Selasa, Ogos 30, 2016

Saat Kematian

Di luar jendela. Gelap. Awan sedang berarak membawa kandungan yang sungguh berat. Hitam pekat. Sekejap saja lagi mungkin, maka gugur lah kandungan itu sebagai hujan bagi menyejukkan bumi. Awan itu, mungkin awan yang sama baru tiba dari kepulauan melayu. Siapa tahu? Tetapi lebih besar kemungkinan yang gelap gelita itu adalah cebisan awan hasil tiupan taufan dari Tokyo sana. Kawan lab cakap, “typhoon is coming! Perhaps tonight.”  
.
Sungguh aku merindukan tanah air ku. Walau sekejap cuma aku berada jauh di tanah orang, namun tetap kurindukan dan tak pernah lekang sedetikpun ingatan ku pada tanah tumpah darahku itu. Semalam kira-kira jam 8 malam waktu Sapporo, aku menerima perkhabaran sedih. Tok saudaraku telah kembali ke rahmatullah. Antara tok saudara yang paling rapat dan banyak berkongsi cerita setiap kali berjumpa. Rapat kerana rumah hanya beberapa langkah. Terlalu dekat. Dan yang paling selalu Tok Pa Tanya aku, ‘Muna, bila nak ajar Tok Pa auto cad?’ Sering, soalan yang sama.  Padahal, aku tidak pernah master autocad. Terkial2 mahu mengingati segala shortcut. Apatah lagi sekarang. Mungkin langsung sudah kulupa semuanya. Ingin dibuka aja,mungkin gagal.
.
Yang terakhir ku temui arwah Tokpa adalah pada hari raya yang lepas, iaitu betul-betul sebelum berhijrah ke Hokkaido. Waktu itu sudah dirasakan sesuatu yang berbeza, kesihatannya sentiasa terjejas dan aku punya perasaan yang lain dalam hati namun kudiamkan. Al fatihah untuk Tokpa, dan tidak lupa untuk Tok Ayah yang genap setahun hari ini pemergiannya. Dan, sungguh aku bertuah sempat mengenali dua susuk tubuh yang penuh kata hikmat dan pengalaman ini. Walau mungkin tidak banyak kenangan bersama, namun yang secebis itu tetap kukenang sampai bila-bila. Untuk Tok Ayah, aku sentiasa ingat perwatakannya yang lembut, dan sentiasa ku ingat nyanyian lagu Negara Jepun yang tersimpan elok dalam kotak memorinya. Membesar dalam zaman penjajahan Jepun- pengalamannya jika beliau menulis pasti tidak cukup sebiji buku diterbitkan.
.
Al Fatihah untuk yang telah pergi. Juga yang sentiasa hadir kepadaku, yang sentiasa dikenang jua adalah, arwah Che Cik. Yang paling diingati kerana terlalu banyak juga waktu kami bersama. Sepanjang waktu Che Cik sakit, itulah waktu yang paling banyak aku bermuhasabah. Soal kematian dan kehidupan. Betapa kematian itu dekat dan betapa kehidupan ini sungguh sekejap. Setiap kali terjaga di lewat malam tika itu, perkara pertama akan aku lihat dan rasa adalah degup jantungnya. Semangatnya untuk terus hidup benar-benar memberi semangat kepadaku, dalam setiap perkara yang dilakukan, ‘jangan pernah putus asa!’ Merasai ada rentak dan irama degup jantung itu sungguh indah.
.
Juga degup jantungku hari ini, setiap hela nafasku pada hari ini, syukur padaNya yang masih memberikan ruang dan waktu untuk membetulkan dan memperbaiki hidup. Sungguh, Dia telah mencukupkan bagi aku semuanya. Rezeki yang tidak pernah putus dan sentiasa cukup.
Selagi diri ini hidup, harus lebih banyak belajar dan memperbaiki diri. Sebuah kematian- itu adalah satu peringatan yang benar-benar menyentap jiwa. Permainan emosi yang boleh jadi sangat dasyat. Sebuah peringatan yang paling terkesan dalam diri. Lihatlah sebuah kematian, saat itu kita akan rasa takut dan bimbang, bagaimana agaknya, akhir hayat kita nanti? Justeru, perbaiki diri. Semoga pengakhiran yang baik buat kita semua. Tidak kira di sudut bumi manapun kita berada. Amiin~
.
Dan, langit gelap terus gelap. Masih belum tanda mahu menggugurkan rahmatnya. Mungkin benar, ‘typhoon is coming- tonight!’ ~
.
Otsukare sama desu~
.
1655, 30 Ogos 2016,
Makmal Pengurusan Sisa Pepejal,
Fakulti Kejuruteraan,

Hokkaido Universiti, Hokkaido,
Jepun.

Selasa, Februari 17, 2015

Heroes


Alhamdulillah. Sekarang, saat ini dikurniakan dan dipinjamkan 3 hero untuk berada di sampingku. seorang bernama suami untuk memberi bakti dan dua anak lelaki untuk berbakti insyaAllah. Macam mana ya perasaannya? Alhamdulillah, rasa sangat sangat dan sangat bersyukur. Ada orang masih sedang tercari2 imam dan pendampingnya, ada yang sudah punya pendamping tetapi masih ternanti2kan cahaya mata dan hatinya, dan dalam pada ramai yang masih mencari dan ternanti, Allah mengurniakan kami pelbagai nikmat yang tidak terhitung. 

Penat untuk menguruskan 2 anak yang masih kecil. Dalam tempoh berpantang ini, penatnya kurang terasa memandangkan aku punya ramai pembantu di sini. mak, ayah dan adik bongsu ku banyak sangat membantu dan aku masih belum mula memandikan sendiri adik Nu'man. Walaupun sudah bergelar ibu dua anak, tapi, dalam tempoh sebulan ini mungkin aku masih belum berani memandikan anak kecil yang masih merah dan terlalu rapuh badannya. Aku lebih percaya untuk mak dan ayah saja yang memandikan adik.

Bagaimana dengan si abang? Abang Tholhah lebih banyak melakukan cubaan meraih perhatianku. Pantang mendengar suara adik merengek, Abang tholhah akan merengek lebih kuat lagi menyaingi dan menenggelamkan suara adiknya. dan pantang aku mengangkat adik ke riba, abang tholhah terlebih dahulu menghenyak punggungnya ke ribaku. Abang Tholhah tidak mahu lagi menyusu botol yang mana agak sangat mencabar bagiku. Lihat sahaja botol susu, abang Tholhah akan menepis2 dan menangis2. Nampaknya tidak penting lagi bagiku untuk menjadi agen Wildan. Sekarang masa untuk memberi perhatian kepada abang Tholhah...dan adiknya (hakikatnya sering abang yang terlebih diberi perhatian). 

Apapun, seronok sebenarnya memikirkan aku dan suami sudah punya 2 anak untuk diuruskan. Keletah si abang sangat banyak mencuit hati tetapi banyak juga yang menguji kesabaran ibu dan abi ini. Baru dua sudah sangat mencabar rasanya. Hero yang aku harus memberi bakti iaitu suamiku terpaksa banyak berkorban juga. Aku kadang2 (selalu sebenarnya) terpaksa mendahulukan dua hero cilik penyejuk hati kami ini. Kesian hero besar, sabar ya! ;) 

Ingin bercerita panjang sebenarnya. Niat asal ingin menceritakan tentang beza kelahiran pertama dan kedua...tapi, sangat panjang ceritanya, maka, lainkali lah jika punya kelapangan waktu. ;p. Sebelum heroes terjaga, ada lebih baik aku beradu dulu. Bila sudah terjaga, jawabnya, terpaksa juga aku bersengkang mata. 

Semoga Allah mudahkan semuanya. Semoga Allah mudahkan menjaga amanah ini. 

Sabtu, Februari 07, 2015

Aisy An Nu'man Bin Mohamad Kamarul Helmi


Anak ibu dan abi yang kedua namanya Aisy An Nu'man bin Mohamad Kamarul Helmi. Dilahirkan pada hari Sabtu, 31 Januari 2015, jam 2.31 petang. Sama seperti abang Tholhah, Nu'man tak sabar melihat dunia dan sebaik cukup 37 minggu Nu'man dah pecahkan kantungnya. Ibu sedang bersiap untuk ke usrah pagi tersebut, mujurlah Nu'man tak memberi petanda semasa ibu tengah memandu. Alhamdulillah, semuanya berlaku semasa masih di rumah dan dalam keadaan yang sangat tenang. Ibu tak rasa sakit, cuma air jernih yang mengalir memberi petanda Nu'man akan menjengah dunia pada hari tersebut. Ibu yakin sebab ibu rasa kelahiran Nu'man akan lebih mudah berbanding abang Tholhah. Alhamdulillah, mudah. sakit sekejap, seketika kemudian ibu mendengar tangis Nu'man.

Ibu telefon abi yang sedang beli sarapan supaya pulang ke rumah dengan segera. Ibu rasa macam tak panik, tapi sedikit gementar itu tetap ada memandangkan rasa sakit melahirkan abang Tholhah setahun yang lalu masih segar di ingatan. Sakitnya seperti...... tiada perkataan yang mampu mendefinisikan dan menggambarkan sakit tersebut. Sakitnya seperti...... hmmm sungguh, yang mengalaminya dan yang Memberi Sakit lebih tahu.

Eh, tiba-tiba, hari Sabtu, ibu abi punya dua anak lelaki. Subhanallah, betapa cepat masa berlalu. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. =)

Aisy An Nu'man, nama adik Nu'man diambil sempena nama sahabat Nabi SAW yang bernama An Nu'man bin Muqarrin. Memang niat ibu mahukan nama anak-anak semua diambil sempena nama orang2 yang dekat dengan Nabi SAW dan perjuangan Islam. Aisy bermaksud kemakmuran hidup atau mewah, tak tahu juga macam mana tiba2 nama Aisy dijadikan penyeri nama An Nu'man, tetapi seingat ibu, masa abi mengajar mengaji, abi selalu sebut nama anak muridnya Aisy, tiba2 ter'berkenan' dengan nama tersebut. Dan, oleh kerana abi mentaklifkan ibu untuk memberi nama anak lelaki, ibu letakkan nama Nu'man dengan nama penuhnya Aisy An Nu'man. Semoga ibu memberikan maksud yang baik terhadap nama Nu'man. Kemakmuran hidup Nu'man. Nu'man sendiri maksudnya nikmat jika mengikut 'google'. ;p Semoga Nu'man menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang agama Allah kelak. Amiin.

Khamis, Januari 29, 2015

Tholhah Al Fayyadh bin Mohamad Kamarul Helmi



Cerita tentang anak sulung ibu abi.

Dilahirkan pada 5 Januari 2015, 20 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor. Abi termenung di sisi ibu yang sangat kepenatan selepas melahirkan, di dalam bilik bersalin Hospital Selayang. Ibu nekad nak melahirkan Tholhah di kampung, nak anak ibu abi jadi orang Terengganu. Tetapi, sebaliknya percaturan Allah, selepas balik dari Giant membeli barang keperluan rumah, ibu sakit pinggang. Sakit yang amat (semasa di Giant dah terasa sakit tapi gagahkan juga berjalan). Jam 12 malam, sakit makin kerap dan ibu cuba untuk tak layankan sakit tersebut..Tapi, sakitnya pelik. Tak terfikir langsung Tholhah dah bersedia untuk melihat dunia lebih cepat daripada jangkaan. Ibu ajak abi ke hospital setelah sempat membaca blog ibu-ibu tentang sakit beranak. Mungkin yang ibu alami itulah namanya kontraksi. 

Dalam kereta, masih termenung, nak pergi hospital atau tak? Tapi, sakit (melampau lampau lampau) menyebabkan ibu stress dan memaksa abi bawa ibu ke hospital. Ok, skip...skip...skip... malas bercerita panjang. Cuma tepat jam 3.25pagi, Tholhah lahir ke bumi dengan mata terbuka luas. Sampai Subuh pun Tholhah tak mahu pejam mata. Mata Tholhah bulat pandang ibu. Kurang menangis, Alhamdulillah sejak lahir Tholhah sangat mudah diuruskan.

Tholhah al Fayyadh nama diberi setelah terbaca nama tersebut dalam lembaran kitab Biografi Nabi Muhammad SAW. Tholhah adalah nama sahabat nabi (Tholhah Ubaidillah) yang menjadi benteng pertahanan nabi dalam peperangan Uhud. Fayyadh merupakan gelaran diberikan untuk Tholhah oleh Nabi SAW kerana sifat pemurahnya. Maka, Ibu dan Abi bersetuju memberikan nama buat anakanda sulung kami dengan nama Tholhah Al Fayyadh. 

Tholhah yang soleh, Tholhah yang kami harapkan menjadi seorang yang hafaz al Quran, yang akan memberi syafaat kepada ibu abi kelak. insyaAllah amiin. Tholhah ini hari ini telah genap setahun dan sungguh cepat masa itu berlalu sejak Tholhah pertama kali melihat dunia ini 5 Januari tahun lalu. 

Tapi, Tholhah tahu? Dua tiga menjak ini Tholhah selalu demam dan kurang sihat. Tholhah tahu? Tholhah banyak menganggu tidur ibu abi dan banyak meresahkan ibu abi saban malam. Sering bimbangkan kesihatan Tholhah yang sering demam. Tholhah sedang menguji kesabaran ibu abi..dan, sebenarnya Tholhah menyebabkan ibu terfikir, pasti lebih susah nenda Tholhah membesarkan ibu dan adik beradik dulu-dulu, dan pasti susah juga Tok Umi Tholhah membesarkan abi dan adik beradiknya dahulu. Tholhah tetap menjadi penyejuk hati ibu abi walaupun susah manapun ibu abi perlu menjaga Tholhah, amanah daripada Allah. 

Tholhah setahun, dan masih belum mengerti. Tholhah yang setahun ini tidak lama lagi harus membiasakan diri untuk berbagi perhatian ibu abi. insyaAllah, semoga Tholhah dan adik-adik Tholhah kelak akan menjadi sahabat karib yang saling memerlukan antara satu sama lain. Dan semoga ibu abi dapat menjaga Tholhah dan adik-adik dengan sebaiknya.

Terima Kasih Allah atas kurniaanMu. Berikan kami kesabaran dalam mendidik dan mengasuh anak-anak syurga amanah daripadaMu ini sebaiknya. *sob sob*  

Rabu, Januari 28, 2015

Gambattey!


Bismillahirrahmanirrahim

Tak pernah merancang untuk 'pergi' sejauh ini. Dulu semasa masih bersekolah rendah, cita2ku yang tercatat pada buku adalah ingin menjadi seorang doktor. Tapi, sebaliknya setelah masuk ke sekolah menengah, tiba-tiba cita-citaku bertukar 360 darjah iaitu ingin menjadi seorang arkitek. Kononnya ingin selari dengan hobiku yang suka melukis padahal kebolehanku yang sukses hanyalah melukis seketul orang lidi. Sebaik bertukar cita-cita, aku terus melupakan Biologi sebagai subjek kegemaranku, bertukar fokus ke Pendidikan Seni Visual (kononnya untuk melayakkan diri menjadi seorang arkitek).

2007- Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya, Asasi Senibina
2008- UIAM Gombak, Bachelor of Science Architectural Studies (Part I)
2011- UIAM Gombak, Master of Urban and Regional Planning
2014- UIAM Gombak, Doctor of Philosophy (Halal Industry)

Kalau melihat pada kronologi dari tahun 2007 hingga 2014, kelihatan jelas aku sentiasa bertukar arah. Ibarat lalang bergerak melambai mengikut arah angin, bertiup ke kiri sang angin, ke kiri sang lalang melambai, begitu juga sebaliknya. Aku mengikut arus, hanya mengambil dan mencekup peluang tawaran yang diberikan.

Menjadi arkitek itu penat, pulang rumah lewat malam, bersengkang mata menyiapkan projek. Pernah merasainya, maka, aku berfikir panjang semula dan cuba untuk re'plan' hidupku. Memikirkan aku seorang perempuan dan insyaAllah akan berkahwin dan insyaAllah akan mempunyai anak-anak, aku tidak tegar menjadi seorang arkitek. Aku bercita-cita untuk pulang rumah lebih awal berbanding suamiku kelak. Tapi, aku tidak mahu 'lari' jauh. Maka, pilihanku tika itu adalah untuk menyambung pelajaran dalam bidang sedikit berbeza tetapi lebih kurang sama. Maka, aku terjun ke Perancang Bandar. Seronok belajar dalam bidang ini memandangkan ia melibatkan skop yang lebih besar. sedangkan menjadi seorang arkitek perlu melihat kepada skop yang sangat halus dan 'detail'. Dan, satu kelebihan menjadi seorang Perancang Bandar adalah dapat bekerjasama dengan pelbagai jenis manusia. Owh, maksudku, Perancang Bandar akan sentiasa bekerja dalam kumpulan, ia mengurangkan 'stress' aku untuk berfikir secara individu (tapi, sentiasa ada pro dan kontra nya). 

Setelah mendapat segenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Perancang Bandar, aku masih tidak tahu hala tujuku. So, what's next? Oh ya, semasa dalam pecutan terakhir menghabiskan Master inilah aku direzekikan mengandungkan Tholhah Al Fayyadh. dan, kerana memikirkan aku akan punya anak kecil, aku tidak pernah terfikir untuk bekerja dahulu. So, What's next? jadi surirumah yang berjaya punya Master? Yes, why not? Kalau ikut rasa hati, aku ingin menjaga Tholhah di depan mataku, ingin membesarkannya menggunakan tanganku sendiri. Biar yang melihat setiap perkembangan Tholhah yang pertama itu adalah aku. Tapi, hanya beberapa bulan bertahan. Tholhah belum cukup setahun, secara tak sengaja aku menerima tawaran 'lecturer'ku untuk menjadi pembantu penyelidik. Pembantu Penyelidik kedengarannya seperti 'flexible', dan ya, memang masanya fleksibel, tapi, ia masih menuntut komitmenku untuk sentiasa ada ketika diperlukan. Jadi, berada di UIA, membuat kerja di UIA adalah perlu, juga memandangkan perjanjian di dalam kontrak meletakkan syarat untuk bekerja sebagaimana 'office hour'. Maka, Tholhah terpaksa ku tinggalkan pada bukan tanganku. =(

Dan, tanpa ingin bercerita panjang, kerana menjadi seorang Pembantu Penyelidik inilah yang menggerakkan aku untuk mengisi borang sambung belajar lagi. Tak sengaja dan tak merancang untuk pergi sejauh ini. Tapi, kerana dorongan suami dan keluarga, aku kuatkan hati untuk terus melangkah lagi ke 'Garden of Knowledge and Virtue (UIA)'. Macam bosan, dulu, kini dan selamanya UIA, tapi hakikatnya, UIA inilah yang banyak berjasa menyumbang seribu satu memori dalam diari hidupku. Maka, sampai masanya mungkin, aku pula yang perlu memberi khidmat di taman budi ini. =)

Dan, dalam melangkah mendaftar untuk PhD, Allah rezekikan aku untuk membawa bersama adik Tholhah insyaAllah. Counting days, insyaAllah semester pertama ini akan dihabiskan dalam keadaan berpantang dan sangat berharap Allah bagi kekuatan dan kelapangan waktu untuk aku terus memberi komitmen dan 'progress' dalam kertas penyelidikan ku ini. insyaAllah, semuanya mungkin dengan izin Allah.  

'Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup kami, permudahkanlah semua urusan kami.'

Semoga semuanya selamat. biiznillah.

*Tak merancang untuk menulis, tapi, tiba2 tangan tertaip nama blog yang dah lama ditinggalkan sepi. Mengambil semangat kawanku Do-Nad untuk berblog kembali*

MUNA, GAMBATTEY!

Ahad, September 28, 2014

Terasa Seperti

Terasa seperti...
Ingin mula menulis lagi.
Untuk kepuasan hati.

Semoga ada kelapangan waktu. insyaAllah.

Selasa, Januari 21, 2014

Penyejuk Mata



 Tholhah, abi dan aki =)

Tholhah Al Fayyadh Bin Mohamad Kamarul Helmi
5 Januari 2014
3.23 pagi
Hospital Selayang

Alhamdulillah, semoga permata hati ibu dan abi membesar dengan sihat. =D Semoga menjadi pejuang agama Allah kelak, meneladani Tholhah Ubaidillah, sahabat Nabi SAW yang setia. amiin~

Khamis, Januari 03, 2013

Exam~



Esok exam theory. 

Dua kertas sebelumnya, tak merasa dapat menjawabnya, tak tahu akan lulus atau tidak tapi, pertama kali terasa sangat blank, blurdalam dewan peperiksaan. Otak - switch off. Kenapa tak dapat jawab? Pertama, semestinya sebab tak cukup ulang kaji a.k.a SBSA- Sindrom Belajar Saat Akhir. Dan faktor kedua yang sangat menyentuh hatiku adalah kerana kedekut dengan Tuhan. Hari ini passed through ayat Quran surah Ar-Ruum. Entah kenapa, sebaik mula membaca Bismillah, hati terusik, dan setelah sekian lama mata tidak basah, hari ni laju pula ia mengalir. Terasa sangat selama ini diri semakin jauh daripada Sang Pencipta. 

Dihadiahkan satu nikmat besar dalam hidup kadang2 akan membuatkan kita lupa untuk bersyukur. Bersyukur dalam erti kata bukan cukup dengan sekadar melafaz tahmid tapi seharusnya lebih daripada itu lagi.

 Ayat2 dalam surah ar-Ruum yang kebetulan aku lewati adalah berkaitan tanda kebesaran Allah yang Allah tunjukkan melalui penciptaan pasangan, kemudian diikuti tanda kebesaran yang Allah tunjukkan melalui penciptaan langit dan bumi, diikuti tanda kebesaranNya yang terlihat pada nikmat tidur kita pada malam hari dan siang hari yang diperuntukkan untuk berusaha mencari kurniaNya, ayat seterusnya menyebut soal rezeki dan Subhanallah bahasa indah al Quran, kalam indah dari Tuhan apabila menjadikan sesuatu bukti itu dalam bentuk perumpamaan. 

Dan, saat ini, Allah turunkan hujan, saat kebetulan aku sedang menelaah ayat 24 surah ar-Ruum, tentang hujan. Allahuakbar. Terasa kerdil diri ini saat Allah mencampakkan rasa hati yang ingin kembali kepadaNya.

Inilah yang aku katakan sebelumnya, faktor aku tidak dapat menjawab soalan2 nukilan manusia adalah kerana, aku terlalu kedekut dengan Allah Pencipta jantung dan nadi yang masih belum berhenti berdenyut ini. Kedekut untuk memperuntukkan sedikit masa mentadabur dan menelaah segala bukti kekuasaanNya, kedekut untuk menyambut seruan menolong agamaNya, dan kedekut untuk memperuntukkan masa untuk memuji memujaNya. Hamba yang kedekut inilah yang telah hilang punca di meja tulis dewan ujian kelmarin.      

Allah, bantulah, peliharalah~
Semoga lekas kembali ke sisiNya saat mula jauh~

Gambattey ney Muna! =D You Can Do It!

Rabu, Disember 19, 2012

Married~

Entri sekadar nak update status. Alhamdulillah, dah sebulan lebih kami bergelar suami isteri, dan still lot more to learn-lotlotmore. Especially masak things. Dan, thanx to Radhi yang hadiahkan buku masakan. =) I'll cook my best insyaAllah. =D Terima kasih juga pada sahabat2 yang banyak membantu dan sudi merantau jauh ke negeri Besut. Special thanx to Nadia Nasir, Yang, Fatin Liana, Mardhiah dan Jedot yang banyak membantu untuk preparation perkahwinan. Sayang korang! dan special thanx juga ditujukan buat keluarga Mastura, Farah dan Rasheeda yang juga datang dari KL semata2 nak meraikan majlis kami ini. Thanx girls. Dan tak lupa kepada semua sanak saudara, sahabat handai, dan semua yang hadir dan tidak putus mendoakan kami. =) Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah 'ala kulli hal. =')

Thank you Allah for this ni'mah~ =')

Oh ya, thanx nad atas tulisan ni inicheritasaya. Terharu sangat~ 

Doakan kami~ insyaAllah. =)

Sabtu, November 03, 2012

Jemputan Majlis Perkahwinan





Bismillahirrahmanirrahim
Menjemput semua sahabat handai dan kenalan blog untuk menghadiri majlis perkahwinan saya seperti yang di atas. =)
 Semoga dengan kehadiran kalian bertambah kemeriahan dan keberkatan majlis kami nanti insyaAllah.

Mohon yang terbaik, semoga Allah redha dan semoga Allah mudahkan urusan kita semua insyaAllah amiin~

-Alhamdulillah-


Jumaat, Oktober 26, 2012

The Killer



She was in stage 4 when detected- servical cancer
She is in stage 1 when detected- ovarian cancer
 
Allah, sembuhkan dia, lindungi kami~

Rabu, Oktober 24, 2012

Musafir Masa



Gian sangat nak menulis tapi... selalu ada halangan. Lebih2 lagi halangan berbentuk masa. Masa bergerak pantas, sehari itu dirasakan sesaat berlalu, sekerdip kelopak mata ibarat telah bertahun beradu di atas katil usang(sleeping beauty). Pantas, sangat pantas sehingga tidak sedar hari ini aku sudah berada dalam pertengahan semesterku sebagai pelajar Master in Urban & Regional Planning (Perancang Bandar). Hati meronta2 untuk menulis, tapi, kekangan masa lebih kuat menghentikan hasrat hatiku. Kecaman demi kecaman daripada kerja sekolah yang bertimbun menyebabkan aku melupakan sebentar semua kisah yang ingin aku nukilkan. Hanya puisi2 sepi bermonolog dalam diri. Aku yang bertanya, dan aku jugalah yang menjawab- hanya dalam diri - monolog sepi.

Banyak perkara yang akan berubah dan berlaku sesaat lagi. Siapa tahu sesaat lagi ombak memukul pantai menyebabkan Republik Besut ini semakin mengecil? Siapa tahu Sesaat lagi pulau2 kecil hilang daripada bumi akibat air pasang mendadak kerana tengkujuh? Siapa tahu, sesaat lagi bumi jadi gersang akibat pembalakan yang berleluasa? Siapa tahu sesaat lagi manusia berbondong2 maut ditimpa bencana bumi? Siapa tahu sesaat lagi kita semakin dewasa dan semakin dimamah usia? (bayangkan : anda menatap cermin dan anda melihat wajah dan kelibat anda yang muda, pejamkan mata, sesaat anda buka, dan anda dapati seribu kedut sudah menghiasi wajah anda dengan badan yang bongkok tiga...) Siapa tahu sesaat lagi segala2nya berubah tanpa kita sangka? Masa - Perubahan berlaku kerana pergerakan masa. Siapa tahu sesaat lagi takdir apa yang bakal dilalui dan bakal menimpanya?

Dan terngiang ayat ini yang aku lewati kelmarin, 'Tidak ada satu umatpun yang dapat menyegerakan ajalnya, dan tidak pula menangguhnya.' (Al-Mu'minin : 43)

Pada ayat sebelumnya menceritakan tentang bencana yang menimpa kaum 'Ad akibat keengganan mereka menurut perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Lalu Allah membinasakan kaum 'Ad dan menggantikan mereka dengan umat yang lain. Begitulah juga seterusnya, Allah utuskan para Rasul kepada kaum yang 'enggan' kemudian Allah menggantikan lagi kaum tersebut sehinggalah Allah mengutuskan Rasulullah SAW pengakhir sekalian nabi, kepada kita umat akhir zaman. Adakah kita ini juga mahu tergolong dalam kaum yang 'enggan' yang bakal dibinasakan seperti kaum sebelumnya? 

Aku tidak mahu, tapi, kurenung diri : apa yang telah aku lakukan pada masa yang lalu? Adakah penuh dengan kemaksiatan ataupun penuh dengan manfaat? Pada masa lalu, aku sering mensiakan solat dengan kelalaian~ Mensiakan ibadat dengan kealpaan~ Mensiakan pujian dengan kesombongan~ Mensiakan kritikan dengan kejian~ Astaghfirullah~ Dan mungkin, aku telah mensiakan khidmat Pencatat di Bahu Kananku dengan catatan yang sedikit~ Astaghfirullah...

***

Masa - pantas berlalu, andai zaman nabi itu sudah dekat dengan pengakhir dunia, hitungkan berapa rapat pula kita sedang menghampiri hari tersebut? 

Allah lindunglah kami hamba yang sering lupa.

***
Dan, kerana masa yang pantas berlalu juga, sesaat lagi, sesiapa sahaja mungkin sedang menghampiri satu fasa yang menuntut pengorbanan, kesabaran, tolak ansur, dan ketaatan. 'Sesiapa' itu pasti tahu semua tuntutan ini pada teorinya, tetapi aplikasinya memerlukan mujahadah yang tinggi~

Masa- andai masa itu boleh dihentikan semudah menghentikan bandul jam dengan tangan, aku ingin masa itu berhenti seketika sehingga aku benar2 bersedia untuk menempuh hari esok. Tapi, masa itu berjalan dengan kehendak Allah, masa kita di dunia akan berhenti tetapi, akan bermula pula perjalanan masa di akhirat kelak. Mungkin perjalanan masa yang lebih panjang andai bahu kiri kita lebih berat berbanding bahu kanan. Naudzubillah.

Allah, ingatkan aku andai aku lupa bahawa hakikat masa itu milikMu dan ingatkan Aku bahawa hakikat Mu itu lebih Tinggi daripada segala2nya~ 

***

*nota musafir masa yang sering tersia*
(orang yang singgah di satu masa, kemudian berlalu ke masa yang lain)

Isnin, Oktober 22, 2012

Andai Bumi Tiada Pokok

Since belajar Planning, banyak perkara yang mula memberi kesedaran pada kami. Senibina ibarat melihat sesuatu melalui kanta pembesar (nampak hanya detail rumah dan bagunan), tapi, planning ibarat kita melihat dengan pandangan mata burung-pandangan yang lebih luas. Kerana pandangan yang luas ini juga, planners diajar untuk predict the future, atau planners sepatutnya planning for the future. Melihat dari sudut semua aspek - ekonomi, sosial dan yang sering dibincangkan adalah hubungkait planning dengan politik. Sangat berkait~ Sekadar nak menulis sesuatu yang manusia sering pandang enteng iaitu keberadaan pokok sebagai jantung dan paru2 bumi (penyumbang oksigen kepada kita). Apa akan berlaku andai di dunia hanya tinggal satu benih untuk ditanam? 

Manusia yang hanya melihat menggunakan mata kepala keuntungan dan duit akan rakus menuai hasil, tapi, manusia yang melihat menggunakan prediction masa depan, akan cuba menggunakan dan merancang penggunaan hasil sebaiknya supaya satu hari tidak hanya satu paru2(pokok) berfungsi di bumi~ Sayang bumi milik Allah ini dan gunakan sumbernya sebaik mungkin. =)


Andai Dunia Tiada Pokok
Hanya sebatang hari ini,
Dan, sebatang hari esok,
Dan sebatang hari lusa,
Dan sebatang demi sebatang setiap harinya.
Pokok- ditebang.
Dunia- dilitupi hutan konkrit.
Tumbuhan litup bumi juga konkrit
Tumbuhan menjalar juga konkrit
Maka, apa yang tinggal?
Hanya kerana kerakusan manusia,
Bumi jadi kurang oksigen
Demi keuntungan dan kepentingan,
Rela, oksigen dijual beli
Semuanya dijadikan bahan dagang
Sehingga anak cucu tidak kenal
Apa itu pokok dan tumbuhan~
Andai hanya ada sebatang pokok yang tinggal di dunia.
Maka, manusia juga akan tinggal-
Seorang - tercungap2 mencari oksigen!
Yuk, Selamatkan bumi kita.
Bagaimana?
Para Arkitek, para Planner, para menteri, dan semua,
Aplikasi Sustainable design yuk!
Go Green~ =D



If you think in terms of a year, plant a seed; if in terms of ten years, plant trees; if in terms of 100 years, teach the people. smile
-Confucius-

BTW, love these :