Sabtu, Februari 07, 2015

Aisy An Nu'man Bin Mohamad Kamarul Helmi


Anak ibu dan abi yang kedua namanya Aisy An Nu'man bin Mohamad Kamarul Helmi. Dilahirkan pada hari Sabtu, 31 Januari 2015, jam 2.31 petang. Sama seperti abang Tholhah, Nu'man tak sabar melihat dunia dan sebaik cukup 37 minggu Nu'man dah pecahkan kantungnya. Ibu sedang bersiap untuk ke usrah pagi tersebut, mujurlah Nu'man tak memberi petanda semasa ibu tengah memandu. Alhamdulillah, semuanya berlaku semasa masih di rumah dan dalam keadaan yang sangat tenang. Ibu tak rasa sakit, cuma air jernih yang mengalir memberi petanda Nu'man akan menjengah dunia pada hari tersebut. Ibu yakin sebab ibu rasa kelahiran Nu'man akan lebih mudah berbanding abang Tholhah. Alhamdulillah, mudah. sakit sekejap, seketika kemudian ibu mendengar tangis Nu'man.

Ibu telefon abi yang sedang beli sarapan supaya pulang ke rumah dengan segera. Ibu rasa macam tak panik, tapi sedikit gementar itu tetap ada memandangkan rasa sakit melahirkan abang Tholhah setahun yang lalu masih segar di ingatan. Sakitnya seperti...... tiada perkataan yang mampu mendefinisikan dan menggambarkan sakit tersebut. Sakitnya seperti...... hmmm sungguh, yang mengalaminya dan yang Memberi Sakit lebih tahu.

Eh, tiba-tiba, hari Sabtu, ibu abi punya dua anak lelaki. Subhanallah, betapa cepat masa berlalu. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. =)

Aisy An Nu'man, nama adik Nu'man diambil sempena nama sahabat Nabi SAW yang bernama An Nu'man bin Muqarrin. Memang niat ibu mahukan nama anak-anak semua diambil sempena nama orang2 yang dekat dengan Nabi SAW dan perjuangan Islam. Aisy bermaksud kemakmuran hidup atau mewah, tak tahu juga macam mana tiba2 nama Aisy dijadikan penyeri nama An Nu'man, tetapi seingat ibu, masa abi mengajar mengaji, abi selalu sebut nama anak muridnya Aisy, tiba2 ter'berkenan' dengan nama tersebut. Dan, oleh kerana abi mentaklifkan ibu untuk memberi nama anak lelaki, ibu letakkan nama Nu'man dengan nama penuhnya Aisy An Nu'man. Semoga ibu memberikan maksud yang baik terhadap nama Nu'man. Kemakmuran hidup Nu'man. Nu'man sendiri maksudnya nikmat jika mengikut 'google'. ;p Semoga Nu'man menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang agama Allah kelak. Amiin.

Tiada ulasan: