Jumaat, Mac 25, 2011

M.E.M.O.R.I




Suddenly, i remember~
rindu sekolah dan kawan2 sekolah.
sehingga hari ini, dua telah pergi-batch 05/06 KOPU.
tapi, memori takkan mati.insyaAllah.
Al fatihah buat keduanya.
Semoga ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan soleh.amin.

rindu kopu sangat2~

Ahad, Mac 13, 2011

Command : Bertahan!


7 days left
...sketchup hang. too heavy...
-rest because of stress-
~Allah bantulah~
~Allah, permudahkanlah~
~Allah, kuatkanlah~

Khamis, Mac 10, 2011

Allah di Mana?


Aku lihat pada tag namanya, tertulis Abdullah. Usianya lingkungan 40-an barangkali. Sebaik aku duduk, Encik Abdullah tanya, ‘kenapa awak ada Nik tapi ayah awak tak ada?’ Tidak terkejut dengan soalan begitu, sudah berkali2 aku ditanya. Aku sekadar menjawab, ‘Sebab emak saya Engku.’ Aku sendiri tidak pasti, kenapa emak Engku, anak jadi Nik? Tapi, setahu aku juga, nama Nik yang hanya terdapat pada namaku dan adik2 perempuanku adalah bersempena nama arwah nenekku Engku Nik.

‘Kenapa, tak boleh ke kalau emak Engku anak dapat Engku jugak?’ Tanya Encik Abdullah lagi sambil menaip sesuatu. Pandangan matanya fokus pada skrin komputer. ‘Hmmm…Tak tahu… sebab, kena ikut ayah kot…’ Kedengaran pula seorang lagi pegawai trafik menjawab daripada tempatnya, ‘Memang macam tu…kalau perempuan ada gelaran kahwin ngan laki biasa tak dapat la gelaran kat anaknya.’ Hmmm… mungkin betul. Tapi, ayah bukan orang biasa juga… Ayah luar biasa. ;p ayah boleh buat apa sahaja yang dia suka. Ayah boleh jadi ahli motivasi, ayah boleh memasak, ayah boleh menjahit (masih ingat topi berjahit ‘nadia’ dan beg sekolah yang dibuat sendiri masa aku masuk darjah satu =)), ayah boleh buat perabot sendiri (perabot 2nd hand dibeli, dengan tangan ayah sekelip mata kelihatan baru), ayah boleh baiki tv yang tak boleh dibaiki di kedai, ayah pasang pintu rumah sendiri…pokoknya, ayah memang superb. Tapi, emak juga mestilah triple superb sebab emak melahirkan kami2. =) Dan emak super duper best cooker (read:chef) di rumah, dan aku best eater. ;p Oops, maaf, terkeluar topik. ;p

***

‘Maaflah saya nak cakap. Saya tak suka pangkat2 ni… Jangan terasa ya…’ Encik Abdullah seperti tidak mahu berhenti berbual. Tadi aku juga yang menyekatnya daripada waktu rehatnya. ‘Eh, takpun… semua orang sama je…Cuma mungkin nak jaga keturunan, tu yang ada nama gelaran di hadapan.’ Aku masih ingat cerita ibu saudaraku, Kalau dahulu orang tua2 cukup pantang berkahwin dengan orang yang dikatakan tidak bergelaran atau ‘orang biasa’ atau seseorang itu akan dapat ‘tuloh’ (refer pada kamus kelantan). Tapi, sekarang semua itu seakan sudah tidak valid. Semuapun orang biasa, tidak kira raja, perdana menteri, berpangkat dato’ dan sebagainya kelak dalam talkin tidak lagi dipanggil dato’ dan gelaran2 lain. Di hadapan Allah, semua berpangkat hamba, kalaupun berpangkat, yang tertinggi adalah yang bertakwa. Wallahu’alam.

‘Nanti depan Allah, Dia tak tengok semua tu kan?’ Encik Abdullah menyambung. Aku mengangguk sambil memerhati beliau beralih pandangan dari skrin komputer ke kertas di atas meja, menulis sesuatu. Haih, panjang pulak bualnya. Beliau menghulurkan resit padaku dan kusambut dengan niat untuk bangkit daripada tempat dudukku.

‘Sebelum tu… pakcik nak tanya satu soalan.’ Hee~ rasanya dah banyak pakcik tanya soalan. ;p Aku tak jadi bangun. Terus melekat di kerusi.

‘Kita semua tahu kan Allah tu ada. Tapi, di mana Allah sekarang?’ Terkejut aku. Alamak, adakah sedang mengujiku?

‘Hmmm…di mana2?’ Aku jawab dalam tanda soal. Sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana. Di mana Allah? Tapi, Encik Abdullah tidak mahu menjawab apabila aku tanya apa jawapannya.

‘Lagi satu… Apa Allah buat sekarang?’

‘Hmmm… sedang melihat kita…’ Hmmm, what is the best answer? Tapi, soalan begini seperti pernah kudengar. Mungkin dalam kisah2 teladan atau mungkin pernah ditanya sebelum ini. Sekali lagi Encik Abdullah meninggalkan soalan tanpa jawapan.

‘Ni homework untuk awak ya… soalan2 ni ditanya oleh seorang orang tak beragama kepada seorang imam. Cuba teka siapa?’

‘Imam Abu Hanifah?’ Ok, serius aku pernah dengar kisahnya.

‘Yakin ke? Saya bagi klu. Soalan apa Allah buat sekarang…’ Encik Abdullah bangkit daripada tempat duduknya berjalan ke tempat duduk sebelah lalu tanya lagi… ‘Apa Allah buat ?’ Aku mengerutkan dahi. Tak dapat tangkap.

Melihatkan aku yang berkerut2 agaknya, lalu Encik Abdullah akhirnya menjawab, ‘dengan izin Allah juga saya dapat beralih dari tempat tadi ke sini. Allah gerakkan saya ke sini…Kisah Imam apa?’ Soal lagi.

‘Emmm…kisah Imam… ntah… tak tahu… tapi, macam pernah dengar.’ Pakcik meng’konfiuskan’ saya!

‘Macam ini, awak cari kisah ni… kalau dapat bagitahu saya. Takpun, kalau nak tahu nanti suruh ustaz tu cerita.’ Encik Abdullah menunjuk kearah seorang lagi pegawai trafik uia yang sedang membuka pintu pejabat. Aku memandang. Takkanlah aku kena datang sini semata2 untuk bagi jawapan melainkan sekali lagi ada urusan.

‘Takpun, kalau awak suka dengar tazkirah2 ni, datang je sini. Ustaz ni suka bercerita. Saya pun suka dengar cerita dia.’ Aku tersengih. Ada pulak gitu.

‘Pelik la pulak kalau saya datang sini semata2 nak dengar cerita…’ Bagitahuku.

‘Eh, takdelah pelik. Ilmu ni kat mana2 pun kita boleh tuntut. Di pondok guard ni pun boleh.’ Aku sengih lagi… Lama pula aku disini (guard house). Daripada kisah keturunan ke kisah imam masuk pula kisah pemimpin yang tidur atas pelepah tamar. Pemimpin yang zuhud. Cuba teka siapakah dia pemimpin yang zuhud itu? ;p

***

Balik bilik, terus aku menggoogle atau menggoggle. Dengan kemudahan yang ada… Senang saja nak cari jawapan kepada Encik Abdullah tadi. Dan….

***

Aku jumpa ini :

Perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Seorang Atheis

sumber : http://lifeoftahaptest.friendhood.net/t518-perdebatan-imam-abu-hanifah-dengan-seorang-atheis


Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan kafir dan sesat. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda.

Ceritanya begini: Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:

"Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat".

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:

"Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?"

Mereka menjawab: "Ada, beliau bernama Sheikh Hammad".

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:

"Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk".

Imam Abu Hanifah: "Apa yang Tuan Guru mimpikan?"

Sheikh Hammad: "Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya."

Sheikh Hammad: "Ta'birkanlah wahai Nu'man" (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: "Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya."

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:

"Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya."

Si Dahri: "Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Surah Al-Mujadalah (58) : 11

Si Dahri: "Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah."

Si Dahri pun mula bertanya: "Adakah Allah itu wujud?"

Imam Abu Hanifah: "Ya."

Si Dahri: "Di mana?"

Imam Abu Hanifah: "Allah tidak bertempat."

Si Dahri: "Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?"

Imam Abu Hanifah: "Dalilnya ada pada diri anda."

Si Dahri: "Mana dia?"

Imam Abu Hanifah: "Bukankah kamu mempunyai nyawa?"

Si Dahri: "Memang."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?"

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:

"Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?"

Si Dahri: "Ya."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?"

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: "Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini."

Si Dahri menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya."

Si Dahri: "Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?"

Imam Abu Hanifah: "Buktinya ada pada anggota badanmu."

Si Dahri: "Apa dia?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya."

Si Dahri: "Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan."

Imam Abu Hanifah: "Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya."

Si Dahri: "Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?"

Imam Abu Hanifah: "Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah."

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: "Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas."

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

***

Aku rasa macam nak menjerit, ‘Pakcik, saya dah jumpa!’ Daripada masuk topik gelaran sehingga sesi tazkirah. Terima kasih pakcik! =) Baru ingat siapa yang pernah menceritakan kisah ini kepadaku…Cikgu Matematikku dahulu! =) Tak kira polis trafik atau cikgu matematik, kalau dengan tegas menggenggam prinsip Islam, bagiku, merekalah yang terbaik! insyaAllah. =)

Dan esoknya, aku kena saman. Haih! Memang kena pergi trafik lagi bagi jawapan pada Encik Abdullah. ;p

***

Wallahualam.

Note : dicatat minggu lepas, baru sempat post hari ini. =) Alhamdulillah. Semoga ada manfaat. =)

Selasa, Mac 08, 2011

Command : Senyum Sokmo


progress yang lambat

Tak sempat update blog dengan sesuatu bertulisan panjang. maaf ya. 11 hari lagi. =) Selagi boleh senyum, senyum... Target untuk tidak merasa tekanan. insyaAllah. =) Terima Kasih Kata Semangat. =) Alhamdulillah.

Hentikan segala andaian buruk, pasakkan keyakinan bahawa aku boleh lakukan! insyaAllah.=) Allah, bantulah~

Seseorang kata : Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan pertolongan Allah dalam setiap urusannya.insyaAllah. =)

Wallahu'alam.

Isnin, Mac 07, 2011

Minum Kopi, Gali Pasir


Gambar ini adalah simbolik kepada pertama, tolong jangan tidur!
kedua, masa sedang berjalan. lelaki dalam jam pasir sedang menggali pasir yang sedang menurun iaitu dalam usaha memberhentikan pasir daripada terus turun atau secara mudah nya, 'andai sahaja masa boleh dihentikan'. tapi, ia takkan berlaku. dont dig, but, catch!

Ini (berphotoshop mudah dan berblog pendek) juga satu cara untuk menghilangkan rasa mengantuk atau mahu tidur. =) Buat apa yang kita suka dan kita takkan rasa bahawa kita sedang bekerja walau satu saatpun.Rasanya ini quote bahasa inggeris daripada seseorang, atau falsafah seseorang. Tak pasti, asalkan boleh digunakan secara baik. =)

Till now~
Wallahu'alam.
Wake Up! Wake Up!

=)



Ganbattey! ;p

Rabu, Mac 02, 2011

What if I have to REDO?



Bila aku cakap, ini adalah tulisan terakhir aku sebelum final submission, please don’t believe me! Kadang2, kita fikir ia akan jadi yang terakhir yang mana sebenarnya ianya tidak. Kita tak tahu, bila hati kita benar2 meronta untuk menulis. Dan, pagi yang berbahagia ini, I really want to write something~

Jam 3 pagi, aku masih mengadap butter paper A1 dengan contengan2 (read:lakaran2) yang menyerabutkan. Semua orang telah ‘transfer’ drawing dalam CAD, tapi, aku seakan ketinggalan dengan lukisan yang masih belum di’finalize’ dan masih secara manual. Hati risau lebih2 lagi apabila melihat jangka waktu ‘submission’ semakin pendek. Kenapa masa mesti cepat berlalu? Ia jam 3, dan sebenarnya sudah berada pada hari lain. Dan, lukisanku masih sama seperti sebelum jam 12 malam tadi. Kenapa perlu berfikir terlalu lama untuk sebuah ‘space planning’ yang memuaskan hati?

***

It’s 3 am when I received a message from a friend. Aku buka dan baca, tapi, aku kehilangan idea dan kata2 untuk membalas mesejnya. Itulah puncanya aku menulis hari ini. Kadang2 kita sendiri tak kuat untuk menghadapi cabaran hidup ini, tapi, kadang2 kita berlakon menjadi kuat supaya orang melihat kita sebagai seorang yang kuat. Kepada sahabat, bertahanlah, dan kita harus sama2 bertahan. Bukan kita tidak kuat, tapi, kita perlukan kekuatan yang kadang2 diperoleh daripada orang lain. Meminjam kekuatan orang lain, untuk terus kuat. insyaAllah. =) Aku juga sentiasa meminjam kekuatan orang lain untuk terus bertahan. =)

Teringat pada kenangan satu masa dahulu. Semasa di Pusat Asasi, ‘redo’ projek seolah2 sudah menjadi satu kewajipan bagi pelajar senibina. Dan, ramai antara kami yang berputus asa apabila menghadapi situsasi begini sehingga ramai juga antara kami yang menukar kos, lebih2 lagi studioku mencatat jumlah pengurangan ahli yang mendadak. Pada masa itu baru semua sedar apa itu ‘architecture’. Ia berkaitan redo, redo, dan redo. Tiada skema jawapan khusus untuk kos ini melainkan kalau anda dapat ‘menggoreng’ dengan baik, maka, you’ll get good result! insyaAllah. And, you never learn if you never asked to redo- walaupun ianya sangat sakit~

***

Kadang2 aku rasa seperti sudah mencapai limit aku tidak mampu bertahan. Tapi, setiap kali perasaan tersebut datang, cepat aku memotivasikan diri. Kalau masih ada 130+ ‘studiomate’ku yang masih boleh bertahan, maka, kenapa tidak aku? Hari ini aku menginap di bilik yang dihuni 2 lagi pelajar ‘architecture’ sebagaimana aku. Baru aku dapat lihat sejauh mana mereka berusaha, dan sejauh mana aku berusaha. Aku salah seorangnya yang sentiasa tiada di bilik dan apabila aku pulang di lewat malam, kedua2nya sedang memegang drawing pen dan mengadap butter paper. Khusyuk sehingga kadang2 kehadiranku sendiri tidak disedari.

Aku sedar, kedua2 teman bilikku akan tidur selepas jarum pendek jam menunjukkan angka 4, dan tidak kurang daripada itu sedangkan aku, setakat jam 3 dan aku akan rehat selepasnya. Aku tidak pernah mampu bertahan lama melainkan andai 2 hari lagi hari submission, jadi, selalunya, dua atau tiga hari berturut2 aku akan cuba untuk tidak tidur. Ada orang kata, kami sedang menzalimi diri sendiri, tapi, andai gagal, kami sedang menzalimi diri sebanyak dua kali ganda zalim.

***

Semua kos juga sama. Mungkin biasa apabila mendengar perkataan ‘redo!’. Semua kos juga susah dan ada kesusahan masing2. Hanya satu petua untuk bertahan yang aku dapat berikan, ‘YOU MUST NOT QUIT!’ jangan mengalah sebelum kita kalah. Apabila perlu ‘redo’, kita masih belum kalah, tapi, kita perlukan lebih usaha untuk sampai ke garisan penamat. Teringat satu sajak Bahasa Inggeris yang pernah kucatatkan di sini semester lepas (seingat aku);

Success is a failure turned inside out

The silver tint of the clouds of doubt,

And you never can tell how close you are,

It may be near when it seems so far,

So, stick to the fight when you’re hardest hit!

It’s when things worst that.

YOU MUST NOT QUIT!

Sakit untuk gagal, tapi, kegagalan bukan bermaksud kita tidak boleh berjaya. Kita tak pernah tahu ada hikmahnya di sebalik kegagalan pertama. Once you’ve failed, try not to make it twice! We never know how close we are to the golden crown. =) Kalau sekalipun, kita harus merangkak untuk sampai ke garisan penamat, cuba untuk terus bertahan. Jangan sesekali mengalah. insyaAllah, we may be succeed with another blow. =)

***

Kepada sahabat, aku tak tahu tulisan ini membantu ataupun tidak. Cuma, sama2lah kita cuba bertahan. Kita semua kuat sebenarnya, cuma kadang2 kita tak tahu sebanyak mana kekuatan yang kita ada untuk terus bertahan. jadi, uji kekuatan kita! Quote : ‘you never know how strong you are until to be strong is the only choice you have!’ Bertahanlah, dan kita akan dapati kita sebenarnya ‘amazing!’ ;p Kalau disuruh ‘redo’, (tak apa rasa down), jangan terlalu sedih (sedih kejap2 je tak apa ;p), bangkit, dan buktikan kita boleh buat yang lebih baik dan terbaik. insyaAllah.

***

Sekadar ini yang sempat ditulis. Semoga tulisan kali ini dapat membantu diriku sendiri dan sahabat untuk terus bertahan. insyaAllah. =)

Wallahu'alam.

p/s : nasihat buat diri yang menulis sendiri~

Selasa, Mac 01, 2011

18 Hari Penentu


-teringat sesuatu apabila melihat ini-=)

Tekanan. penuh tekanan. tapi, released sekejap when a friend said, 'nik, aku boleh ramal sifat dan warna sesuai dengan kau...' Aku tanya, 'warna apa?'

'Kau warna biru...' Masuk bab warna sebab teman studio ku mengambil skill kauseling yang mana menyebabkan kami ketawa... 'kau ambik kaunseling?!' kawan lain bertanya seakan tidak percaya...Lucu!

'Macam salah! Apa maksud warna biru?'


'Kau peacemaker!'
OK, maka, jawapan ini menyebabkan semua memandang ke arahku gara2 aku tersipu malu menutup muka dengan buku. Sebenarnya sedang menahan ketawa. Kemudian, yang lain turut ketawa. 'Jangan pandang aku macam tu! Kau bukan boleh percaya pun!' Tidak bersuara, wajahku bertutur...Ketawa lagi. Alhamdulillah, aku punya kawan yang masih boleh membuat aku ketawa dalam tegangan.

***

KAEDian adalah sesuatu berharga buatku. Apabila berada dalam tahun akhir (insyaAllah), baru terasa mereka sangat bermakna buatku. Mereka yang banyak membuat aku ketawa, membawa aku mengenal dunia luar. Memori Pangkor, Bagan Lalang, Bukit Tinggi, Taman Layang2, Sungai Pisang, Taman Mont Kiara kerana, ini semua, kami mengenali antara satu sama lain. Dan kerana ini semua, membuatkan aku rasa bertuah menjadi warga KAED walaupun, mungkin kelak, aku akan meninggalkan bidang ini. Tapi, cukup pengalaman dan memori mengajarku banyak perkara di sini. Alhamdulillah.

Sekadar nak tulis, mungkin selepas ini tidak sempat lagi untuk kucoret sebarang tulisan di sini, Kurang 18 hari lagi merupakan hari penentu samada benar ini tahun akhirku atau bukan. dan semestinya aku mengharapkan, inilah yang terakhir, tidak lagi berulang. 18 hari ini harus digunakan sepenuhnya samada sempat nakan atau tidak, samada sempat tidur atau tidak dan samada sempat mandi atau tidak. Semua itu bukan lagi perkara penting, yang penting, sempat menghantar projek akhir tepat pada masanya. Dan, aku sedang takut! Jangka masa yang sangat menakutkanku dengan tindanan tugas untuk menyiapkan report heritage studies dan tiga subjek lain. Sedikit celaru! tapi, aku peacemaker, so, I have to be cool. ;p

***

Menghitung hari. Cepat berlalu. Dan esok, sesuatu sedang menunggu. Hari yang penuh tanda tanya. Tiada jawapan. Melainkan hadapi hari esok. Dengan debaran.

***

'Izyan, I want to see your 3D model this friday!' Aku terus berkira2. Allah, sempat ke?

'InsyaAllah bro!'


'I hope you saying the 'real' insyaAllah. insyaAllah means insyaAllah to do it.'


'InsyaAllah, I really mean my insyaAllah, insyaAllah.'

Dan, insyaAllah aku akan dituntut. Semoga, sempat menyiapkannya!

***
InsyaAllah, boleh! =) 18hari penentu!(walaupun sayang UIA, tp, nak habis awal juga!insyaAllah) GAMBATTEY NEY! =)
Mohon doa semua ya. =) terima kasih. =)

A CREED TO LIVE BY
Life is not a race, but a journey to be savored
each step of the way.