mengkaji bangunan lama termasuk kecekalan orang zaman dulu membina bangunan selain memerah idea dan keringat melakar seni bina terbaik.

“Rumah Haghighi ini sarat dengan ciri Islam termasuk dome, courtyard dan muqarnas iaitu satu dekorasi yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Apa yang saya peroleh cukup menyedar dan meningkatkan kesedaran serta penghargaan kepada warisan seni bina Islam dalam dunia Islam,” katanya.

Selasa, Julai 12, 2011

Catatan Seorang Peserta Cina

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

Sabtu, Julai 09, 2011

Bersih 2.0 (Petikan KosmoOnline & HarakahDaily)


Kosmo

KUALA LUMPUR – Demonstrasi haram jalanan oleh kumpulan pengacau di sekitar ibu negara hari ini boleh mencetuskan keadaan lebih buruk ekoran ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan pelbagai maklumat palsu menggunakan teknologi komunikasi moden.


Pihak tidak bertanggungjawab memuatkan maklumat palsu berkenaan pada laman web sosial popular termasuk ”Facebook (FB)” dan ”Twitter” serta dipautkan ke laman laman web tertentu.
Antara maklumat palsu yang disebarkan adalah dakwaan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata di sekitar kawasan Menara Kembar Petronas dan Suria KLCC pada pagi ini tetapi dinafikan segera oleh polis.


Wartawan yang bergegas ke tempat kejadian mendapati tiada kejadian seumpamanya dilaporkan di kawasan berkenaan.


Malah ada pihak cuba menyelitkan maklumat palsu kononnya ada berlaku kemalangan jiwa di kalangan peserta demonstrasi, tetapi maklumat itu kemudian segera dikeluarkan daripada “Facebook” penganjur perhimpunan haram. – Bernama


***


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.


Isteri beliau, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.


"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.


Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.


***

fikir2kan~

Jumaat, Julai 01, 2011

BSc Architecture - Fin

Rasa macam mimpi. Rasa seperti hanya semalaman, rupanya tiga tahun dahpun berlalu. Habis semuanya, what can I say, everything is 'The Best I Ever Had!'

Sedih nak melangkah keluar UIA, sedih untuk berpisah dengan semua sahabat dan teman2, sedih untuk meninggalkan KAED yang menyimpan seribu satu kenangan. dari tahun satu hingga tahun tiga, semuanya penuh dengan warna. dan pengakhirnya, amat memuaskan Alhamdulillah, mereka kata, 'you did a great job! keep it up SEBELAS!'

Tahniah SEBELAS dan terima kasih atas setiap kenangan yang kalian berikan. akan merindui semua ini insyaAllah especially all the best moment with all Studiomates, LANTERA and DHAKA. =)

Maafkan juga segala salah silapku sepanjang tiga tahun kita semua bersama.

Till meet again! Wassalam.