Memaparkan catatan dengan label TENTANG SAHABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TENTANG SAHABAT. Papar semua catatan

Khamis, Januari 20, 2011

Warkah Buat Teman


‘Hey, kamu!’ menunding jari ke arah seseorang yang sedang bertongkat dan terhinjut2 berjalan. Dia tersentak memandang aku yang memanggil.

‘Ya, kamu tu…yang bertongkat!’ Ouch! sedikit kasar. (jangan terasa dulu!)

***

Pertama, kenapa kamu harus putus asa saat ditimpa ujian? Kenapa harus ungkapkan kata maaf saat aku menghulur bantuan? Kenapa harus beremosi saat kawan menghulur tangan?

Buat kamu yang mungkin tidak tahu, aku bukan sekadar simpati, tapi, kerana aku seakan mengerti- aku harus nyatakan, jangan susah hati andai kamu terpaksa susahkan seorang kawan. Kerana, kalaupun ujianmu itu berat, ianya aturan dari Tuhan. Bukan kamu pinta ia terjadi, tapi, kerana Allah sayang, Allah sengaja mahu uji. Cuba rasai kasih sayangNya itu. Di mana? Di sini, (tangan di dada) kokoro- hatimu.

Saat kamu tidak meminta pertolongan tetapi tangan ringan ingin memimpin dan memegang. Kerana mata sangat berat memandang, apatah lagi badanmu yang merasakan. Terasa kesusahan pada diri sedangkan kesakitan itu hanya kamu yang rasa, bukan aku!

Saat ujian bertimpa2, kamu tetap tabah menghadapinya. Aku kagumi kekuatanmu, masa yang sama, aku cemburu ketabahanmu. Mengapa aku tidak kuat dan tabah sepertimu? Di sini, kamu menang, aku kalah. Terimalah kemenangan ini dengan rasa syukur, syukur dengan kekuatan yang masih bertahan dalam dirimu. Tahniah kawanku!

Saat kamu melangkah ibarat mengambil masa seribu langkah. Jangan kamu mengalah kerana setiap langkahmu itu boleh jadi menggugurkan seribu dosamu sedangkan kamu tidak tahu. Saat kamu beribadat kamu menghadapi susah. Terpaksa berlama2an di tempat peribatan, janganlah kamu rasa putus asa kerana Allah sengaja mahu mendampingimu-lebih lama.

Kamu selalu menyatakan maaf sedangkan aku tidak perlukan ungkapan itu. Allah mengujimu sedangkan mungkin selepas ini giliranku pula. Siapa tahu aturan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dia mampu melakukan apa sahaja. Atas diri yang sempurna ini, boleh sahaja dilenyapkan dan dihancurkan sekelip mata. Kerana itu, manusia sentiasa harus berjaga2 dan bersedia dengan setiap takdir yang bakal menimpanya.

Saat di sisimu, dalam diam aku sentiasa mengagumimu, ketabahanmu membuatkan aku lebih tabah, kekuatanmu membuatkan aku lebih kuat. Dan, rasa syukurmu membuatkan aku lebih bersyukur. Saat bersamamu, aku melihat nikmat yang melimpah ruah atasku, baru aku sedar, nasib kita benar2 berbeza. Aku seolah dikurniakan segala2nya. Baru kusedari, dan ku hanya sedar saat kamu hadir dalam hidupku. Sungguh, Allah hadirkan kamu sebagai temanku untuk aku lebih belajar erti hidup ini.Maha Suci Allah yang menciptakan.

Tabahlah kawanku, tabah menghadapi hidup ini! Kamu tidak pernah menyusahkan aku walaupun itu yang kamu kata kamu rasakan. Ingatkah kamu akan jasamu terhadapku sepanjang perkenalan kita? Itu lebih2 lagi tidak terbayar dengan sebarang apapun. Terima kasih kawanku, terima kasih tidak terhingga dariku.

Kamu harus tabah, dan fikirkan kawan2 kita yang lebih tidak bernasib baik daripada kita! Bagaimana mereka yang tidak berkaki selamanya, bagaimana mereka yang bermata tapi tidak mampu melihat? Mereka yang bertelinga tidak mampu mendengar dan bagaimana pula mereka yang sempurna anggota tapi hanya terbaring tidak berupaya?Jadi, kamu dan aku harus lebih kuat dengan ujian yang kecil ini! Semoga terus tabah kawanku!

Sekadar itu daripadaku, khas untukmu yang ditimpa ujian. Sekadar renungan untukmu jua aku!

-It is better to light a candle than to curse the darkness-

***

Tulisan ini ditujukan kepada seorang sahabat baikku yang sedang sakit. Pada awalnya ditujukan untuk dia seorang, tapi, oleh kerana kebelakangan ini beberapa kenalanku ditimpa musibah, maka, aku revealkan surat ini di dada blog. Semoga memberi manfaat. Wallahu'alam.

Isnin, Januari 17, 2011

HARI menJADI Bahagia



Semalam Hajar datang ke studio, konon2 mahu bercakap denganku. Macam ada rahsia besar saja mengajakku ke studio first year yang kosong. Kami duduk dan Hajar mula bertanya, ‘Nik, petang ni hang gi memana tak?’ Lama aku berfikir, seingat aku, aku tiada menerima sebarang mesej kerja, atau mesej2 janji temu yang lain. ‘Takde rasanya, kenapa?’ Hajar menggeleng dan bertanya lagi, ‘Malam ni hang gi tak discussion?’ Aku berfikir lagi. Seingat aku, tiada sebarang mesej sampai kepadaku menyatakan ada program yang harus dihadiri. ‘InsyaAllah datang.’ Bagitahu ku.

‘Petang ni memang hang tak gi memana eh?’ Tanya Hajar lagi. Aku mengagak Hajar ingin mengajakku bermain badiminton, atau squash. ‘Em, tak pasti jugak.’ Soalan yang sama sahaja yang diulang Hajar. Kemudian kami bergerak ke studio ku semula, ingin menyambung tugas2 yang tergendala. Hajar bergerak ke studionya semula.

***

Jam 4.30 kira2, aku menerima mesej daripada Hajar, ‘Nik, jom main layang2.’ Agak terkejut dengan perancangan tiba2 itu. Aku berkira2 samada ikut atau tidak. Akhirnya aku reply, ‘Boleh jugak. Jom! Pukul berapa?’ dan, Hajar reply, ‘After Asar.’ Secara spontan terus aku meninggalkan butter paper dan drawing pen, bingkas pulang ke mahallah untuk bersiap. Bukan selalu aku memberi jawapan ‘ya’ atas ajakan mereka. Bukan tidak mahu tapi masih banyak tanggungjawab lain yang harus diselesaikan. Tapi, kali ini, kufikir memandangkan aku baru menginjak 22tahun, maka, aku turuti kehendak mereka. ;p Puas hati kan?! ;p Aku juga sangat berpuas hati. =) Terima kasih!

***

Lepas Asar kemudiannya kami bertolak ke Taman Layang2. 8 orang semuanya, aku, Hajar, Nad, Kak Mona, Kak Wa, Has, Aten, Jedot. Dan sebaik sampai Kak Wa dan Kak Mona terlebih dahulu ber’makan-makan’an. Aten, Has dan Jedot terlebih dahulu ber’aiskrim’an dan aku, Nad dan Hajar terlebih dahulu ber’layang2’an.

Angin, Langit, Pokok, Air, Padang rumput semua untuk kita. Diciptakan untuk kita. Subhanallah-Cantik!

Daripada Surah Ibrahim : 32-34;

32. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).

33. dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

34. dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

***

Tidak mahu bercerita panjang, sekadar sedikit perkongsian daripadaku atas Hari Jadi yang bahagia. Selalunya, aku menghadapi hari2 begini hanya bersama keluargaku, tapi, apabila berjauhan daripada keluarga, teman2 inilah yang banyak menggembirakanku. Mereka sering mengadu aku sentiasa sibuk dan sentiasa tiada bersama, makanya hari itu, aku luangkan masa bersama. Mereka telah memberikan aku hadiah yang paling istimewa iaitu MEMORI BERHARGA. =) minna Arigatou Gozaimas!

Mereka yang menceriakan =)

***

Pulang daripada Taman Layang2, kami solat maghrib di Petronas dan mereka merancang untuk makan malam terus. Aku hanya menuruti. Kami makan di gerai Nasi Goreng Sotong. Terima kasih buat kalian yang telah membeli Dunkin Donut ala2 cupcake yang sangat comel. =) suka2~ Dan, kami pulang untuk group discussion dalam kepenatan. Masing2 penat dan kenyang. Alhamdulillah. =)

***

Sekadar ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat emak yang mengandungkan dan melahirkan, terima kasih buat ayah yang beri didikan, terima kasih buat abang2 dan adik2 yang mengucapkan, ‘Selamat Hari Lahir my lovely sis. ;p’(walau hakikatnya aku sentiasa membuli dan dibuli. ;p), terima kasih buat sepupu2 ku especially Ika Kawai ;p, Terima kasih buat sahabat2 yang meraikan, Terima kasih tidak terhingga buat Kalian bertujuh yang membawa ku keluar daripada tekanan studio. Kalian semua memang terbaik! Jom Broga Hill pula sebelum kita mengikut haluan masing2 nanti. =) jom2~ (kita tunggu Mar pulih eh =))

***

‘Yan, kita tak pernah tengok yan seceria ni…’

Sebenarnya inilah diriku saat bersama keluarga juga. =) Hajar, Nad, Kak Mona, Kak Wa, Has, Aten, Jedot., Terima kasih kerana membuatkan aku ketawa! =) Buat Mar Srikandi dan Bella the Twin, rasa kekurangan korang tak turut serta, insyaAllah,ada kelapangan kita gather2 lagi kelak. ;p insyaAllah. =)

***

Sekadar catatan memori. Maaf andai kurang thiqah. Wallahu’alam. Wassalam. =)

Muchos2 Gracias!

p/s : Teringin bawa adik2 berusrah di Taman Layang2. Kalaulah ada kenderaan dan kelapangan. ;p

Selasa, Januari 04, 2011

Seuntai Kata Untuk Dirasa


Buat seorang sahabat,

Sering aku dinasihatkan agar terus kuat sedang dialah yang lebih harus kuat. Dalam setiap ujian yang menimpanya, dia tetap cuba tersenyum menyenangkan hati sahabat di sekelilingnya. Seharusnya aku mencontohinya, seharusnya aku lebih menguatkannya, seharusnya aku lebih memberikan kata semangat padanya.

Jalan hidup di dunia ini sungguh berliku. Pada jalan yang terbentang ini, tidak sekadar tumbuh pokok yang cantik berbunga, tapi, tidak kurang Allah tumbuhkan pohonan berduri yang menyakitkan. Bukan Allah sengaja memberikan satu ujian, tapi, Allah sekadar ingin menguji kekuatan iman hambaNya. Kekuatan pada seorang hamba yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Allah datangkan ujian agar manusia terus bersyukur dengan kebaikan dalam hidupnya dan terus bersabar dengan keburukan menimpanya.

Jalan yang cantik bertar hitam tidak menjamin keselamatan, tapi, kadang jalan yang berlecak itulah yang lebih menjamin kesejahteraan. Bersabarlah sahabat dalam melalui hidup ini. Mungkin jalannya tidak secantik yang diimpikan, tapi, percayalah kelak di hujung jalan, sahabat kan temui satu mahligai yang penuh keindahan. Kuncinya adalah sabar! Bersabarlah dengan tanpa limit!

Buat sahabat yang kukasihi, walau di mana kau melangkah dan berada, kita tetap berpijak di atas bumi yang sama, kita juga tetap berlindung di bawah langit yang sama. Ertinya sahabat, kau tidak jauh walau kau tidak juga dekat. Percaya dan yakinlah tautan hati antara kita benar2 menjadikan kita dekat walau kita terpisah jauh. Doa daripadaku buatmu sahabat agar kau terus bertahan dengan ujian hidup ini, doaku juga agar kau terus berjaya di arena perjuanganmu walau di mana kau berada.

Akhir daripadaku, teruskan berjuang dan semoga kita bertemu lagi dalam perjuangan yang sama insyaAllah.

Salam ingatan tulus ikhlas,

Izyan

Isnin, Mei 26, 2008

Dari 231 ke 916


Terima kasih sahabat yang menjadi teman sebilikku,
yang masih bertahan dengan kerenahku..
Kadang2 aku lupa bahawa kalian juga punya hati..
Mungkin ada terkasar atau tersalah bahasaku..
Maafkanlah..
Andai ada tersilap atau tersalahnya aku..
Maafkanlah..
Halalkan segalanya bagiku..
Makan minumku..
salah adabku..
dan ribuan lagi kekuranganku..
Aku gembira mendapat teman sebaik kalian..
Yang, Tiha, Inaz..
Terima kasih jutaannya ku ucapkan..
Walaupun kadang2 kulupa untuk nyatakan..
Tapi ketahuilah bahawa..
Aku sayangkan kalian..
Nama kalian tetap terpahat di hatiku..
Trimas kuucapkan..
Buat kalian yang sudi berkawan..
ARIGATO GOZAIMAS!!