Gian sangat nak menulis tapi...
selalu ada halangan. Lebih2 lagi halangan berbentuk masa. Masa bergerak pantas,
sehari itu dirasakan sesaat berlalu, sekerdip kelopak mata ibarat telah
bertahun beradu di atas katil usang(sleeping beauty). Pantas, sangat pantas
sehingga tidak sedar hari ini aku sudah berada dalam pertengahan semesterku
sebagai pelajar Master in Urban & Regional Planning (Perancang Bandar).
Hati meronta2 untuk menulis, tapi, kekangan masa lebih kuat menghentikan hasrat
hatiku. Kecaman demi kecaman daripada kerja sekolah yang bertimbun menyebabkan
aku melupakan sebentar semua kisah yang ingin aku nukilkan. Hanya puisi2 sepi
bermonolog dalam diri. Aku yang bertanya, dan aku jugalah yang menjawab- hanya
dalam diri - monolog sepi.
Banyak perkara yang akan berubah dan
berlaku sesaat lagi. Siapa tahu sesaat lagi ombak memukul pantai menyebabkan
Republik Besut ini semakin mengecil? Siapa tahu Sesaat lagi pulau2 kecil hilang
daripada bumi akibat air pasang mendadak kerana tengkujuh? Siapa tahu, sesaat
lagi bumi jadi gersang akibat pembalakan yang berleluasa? Siapa tahu sesaat
lagi manusia berbondong2 maut ditimpa bencana bumi? Siapa tahu sesaat lagi kita
semakin dewasa dan semakin dimamah usia? (bayangkan : anda menatap cermin dan
anda melihat wajah dan kelibat anda yang muda, pejamkan mata, sesaat anda buka,
dan anda dapati seribu kedut sudah menghiasi wajah anda dengan badan yang
bongkok tiga...) Siapa tahu sesaat lagi segala2nya berubah tanpa kita sangka?
Masa - Perubahan berlaku kerana pergerakan masa. Siapa tahu sesaat lagi takdir
apa yang bakal dilalui dan bakal menimpanya?
Dan terngiang ayat ini yang aku
lewati kelmarin, 'Tidak ada satu umatpun yang dapat menyegerakan ajalnya, dan
tidak pula menangguhnya.' (Al-Mu'minin : 43)
Pada ayat sebelumnya menceritakan
tentang bencana yang menimpa kaum 'Ad akibat keengganan mereka menurut perintah
Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Lalu Allah membinasakan kaum 'Ad dan
menggantikan mereka dengan umat yang lain. Begitulah juga seterusnya, Allah
utuskan para Rasul kepada kaum yang 'enggan' kemudian Allah menggantikan lagi
kaum tersebut sehinggalah Allah mengutuskan Rasulullah SAW pengakhir sekalian
nabi, kepada kita umat akhir zaman. Adakah kita ini juga mahu tergolong dalam
kaum yang 'enggan' yang bakal dibinasakan seperti kaum sebelumnya?
Aku tidak mahu, tapi, kurenung
diri : apa yang telah aku lakukan pada masa yang lalu? Adakah penuh dengan
kemaksiatan ataupun penuh dengan manfaat? Pada masa lalu, aku sering mensiakan
solat dengan kelalaian~ Mensiakan ibadat dengan kealpaan~ Mensiakan pujian
dengan kesombongan~ Mensiakan kritikan dengan kejian~ Astaghfirullah~ Dan mungkin,
aku telah mensiakan khidmat Pencatat di Bahu Kananku dengan catatan yang
sedikit~ Astaghfirullah...
***
Masa - pantas berlalu, andai
zaman nabi itu sudah dekat dengan pengakhir dunia, hitungkan berapa rapat pula
kita sedang menghampiri hari tersebut?
Allah lindunglah kami hamba yang
sering lupa.
***
Dan, kerana masa yang pantas berlalu
juga, sesaat lagi, sesiapa sahaja mungkin sedang menghampiri satu fasa yang menuntut
pengorbanan, kesabaran, tolak ansur, dan ketaatan. 'Sesiapa' itu pasti tahu
semua tuntutan ini pada teorinya, tetapi aplikasinya memerlukan mujahadah yang
tinggi~
Masa- andai masa itu boleh
dihentikan semudah menghentikan bandul jam dengan tangan, aku ingin masa itu
berhenti seketika sehingga aku benar2 bersedia untuk menempuh hari esok. Tapi,
masa itu berjalan dengan kehendak Allah, masa kita di dunia akan berhenti
tetapi, akan bermula pula perjalanan masa di akhirat kelak. Mungkin perjalanan
masa yang lebih panjang andai bahu kiri kita lebih berat berbanding bahu kanan.
Naudzubillah.
Allah, ingatkan aku andai aku
lupa bahawa hakikat masa itu milikMu dan ingatkan Aku bahawa hakikat Mu itu
lebih Tinggi daripada segala2nya~
***
*nota musafir masa yang sering
tersia*
(orang yang singgah di satu masa, kemudian berlalu ke masa yang lain)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan