Rabu, Januari 28, 2015

Gambattey!


Bismillahirrahmanirrahim

Tak pernah merancang untuk 'pergi' sejauh ini. Dulu semasa masih bersekolah rendah, cita2ku yang tercatat pada buku adalah ingin menjadi seorang doktor. Tapi, sebaliknya setelah masuk ke sekolah menengah, tiba-tiba cita-citaku bertukar 360 darjah iaitu ingin menjadi seorang arkitek. Kononnya ingin selari dengan hobiku yang suka melukis padahal kebolehanku yang sukses hanyalah melukis seketul orang lidi. Sebaik bertukar cita-cita, aku terus melupakan Biologi sebagai subjek kegemaranku, bertukar fokus ke Pendidikan Seni Visual (kononnya untuk melayakkan diri menjadi seorang arkitek).

2007- Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya, Asasi Senibina
2008- UIAM Gombak, Bachelor of Science Architectural Studies (Part I)
2011- UIAM Gombak, Master of Urban and Regional Planning
2014- UIAM Gombak, Doctor of Philosophy (Halal Industry)

Kalau melihat pada kronologi dari tahun 2007 hingga 2014, kelihatan jelas aku sentiasa bertukar arah. Ibarat lalang bergerak melambai mengikut arah angin, bertiup ke kiri sang angin, ke kiri sang lalang melambai, begitu juga sebaliknya. Aku mengikut arus, hanya mengambil dan mencekup peluang tawaran yang diberikan.

Menjadi arkitek itu penat, pulang rumah lewat malam, bersengkang mata menyiapkan projek. Pernah merasainya, maka, aku berfikir panjang semula dan cuba untuk re'plan' hidupku. Memikirkan aku seorang perempuan dan insyaAllah akan berkahwin dan insyaAllah akan mempunyai anak-anak, aku tidak tegar menjadi seorang arkitek. Aku bercita-cita untuk pulang rumah lebih awal berbanding suamiku kelak. Tapi, aku tidak mahu 'lari' jauh. Maka, pilihanku tika itu adalah untuk menyambung pelajaran dalam bidang sedikit berbeza tetapi lebih kurang sama. Maka, aku terjun ke Perancang Bandar. Seronok belajar dalam bidang ini memandangkan ia melibatkan skop yang lebih besar. sedangkan menjadi seorang arkitek perlu melihat kepada skop yang sangat halus dan 'detail'. Dan, satu kelebihan menjadi seorang Perancang Bandar adalah dapat bekerjasama dengan pelbagai jenis manusia. Owh, maksudku, Perancang Bandar akan sentiasa bekerja dalam kumpulan, ia mengurangkan 'stress' aku untuk berfikir secara individu (tapi, sentiasa ada pro dan kontra nya). 

Setelah mendapat segenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Perancang Bandar, aku masih tidak tahu hala tujuku. So, what's next? Oh ya, semasa dalam pecutan terakhir menghabiskan Master inilah aku direzekikan mengandungkan Tholhah Al Fayyadh. dan, kerana memikirkan aku akan punya anak kecil, aku tidak pernah terfikir untuk bekerja dahulu. So, What's next? jadi surirumah yang berjaya punya Master? Yes, why not? Kalau ikut rasa hati, aku ingin menjaga Tholhah di depan mataku, ingin membesarkannya menggunakan tanganku sendiri. Biar yang melihat setiap perkembangan Tholhah yang pertama itu adalah aku. Tapi, hanya beberapa bulan bertahan. Tholhah belum cukup setahun, secara tak sengaja aku menerima tawaran 'lecturer'ku untuk menjadi pembantu penyelidik. Pembantu Penyelidik kedengarannya seperti 'flexible', dan ya, memang masanya fleksibel, tapi, ia masih menuntut komitmenku untuk sentiasa ada ketika diperlukan. Jadi, berada di UIA, membuat kerja di UIA adalah perlu, juga memandangkan perjanjian di dalam kontrak meletakkan syarat untuk bekerja sebagaimana 'office hour'. Maka, Tholhah terpaksa ku tinggalkan pada bukan tanganku. =(

Dan, tanpa ingin bercerita panjang, kerana menjadi seorang Pembantu Penyelidik inilah yang menggerakkan aku untuk mengisi borang sambung belajar lagi. Tak sengaja dan tak merancang untuk pergi sejauh ini. Tapi, kerana dorongan suami dan keluarga, aku kuatkan hati untuk terus melangkah lagi ke 'Garden of Knowledge and Virtue (UIA)'. Macam bosan, dulu, kini dan selamanya UIA, tapi hakikatnya, UIA inilah yang banyak berjasa menyumbang seribu satu memori dalam diari hidupku. Maka, sampai masanya mungkin, aku pula yang perlu memberi khidmat di taman budi ini. =)

Dan, dalam melangkah mendaftar untuk PhD, Allah rezekikan aku untuk membawa bersama adik Tholhah insyaAllah. Counting days, insyaAllah semester pertama ini akan dihabiskan dalam keadaan berpantang dan sangat berharap Allah bagi kekuatan dan kelapangan waktu untuk aku terus memberi komitmen dan 'progress' dalam kertas penyelidikan ku ini. insyaAllah, semuanya mungkin dengan izin Allah.  

'Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup kami, permudahkanlah semua urusan kami.'

Semoga semuanya selamat. biiznillah.

*Tak merancang untuk menulis, tapi, tiba2 tangan tertaip nama blog yang dah lama ditinggalkan sepi. Mengambil semangat kawanku Do-Nad untuk berblog kembali*

MUNA, GAMBATTEY!

1 ulasan:

rudi kreatif berkata...

Congratulations. Sorry, I just found out this news